I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Imam Tarawih Baca Panjang

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada pingu ijo :

assalamualaikum ust..
ketika menghadiri terawekh,sy gemar tukar2 surau dan di masjid berdekatan.ade 2 situasi yg membezakan kedua-dua tmpt tersebut..
di masjid,guna imam international…bacaannye i juzuk dan pjg2..acapkali sy sbg makmum yg alpa dan lalai ini termenguap dan amat2 tidak fokus..
berbanding ngan kat surau, bacaan ayat lazim ringkas..tp sy dpt fokus dgn lebey jitu..
pendapat sy yg mmg jahil ni,adakah lebih baik amalan sunat ini dibuat secara sederhana dan memastikan makmum lebey selesa dan fokus..bygkanlah para makmum ni terdiri drpd golongan yg bekerja dr pg ke petang,manakala kaum wanita yg kene pk hal ehwal umah tangga dan menu utk bersahur termasuk anak2..dalam pd masa yg sama,kami mmg amat ingin mengejar amal ibadat teraweh yg hanya dlm dilaksanakan sethn sekali sahaja..

adakah sy berdosa kerana berpendapat sedemikian…

waalaikumussalam..

Sebenarnya kekuatan amalan ini bergantung kepada kekuatan iman.. sejauh mana kita boleh beramal secara istiqamah, ianya menjadi petanda keadaan iman kita. Seumpama sebuah kereta.. walaupun kereta tu adalah kereta baru, tapi kalau enjinnya ada masalah, maka kereta itu tak mampu nak pergi jauh.. Sekalipun kereta itu kereta lama dan buruk, tapi kalau enjinnya masih ok, maka nak memandu dari Perlis ke Sabah pun takde masalah (tapi kena naik feri gak la.. hehe).

Begitulah perkaitan iman dan amal.. Kalau iman kita kuat dan mantap, maka amal ibadah kita pun bleh pergi jauh.. Kita bleh bayangkan tak, Imam Ahmad bin Hanbal sebelum dipenjara dan disiksa, menunaikan solat sunat lebih kurang 300 rakaat sepanjang malam.. selepas kena penjara dan disiksa, maka beliau pun tak larat sangat dan lemah badan.. maka solat sunatnya dikurangkan menjadi separuh (lebih kurang 150 rakaat).. amacam, ada bran?

Sebab itu kadang2 kita hairan bila tengok orang2 tua yg dah lemah lutut dan tak sihat, tapi masih gagah nak berjalan kaki bersolat di masjid secara berjemaah setiap waktu.. berbanding orang muda2 yg sihat2, tapi selalu bagi alasan penat nak ulang alik ke masjid.. masjid jauh.. imam baca tak sedap dsb..

Ustaz Love pernah bertugas di sebuah masjid.. ada seorang jemaah tua yg kalau berjalan pun, rasanya kura2 pun bleh nyaris menang lumba berjalan dengan beliau.. sekali tu, Ustaz Love ada jemputan kenduri kat rumah beliau.. Ustaz Love gi naik motor.. pun terasa lelahnya nak mendaki bukit menuju ke rumah beliau.. tapi beliau rileks je ulang alik masjid berjalan kaki dari rumah beliau.

Amalan sunat tidaklah wajar dipaksakan kepada semua orang untuk melakukannya.. Ia sebenarnya menjadi tanggungjawab imam dan AJK masjid untuk menjaga kemaslahatan jemaah.. Bukanlah bermakna, jika ada jemaah yg uzur dan tua, maka kena pendekkan solat.. kalau semua jemaah muda2, maka kena panjang2kan solat.. Ianya banyak bergantung kepada kaedah komunikasi.

Jika AJK sesebuah masjid itu memutuskan dalam mesyuarat untuk menjemput imam luar menjadi imam tarawih, maka menjadi tanggungjawab AJK atau imam tempatan untuk memberi taklimat dan penerangan kepada imam jemputan tersebut.. supaya beliau tak syok sendiri.. ini rakaat pertama dan kedua pun dibelasah baca surah panjang2, memang lepas bagi salam bleh tengok la para jemaah, secara berjemaah, meninggalkan masjid.

Juga perlu bagi penerangan yg jelas kepada jemaah.. supaya jemaah faham, bahawa solat tarawih itu hukumnya sunat.. maka takde masalah nak buat 8 ke, 20 ke.. nak baca pendek ke, panjang ke.. kalau makmum larat nak berdiri, maka solat la secara berdiri.. kalau tak mampu nak berdiri, solat la duduk.. takde masalah nak solat duduk bagi solat sunat.. jangan la kalau tak larat pun, nak pulun gak.. lepas tu sibuk dok canang sana-sini imam tu tak bagus la, baca panjang la (Ustaz Love pernah terkena sekali.. baca surah An-Naba’ je masa solat Jumaat, itu pun bahagi 2, terus dapat surat layang lepas tu)

Kadang2 kita terkeliru sendiri.. kita nak cari sebanyak2 pahala dan kelebihan serta keberkatan dalam bulan Ramadhan, tapi dalam pada masa yg sama, kita lebih suka ibadah2 yg ringkas.. Kalau boleh imam tu setakat baca 3 Qul je dalam solat tarawih, maka yg itu la jadi faveret kita.. Kalau kita kerja, nak duit lebih, kita sanggup buat OT, buat side-income, meniaga pasar malam dsb.. tapi, kalau nak pahala lebih, kita nak buat ibadah kurang2.. ringkas2.. solat pun, kalau bleh nak ringkas2, pakai kain pelikat tak berbaju.. takde kopiah.. serba ringkas..

Itu adalah lumrah.. Ustaz Love sendiri pun lebih sukakan yg ringkas2.. kalau nak panjang2, buat la sendiri2.. cuma dalam keadaan lain, imam juga perlu meraikan jemaah2 yg punya keghairahan untuk menambah amal ibadah ni.. orang kita ni apa2 pun nak buat dalam jemaah.. baru semangat.. kalau buat sorang2, rasa lemah je.. Jadi, bergantung atas kebijaksanaan AJK dan imam masjid untuk memikirkan method yang sesuai agar dapat meraikan kedua2 golongan ini (golongan yg nak kurang ibadah, dan golongan yg nak lebih ibadah).. mungkin juga imam boleh buat tarawih sampai 8 rakaat dengan bacaan panjang sket (1 muka al-Quran, 1 rakaat).. lepas tu gi makan moreh dulu.. beramas mesra dengan jemaah masjid.. lepas tu sambung balik tarawih lagi 12 rakaat.. sapa2 nak sambung, bleh ikut.. kalau tak nak, bleh balik.

Sebenarnya, tahap ibadah kita secara umumnya masih di takuk lama.. Ustaz Farid Ravi yang muallaf tu pun (kira masuk Islam kemudian la daripada kita yg lahir2 dah Islam ni) dah jadi pakar hadis dan al-Quran.. kita yang Melayu Islam, yg dah dengar al-Quran daripada kecik sampai la berjanggut atas bawah, masih lagi tak mahir bab2 al-Quran.. puncanya, sebab kita selalu ambil mudah bila tiba bab amal agama.. Kalau bab kerja, kita nak naik gaji, nak naik pangkat.. pendek kata, nak lebih baik la daripada dulu.. Kalau bab agama, kita masih lagi dok guna pakai istilah “Ustaz aku kat sekolah dulu cakap..”.. Kadang2 Ustaz tu takde cakap pun, kita cakap dia cakap.. Maknanya, tahap agama (ilmu, amal dsb) masih lagi tahap budak sekolah.. sbb itu la kita tak mampu nak melakukan amalan ‘orang dewasa’.. lemah je rasanya..

Bagi yang keletihan bekerja, maka buatlah sekadar termampu.. kerana masih ramai lagi yg keletihan bekerja, tapi keghairahan ibadah itu melebihi keletihan mereka.. Mungkin ada kontek antara sang pembaca (imam) dan sang pendengar (makmum).. imam membaca ayat2 al-Quran dengan merdu dan khusyuk, lalu makmum juga mendengar dengan penuh minat dan penghayatan..

Begitu juga dengan para wanita yg menguruskan rumahtangga.. jangan bersusah payah nak solat tarawih kat masjid.. solat je tarawih kat rumah.. sambil2 buat kuih raya pun bleh buat tarawih.. takde masalah.. lepas 2 rakaat, bagi salam.. lepas tu gi la pukul telur sampai kembang.. lepas tu sambung lagi 2 rakaat.. lepas tu gi masukkan gula dan tepung.. tapi jangan plak panaskan oven, lepas tu gi solat.. meletup rumah tu nanti..

Pointnya satu je.. tarawih itu ibadah sunat.. jadi, kita jangan jadikan ianya terlalu sulit dgn isu2 yg tak pernah habis sepanjang zaman (isu 8 dan 20 rakaat, isu imam baca panjang, isu imam laju sangat, isu tak baca selawat dsb).. mudahkan, jangan menyusahkan 😉

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Comments

Add a Comment
  1. kat masjid tempat kakjem walaupun imamnya baca 1 muka al quran 1rakaat,alhamdulillah makmumnya masih ramai.bertambah2 seronok lagi kalau imam tu punya suara yg merdu,laju disamping tajwidnya jelas terang dan nyata.baru2 ni imam muda Afan dijemput utk menjadi imam,Subhanallah bacaannya bukan main sedap dan menyentuh sanubari….kalau hari2 kan best…WallaHua”lam

  2. Ya betul ust. isu ni tak habis2…yang peting buatlah tiap2 hari 8 ke 20 ke dua-dua bole di amalkan ikut kemampuan dan maslahat kite yang lemah ni..

  3. me memang buat tarawih kat rumah ajer, sbb anak me baru 2 thn and tido awal, pukul 8 dah tido…alhamdulillah, so far me tak pernah miss lagi terawih, tapi terawih solo ajer kat umah

    1. boleh je nak ajak husband solat tarawih sekali kat rumah.. lepas beliau balik dr masjid, ajak la beliau sambung rakaat.. kalau beliau buat 8 rakaat kat masjid, bleh sambung 12 rakaat kat rumah.. 😉

  4. Assalamualaikum Ustaz,
    Saya pun lebih kurang juge isu keletihan bekerja, bezanye, saya ni baru je dapat keje, working hour saye dari 1.30pm smpi 10pm, saya bermula kerje pada pertengahan ramadhan, sejak saya kerja ustaz, banyak dah ibadah-ibadah yang saya mula kurangkan especially membaca al-quran , kadang-kadang satu hari tu tak mampu nak buat pun sebab saya cepat letih. Saya sangat sedih, sebab tak dapat nak istiqamah, org lain sume g tarawih tapi saya tak dapat gi :(, bila balik dah letih sgt, tmpt keje pula jauh dari umah, time cuti je saye mampu buat tarawih.sy xsalah kan pekerjaan, tapi badan saya ni yang tak berapa cardas, Orang dalam bulan ramadhan makin banyak ibdah, saya makin kurang.Sedih yang teramat, sampai saya rasa nak berhenti tapi saya tak mampu. Beruntunglah pada mereka yang masih punya waktu untuk beribadah tarawih dimasjid di malam Ramadhan,

  5. Beruntungla kepada siapa yang punya waktu untuk beribadah di malam ramadhan, lain pula halnya dgn saya, working hour bermula dari 1.00pm ke 10pm, perjalanan dr tempat keje ke rumah hampir 30min. balik keje je dah letih, nak beribadat dah takleh fokus, sedih sgt, sebelum ni sy kerap membaca al-quran tapi semenjak pertengahan ramadhan y lepas, iaitu hari pertama saya mula bekerja, semuanya sudah mula berkurangan, dan kadang-kadang sehari tak baca quran lansung, menyedihkan dan memalukan. Saya tak salahkan pekerjaan, tapi disebabkan stamina dan mental saya tak cukup kuat, saya tak larat… Saya memang sedih sangat sebab melihat orang bekejar-kejar beribadah, saya berkejar-kejar bekerja. Beruntungla pada siapa yang masih punya waktu untuk beribadah di malam ramadhan….

    1. Waalaikumussalam…

      Dalam kita mengejar ibadah di bulan Ramadhan, jangan sampai kita mengabaikan kesihatan.. beribadahlah sekadar termampu.. insyaAllah, sikit atau banyak, Allah juga yg akan memberikan ganjarannya.. ibadah bukan setakat solat tarawih saja, zikir juga merupakan ibadah.. Banyakkan zikir waktu bekerja, insyaAllah, Allah akan berikan kekuatan untuk melakukan ibadah2 yg lain 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme