I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Istikharah Melalui Kertas Undi

Salam..

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada ibnuddin berkenaan cara melakukan solat istikharah :

Hamba dhaif ada soalan nak tanya la. Harap tak mengganggu la ye.

1) Adakah Nabi pernah buat solat istikharah?

2) Ada sahabat ana sarankan untuk lakukan istikharah dengan cara yg lain sikit.

Begini caranya, dia suruh tulis tuliskan dua pilihan kita tu dalam kertas. 2 kertas itu diasingkan lalu diletakkan di bawah sejadah. Kita dikehendaki melakukan solat istikharah tu sebanyak 3 kali. Setiap kali selesai solat istikharah tu, cabut salah satu daripada kertas itu dan lihat yang mana kita dapat. Kalau dapat 2/3. Yang tu la pilihan kita.

Hmm, ana tak tau dia ambik kaifiat ni kat mana. Kalau boleh Ustaz bagi dalil yang bersumber ye.

Jazakalllahukahir

Dah mcm jaman dulu2 plak.. pakai hamba dan tuan hamba ni.. hehe..

1) Ada sebuah hadis yang menceritakan berkenaan istikharah ni :

“Rasulullah saw mengajar para sahabatnya melakukan Istikhaarah didalam semua perkara, sebagaimana baginda mengajar mereka surah daripada Al-Quran, Baginda berkata : ‘Jika sesiapa dari kamu perihatin terhadap sesuatu keputusan dia hendak melakukannya, maka lakukan solat 2 rakaat yang bukan dari solat fardu, kemudian berkata : Ya Allah, Aku memohon sesuatu yang baik daripada engkau menurut Ilmu engkau, dan aku memohon dari Engkau limpah kelimpahan engkau yang Maha Agung. Sesungguhnya engaku sahajalah yang Maha Berkuasa dan aku tidak mempunyai apa-apa pengetahuan. Engkau yang mengetahui Perkara yang ghaib. ya Allah, jika pada pengetahuanMu perkara ini baik bagiku baik didunia dan diakhirat, teguhkanlah ia bagi ku, mudahkanlah bagiku, dan berkati ia bagi. Dan jika pada pengetahuanMu ia adalah sesuatu perkara yang buruk untukKu dan juga agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, maka jauhilahKu daripadanya, dan pergantikanlah kepadaku apa yang baik, dan redhakan aku dengannya” (HR. al-Bukhari)

Jadi, solat istikharah ini memang wujud dan bukannya rekaan..

2) Kaifiat / cara melakukan solat istikharah adalah seperti mana yang disebutkan dalam hadis di atas.. iaitu solat 2 rakaat dan kemudiannya berdoa.. Menurut ibn Taimiyyah, lebih afdhal berdoa sebelum salam kerana Nabi s.a.w. memperbanyakkan doa sebelum memberi salam.

Kaifiat seperti yg diberikan oleh sahabat tuan hamba itu, tidaklah hamba mengetahui dari mana asal usulnya.. Adalah lebih baik tuan hamba meminta beliau mendatangkan dalil dan bolehlah kita sama2 kongsikan.. jika ternyata beliau juga tak dapat menjumpai hujahnya, maka di sini sangat perlu berhati2.

Dalam amalan Arab Jahiliyyah, unsur mencabut undi ni banyak dilakukan.. antaranya melalui kaedah undian anak panah, bagi menentukan nasib dan tindakan yg akan mereka lakukan.

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (al-Maaidah : 90)

Pada pandangan Ustaz Love, kaedah cabutan kertas itu lebih kurang mcm amalan Jahiliyyah yg mengundi nasib melalui anak2 panah.. kenapa tak dipakai dadu je? hehe..

Kita kena faham maksud dan matlamat istikharah ni.. iaitu meminta bantuan Allah menunjukkan jalan mana yang patut kita pilih.. dan bukannya kita sendiri yg memilih kertas2 undi tersebut.. kertas undi adalah untuk dipangkah (dalam pilihanraya) dan bukannya untuk dipilih2..

Dan petunjuk istikharah menurut Imam Nawawi rahimahullah adalah melalui perubahan perasaan dan kecenderungan.. petunjuk melalui mimpi itu mungkin ada benarnya, tetapi bukan semestinya. Tapi, petunjuk melalui kertas undi, itu adalah petunjuk demokrasi, dan bukannya petunjuk istikharah.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme