I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Ibu Bapa Menghalang Niat Berkahwin

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Ms. Gabanz (isteri polis angkasa ni.. hehe) berkaitan isu keterlanjuran :

Assalammualaikum…

Ustaz LOVE…

Jika si penzina dh bertaubat nasuha… dh berubah & mereka ingin berkahwin atas sb dOsa silam tp Ibu bapa menghalang kerna tidak tahu akan dOsa mereka… Macamna tu ustaz???

Waalaikumussalam..

Jika sang penzina telah bertaubat dengan taubat nasuha, insyaAllah, terhapuslah segala dosa2nya yang dahulu.. Apabila seseorang itu telah bertaubat, maka seboleh2nya beliau takkan sanggup untuk memikirkan kembali perbuatan silamnya..

Perkahwinan sebolehnya janganlah diasaskan kepada rasa bersalah, rasa simpati dsb.. Perkahwinan sebegini asasnya sangat rapuh.. Mungkin setelah lama bergelumang dalam maksiat dengan pasangan, dan pasangan itu memang diketahui tak bertanggungjawab, maka takkan nak berkahwin juga dengan alasan nak bertanggungjawab?

Sebab itu ada antara bapa2 yg tak sanggup nak kahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yg merosakkan anaknya itu.. sbb lelaki tu sendiri hidup tak terurus (bergantung harap dengan mak ayah lagi, penagih dsb).. Jika sang ayah berfikiran singkat, ianya mungkin boleh menyelamatkan maruah sekejap, tapi mungkin akan menyebabkan penderitaan berpanjangan terhadap anak perempuannya akibat diabaikan oleh suami yg tak bertanggungjawab..

Tak kira sama ada dah terlanjur ke, baru nak melunjur ke.. soal jodoh kena bincang dulu dengan keluarga.. Restu mak ayah ini bukanlah syarat sah nikah, tapi ia menentukan keberkatan sesuatu pernikahan itu.. Redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa..

Belum tentu jika diberitahu kepada ibu bapa, mereka akan terima dengan berlapang dada.. seterusnya dengan gembira ria akan merancangkan majlis pernikahan yang diimpikan itu.. Mungkin juga ada jiwa yg terbunuh (wahh.. sadis sungguh).. Tetapi, menyembunyikan perkara ini daripada keluarga, mungkin juga bakal menghasilkan impak maksima pada masa akan datang.. Dok sembunyi2, tau2 perut dah buncit.. kentut banyak2 pun tak kempis2 gak.. maka menangis la mak ayah akibat terkejut dan malu dengan masyarakat..

Sebab itu, dalam soal jodoh ini, mintalah petunjuk daripada Allah melalui jalan istikharah.. InsyaAllah, Allah akan memberikan petunjuk jalan mana yang patut kita pilih.. seterusnya terpulang pada kita, sama ada nak meneruskan hasrat bernikah atau sebaliknya.. sama ada nak menyembunyikan daripada ibu bapa, atau berterus terang saja..

Jika hati berat supaya tidak bernikah (dan takde apa2 isi pun dalam perut.. maksudnya anak), maka pada pendapat Ustaz Love, adalah lebih baik didiamkan saja perkara yg mengaibkan itu (perbuatan zina) dan tak perlu susah payah nak pujuk mak ayah supaya merestui keinginan untuk bernikah.

Jika hati berat (condong) supaya bernikah, maka lebih baik berterus-terang . Tapi slow talk dengan mak dulu la.. sbb mak lebih tau cara nak cakap dengan ayah.. jangan gi cerita habis kat adik beradik sepupu sepapat.. elok2 je dah sedia nak bernikah, bakal pengantin dibelasah oleh sedara mara..

p/s : zaman sekarang ni ramai orang sakit jiwa.. disebabkan marahkan kucing pun bleh menyebabkan mak ayah terbunuh.. tapi kucing tu takde plak khabar beritanya.. takde orang nak interview kucing tu.. 😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
    1. itu la yg peliknya.. kalau marahkan kucing, gi la bunuh kucing tu.. kenapa mak ayah plak yg menjadi korban? itulah tanda2 manusia dah semakin sakit jiwa.. kucing jugak yg berfikiran waras.. kihkih

  1. kehkeh..kucing tu penyebab je ustaz..

    sangat setuju “redho Allah terletak pada redho mak ayah” sbb sy juga terpaksa memutuskan hubungan dgn ‘kwn lelaki’ sbb my mom xberkenan ats alasan yg kukuh jugak la.. kwn sy pon redho jer..pd mulanya sy susah nak terima..tapi lama2 okay.. kena doa berterusan supaya hati kuat. then lama2 nampak sendiri ada byk hikmahnya atas keredhoaan ibu nie..

    1. statistik perzinaan sangat membimbangkan.. bukan setakat di kalangan remaja, tetapi di kalangan ibu bapa yg dah ada anak yg remaja pun masih ramai yg terlibat dengan masalah zina ni.. wal ‘iyazu billah

  2. Assalammualaikum…. Ustaz LOVE

    Terima kasih diats penerangan ustaz tu… Harap2 depa yg mcm tu terbaca, fikir & muhasabah dri… Setiap apa berlaku ada hikmahnya… Hanya Allah yg Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba ciptaannya…

    p/s : nk jln diangkasa??? jommmm…. hehe

  3. Salam ustaz.. nak tanya, aku ni muallaf lama dah.. tapi tak tau cara sembahyang. Selama aku jadi muallaf, xda bimbingan aku dapat, terjadi la segala dosa2 yang skeg aku menyesal skali.. aku nak buat solat taubat, tapi solat biasa pun xpandai cmne.. Ustaz ada idea x cara2 atau panduan mahir bersolat dengan kadar cepat ? Pasal aku teringin nak cepat2 mahir solat.. tlg reply kat email aku ye klau x keberatan? yahn@consultant.com terima kasih ustaz..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme