Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Soal Jawab : Isu Larangan Memasang Al-Quran Menggunakan Speaker

Salam…

Kali ni Ustaz Love nak menjawab soalan yang agak panas.. soalan je yang panas, jawapannya belum tentu panas lagi.. Soalan ditanya oleh 2 orang iaitu saifull dan abangmi :

Assalamualaikum ustaz..
saya nak mintak pandangan drpd ustaz berkaitan dengan perkeliling yang dikeluarkan oleh JHEAI negeri Pulau Pinang yang telah memutuskan bahawa bacaan Al-Quran dengan pembesar suara di masjid atau di surau adalah dilarang mengikut hukum syarak. ia dikatakan kerana perbuatan itu boleh mengganggu org lain sama ada yang berada di dalam dan di luar masjid. dan perbuatan itu mestilah diberhentikan kerana terdapat nas yang melarangnya. mohon pandangan daripada ustaz.

sekarang ni timbul isu pasal larangan menggunakan pembesar suara untuk alunkan bacaan al quran di masjid pada waktu sebelum subuh..

apa pandangan islam dalam bab ni?

saya teringat dulu ada seorang ustaz mengatakan (dengar dalam cd, takleh nak tanya), jika kita mengaji al quran tetapi sehingga mengganggu orang lain cthnya sedang solat, tidur dll, haram hukumnya..

mohon pencerahan..terima kasih

Ustaz Love kalau boleh tak nak menambah garam mahupun ajinomoto dalam isu ni.. Jadi, Ustaz Love akan cuba menjawab seserius yang mungkin.. kalau terlawak jugak, maafkan la Ustaz Love..

Bagi mereka2 yang memahami asas2 berkaitan hukum membaca al-Quran secara sirr (perlahan) dan jahr (kuat) ini, maka takde apa yang nak dipertikaikan dalam isu ni. Tak perlu kepada pekeliling, hadis Nabi s.a.w. sendiri telah melarang akan perkara ini :

Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (HR. Abu Daud)

Jika bacaan al-Quran dalam solat pun tidak boleh ditinggikan sehingga mengganggu orang lain, maka apakah alasannya bagi mereka2 yg memasang kaset mengaji (bukan sendiri membaca al-Quran) sehingga mengganggu urusan orang lain?

Illah (sebab) larangan di sini adalah ‘gangguan’.. jika diyakini tidak mengganggu orang lain, lantak la nak baca sekuat hati sekalipun (contohnya dalam bilik kedap udara).

Kebiasaannya, kaset mengaji ni dipasang dan disiarkan melalui speaker yang menghala ke luar masjid.. jadi, pegawai masjid dan jemaah2 yg dah ada kat masjid mungkin tak terasa sangat gangguan tersebut. Bayangkan orang yang rumahnya betul2 menghadap speaker masjid? Kaset mengaji plak biasanya dipasang dalam 20 minit sebelum masuk waktu.. memang akan mengganggu gegendang.. apatah lagi jika qari (bukan kari.. tapi qari iaitu pembaca al-Quran) yang dipasang kasetnya itu membawa lagu tarannum tahap tinggi..

Bayangkan pula kalau di rumah itu ada anak kecik.. bayangkan juga kalau dalam rumah tu ada orang2 sakit, uzur dsb..

Maka, nasihat yang dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang itu sebenarnya sangat berasas.. cuma mereka2 yg bodoh sombong saja yang akan mempertahankan tindakan itu dengan anggapan ianya amalan yg mulia dan telah diwarisi sejak berpuluh tahun lalu..

Dan apabila dikatakan kepada mereka Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah mereka menjawab: (Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya. Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayat (dari Allah)” (al-Baqarah : 170)

Kita membaca al-Quran adalah untuk manfaat sendiri.. bukannya pasang al-Quran dan paksa orang dengar.. kita sendiri tolong pasang kaset, lepas tu kat mana2 je kita ada (kat toilet ke, borak2 ngan jemaah ke).. sedangkan hakikatnya, dalam menghormati bacaan al-Quran, Allah memerintahkan kita untuk diam dan dengar.. kalau kita sendiri tak mampu untuk diam dan dengar, macam mana kita bleh berfikiran nak suh orang lain (kat luar masjid) supaya diam dan dengar bacaan itu?

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (al-A’raaf : 204)

Maka itu, Ustaz Love menyeru agar kita tak cepat melatah dalam isu ni.. jangan fikir semua benda nak dipolitikkan.. Memang Islam itu agama rasmi negara kita.. tapi, dalam perlembagaan juga mengiktiraf kepelbagaian agama dan kaum.. sama keadaannya kita duduk kat rumah flat contohnya.. memang la rumah tu kita punya, tapi tak bleh la sesuka hati nak karaoke dalam rumah sampai menggangu jiran dengan alasan kita menyanyi dalam rumah sendiri.. kalau bab ni kita bleh memikir, kenapa kita tak luaskan pemikiran dalam agama?

Ada yang kata, melalui kaset bacaan al-Quran sebelum solat (tak kira la Subuh ke, waktu lain ke.. kalau kat KL, kebanyakan masjid pasang kaset bacaan al-Quran sebelum masuk waktu solat), mereka dapat belajar membaca al-Quran dengan betul.. Ustaz Love kata, kalau nak belajar al-Quran, bukan itu caranya.. belajar al-Quran ni kena musyafahah (bukan hasyafah.. jangan silap baca plak) dan bertalaqqi (belajar berguru), bukan ikut2.. itu pasal la ramai yg nak jadi mcm Imam Sudais, baca al-Quran dengan sengau.. padahal suara sengau tu memang suara Imam Sudais dan kebanyakan imam2 arab… bila imam melayu nak baca sengau, jadi la imam sadis.. bacaan boleh buat orang menangis, bukan sebab insaf dan terharu, tapi sbb tak tahan dengar tajwid berterabur, makhraj tak betul dsb.

Ada yg kata, bacaan al-Quran sebelum Subuh membantu supaya dapat bangun Subuh.. Ustaz Love kata, kalau hari tu speaker masjid rosak, tak bangun Subuh la jawabnya.. mcm tu ke? Kenapa tak kunci jam? Minta tolong mak ayah ke, adik beradik ke, member ke tolong kejutkan? Kenapa berkeras nak juga pasang bacaan al-Quran sebelum Subuh sehingga mengejutkan bayi2 yang masih lagi belum ditaklifkan untuk solat? Tak cukup ke dengan azan yang dilaungkan melalui speaker itu membantu mengejutkan bangun Subuh?

Banyak betul tanda soal.. Ini sebenarnya adalah teknik menjawab soalan dengan soalan.. hehe..

Setiap ibadah itu perlu diasaskan dengan dalil.. dan bukannya guna akal semata2..

Ada suatu ketika dulu (masa Ustaz Love muda remaja.. janggut pun baru tumbuh seulas dua), surau kat tempat Ustaz Love ada program pengajian lepas Maghrib.. tapi Ustaz yang nak mengajar tu tak datang.. lalu, para jemaah pun melepak la kat luar surau sambil hisap rokok.. Tiba2, muncul mentol (idea bernas) kat kepala salah seorang AJK surau..

Dia kata, apa salahnya kita pasang kaset ceramah je.. bleh gak isi masa2 lapang ni.. lalu idea itu pun dipersetujui sebulat suara. Brader tu pun pasang kaset ceramah.. masalahnya, diorang bukak speaker luar dan dalam supaya bleh dengar daripada beranda surau.. bleh buat 2 kerja dalam satu.. dengar ceramah sambil merokok..

Yang tak tahannya, Ustaz Love masa tu tengah berzikir (pehh.. warak tu..).. Sekali dia pasang kaset ceramah politik yang suara menjerit2..  terpanjat boboy.. terus hati ini terasa sakit dan tak tenang. Diorang plak bukan dengar sangat.. Speaker surau plak dipasang kat luar rumah orang (ni rumah flat punya cerita.. belah bawah dijadikan surau).

Bila Ustaz Love tanya kat brader tu, kenapa pasang kaset tu guna speaker? Kalau pasang kat radio (masa tu iPod dan pemain mp3 belum wujud lagi) pun bleh je dengar.. bukan ramai pun jemaah masa tu.. tak sampai 10 orang yg nak dengar.. kata brader tu, nak bagi satu kariah dengar ceramah tu.. biar diorang insaf dan keluar barisan, masuk bulatan.

Kalau isu ni dibiarkan tanpa dijelaskan pemahaman yg sebenar, maka suatu hari nanti, manusia akan semakin galak menambah2 idea mereka dan dinisbahkan kepada amalan agama.. contohnya pasang nasyid guna speaker masjid, dengan tujuan untuk menarik golongan muda dsb..

Pun begitu, pada pandangan Ustaz Love, kenyataan pekeliling JAIPP itu agak mendadak.. menyebabkan ramai yang melatah.. ada baiknya kalau keluarkan arahan supaya bacaan al-Quran itu diterhadkan menggunakan speaker dalam masjid saja dulu.. dan bukannya speaker di menara. Biar lama2 nanti, pegawai dan AJK masjid sendiri akan merasai betapa terganggunya ibadah lain yg nak dilakukan (spt solat sunat ke, zikir ke, doa ke) bila ada bacaan al-Quran yang kuat memenuhi gegendang telinga mereka.. masa tu, kalau keluarkan arahan supaya speaker dibuang pun rasanya diorang sanggup.. hehe

Agama ini adalah dengan ittiba’ (mengikut) dan bukannya ibtida’ (mereka2 / membuat bid’ah).. kita ikut je apa yg Nabi s.a.w. dah ajar.. juga panduan yg ulamak2 dah bagi..bukan mereka2 sesuatu yg tiada dalam agama sehingga kita dah tak dapat nak bezakan mana satu amalan agama, mana satu amalan yg direka2..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

47 Comments

Add a Comment
  1. alhamdulillah.. penerangan dr ustaz amat jelas…
    semoga yang lain dapt manfaat..

    keterangan ustaz ni sejibik mcm keterangan dr ayah saya..

  2. ustad2, sy kan ada soklan. huhuhu
    stended la soklan lari topik.

    pagi raya kite biasa ziarah kubur kan ustad. pehtu baru kite ziarah sedara mara kat rumah dorg kan ustad.

    soklan kemoskilan saya kan ustad, org kata kalo kite balik dr kubur tak leh sentuh budak kecik. so mcm kes raya ni camner ustad? sbb sy baru je dpt anak sedara bleh ke sy baru pas ziarah kubur peh tu gi beraya ziarah anak sedara sy tu???

    1. wahsaii.. advance.. terus masuk soalan raya.. hehe..

      insyaAllah, nanti Ustaz Love jawab dalam entry ;)

  3. terima kasih ustaz..
    walaupun isu ni dah lama, tp segelintir masyarakat kita anggap mcm perkara baru sehingga takut jadi seperti di singapore.
    saya mohon untuk kongsi ilmu ini..

    1. insyaAllah, boleh.. takde masalah.. dan terima kasih kerana sudi berkongsi..

      ini cuma isu bacaan al-Quran saja.. sedangkan bab azan, mmg takde pertikaian bab penggunaan speaker tu.. sbb azan itu mesti disyiarkan untuk menandakan masuk waktu solat dan mengajak umat Islam mendirikan solat.. insyaAllah, sama2 la kita doakan semoga Malaysia tak jadi mcm Singapore ;)

  4. terima kasih ustaz atas penerangan yang diberi..cukup bernas..harap umat islam boleh terima dengan hati terbuka…

    banyak yang dok melatah, saya tengok bukanlah dari golongan ahli agama tapi dari golongan yang ada sikit2 ilmu agama/kurang didikan agama tapi berasa dah cukup hebat..mungkin kerana dilahirkan sebagai muslim, lantas berasa dah cukup hebat untuk bercakap mengenai islam..

    kata2 di bawah ni saya jumpa dalam emel..menarik juga bunyinya..kalau salah minta ustaz tolong betulkan…

    “Imam Syafie pernah berkata: aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”.

    1. memang betul la tu.. sbb tu dalam ayat al-Quran pun ada menyuruh kita jangan berdebat dgn org jahil.. sbb diorg akan cakap ikut suka.. sebaiknya bagi salam dan blah je dari situ ;)

  5. sy xtau nape isu nih tetibe muncul…sy dok kampung…sy xrase pon terganggu dgn bacaan Alquran gune speaker..kan dpt pahala kalau dgr…ape mslhye…tp lau da ade hadis mcm tuh…kite ikut jela…hoho

    1. kadang2 kita memujuk hati kita untuk tunduk pada arahan agama.. takut2 rosak akidah.. tapi melakukan gangguan walaupun dengan menggunakan alasan agama adalah tidak dibenarkan.. termasuk juga dalam perkara ini spt solat di depan pintu tempat laluan orang, bertakbir di dalam hospital dsb.. walaupun ianya perbuatan baik (ada asal dalam agama) tapi tak kena tempat..

      kita memang suka dengar al-Quran.. sbb kita orang Islam.. bagaimana pula dengan hak bukan Islam? bagaimana kalau bukan Islam juga melakukan upacara keagamaan yg bising dengan bunyi2an di tempat kita? kita juga akan rasa terganggu.

      Kesimpulannya, kalau kita nak baca al-Quran, jangan baca kat tepi telinga orang.. dengan anggapan org suka bacaan kita.. kalau suka dengar al-Quran, kita dengar je guna iPod.. tak perlu susah2 nak minta pak bilal pasangkan kat speaker surau :D

  6. ustadz, saya ade soalan nak tanye, bagaimane kita nak tau kite punye amalan kite diterima ataupun tidak?

    1. rasanya Ustaz Love dah ada jawab sebelum ni.. tapi takpe.. insyaAllah, nanti Ustaz Love buatkan entry pasal ni ;)

  7. kalo x pasang al-quran kt masjid dengan pembesar suara sape lg yg wat camtu…ramai ke org islam yg mengamalkan cara hidup islam dengan bace quran ke solat ke…al-quran tu bleh menenangkn jiwa..hanya org sakit jiwa je kate bising…mmg la da hadis..tp bezaknlah waktu dulu ngn waktu skrg…kalo melalk lagu laro xde plk org nk bngkitkan..

    1. membaca al-Quran itu ibadah.. maka kena la ikut panduan dalil hadis dan al-Quran.. jangan sampai suatu masa nanti, kita berfikir dgn logik bahawa membaca al-Quran di tandas itu satu perbuatan yg baik.. sbb tandas itu tempat syaitan.. bila baca al-Quran, maka mereka akan lari :D

      dulu dengan sekarang sama je.. zaman akan berubah, tapi syariat akan kekal sampai akhirat ;)

  8. Salam..ana nak tnya skit…ana ader dgar psal isu bcaan al-Quran pd speaker surau… jikalau sesuatu tmpat tu atau komuniti kat situ majoritinya non-muslim dan pbila mereka komplen akn bcaan al-Quran pd speaker surau mengganggu ketentraman mereka..maka wajib kita orng islam memberhentikan bcaan tersebut.. tp jikalu mereka yang non-muslim itu tidak berasa terganggu malah dialu2kn berbuat bgitu,maka kita boleh trUskn aja bcaan al-Quran pd speaker surau..Sma jgak kalu yang minoritinya non-muslim..betulkah bgitu?

    1. isu bacaan al-Quran ini bukan nak tunggu orang komplen atau tak.. kaedah itu sendiri sebenarnya telah diterangkan dalam hadis, iaitu kena merendahkan suara bacaan supaya tak mengganggu orang lain.. kalau dah pasang kat speaker, nak rendah mcm mana lagi, ye tak?

  9. Assalamualaikum Ustaz.

    Nak tanya, berdosa ke kalau kita ajar tajwid, nak bagi kenal huruf kita guna perumpamaan seperti alif tegak macam tiang, ba macam perahu dan sebagainya?

    Syukran.

  10. Assalamualaikum Ustaz.

    Lagi satu soalan, kalau tulis kalimah Allah dalam rumi, hukum dia sama macam kalimah Allah arab ke? Tak boleh masuk tandas, tak boleh kena najis etc.

    Kalau buku agama (dengan kalimah rumi Allah, Rasullulah etc) tindih dengan majalah biasa macamana pulak?

    Syukran.

      1. Oh begitu. Terima Kasih Ustaz.

        Nak tanya lagi, saya baca perkara membatalkan solat ialah hembusan yang kuat samada hidung atau mulut. Macamana tu Ustaz? Kalau bernafas?

        Syukran

        1. ia lebih kepada bunyi suara.. sama ada hembusan itu kuat sehingga mengeluarkan suara ataupun berbentuk suara yg disengajakan.. punca jadi batal sbb kita dilarang berkata2 dalam solat.. dan bunyi suara yg membentuk perkataan itu termasuk juga dlm istilah berkata2.. kalau setakat bersin atau batuk yg tak disengajakan, maka tak batal solat.. kalau sengaja batuk itu yg membatalkan solat..

  11. time kaseh ustaz.. kwn sye up balik kes ni..mentang2 nak ngundi..bile sye terangkan dia ckp sye mereka cerita..
    last2 sye tunjuk blog ustaz ni.. huhu

          1. assalamualaikum ustaz,

            jika tidak menjadi keberatan saya mohon kepada ustaz jelaskan secara terperinci mengenai tahaluf siyasi dalam Islam..t.kasih..

  12. Sebelum subuh tentu ada yang masih sholat sunat di tumah, ini dapat terganggu dan terkadang ayat yang dibaca atau dzikir yang dibaca terbawa oleh bacaan lain di luar kekhusukan

  13. Ustaz Love…..sya nak tanye soklan yang agak lebih kurang same ustaz….macamner plak dengan alunan zikir atau doa dipasang di surau-surau terutama pada waktu sebelum magrib yang diketahui tak de jemaah yang datang di surau pada ketika alunan zikir tersebut di pasang kat surau keluar kat speaker luar surau.mohon penjelasan ustaz. TQ Ustaz Love.

  14. salam ustad love

    saya merasakan ulasan Tuan tentang pekara ini sangat baik dan berpijak di dunia nyata.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


seven − = 3

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site