I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Lanjutan Mandi Wajib

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan lanjutan berhubung isu mandi wajib ni..

assalamualaikum

sy ada soalan lg *maaf ye ustaz, byk tanya sbb xbyk ilmu :)*

sy slalu dgr, cara mndi hadas prlu dmulakan dgn wuduk. pastu mndi (ratakan air). smsa ratakn air tu xblh sentuh bhgian kmaluan/punggung sbb nnt tbatal wuduk

yg sy confuse, klu dh nk ratakan air ke SELURUH bdn, mstila sentuh bahagian2 yg sy sebut td. mcm mana nk pelihara wuduk klu cmtu?

Waalaikumussalam…

Takde masalah nak tanya.. itulah yg sepatutnya kita semua kena tanamkan dalam diri.. kalau tak tahu, kena tanya.. kalau ragu2, kena pastikan.. jangan biarkan hidup kita diselubungi ketaktahuan dan keraguan disebabkan malu bertanya. Soal dapat jawapan memuaskan ke tak, itu nombor 2.. sbb yg nak amal itu kita sendiri.. betul atau salah, kita sendiri yg akan menanggungnya..

Ustaz Love sebenarnya bukanlah orang yg layak untuk menjawab pelbagai jenis soalan di sini.. tapi, disebabkan soalan itu ditanya kepada Ustaz Love, maka Ustaz Love akan cuba menjawabnya sebaik mungkin..

Sebelum mandi, maka kena buat beberapa perkara agar mandi itu sah.. mandi wajib adalah termasuk ibadah, ada sah dan tak sahnya.. bukan macam mandi biasa.. itu suka hati je nak mandi guna 2 tong air ke, 2 titik air ke (dipanggil mandi P. Ramlee)..

Antaranya kena cek dulu seluruh tubuh badan termasuk rambut kalau2 ada benda2 melekat yg boleh menghalang air daripada mengenai kulit.. spt plaster ke, cat ke, najis ke, pewarna rambut ke.. kalau ada, maka kena buang dulu.. bersihkan dulu..

Lepas tu, bersihkan apa2 yg patut.. bersihkan kemaluan, bersihkan air mazi ke, darah ke, tahi ke.. pendek kata, basuh dulu apa2 yg patut.

Kemudian baru mulakan proses nak mandi wajib.

Sunat mandi wajib ini dimulakan dengan mengambil wuduk.. basuh muka, 2 tangan dan kepala.. part kaki tu, takyah basuh dulu pun takpe.. kemudian baru mandi (niat dan meratakan air ke seluruh badan).

Mulakan sebelah kanan dulu berbanding kiri.. kena gosok2 sket supaya air tu betul2 kena kat kulit.. kalau guna shower, lagi la kena gosok2.. takut air tu cuma terkena di pinggiran bulu je, tak kena kulit. Oleh kerana tadi dah bersihkan apa2 yg patut kat bahagian kemaluan, maka bahagian tu takyah gosok2 dah.. cuma kenakan dengan air je..

Sampai la kat part kaki.. basuh kaki.. kira yg basuh kaki tu sekali dengan menyempurnakan wuduk yg tak sempurna tadi (tak basuh kaki masa wuduk tadi).. Maka selesai la mandi wajib + wuduk.. tak perlu dah nak wuduk lain kalau nak solat.

Kecuali la kalau masa mandi tadi tersentuh lagi kemaluan ke, Kentut2 Ramadhan ke, maka wuduk tu dah kira terbatal.. maka, setelah selesai mandi wajib, kena amik wuduk yg lain kalau nak solat..

Begitu la kira2nya serba sedikit tambahan berkenaan mandi wajib 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

70 Comments

Add a Comment
      1. salam ustaz..ape hukumnye kalau wanita muncukur bulu kaki? adekah hukumnya sama mcm cabut bulu kening?

        1. salam…

          ada setengah ulamak berpendapat, ianya menyamai hukum mencukur kening.. ada yang berpendapat, hukumnya harus sbb tiada dalil khusus yg melarang mencukur bulu kaki.. Pada pandangan Ustaz Love, jika bulu kaki itu elok je terletak, tak payah la cukur.. kalau dah lebat mcm bulu kaki lelaki, maka haruslah mencukurnya.. 😉

  1. ustad sy dtg lagi nak tanya kihkihkih

    kali ni ada kaitan ngan topik heee

    mcm wanita kan, bile dia uzur (haid) org kata tak bleh potong kuku kecuali selepas mandi wajib. baru bleh potong kuku. bis tu ustad time kite nak mandi wajib tu kuku panjang rasa2 sah ke mandi tu?

    sebenarnya bleh ke tak bleh potong kuku ketika sedang haid???

    1. pendapat yg mengatakan bahawa memotong kuku itu makruh adalah pendapat Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’.. tapi hadis yg digunakan sebagai dalil adalah hadis palsu.

      Jumhur ulamak mengatakan harus memotong kuku semasa haid, nifas dsb (pendek kata, semasa hadas besar, harus memotong kuku.. cuma masa buang air besar je tak digalakkan potong kuku.. sbb nanti berlama2 plak dalam jamban).. jadi, takde masalah pasal kuku2 ni..

      Namun, jika ada yg menyimpan kuku sbb terlupa nak potong (kalau sengaja simpan kuku dgn tujuan sbg alat pengorek hidung dsb, maka hukumnya makruh), kena bersihkan bawah2 kuku tu. 😉

      1. cite psl kuku nih..nape eg org2 laki yg tua 50 an 40 an suke bela kuku jari kelengking…geli tengok…pastu nk pakai kopiah plak…xsesuai btul…dulu sy kecik2 ustazah ckp bela kuku mcm bela babi sekandang…sgt pengotor org yg bela kuku nih…

        1. itu kira mcm senjata kot.. kalau kena serang, bleh cucuk mata org tu.. kalu takde sapa2 serang, bleh buat korek idung.. hehe

          tak sesuai perbandingan yg Ustazah tu buat.. bela kuku bukannya haram.. lagipun, tak perlu nak bagi makan.. berbeza dgn babi 😉

      2. Salam ustaz. Macam mana kalau saya rasa tak yakin yang kuku yang saya simpan tu tak kena air. Adakah sah atau tidak?

    1. afwan ya mama.. soal jawab biasanya nampak lebih live (hidup) berbanding membaca kitab / artikel.. kedua2nya sama penting 😉

  2. assalamualaikum…saya mengalami kekeliruan di sini…terdapat pelbagai versi dalam mandi wajib…da yg cakap nie betul, tue salah n tak sah..saya keliru..cara saya ::
    1. niat
    2.kemudian mandi seperti biasa e.g gosok gigi, sabun badan – keluarkan sumer kotoran.
    3. then saya ratakan air bermula dari bahagian tengah e.g kepala , badan, kemaluan …kemudian di bahagian kanan dan kiri 3x

    adakah mandi wajib saya sah?..

    1. waalaikumussalam..

      konsep mandi wajib ni sangat mudah.. iaitu menepati 2 rukun iaitu niat dan meratakan air ke seluruh badan.. niat mandi wajib itu adalah sewaktu jatuhan pertama air.. ataupun jatuhan air yg ke berapa pun (contohnya dah siram air 20x), maka kali ke 21 itu baru berniat, maka siraman kali ke 21 itulah yg dikira waktu permulaan mandi wajib.. sbb berniat masa tu. Kalau berniat selepas habis mandi, maka tak sah mandi wajib tu.. sbb masa tu dah habis mandi.

      tak kira la nak gosok gigi dulu ke, kemudian ke, nak ratakan kanan dulu ke, kiri dulu ke.. janji ratakan air ke seluruh bahagian zahir badan, maka sahlah mandi wajib itu.

      Cuma ada pendapat mengatakan yg membersihkan diri daripada najis sebelum mandi itu adalah rukun.. jadi, sebaiknya sebelum mandi, bersihkan dulu apa2 yg patut.. bila dah ready, baru mulakan jirusan pertama untuk mandi wajib disertai niat.. kemudian ratakan air ke seluruh badan.. insyaAllah, sah la mandi wajib itu 😉

        1. pada pandangan Ustaz Love, tak sah.. sbb tak berniat ketika melakukan jirusan, sebaliknya berniat dulu.. niat itu mesti dihadirkan (lintasan dalam hati untuk mandi wajib) ketika air jirusan jatuh ke anggota..

          sama keadaan niat berwuduk ketika air sampai ke muka, juga niat solat ketika takbiratul ihram.. begitulah situasi kedudukan niat mandi wajib.. iaitu ketika jatuhnya air ke anggota..

  3. salam,
    inginkan kpastian,
    soalan sy, adakah mndi wjib sah jka mratakan air (mgosok tanpa lapik) pd bhagian kmaluan. ada stgah mgtakn sah dan hnya wduk yg dibt sblum mndi wjib itu shja trbtal, dn ada yg mgtakn mndi itu tdk sah. mhon bmbingan ustaz..

    1. salam lisa..

      mandi itu sah.. sbb menyentuh kemaluan itu termasuk dlm bab yg membatalkan wuduk..

  4. salam ustaz…..nak tanya….kalau saya xbermimpi benda yg ghairah…..tp tbe2 ble jga pertnghn mlm, saya tak rasa apa2…..hingga saya tersentuh kemaluan dan mendapati seluar basah dan ada cecair seakan likat tanpa mengenalpasti cecair ap pada kemaluan tu….tetapi sebab awal lagi saya tidur semula, dan ketika bngun suboh,terus melakukan solat,sebab seluar yg dah kering tadi tak ada tanda atau bekas yg jelas cecair tadi. saya nk minta bimbngan….apakah air tersebut air mani dan saya perlu mandi wajib? atau sebaliknya???

    1. salam Kelana..

      mungkin saudara boleh bau seluar itu untuk mengenalpasti jenis cecair yg keluar.. mani biasanya berbau kuat.. ia keluar dgn disertai getaran pada tubuh sbb cara keluarnya adalah memancut.. kalau kita kencing atas tilam pun kita boleh terjaga (sbb seluar dah basah), biasanya keluar air mani juga akan menyebabkan kita terjaga, sbb ia disertai dgn getaran dan kebasahan.

      jadi, saudara sendiri kena tentukan itu air mani atau bukan.. Ustaz Love tak dapat nak tentukan sbb takde ilmu psikik.. tapi, untuk menghilangkan keraguan, adalah lebih baik saudara mandi wajib je.. bukan susah mana pun 😉

  5. slm, ustaz
    sekiranya lepas mandi wajib baru perasan ada kesan kotoran yang sangat kecil di tapak, adakah mandi itu sah? time mandi tu memang cuci dah habis2an.. habis mandi,siap suma bru perasan kotoran tu…
    m, sy mengalami masalah was-was yang sangat teruk…m, kalu wuduk,mndi hadas memang ambil masa yang lama… =(.

    1. salam shikin…

      kalau kesan kotoran tu tak menghalang air sampai ke kulit, maka mandi wajib itu sah.. kalau menghalang air, maka mandi wajib tu tak sah 😉

  6. Tumpang tanya . Kalau lelaki cukur bulu sebelum mandi wajib . Adakah selepas melakukan mandi wajib , badan kita suci ?

    1. bulu yg gugur dari badan sama ada gugur sendiri atau dibuang (cukur, cabut dsb) dah takde kaitan dengan tubuh. jadi, jika air mengenai seluruh tubuh badan termasuk bulu yg masih melekat di tubuh, maka sucilah tubuh itu daripada hadas besar.

      WA

  7. assalamualaikum.

    saya tidur pada malam hari dan kemaluan saya tiba2 terangsang. saya tidak pasti samada keluar mani atau tidak. Dalam masa yang sama saya sudah habis haid.

    saya mandi wajib berniatkan ” sahaja aku mengangkat hadas besar kerana haid kerana Allah” tanpa menyebut kerana keluar mani.

    Sah atau tidak mandi wajib saya.

  8. Ustaz saya nak tnya.. jika selepas mandi wajib semua baru perasan kat jari tangan ada kesan dakwat pen yg tak hilang habis, adakah sah mandi wajib tu? sbb kadang2 kite tak perasan sbb kesan dakwat tu kecil2..

    1. salam saya juga mahu bertanya…selepas mandi wajib baru prasan ad lg air mani melekat pada anggota tubuh saya…sah x mandi wajib saya tu?

    1. karbon tu tanggal tak kalau kena air? kalau tak tanggal, tak sah mandi wajib sbb air tak sampai.. kalau tanggal, takde masalah..

  9. assalamualaikum ustaz…

    saya nak tanya sikit ustaz sbb ada sedikit keraguan.
    kalau kita x cukur tapi gunting bulu yg ada tuu sah x ustaz???
    sbb saya ada dengar lebih baik gunting dari cukur tapi kalau gunting ada sedikit lagi bulu yang tertinggal sah x ustaz???

    mohon ustaz boleh jawab….
    ayunie recently posted..Soal Jawab : Main BomohMy Profile

  10. Salam ustaz…. kalau sy dah selesai mndi wajib tp slpas tu bru prsan ada tompokan air mani lg di bhgn perut….. sah ke x mandi wajib sy???

    1. kalau wujudnya tompokan itu disebabkan air tak melalui kawasan perut, maka tak sah mandi wajib.. sbb rukun mandi wajib adalah meratakan air ke seluruh tubuh..

  11. Salam Ustaz Love. Saya nak tanya ni, saya mandi wajib menggunakan shower. Dan air telah kena semua bahagian badan. Tapi lepas mandi wajib tu, masih ada lagi kesan air mani melekat kat bulu kaki. Sah ke tidak mandi wajib saya ni? Musykil. 🙁

    1. jika yakin air telah mengenai seluruh tubuh, maka sah mandi wajib.. yakin itu takkan dihilangkan dgn syak..

  12. Salam ustaz, nak tanya selepas sy mandi wajib baru sy teringat dekat jari saya ada kesan warna ubat yg sy makan. Kesan itu sy pernah cuba tanggalkan sebelum ini & kesan itu sukar utk ditanggalkan. Perlukah sy ulangi mandi wajib atau tak mengapa kalau sekadar mencucinya sekali lg?

  13. Assalamualaikum ustaz, selepas saya selesai mandi wajib saya mendapati bahawa terdapat bau air mani pada jari saya. Adakah sah mandi wajib saya ?

  14. Salam Ustaz, nak tanya pasal mandi wajib. Sah kah mandi wajib kalau tanpa seurat benang (dalam bilik kite seorang je).. terima kasih Ustaz..

  15. Assalamualaikum, selepas saya selesai mandi wajib saya mendapati bahawa masih terdapat bau air mani pada jari saya. Adakah sah mandi wajib saya tersebut ?

  16. Assalamualaikum ustaz..nak tanya ni…dah buat hubungan suami isteri..lepas tu mandi wajib da selesai..tp ustaz..air mani tu keluar lg sbb tak lawas…kiranya masih ada tertingal..lepas mandi tu..terkeluar sikit sbb tak lawas..saya kena mandi balik.ke tak?

    1. Dalam mazhab syafie, kena mandi balik. Tapi, saya lebih berpandangan bahawa tidak wajib mandi (pandangan mazhab hanbali) kerana ia adalah sisa air mani dan bukannya air mani baru yg keluar disebabkan rangsangan.

      Namun begitu, untuk keluar daripada khilaf mazhab, sebaiknya mandilah (kalau tiada apa2 kesusahan untuk mengulangi mandi). Kalau ada masalah seperti kekurangan air atau cuaca amat sejuk dsb, maka tiada masalah untuk tidak mengulangi mandi wajib. WA

  17. Assalammualaikum ustaz.
    Sy ad kemusykilan…selps selesai Mandi wajib..n seblum bersolat…sy merasekan Ade air yg tidak rata..sy ratakan air sblm bersolat…adakah mandi wajib saya sah atau sy perlu mengulangi Mandi skli lg?term ksh

  18. Salam ustaz,

    Saya ada menggunakan cecair polish kenderaan untuk lap kereta, cecair tu meresap dalam tangan dan saya dan cuba dua tiga kali nak hilangkan rasa macam bekas lilin di atas tapak tangan.. fizikal lilin tu xnampak la, cuma rasa macam lilin selaput atas tapak tangan…

    Yg jadi masalah, saya was2 time mandi hadas besar tu sahke sebab saya dah berusaha nak hilangkan tapi jenuh plak la nak hilangnya…

    Camne tu ustaz, sahke mandi wajib saya?

    Terima kasih

  19. Assalamualaikum ustaz 🙂 Saya ada ragu-ragu sikit pasal mandi wajib ni.Contohnya,saya tak potong kuku dan biarkan kuku panjang je tapi kuku saya bersih.Bila saya dh habis mandi wajib tu,baru saya ternampak yg kuku kaki saya ada kotoran dalam tu.Sah ke mandi wajib saya? :((

  20. Assalamualaikum ustaz .. saya nak tanya, lpas saya mndi wajib, saya perasan ad kesan pen pada kuku saya .. jd, sah atau tidak mandi wajib saya itu?

  21. Assalamualaikum…
    Ustazlove tk jwb pun lg sah ker mandi wajib org tu kalau tangan dia ade bau mani? Sy tgk byk kali soalan tu diajukan tp nama org berlainan. Mohon pencerahan krn sy pun nk tau..

  22. Assalamu’alaikum Ustaz. Selesai mandi wajib, saya terus menunaikan solat Subuh. Sebaik sahaja usai solat, saya baru perasan ada gam kraf (seakan- akan gam UHU) masih terlekat di kuku saya. Gam tersebut hasil kerja saya pada malam sebelumnya. Adakah saya perlu ulang mandi wajib?

  23. Ape hukum jika ade kotoran di celah kuku yang susah nak hilang semasa mandi wajib.sah kah mandi wajib saya jika kotoran tu tak hilang?

  24. ASSALAMUALAIKUM
    setelah seminggu saya mandi wajib barulah saya perasan ada kesan titisan cat di celah kuku saya. (Saya dah sental dan yakin tiada cat lagi semasa mandi)namun tiba-tiba perasan tapi dah seminggu.
    1. adakah mandi saya itu tidak sah?
    2. adakah solat saya selama seminggu itu perlu diganti?
    TERIMA KASIH

      1. jika selepas mandi wajib semua baru perasan kat jari tangan ada kesan dakwat pen yg tak hilang habis, adakah sah mandi wajib tu?

  25. Assalamualaikm

    Stlh satu jam berlalu slps mandi wajib, sy jln dlm rmh dan keluar jemur kain skjp.
    Sy dpati ada kotoran putih melekat di tapak kaki slps itu..

    Sy sdh meratakan air 2x di tpk kaki..
    Sptnya rasa mcm xde apa2..

    Adakah sy perlu mengulang atau hanya perlu yakin rata dan tinggalkan perasaan was2 tu?

  26. Assalamualaikum. Ustaz sah ke tidak mandi wajib sekiranya setelah selesai mandi tapi masih ade bau air mani kat jari?

  27. Assalamualaikum ustaz
    Gam uhu super glu terlekat kat kulit dan kuku jari saya. Tak dapat ditanggalkan. Adakah sah wuduk dan solat saya?

  28. Ustaz.. Sah kah jika saye tidur dahulu jika terlalu penat ttp saye Was2 jikalau kerje saye xdpt disiapkan kerane khuatir saye akan trlajak tetidur..

    Maaf ustaz.. Hanye bergurau.. 😂 trime kasih atas pencerahan yg ustaz berikan.. Bnyk yg dpt saye fahami.. Alhamdulillah..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme