Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Soal Jawab : Ibu Pilih Kasih

Salam..

Ustaz Love menerima komen daripada seseorang yg menamakan dirinya sebagai zaza :

ibu saya suka mengadu domba dan menyebabkan pergaduhan anak-anak nya, Ibu juga melebihkan anak lelakinya daripada anak perempuannya…. tapi apabila sakit anak perempuanlah yang akan menjaga. bila dia tak sukakan anak tu dia tidak akan bertegur sapa dengan anak itu dan akan memulaukan anak itu, terkadang kala ayah saya akan mengikut telunjuk ibu saya supaya berperangai yang sama. Kami anak anak perempuan tidak pernah di layan baik

Walaupun ianya bukanlah soalan, namun Ustaz Love terasa nak mengulas pasal isu ni.. sebab Ustaz Love tengah rajin ni.. kihkih

Ustaz Love banyak terjumpa kes2 sebegini.. tidak dapat dinafikan akan kewujudan ibu bapa yang melebihkan anak tertentu daripada anak yang lain.. mungkin disebabkan kecerdikan, kecantikan, kebaikan dsb yg ada pada anak itu, maka ibu bapa melebihkan kasih sayang dan perhatian berbanding anak2 yang lain. Ini mengundang rasa tak puas hati sesama adik beradik. Jika beliau melakukan kesalahan, ibu bapa buat macam tak nampak, sebaliknya menyalahkan anak2 yang lain.. sebaliknya, jika adik beradik yg lain melakukan kesalahan, akan dipukul dan diherdik.. maknanya ada double-standard dalam layanan terhadap anak2.

Perkara seperti ini sebenarnya amat sukar untuk dielakkan.. kerana ianya melibatkan persoalan hati.. persoalan hati, tiada siapa yg mampu untuk menjangka.. sebab sedalam2 air di lautan, dalam lagi hati manusia.. cewahh..

Jadi, kecenderungan ibu terhadap anak lelaki, itu merupakan suatu yg lumrah.. kerana secara lumrahnya, jantina berlainan akan lebih rapat berbanding sama jantina.. umpama magnet.. kalau sama2 belah positif, dia akan menolak.. kalau dilekatkan bahagian positif dengan yg negatif, maka ia akan melekat (ntah betul ke tak istilah positif negatif tu.. tapi rasanya bleh faham konsep magnet / besi berani tu kan?).

Ustaz Love sendiri lebih rapat dengan arwah mak berbanding arwah ayah.. kakak Ustaz Love plak lebih rapat dengan arwah ayah.. ini sebenarnya lumrah.. kalau kita nak melihat dari sudut negatif, ianya memang nampak negatif. Tapi, kalau kita nak tengok dari sudut positif, insyaAllah, kita akan nampak sisi positifnya.

Jadi, bila ibu zaza ini lebih rapat dengan anak lelaki dan melebihkan mereka, ia sebenarnya lumrah seorang ibu terhadap anaknya.. bukanlah beliau tak sayangkan anak2 perempuannya, cuma mungkin caranya itu tak sama dengan layanannya kepada anak lelaki.

Bila ibu sakit, maka memang kebiasaannya anak perempuan yang akan menjaganya.. Ini kerana, ianya dapat menutup aurat ibu itu sendiri.. sbb anak perempuan itu akan melakukan perkara2 yg agak memalukan bagi ibu seperti tolong basuk berak, tolong mandikan, pakaikan pampers dsb.. sebaliknya, jika bapa pula yg sakit, maka anak lelaki lebih patut untuk melakukan urusan penjagaan bapanya yang sakit itu.

Jadi, tidaklah boleh kita mempertikaikan atau mengungkit tentang ‘jasa’ kita menjaga ibu atau bapa bila mereka tidak menghargainya.. sedangkan pengorbanan yg mereka lakukan untuk kita (amik part mengandung dan beranak je.. belum masuk mendidik dan menjaga dari kecil sampai tua bangka) itu pasti tidak akan terbalas walaupun banyak mana jasa yg kita buat..

Susah2 kita menjaga ibu bapa yg sakit, tidaklah sampai mengancam nyawa kita sendiri.. sebaliknya, sang ibu itu bila melahirkan anak, beliau bertarung dengan nyawa demi untuk melihat kita lahir ke dunia hidup2.. sang ayah plak cuma setakat menolong mensenyawakan je.. takde kaitan dengan nyawa pun.. tapi, pengorbanan beliau mencari nafkah dan memberikan kasih sayang itu, memang tak mampu kita nak membalasnya.

Maka, dalam hal berkaitan ibu bapa ini, janganlah menjadikan mereka ini musuh kita.. pandanglah segala kebaikan yg pernah mereka lakukan kepada kita.. jagalah hati mereka.. kerana mereka ini cuma ada satu pasang je kat dunia ni.. tak mcm baju raya, bleh tempah 3 pasang.. langsir bleh tempah 18 pasang.. tapi, ibu bapa hanya ada sepasang.. hilang yg sepasang itu, memang dah takde gantinya..

Apalah sangat kita nak menahan perasaan kita (akibat tersinggung dengan perlakuan ibu / bapa) selama beberapa tahun lagi sementara mereka masih lagi hidup, berbanding dengan ganjaran yg akan kita perolehi di akhirat nanti.. di dunia lagi, insyaAllah, Allah akan tunjukkan bagaimana berkatnya hidup seseorang yang taat kepada ibu bapanya.

Jadi, nasihat Ustaz Love.. maafkan la segala kesilapan ibu bapa (yg kita nampak silap pada pandangan mata kita).. Itu akan lebih menenangkan hati dan memudahkan kerja kita menjadi seorang anak yg taat.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

55 Comments

Add a Comment
  1. begitu jugalah pengalaman kakjem yg membela/mengasuh bapa kakjem yg uzur,uruskan makan minum,berak kencing,mandi sagala2nya sendiri walaupun adik beradik ramai.walaupun ketika satu masa dulu bapa kakjem suka marah2 je kat kakjem(huhuhuu)..tapi kakjem selalu berdoa “Ya Allah Kau berilah keikhlasan dan redho kpd ku, dlm menguruskan bapaku ini Ya Allah..”WallahuA’lam…
    -Kepada sesiapa yg mempunyai ibubapa yg uzur ambillah kesempatan membela mereka tanpa kita sedari banyak hikmah dan keajaiban yg kita perolehi ….

    1. itulah yg dinamakan keberkatan hidup.. tapi bagi kes kakjem ni, dipanggil keramat.. hehe.. acah je kakjem.. jgn plak tembak Ustaz Love :D

  2. setuju ustad.

    sy pun penah rasa mcm tu mcm mak tak syg sy jer lebih sygkn adik lelaki tp nak wat camner mak tetap mak kan hehehe sy tetap syg mak sy heeee.

    psstt kadang2 kan mak ni pun ada ego dia tau. sebenarnya dia syg kan dan memerlukan anak pmpuan dia lebih dr anak lelaki tp dia sj tanak tunjuk kan nye hingga kite salah tafsir pk yg bukan2.

    sy tau pun melalui makcik sy sbb dia kembar mak sy sejak tu hari2 tdo ngan mak wawawawa.

    1. adoyai.. berkepit bawah ketiak mak lagi.. harap2 tak berlarutan sampai dah kawen nanti :D

      orang tua mmg mcm tu.. kadang2 tak tau nak tunjuk kasih sayang.. terutama bila anak2 dah besar.. ;)

    1. mak ayah tak harap pun anak2 belikan intan berlian (tapi kalau ada duit lebih, belikan la mak rantai emas.. hehe), tapi lebih mengharapkan perhatian anak2.. paling kurang sehari sekali kena telefon mak ayah tanya khabar.. sekarang ni banyak yg dah terbalik, mak ayah plak sibuk2 tanya khabar anak menantu..

  3. *Apalah sangat kita nak menahan perasaan kita (akibat tersinggung dengan perlakuan ibu / bapa) selama beberapa tahun lagi sementara mereka masih lagi hidup, berbanding dengan ganjaran yg akan kita perolehi di akhirat nanti.. di dunia lagi, insyaAllah, Allah akan tunjukkan bagaimana berkatnya hidup seseorang yang taat kepada ibu bapanya.*
    baca pat yg nie..rasa terharu sangat ustaz. tak rugi apa pun menahan rasa tersinggung..malah bertambah kuat azam mengambil hati mereka dan dpt keberkatan dlm hidup.

      1. terima kasih di atas nasihat yang ustaz berikan… saya akan cuba untuk menjaga hati ibubapa saya tapi dalam masa yang sama saya kena menjaga hati suami saya….terbaru ini ibu saya menuduh suami saya ada skandal dgn adik saya pula……. dan cerita ini telah disebarkan -sebarkan….. dulu ibubapa saya duduk dgn saya di rumah saya…. sekarang ini saya duduk dgn ibu bapa saya di rumh ibubapa saya…. bagaimana saya nak menyelesaikan masalah begini…… ibu pula tak mahu bertegur sapa degan saya

          1. macam mana pula kes ibu halau anak dari rumah dan sentiasa marah anak dia??????????/

  4. saya dalam keadaan macam tuh ! mak lebih syg kan abg saya , sebab dia belajar tinggi amek degree . saya ni tengah nak habiskan diploma saya ni . tapi mak saya terterterlalu lebihkan abg saya . waaaaaaaaaaaaa . serius saya sgt sgt makan hati ! mak selalu lebihkan abg sy tapi sy ni ?? Selalu disisihkan . kalau gaduh ngan abg mak mesti menangkan dia , padhal abg saya yang salah ! kalau abg nak ape mak laju je bagi , kalau saya macam mintak kena maki je . sobs sobs .

    1. jangan sedih2.. gi la mengadu dan menumpang kasih kat ayah ke, atuk ke.. insyaAllah, ayah dan atuk2 ni lebih suka melayan anak dan cucu pempuan ;)

      1. saya jenis tak pandai ngadu ! haha pendam je . sampai ada masa sy macam tawar hati ! then sy rasa down gila . kadang2 rasa mcm anak angkat wooooooo . Sentap habis nihhhh !

        1. saya pun hampir sama,rasa mcm anak pungut je..kisah saya lebih teruk..saya jadi mangsa Rogol anak kpd mak ayah kandung saya sendiri..saya simpan perkara ni dari kecil smpai skrg saya dah ada anak 3 . baru2 ni saya dah terlalu tertekan dgn perkara tu,smpailah saya sperti diberikan satu kuasa luarbiasa untuk beritahu apa yg dah berlaku zaman kecil saya dulu.saya amat terkejut dan sgt x sangka yg mak saya x pecaya cerita saya bulat2 dan siap usaha cari jalan untuk tolong anak nya yg saya dah anggap Iblis itu..sebab saya maklumkan pd mak ayah saya yg saya dah pun buat laporan polis. .
          harap kemenangan berpihak pada saya insan yg teraniaya berpunca pengabaian org tua yg sepatutnya menjaga kebajikan anak apatah lagi anak di usia masih kecil..

        2. saya pun hampir sama,rasa mcm anak pungut je..kisah saya lebih teruk..saya jadi mangsa Rogol anak kpd mak ayah kandung saya sendiri..saya simpan perkara ni dari kecil smpai skrg saya dah ada anak 3 . baru2 ni saya dah terlalu tertekan dgn perkara tu,smpailah saya sperti diberikan satu kuasa luarbiasa untuk beritahu apa yg dah berlaku zaman kecil saya dulu.saya amat terkejut dan sgt x sangka yg mak saya x pecaya cerita saya bulat2 dan siap usaha cari jalan untuk tolong anak nya yg saya dah anggap Iblis itu..sebab saya maklumkan pd mak ayah saya yg saya dah pun buat laporan polis. .
          harap kemenangan berpihak pada saya insan yg teraniaya berpunca pengabaian org tua yg sepatutnya menjaga kebajikan anak apatah lagi anak di usia masih kecil..

        3. saya pun hampir sama,rasa mcm anak pungut je..kisah saya lebih teruk..saya jadi mangsa Rogol anak kpd mak ayah kandung saya sendiri..saya simpan perkara ni dari kecil smpai skrg saya dah ada anak 3 . baru2 ni saya dah terlalu tertekan dgn perkara tu,smpailah saya sperti diberikan satu kuasa luarbiasa untuk beritahu apa yg dah berlaku zaman kecil saya dulu.saya amat terkejut dan sgt x sangka yg mak saya x pecaya cerita saya bulat2 dan siap usaha cari jalan untuk tolong anak nya yg saya dah anggap Iblis itu..sebab saya maklumkan pd mak ayah saya yg saya dah pun buat laporan polis. .
          harap kemenangan berpihak pada saya insan yg teraniaya berpunca pengabaian org tua yg sepatutnya menjaga kebajikan anak apatah lagi anak di usia masih kecil..

          1. Maksudnya, saudari dirogol abang kandung sendiri? Saudari kena banyakkan bersabar dan memohon pertolongan daripada Allah.. insyaAllah, kebenaran itu akan menang juga suatu hari nanti.

      2. sy suka psal nami,nsib baik nami cume mak je yg lebih2,tp sy satu keluarge taw,tp yg pnting kite msti happy,walau mcm2 rintangan yg dtg

        1. semua orang bernasib baik sbb punya ibu bapa.. tak kira la walau macam mana sekalipun sikap dan perangai mereka.. kalau kita bandingkan diri kita dengan mereka2 yg tak pernah melihat ibu bapa (apatah lagi nak dijaga oleh mereka), dah tentu nasib kita jauh lebih baik ;)

  5. Salam,my mom loves my sister much too much. After my dad passed away she got 100per cent more everythng. What ever was under my name I was ask to sell and share the money with my sister. Both cars was given to her without even telling me. It pains me because my dad is not like that. He was a very equal man and love both very dearly. Due to all these I had a family feud and my sister blindly says I was a liar, a cheat,greedy, jealous despite of me selling the property and sharing with her. She told me to get out of her house. I never went back. My mom staying with her but she never make a point to call me and talk to me. She can’t walk now and I feel I am a sinner but I can’t go a house where I am looked upon like carbage

    1. Salam Nur…

      err..err.. insyaAllah, i will review this matter soon (pehh.. speaking lak Ustaz Love.. :D)

  6. bab nie..susah nak cakap, yang tidak melaluinya akan cakap bersabar..maafkan dan segala-galanya.Yang menanggungnya hati sahaja yang tahu.Kalau betul2 buat salah ok la..tapi kerana sygkan anak yang istimewa nie..ibu-ibu nie…sanggup memfitnah dan meletakkan kesalahan anak kesayanganyanya di atas kepala anak yang bukan pilihannya.Tak cukup itu , dimmaki hamun , disummpah ..sammpai air susu pun tak dihalalkan malah sakit bersalin pun mmengungkit .camm ne..tu ustaz..Lepas tu..boleh cakap mmak blh buat apa saja pada anak…anak saja yang tak boleh buat kat mmak.???

    1. jika kita ingin mencari jalan penyelesaian dan perdamaian, insyaAllah kita akan lebih bersabar dan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cara yg terbaik.. namun, jika kita ingin jadikan ia sebagai punca permusuhan, maka tak perlu tunggu ibu buat fitnah atau membuat kesalahan2 yg banyak, cukup satu silap ibu pun dah boleh menyebabkan anak beranak bermusuhan.

      setiap orang ada ujiannya masing2.. dan Allah takkan menguji hambaNya kecuali atas kemampuan hamba itu.. jadi, terpulang pada diri kita sendiri untuk memilih jalan yg mana.. Ustaz Love cuma bagi panduan saja.. nak ikut atau nak tolak, itu terpulang pada diri masing2..

      kalau kita rasa diri kita terlalu betul, takde masalah.. cuma perlu diingatkan, dunia ini ibarat putaran roda.. apa yg berlaku pada situasi kita dan ibu, mungkin juga akan berulang kembali pada situasi kita dan anak suatu hari nanti.. pilihan di tangan kita.. sama ada nak meneruskan tradisi permusuhan itu, atau bagaimana ;)

      1. ustaz. love memang benar hidup nie..mcm roda ala- hukum karma.Persoalannya perkataan ustaz meneruskan tradisi permusuhan ???? adakah ustaz tahu si anak ini bermusuhan…susah bila berada pada situasi ini.Kerana status ibu yang dipegang , betul atau salah terpaksa diterima.Menderita kerana tiada istilah untuk bermusuhan.pegangan si ibu menyatakan ” Ibu boleh buat apa sahaja pada anak …kerna tidak berdosa hanya anak shj yang dikira berdosa jika berbuat demikian…saya minta panduan dan pandangan ustaz tentang ‘pegangan ‘…ini.

        1. dalam Islam, tak kira ibu atau anak, tetap tertakluk kepada batasan yg ditetapkan syariat.. seorang ibu tidak boleh melakukan sewenang2nya sehingga melanggar batasan syariat walaupun kepada anaknya.. jadi, masih punya batasan di situ.

          perkaitan yg Ustaz Love jelaskan tentang ‘tradisi permusuhan’ itu adalah berkaitan pembalasan Allah ke atas seorang anak yang derhaka kepada ibunya.. tak perlu nak tunggu dibalas di akhirat, di dunia lagi boleh nampak balasannya.. salah satu cara pembalasan adalah bagaimana anak kita pula yg akan derhaka kepada kita (suatu masa dulu, kita pernah derhaka kepada ibu bapa).. tak semestinya berlaku sebegitu, tapi kebiasaannya mmg macam tu.

          soal dosa ibu, bukan kita yg perlu beria2 nak menentukan dan membuktikannya.. sebaliknya, yg perlu kita lakukan adalah mengawal diri supaya segala tindakan yg kita lakukan (tak kira la semasa menasihati atau menegur ibu dsb) tidak melampaui batasan yg ditetapkan syariat sehingga sampai ke tahap derhaka kepada mereka dan melakukan dosa besar.

          Seorang ibu yg kafir (kafir adalah sebesar2 dosa) pun masih lagi perlu dihormati oleh anak2nya yg Muslim, apatah lagi seorang ibu yg Islam tetapi ada masalah akhlak.

          WA

  7. Salam…bukan mudah utk melawan perasaan rasa tidak disayangi oleh ibu sendiri. Pada yg tak merasa boleh saja beri nasihat berjela jela, ialah takkan naksuruh lawan ibu pulakkan? Pada yg merasa hati selalu jadi tak keruan.tahu jika marah pada ibu kita akan berdosa, tapi sebagai manusia,bukan mudah nk berlakon seolah tak da apa apa bila nampak jelas sikap ibu yg layan berbeza. Saya melayan makan minum ibu dgn baik, pastikn perut dia kenyang, pakaiannya bersih…itu yg mampu saya buat, utk berbual dgn ibu agak sukar sbb dia pun seperti tk berminat nak bercakap dgn saya..dari saya meninggikan suara lebih baik saya diam…semoga Allah ampunkan saya jik sya bersalah

    1. Salam nyonya..

      Setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya.. bergantung atas keazaman kita nak selesaikan atau nak bertahan dgn masalah tersebut ;)

  8. ustaz love .. sy sedang alami situasi tu sekarang ni .. tanpe sy tahu ape sebab dan musababnye , ayah sy tiba2 marahkan sy … marah dgn nada yang kasar , depan adik2 dan mak saya … padahal setengah jam sebelum ayah ok je bercakap dgn sy … siap gelak2 lagi … tp tibe2 lepas die siap buat keje kat luar rumah , dy masuk then terus marah2 sy … sy ni jenis yang sensitif , pantang kene tegur sket mulalah menangis … tp masa tu sy terus masuk bilik dan menangis sambil tertanye2 ape salah sy … esoknye mak saya pulak cakap kat sy xleh nak tegur sikit … tp sy diam je , xsuke menjawab … tp bg sy , mmg layak untuk ayah tegur anak2 tp kknp dgn care macm tu , mase tu , dan kenapa perlu depan adik2 , adik2 hilang respek kat sy dah … mmg dari dulu sy dah selalu kne mcm ni … ape yg sy pk mungkin sbb sy yg paling hodoh dan bodoh dlm keluarga tu , mase kecik2 dulu sy tak amik hati sgt sbb ustaz kat sekolah selalu cakap takde mak ayah yg pilih kasih , sy percaya lah kata ustaz tu tp sampailah sy dah besar , dah umo 20an , dorang masih lagi buat mcm tu … sekurang2nye tegurlah care lembut dlu , kalo sy tak dengar kate baru boleh marah2 .. sy merajuk ngan dorang pon sbb sy terkejut knp tibe2 dorang nak mrah sy … sampailah pagi tu , sy dengar mak saya bagitahu ayah sy yg sy taknak pegi keje sbb merajuk … mase tu hanya Tuhan yg tahu camane sy tahan perasaan sy , dan kesudahannya , ayah sy pergi keje dan tinggalkan sy ..(slalu g keje ayah anta,one way) tp sy tetap diam , sy xnak menjawab .. sy buat ape yg patot sy buat … dan ape yg paling takleh diterima , mase2 mak marah2 dan sy senyap je , mak cakap ‘masuk pantat neraka jugak ko ni nanti’ waktu tu kaki sy dah lembik longlai … tak tahu ape nak buat … sampai mcm tu skali dy bencikan sy ,,, sekarang sy sendirian takde tempat mengadu , kawan pon ade waktu sy senang je … ape yg sy boleh buat sekarang , berdoa supaya Tuhan kuatkan hati sy …

      1. kebanyakan yg sy baca semua mcm ada kaitan dgn apa yg sy alami sendiri.Kesilapan ibu bapa yang terlalu memilih kasih pada anak2.sbg anak sulung,sy juga alami benda yang sama,bukan kategori anak pilihan.dlm 3 adk beradik,sy ank perempuan sulung dr 3 orang adk beradik.dr kecil hinggalah dh ada 2 org ank, masih lg mjd kebencian ayah sendiri.igtkan bl dh berumur,adalah perubahan.tp,semakin teruk.lepas mak ayah pencen,mereka tinggal serumah dgn sy.tak sampai setahun,mcm2 benda diungkit.hinggalah kemuncak,kami dihalau.selama ni,benda yang baik tak pernah nampak pun.bukannya ddk mkn free kat umah tu.kami pun berfikir,ada akal.mcm2 kata cacian yang dilempar.kesian mengenangkan suami yang tak bersalah pun terima nasib yang sama.bl ddk berasingan,Alhamdulillah aman bahgia kehidupan kami.jika ayah sendiri pun tak sedar tingkah laku sendiri…bagaimana boleh dikatakan anak pulak yang tak kenang budi.dgn anak yg 2 org tu,sentiasa dimanjakan.sampaikan mengajar anak supaya jangan hormatkan kakak sendiri…lumrah hidup.bl terkena diri sendiri,baru terasa….moga Allah lembutkan hati ayah..

  9. ustaz , camana plak kalau ibumertua kita yg seolah2 mengasihi anak lelakiyer sampai mengetepikan isteri anak kesayangan dia? sian saya hehe

  10. saja nak luahkan sebab takde tempat nak cerita. saya ank tengah daripada 5beradik, 2 kakak, 2 adik lelaki. saya tahu dalam family mesti akan ada pilih kasih sebab benda tu jadi sejak saya kecik lagi. kakak kakak saya tu memang jadi anak kesayangan parents saya, semua yang diorang nak dapat tapi saya tak kisah sebab lain jantina dengan saya tapi terkilan bila parents saya terutamanya mak melebihkan adik adik lelaki saya tu. adik lelaki bongsu saya anak kesayangan ayah, adik lelaki saya yang sorang lagi anak kesayangan mak. saya boleh terima tu sebab saya dah terbiasa keseorangan, cuma siapa tak kecil hati kan bila terjadi tu kat diri sendiri. yang paling saya ingat dulu masa adik saya jatuh tangga saya sorang yang kena marah, kakak kakak saya, adik saya yang lagi satu langsung tak kena marah. lagi, bila saya buat kerja, saya tolong tak pernah mak saya ingat, tak pernah kenang jasa saya. bukan nak mengungkit, tapi terasa bila mak marah cakap saya yang paling malas, cakap saya tak buat kerja lah sedang kan realitinya saya lah yang paling banyak tolong sejak kecil, bila semua tidur saya yang kemas rumah, buat semua kerja, adik beradik saya yang lain cuma buat kerja bila ada parents saya je. bila mak saya sakit pulak, saya sanggup abaikan semua sebab nak temankan mak saya pergi berubat, anak anak kesayangan dia lagi pentingkan kawan diorang, saya pun sanggup tak makan bila tengok makanan tak cukup semata mata nak kasi mak makan tapi mak tak pernah nampak tu. kalau nak cerita banyak sangat lah saya terasa tapi saya diamkan je sebab saya rasa loner gila tak tahu nak mengadu kat siapa dalam rumah tu.

    1. InsyaAllah.. Ada tempat nak luah.. Luahkanlah dalam doa di tengah mlm slps tahajjud dan rasailah ketenangan jiwa daripadanya..

  11. Salam ustaz.
    Sakitnya hati saya ini.
    Mak dan ayah saya tak pernah pelihara saya dari kecil, malah semasa saya dari kandungan lagi mak saya tak ‘mahukan’ saya.
    Selepas saya lahir, dia tinggalkan saya bersama atuk dan nenek. Beberapa belas tahun selepas itu barulah dia datang jenguk. Tapi dia tak pernah bertegur sapa dengan saya. Kalau dia nak bercakap pun, setakat ‘uh… ah uh…ah’ saja. Saya pernah bersalam dan minta maaf daripada dia, kerana saya takut ada menyakiti perasaannya secara tak sengaja. Tapi… Dia tetap sama. Hinggakan sekarang, selepas ketiadaan atuk, dia seperti membeci saya. Pada hari ini, malam Aidil Fitri dia telah menghamburkan ketiadak puasan hatinya pada saya kerana saya ada mewarisi sedikit harta daripada atuk saya.
    Saya tidak tahu menahu urusan pertukaran harta tersebut dan tidak pernah meminta diberi kepada saya. Itu adalah pemberian atuk. Dia marah dengan saya, pandang saya dengan penuh kebencian. Setiap kali dia bertentang dengan saya, macam2 kata kesat dia akan cakap, sambil perli saya dan buat saya ini macam dia tak kenal.
    Saya rasa hampir hilang hormat terhadap ibu sedemikian. Untuk pengetahuan ustaz, ibu dan atuk saya hubungannya agak renggang. Ibu pun tak pernah ambil tahu hal atuk, sampai atuk meninggal pun, dia datang… Cuma datang ke kubur sambil buat muka jengkel.
    Masih patutkah saya tunaikan tanggungjawab saya sebagai anak? Ibu saya mempunyai 5 orang anak lagi dan dia menjaga anak2 tersebut dengan penuh kasih saya. Tapi saya, dia pulaukan dan pinggirkan, malah tak mahu bertegur sapa.
    Terus terang saya TIDAK MAHU MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ANAK. Cuma saya akan hormatinya sebagai seorang yg lebih tua dari saya.
    Adakah saya ini bersalah dan berdosa?
    Sudah bertahun2 saya berdoa agar dia lembut hati… tapi tetap sama. Saya putus asa dan saya tidak mahu mempunyai ibu sedemikian. Lebih rela mengakui anak yatim.

  12. Ustaz, saya dlm situasi yg sama, bersimpati dgn ibu saya. Dia terlalu sayang atau takut pd anak kesayangannya, malah sanggup buat apa shj utk adik saya itu. Kelemahan ibu saya, beliau tidak berani bersuara…….kalau setakat membeza2kan anak saya tak kisah tapi kesian cucu dari anak yang kurang berjaya, macam2 perkara diungkit jika sesekali mereka ditinggalkan di rumah nenek mereka, tapi bagi cucu dari kalangan anak yang berjaya, dilayan, ditatang bagai minyak penuh.
    Saya pernah 2 kali menegur ibu, tapi macam biasa semua teguran/keburukkan akan dilontar balik kpd saya…….ibu akan bercerita keburukan/kelemahan saya kepada adik-beradik yg lain, malah sekarang saya bermusuhan dgn adik bongsu kerana ibu! tolong ustaz saya cuba pujuk hati utk tidak terasa tp amat sukar

  13. salam ustaz…

    saya dalam delema sekarang ne..ibu saya menabur fitnah pada adik beradik saya menyatakan saya mahu merampas harta ibu saya, memukul adik saya sampai lebam-lebam,mmg saya ada berbalah dengan adik saya , saya hanya menegurnya supaya menjelaskan pinjaman pelajarannya kerana saya adalah penjamin,yang membuat saya marah pd adik saya ialah saya telah mendapat surat amaran ttg pinjaman pelajarannya itu kerana dia sudah pn 4 thn bekerja tapi langsung tdk mahu membayar pinjaman itu…baru2 ne berlakulah perbalahan antara saya dan adik dihadapan ibu saya sendiri dan berlaku insiden tolak menolak kejadian itu berlaku spontan sahaja sbb adik saya memaki hamun saya dan mengata saya mcm2,perempuan jahat dan mcm2 lg ustaz sdg kan semasa dia belajar sayalah orgnya yang menanggung perbelanjaannya ketika belajar,nak apa saja,laptop,byr itu ini saya yang membantu tp ini balasan yang saya terima dan..rupa2nya ibu saya tak dapat terima kerana adik saya itu anak kesayangannya…lalu ibu saya mengadu kepada semua adik beradik saya dengan menabur fitnah pada saya mengatakan saya mahu merampas harta ibu saya,memukul adik saya sampai lebam2 dengan payung,merodok perutnya dengan payung,yang sebenarnya adik sayalah yang sebenarnya mahu memukul saya dengan payung itu dan ditahan oleh tangan saya dan hanya Allah saja yang mengetahui ketika itu…tak cukup dengan itu ibu saya memfitnah saya cemburukan kakak saya mempunyai kereta byk rumah byk…sdgkan saya tak pernah tahu pn ttg aset kakak saya dan tk pernah terdetik dihati saya untuk berasa iri hati,untuk pengetahuan ustaz ibu saya sakit buah pinggang dan saya lah yang menguruskan segala perbelanjaan perubatan ibu saya,saya tak pernah meminta ibu saya membalas apa yang saya lakukan pada nya cukuplah berikan saya sedikit kasih sayang tapi impian saya hambar…saya tak tahu apa lg yang saya perlu lakukan…mmg semasa ibu saya sakit terlantar di hospital selama seminggu saya lah yang menjaganya walaupn saya terpaksa mengambil cuti rehat,selepas keluar hospital ibu saya tak dapat berjalan,saya bawa ibu saya tinggal dengan saya,saya lah yang ulang alik menghantarnya ke klinik untuk rawatan dialisis selang sehari,bila ibu saya sdh boleh berjalan,saya pernah terdengar ibu saya tidak berpuas hati dengan layanan saya pd nya,saya bekerja ustaz mcm manalah saya boleh nk berada di rumah 24jam…saya betul2 buntu….sekarang apabila mengetahui perkara ini suami sudah tidak mengizinkan saya balik kekampung dan meruskan saraan perubatan terhadap ibu saya,mmg sebelum ini setiap sabtu dan ahad saya mmg balik kekampung menjenguknya atas kebenaran suami….tapi sekarang suami saya tidak membenarkan saya balik atau berurusan dengan ibu dan adik beradik saya lagi..adakah saya yang bersalah ustaz,saya dah cuba mcm2 spy ibu sayang akan saya tapi apa saja yang saya lakukan,kebaikan saya tak pernah nya cantik di mata ibu saya walaupun setiap bulan semenjak saya bekerja hinggalah sekarang saya selalu memberi wang pada ibu untuk belanja dapur….tapi kebaikan saya tak pernah cantik dimata ibu…saya sangat buntu ustaz…berat hati saya memikirkannya….apakah dosa saya pd ibu saya hingga ibu saya sendiri memperlakukan saya sedemikian rupa…ibarat sampah

  14. ustaz, apakah sikap ibu/bapa yang sebegini tidak akan ditanya oleh ALLAH?????

    adakah istilah ibu/bapa berdosa @ derhaka terhadap anak2?

    bukankah ibu/bapa itu sepatutnya mengajarkan nilai yg baik pada anak2?melalui sumpah seranah, memarahi dng perkataan yg buruk sebenarnya menunjukkan kelemahan iman mereka sendiri. anak2 merupakan amanah ALLAH..jika hanya kerana status ibu maka anak2 diperlakukan macam2…apakah itu menjerumuskan mereka kpd ibu bapa derhaka?

    dewasa ini ramai manusia mengalami sakit jiwa dan tekanan melampau yg berpunca dr sikap negatif ibu/bapa terhadap anak2…layanan dan didikan diwaktu kecil memberi impak yg besar kpd anak itu saat dia sudah membesar…

    mohon pencerahan ustaz.

    1. Setiap apa yg kita lakukan, pasti akan ditanya dan diberi balasan.. walaupun sebesar zarah sekalipun.

      Ibu bapa bukan maksum (terpelihara drp dosa). Jadi, setiap kejahatan yang dilakukan, tak kira terhadap ahli keluarganya mahupun orang lain, akan mendapat balasan di akhirat nanti.

  15. salam..punyai mslh yg sama cuma saya memang pernah mendengar mak long saya bercerita yang saya sepatutnya di gugurkan dari kandungan lagi kerana perangai arwah bapa yang kaki perempuan.pernah di belasah
    dengan ibu dan berbagai perkara lagi tetapi alhamdulillah hidup saya bahagia bersama
    suami dan mempunyai kerjaya yang mantap namun tidak pernah lupa untuk menghulurkan duit bulanan terhadap ibu.

  16. Kenapa ibu pilih kasih!ini tidak adil kerana bila adik,abang atau kakak yang cari pasal selalu saya dimarahi dan apabila saya cari pasal saya juga yang dimarahi.ini sungguh tidak adil!kenapa?

  17. Salam ustaz, saya ada satu soalan.bagaimana jika ibu bapa tidak membela hak anak apabila semasa kecilnya itu di dera oleh lain?atau dibiar tanpa berbuat apa-apa?

    1. membiarkan sesuatu jenayah di depan mata tanpa berusaha menghalangnya, ia dikira bersubahat dan akan dipertanggungjawabkn di akhirat nnt

  18. ibu sy juga seorang yg pilih kasih. ibu sy jenis yg sayangkan anak lelaki.. semua tu buat sy terguris dan sering bersedih.
    abang sulung sy dimewahkan dgn harta benda. pakaian yg cntik2.. sementara saya perlu berusaha sendiri cari duit untuk membeli keperluan. sy sedih pabila dilayan seperti anak angkat. sy sedih melihat diri sy seperti orang gaji manakala abang sy seperti ank raja lagaknya.
    semua ni buat sy jdi berdendam dan bencikan abang. sy juga bencikan ibu sy. sy pernah cuba untuk lari dari rumah kerana x tahan dengan layanan berat sebelah ibu. pernah sy berharap bahawa sy hanya anak angkat. sy cuba segalanya untuk ibu sayangkan sy mcm abang. sy cuba jd yg terbaik. yg paling pandai. dan sy turutkan semua kata ibu. tapi. dia tetap sama. xde yg brubah..apa yg boleh sy katakan, sekarang bila sy dh besar..sy makin3 benci ibu. dy lahirkan sy cuma kerana tanggungjawab. anak2 perempuan ni dia lahirkan untuk digunakan hari tua nanti. yg dia syg cuma anak lelaki dia je. hati sy penuh dendam dan kebencian. sy tekad bila sy bekerja nanti, boleh berdiri sendiri sy x kn jejak kaki rumah ni lg. bila dia sakit, sy x mau pun sentuh dia. sy x nk ad kaitan dgn dia lgi.

  19. antara semua…..masalah saya agak sedikit kritikal drpd saudari yg dirogol oleh saudara kandung tu.Ibu saya x menjaga saya,kalau sakitpun terpaksa pergi klinik sendiri seawal umur 7 tahun. Abang sulung saya adalah TUHAN ibu saya….saya x tahu mana keistimewaannya???????dia gemar berjudi dan minum arak balik rumah tunggang langgang sebab mabuk….. saya hampir dikahwinkan dengan rakan abang ( abdullah )untuk melunaskan wang. saya dimalukan di kawasan kejiranan dan saudara mara ibu sehingga saya dipulaukan orang kampung kerana mulut ibu……ibu menyiksa saya dengan berbagai siksaan…..sejak 3 tahun lalu, saya dicemburui ibu kononnya ada hubungan sulit dengan ayah…..demi menjaga hati ibu…..ayah juga turut berperangai seperti ibu….saya kadang-kadang benci dengan nasihat dia seorang ibu…..kalau begitusaya menyeru kepada semua ibu,buat jahatlah kepada anak sendiri kerana SYURGA MENANTI KITA TIADA DOSA BAGI IBU….

    1. ibu bukan maksum dan tak terpelihara daripada dosa. Jika situasinya begitu, sebaiknya saudari carilah jalan untuk keluar drp rumah itu. Contohnya cari kerja di luar daerah. Dan dekatkanlah diri dengan Allah dan banyakkan berdoa. Jangan putuskan hubungan kekeluargaan dan sentiasalah bertanya khabar dan menghantar wang belanja kepada ibu. InsyaAllah, lama kelamaan hati ibu akan lembut dan sedar akan kesilapannya. WA

  20. Salam ustaz love..apa yang ingin saya kongsikan di sini bukanlah berniat untuk meyalahkan ataupun memburuk-burukkan ibu ayah saya..Saya anak kedua dari 3 orang adik beradik,kesemuanya perempuan.Sejak kecil,saya tak rapat dengan ayah saya kerana sifatnya yang panas baran,jika ada apa2 yang terjadi, saya akan jadi mangsa kemarahan dia dan paling teruk pun kena pukul..Saya tahan je semua tu dan sehinggalah meniti usia remaja, sikit demi sikit hubungan saya dengan ayah makin akrab..tapi keadaan sekarang makin berubah. Hal ini kerana sejak saya menamatkan pelajaran di universiti, saya mengalami kesukaran untuk memperoleh pekerjaan tetap dan pelbagai dugaan yang saya tempuh sehingga adakalanya saya rasa betul2 down dan patah semangat.

    1. Banyakkan bersabar dan tambahkan usaha.. insyaAllah, Allah akan bantu. Jangan putus harap dengan rahmat Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


5 − = one

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site