I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Isteri Ada Hubungan Dengan Sepupu

Salam…

Kali ni isu rumahtangga.. Ustaz Love bukan kaunselor rumahtangga, tapi disebabkan soalan ini ditujukan kepada Ustaz Love, maka Ustaz Love pun cuba la untuk menjawabnya :

saya ada satu masalah tentang isteri saya di mana ceritanya begini:
saya ada syak yang isteri saya ada hubungan dengan lelaki ( saudara/sepupu nya yang boleh dikahwini ). di mana saya syak pertama kali iaitu semasa ke rumah sepupunya di mana isteri saya semasa di rumah nya tidak duduk dengan saya malah duduk di antara saudaranya di depan saya. mereka sentiasa bercakap dan ketawa bersama saudara2 lain di sana. suatu masa mereka berdua telah masuk ke dalam bilik berdua-duaan di depan mata saya dan saudara2 mereka yang lain. saya tidak dapat menahan isteri saya untuk masuk ke dalam bilik tersebut, kerana saya berada di depan mereka dah saudara2 yang lain juga ada di sana semasa isteri dan saudaranya masuk ke dalam bilik tersebut. adalah dalam kira-kira 5 – 8minit berada di dalam bilik tersebut membuat kan hati saya tidak tenang. selepas itu isteri saya keluar dari bilik tersebut.
setiap kali ke rumah mereka saya sentiasa melihat kemesraan mereka berdua di depan saya dan orang lain iaitu sentiasa bersembang-sembang bersebelahan dan saya di tinggalkan di hadapan mereka.. semasa memberi susu badan kepada anak kami juga, isteri saya tidak menghadap ke arah saya malah ia menghadap ke hadapan saudara lelakinya.. malah semasa kami balik, isteri saya amat rapat dengan sepupunya saling bermasra ( cakap ) dan jarak antara muka mereka tidak kurang dari 5 incipun. dan saya hanya mampu melihat kerana saudara mereka semua ada di situ. mereka sentiasa mencari peluang berdua-duan di dalam dapur walaupun banyak saudara dan saya berada di ruang tamu yang memisahkan dinding antara dapur dan ruang tamu tsb.
persoalan-nya:
1. Apakah Perasaan Cemburu dan syak wasangka tersebut betul..?.
2. Apa patut saya buat..?..

Soalannya pendek je.. cuma penerangan itu yg agak panjang.

Seorang suami itu perlu mempunyai perasaan cemburu terhadap pasangannya. Seorang suami yg tidak ada langsung perasaan cemburu, sama la situasinya dengan seekor binatang berhidung penyek (bukan Kucing Parsi, tapi babi). Ustaz Love minta maaf menggunakan perkaitan ni. Jangan kaitkan dengan fizikal babi itu (sapa2 pun akan marah jika dikaitkan dengan fizikal babi.. sbb ianya satu penghinaan terhadap ciptaan Allah) sebaliknya kaitannya adalah pada sifat.

Babi ni jenis tak kisah.. lepas beliau bersetubuh dengan isterinya, dia bleh tengok je member2 dia yg lain mengerjakan isterinya tanpa ada sikit pun sifat cemburu. Berbeza dengan kambing.. cuba la letakkan sepasang kambing jantan dan betina dalam kandang, lepas tu letakkan seekor lagi kambing jantan.. memang sah kambing pendatang asing tu akan ditanduk dan dihalau.. disebabkan cemburunya kambing itu demi menjaga hubungannya dengan isterinya.

Maka, perbuatan cemburu seorang suami terhadap isterinya dan begitu juga sebaliknya, merupakan fitrah manusia yg sihat da waras. Yang tak waras adalah cemburu buta.. Isteri bergurau dengan ayah pun, suami nak cemburu2.. suami jenis ni patut ditempeleng 18 kali supaya beliau sedar diri.. kihkih

Namun, jika isteri bergurau senda dan agak rapat dengan bukan mahram (termasuk la sepupu ke, ipar duai ke.. ipar duai ni mahram sementara je.. kalau isteri tu dah diceraikan, maka ipar duai ni bleh bernikah dengan bekas isteri), maka dalam hal ini perlu ada sedikit sifat cemburu dan prihatin.

Pertama sekali, perlu jelaskan kepada sang isteri bahawa kita tak suka dengan perangainya.. dan bagitau juga batas2 yang perlu dijaga oleh beliau.. mungkin sebelum berkahwin, beliau pernah rapat dengan sepupunya.. kiranya dah anggap mcm adik beradik.. namun, kena jelaskan, anggapan adik beradik itu takkan mengubah hakikat bahawa mereka (isteri dan sepupunya) itu adalah bukan mahram dan boleh berkahwin (jika diceraikan). Itu batasan agama.. Mungkin juga isteri tak sedar tentang perkara itu.

Namun, jika beliau buat tak tahu je, dan masih meneruskan sikapnya itu, boikot la beliau.. jangan tido sekali.. kalau beliau masih berkeras, maka pukullah dengan pukulan untuk mendidik (bukan mencederakan / mendera)..

Suami perlu tegas.. jangan senyap je.. bila senyap, itu tanda redha (mungkin isteri sangka suami tak kisah sbb suami tu senyap je.. mcm ada semangat kesukanan (sporting)). Hilangkan syak wasangka dengan melakukan penyiasatan. Lakukan intipan untuk melihat apa yg mereka lakukan.. jika ternyata mereka melakukan maksiat, maka terpulang pada suami sama ada masih nak bagi peluang ke, nak cerai ke.. Kalau takde apa2 yg berlaku, suami kena tegas bagitau isteri yg perbuatannya berdua2an dalam bilik itu hukumnya haram dan berdosa.. semoga beliau sedar akan kesalahannya itu.

Jangan biarkan masalah semakin berlarutan akibat diamnya seorang suami.. Jika tak tegur sekarang, mungkin akan datang, perkara tu akan menjadi lebih teruk.. masa tu, mungkin akan amik banyak masa dan tenaga untuk menyelesaikannya. Terlalu mudah untuk menjalinkan ikatan, namun ianya memerlukan keberanian untuk memutuskan sesuatu perhubungan.. Berani menegur itu adalah langkah awal yang sangat efektif sebelum tiba masanya jika terpaksa menggunakan keberanian untuk memutuskan.

Semoga Allah memberi jalan penyelesaian buat saudara dan memberkati kehidupan saudara sekeluarga.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Comments

Add a Comment
    1. mungkin juga sang isteri tu terlalu rapat dgn sepupu masa sebelum kawen.. dah mcm adik beradik.. banyak juga kes mcm ni πŸ˜‰

      1. kalau tegur ister tak jalan, ada baiknya slow talk dgn sepupu lelaki tu.. man to man talk ni biasanya akan berjalan lancar πŸ˜‰

  1. semangat kesukanan? keh keh..

    menda laa bini dia gitu..sebagai seorang perempuan, sy berasa malu ada perempuan berperangai sebegitu

    suami sepatutnya bersuara.usah didiamkan

    semoga Allah memberi hidayahNya

    1. walaupun pernah rapat, tapi kita kena juga jaga adab2.. sama juga dengan ibu bapa sekalipun.. walaupun kecik2 dulu kita selalu didukung, takkan dah tua bangka ni pun nak main dukung2 gak kan? πŸ˜‰

  2. mcmne klu sy ni seorang isteri plak jd mcmni kat saya sebijik….sy xtaw mcmne nk tegur tkut dikatakan kongkong or cemburu buta?sy da bk kali fikir apa yg harus dilakukan

    1. Jangan tegur, sebaiknya berbincang dengan suami secara berterus-terang. Jangan takut pada perkara yang belum berlaku. InsyaAllah, jika kena caranya, suami akan memahami hasrat hati puan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme