RSS
 

Soal Jawab : Lelaki Yang Baik Untuk Wanita Yang Baik

11 Aug

Orang Malaysia Memang Suka Benda2 Separuh Harga Ni!!

Menyesal Dulu Pendapatan. Menyesal Kemudian, Cukai Pendapatan!!

London Bridge Is Falling Down!!


Salam…

Ustaz Love nak sambung menjawab soalan daripada abangmi berkenaan dengan ayat yang masyhur yang selalu kita dengar :

Lelaki penzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mu’min. (An-Nur : 3)”

Jadi, adakah ia bermaksud suruhan bagi penzina untuk menikahi penzina, ataupun larangan bagi orang mukmin daripada menikahi penzina?

Ianya menjadi perdebatan hangat di kalangan ahli ilmu dan bukan ahli ilmu.. bahkan ada yang mengambil faham ayat ini dengan maksud zahir dengan mengatakan haram bernikah dengan wanita penzina / pernah berzina. Jadi, mereka cepat merumuskan bahawa menjadi pak sanggup (bernikah dengan wanita terlanjur) itu hukumnya haram.

Lumrah manusia.. lebih mudah menghukum (walaupun tak berapa faham asas2 hukum tersebut) daripada mencari tafsiran dan penjelasan lebih tepat.

Jumhur ulamak mengharuskan pernikahan seorang lelaki mukmin dengan seorang wanita penzina.. begitu juga sebaliknya.. Ini berdasarkan ayat lain daripada surah an-Nur ayat 32 :

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Ayat ini lebih umum.. nak kahwin dengan siapa pun takde masalah.. maka, dari segi hukumnya, sah pernikahan antara lelaki dan perempuan.. sama ada kedua2nya penzina, mahupun salah seorangnya adalah penzina.

Ayat 3 dalam surah an-Nur bukanlah ayat larangan bernikah, sebaliknya ayat yang mengecam / mengutuk / mengeji perbuatan sang penzina itu, bahawa ianya tak layak (dari sudut kafa’ah – sekufu) untuk bernikah dengan orang mukmin dan soleh.. Sekalipun ayat itu dinasakhkan (dimansuhkan hukumnya) dengan ayat ke 32, tetapi ianya dari sudut hukum saja.. ayatnya masih ada dan masih memberi ‘ibrah (pengajaran) tertentu, iaitu secara lumrahnya, orang yg baik hanya akan berkenan dengan orang yg baik juga.. orang yg jahat akan berkenan dengan orang yg jahat juga.. tapi, itu tak semestinya berlaku.

Ada juga situasi yg mana seorang lelaki yg baik, tapi jodohnya dengan seorang wanita yg jahat.. begitu juga ada wanita yg baik, tapi jodohnya dengan lelaki yg jahat.. boleh amik pengajaran daripada kisah Nabi Luth a.s. dan kisah Asiah, isteri Firaun.

Namun, persoalan ‘jahat’ ini masih relevan sekiranya seseorang itu masih lagi terlibat dengan maksiat tersebut.. Sebaliknya, jika beliau telah bertaubat, maka bukanlah dikatakan sebagai orang yg jahat lagi… kerana dikira telah bersih daripada kejahatannya.

Pada pandangan Ustaz Love, sebaik2nya seorang lelaki yg baik, janganlah bernikah dengan wanita yang jahat (tak kira la penzina ke, penjudi ke dsb) dan begitu juga sebaliknya. Ini lebih memudahkan, namun bukanlah suatu jaminan. Ini kerana, kita hanya mengetahui apa yg berlaku hari ni, akan datang belum tahu lagi.. mungkin juga hari ni baik, 10 tahun akan datang, dah berubah menjadi syaiton.

Berkahwin dengan pasangan yg baik, akan melahirkan kebaikan dalam kehidupan.. walaupun bukan jaminan, namun ia memudahkan proses untuk mewujudkan keluarga yg soleh..

Niat untuk mendidik dan membimbing pasangan yg jahat itu adalah satu niat yg mulia.. Namun, untuk membimbing, tak semestinya perlu berkahwin.. kerana cabarannya sangat tinggi.. seumpama kita mendaki gunung dan pasangan kita berpaut kat belakang.. kalau tangan dan kaki kita tak kuat, maka risiko terjatuh ke dalam gaung itu lebih besar. Lagi sadis kalau kita tetak tangan pasangan itu membiarkan beliau jatuh ke dalam gaung demi menyelamatkan diri kita.

Maksudnya, lebih baik kita fikir secara mendalam sebelum membuat keputusan menikahi pasangan yg jahat.. itu lebih mudah, berbanding kita cuba juga nak gamble (perjudikan nasib), bila tak mampu, kita putuskan perhubungan.. Itu lebih teruk, apatah lagi jika sudah beranak pinak.

Kecuali kalau kita benar2 yakin bahawa beliau sudah bertaubat dan meninggalkan amalan yg jahat, maka samalah keadaannya mcm kita berkahwin dengan pasangan yg baik..

Sebab itulah, dalam entry2 sebelum ni, Ustaz Love sangat menggesa mereka2 yg terlibat dalam isu perzinaan spt terlanjur dsb itu, agar bertaubat bersungguh2 serta menyesal dan berazam bersungguh2 tak nak terlibat dengan kejahatan tersebut lagi. Maka, peluang untuk mendapat pasangan yg baik bakal terbuka luas.

Bila dah berhenti mengunjungi kelab malam dan selalu hadir di masjid, insyaAllah, mungkin akan bertemu dengan bakal mak mertua ke kat masjid.. dah tentu ianya lebih baik daripada bertemu jodoh di celahan botol arak..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Tags: , , , ,

Leave a Reply

 
CommentLuv badge
 
  1. afrizah

    11/08/2011 at 9:33 am

    salam..first time masuk blog ni…hati dah terpikat dan ingin menjadi sahabat…tq ya ustaz…

     
    • Ustaz Love

      11/08/2011 at 3:36 pm

      salam afrizah..

      terima kasih kerana sudi ziarah blog ini ;)

       
  2. nona

    11/08/2011 at 10:30 am

    oh…ayat 3….sguh tegas.

     
    • Ustaz Love

      11/08/2011 at 3:36 pm

      memang tegas ;)

       
  3. belladiea

    11/08/2011 at 1:00 pm

    laki skang ssh nk cari yg baek2…dlm paper hari2 suami kelar leher bini…gila manusia zmn skang nih..hoho

     
    • Ustaz Love

      11/08/2011 at 3:16 pm

      suami kelar leher isteri, isteri potong kemaluan suami.. hari ni suami belasah isteri, esok isteri belasah suami.. semakin maju, semakin tertekan.. itu yg ramai jadi sakit jiwa ;)

       
      • belladiea

        11/08/2011 at 10:05 pm

        tp kbyakan mslh sume berpunca dpd lelaki…kan…

         
        • Ustaz Love

          11/08/2011 at 10:41 pm

          susah gak nak cakap.. sbb Nabi s.a.w. pun ada bersabda yg kebanyakan penghuni neraka adalah dari kalangan wanita.. so, tak leh nak kata gak :D

           
          • abangmi

            12/08/2011 at 4:33 pm

            saya setuju dengan pendapat ustaz dlm artikel di atas..

            zaman sekarang ni lelaki perempuan sama je..takleh nak kata yang mana lebih baik atau jahat..

            tq ustaz kerana menjawab soklan saya…

             
          • Ustaz Love

            13/08/2011 at 3:28 am

            kita nilaikan dari sudut zahir je.. tak payah pening2 nak fikir soal hati ikhlas ke tak.. sbb belum tentu yg seksi meksi itu bakal menjadi isteri yg derhaka, dan belum tentu yg berjubah bertudung labuh itu bakal menjadi isteri yg taat.. ;)

             
          • skopiel

            03/04/2012 at 6:04 pm

            cuma hadis…adakah ini akan membuatkan kaum lelaki berlagak dan tak kisah? harap ustaz bagi lebih detail..macam mana dgn golongan khunsa dan lelaki yg pondan yg dah bedah jadi pompuan dan buat dosa,adakah mereka juga didlam golongan wanita yg masuk neraka tersebut? maka kerana itu golongan pompuan lebih ramai? mohon penjelasan..sekian tima kasih

             
          • Ustaz Love

            03/04/2012 at 9:26 pm

            insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawabkan dalam entry ;)

             
  4. Ms.Gabanz

    12/08/2011 at 12:25 pm

    Assalammualaikum…

    Ustaz LOVE…

    Jika si penzina dh bertaubat nasuha… dh berubah & mereka ingin berkahwin atas sb dOsa silam tp Ibu bapa menghalang kerna tidak tahu akan dOsa mereka… Macamna tu ustaz???

     
    • Ustaz Love

      13/08/2011 at 3:37 am

      Waalaikumussalam Ms. Gabanz..

      InsyaAllah, nanti Ustaz Love jawabkan kat entry ;)

       
      • insan runsing

        21/08/2011 at 7:50 am

        Salam..ustaz..sy nk tahu lah…maksud taubat tu.MESTI dibuat SOLAT TAUBAT ke?Jika seseorg itu hanya memohon keampunan atas perbuatanya dlm solat hariannya,menyedari ksalahanya dan berhenti melakukan zina dgn pasangan nya,tetapi dia masih belum membuat solat taubat nasuha(sbb xtahu caranya)sblm dia bernikah.Adakah dikira belum bertaubat?maka penikahanya adakah tidak sah?

         
        • Ustaz Love

          21/08/2011 at 8:00 am

          Salam insan runsing..

          InsyaAllah, nanti Ustaz Love buatkan entry.. jawapan ringkas daripada Ustaz Love :

          Jangan runsing2 sangat.. Pernikahannya sah.. sbb taubat bukan termasuk syarat sah nikah ;)

           
  5. sarah

    15/02/2012 at 7:45 am

    salam ustaz,,,kalau saya nak tanya soalan kat ustaz,,,macammana ye?

     
    • Ustaz Love

      15/02/2012 at 10:58 pm

      salam sarah.. kat komen ni pun boleh tanya soalan ;)

       
      • sarah

        15/02/2012 at 11:35 pm

        ok…saya nak tanya ustaz….dah lama saya nak tanya soalan ni……….saya suka menari…………tarian segala type la….traditional,moden dan sexy…tapi saya menari untuk diri sendri je kt rumah…tapi masih melakukan suruhan Allah….berdosa x saya ustaz?

         
        • Ustaz Love

          16/02/2012 at 11:32 am

          takde masalah.. nak menari kaki kat atas kepala kat bawah pun boleh kalau menari sendiri2 dlm rumah :D

           
          • sarah

            16/02/2012 at 6:35 pm

            hihi,,terima kasih ustaz

             
          • Ustaz Love

            16/02/2012 at 11:01 pm

            terima kasih kembali ;)

             
 

Switch to our mobile site