I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hukum Bergambar

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Amirul :

ustaz,saya ada satu soalan..tapi sebab saya tak tahu nak tujukan kat alamat email ustaz, maka saya menumpang dekat entry ni..ia berkenaan dengan satu hadis ni

Dari riwayat Abu Hurairah r.a
Rasulullah s.a.w bersabda: โ€œAkan keluar satu batang leher dari Neraka pada hari kiamat, dengan dua mata yang melihat, dan dua telinga yang mendengar, serta lidah yang bercakap, lalu berkata: โ€œAku diberi kuasa menyiksa tiap-tiap seorang dari tiga jenis manusia: Tiap-tiap orang yang kejam dan keras hati, lagi degil tidak menerima kebenaran yang diketahuinya; tiap-tiap orang yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah, dan orang-orang yang membuat gambarโ€.

golongan orang buat gambar?golongan macam mana tu ustaz.
kira nya bergambar ni kira berdosa la?

Ustaz Love lebih suka kalau soalan diajukan kat blog.. boleh berkongsi jawapan dengan orang lain.. berbanding kalau guna e-mail.. kecuali la kalau benda tu memang sangat2 top secret dan segan nak kongsikan kat sini.. bleh hantar kat ustazlove[at]gmail[dot]com.

Berkenaan isu gambar ni, sebenarnya banyak hadis yang menerangkan tentang azab dan seksa orang yang terlibat dengan gambar ni.. sama ada yg melukis gambar, yang dilukis gambar, gambar2 yg digantung, gambar2 camwhore (yg ni Ustaz Love tambah) dsb..

Sebenarnya ada perbezaan antara melukis dan menangkap gambar (org pantai timur kata pukul gambar).. melukis gambar adalah sejenis lukisan, manakala gambar yg ditangkap itu adalah rakaman.. maknanya, boleh je kalau lukisan itu diubah2.. contohnya melukis gambar lembu, tapi kepalanya kepala ayam.. berbanding gambar, ianya agak sukar diubah.. kecuali menggunakan teknik super-impose.. itu pun masih boleh diteliti akan ketulenannya..

Namun, disebabkan zaman Nabi s.a.w. belum ada teknologi mengambil gambar menggunakan kamera ini, maka perbahasannya dikira termasuk dalam bab melukis gambar.. Sbb gambar2 itu ada yang ditampal di dinding.. perkara ini juga ada berlaku di zaman Nabi s.a.w.. Jadi, konsep gambar sama ada dilukis atau ditangkap kira lebih kurang sama la.

Apa pun dalam memahami hadis, tidaklah patut kita memahaminya secara zahir.. padahal kita bukan ahli hadis pun.. sedangkan ahli hadis pun berbeza pemahaman terhadap sesuatu hadis, takkan mudah2 kita yg bukan ahlinya ini mengambil jalan mudah dengan memahaminya mengikut zahir?

Secara kolektifnya (apa punya perkataan la yg Ustaz Love guna.. saja nak bagi gempak sket), dapat difahami bahawa gambar2 yang dilukis oleh tukang gambar pada zaman Nabi s.a.w. kebanyakannya adalah untuk tujuan penyembahan / pemujaan.. sbb larangan melukis ini kebiasaannya disokong dengan larangan mengukir patung2 berbentuk manusia dan haiwan yg kebiasaannya digunakan untuk sembahan.

Ustaz Love tak nak panjangkan perbahasan pasal gambar ni.. nak amik kesimpulan je..

Hukum melukis / bergambar ini adalah harus jika gambar itu adalah gambar2 benda tak hidup.. seperti kereta, motor, sikat (apa kes nak lukis gambar sikat.. kihkih)..

Jika gambar itu berbentuk manusia atau haiwan juga harus.. tetapi perlu berhati2 agar tidak terjebak dalam perkara haram.. spt pemujaan terhadap gambar itu (walaupun takde unsur2 penyembahan spt ada limau ke, apam ke, colok ke).. contohnya spt yg dilakukan oleh golongan Syiah yg meletakkan gambar Ayatollah Khomeini di dinding dan merenung gambar itu seolah2 memberi kekuatan kepadanya.. begitu juga aktiviti pergerakan al-Arqam yg meletakkan gambar Abuya di mana2 (kat keychain, kat butang baju dsb.. sampai bleh nampak wajah Abuya kat bulan plak.. Kalau agama Sikh, biasanya diorang ada simpan gambar Guru Nanak dalam wallet.. bila nak sembahyang, diorang akan menghadap gambar tu..

Gambar2 lukisan wajah para Nabi ke, para malaikat ke, maka hukumnya haram dilukis kerana ianya boleh menjatuhkan kemuliaan mereka.. spt yg dibuat oleh golongan Kristian yang memaparkan lukisan dan ukiran Nabi Isa sebagai seorang yang separuh bogel.

Kalau gambar2 alam semulajadi, hukumnya harus.. dengan syarat tak dijadikan sembahan.. spt melukis / menangkap gambar matahari.. lepas tu dok sembah2 gambar tu..

Selain daripada unsur2 sembahan, perlu diperhatikan juga unsur2 yg lain.. spt yg melibatkan aurat, aib dsb..

Sbb itu, dalam bab gambar ini, adalah lebih baik tidak dipaparkan di internet supaya ianya tak disalahguna..

WA

p/s: Kesian kat artis yang dimalukan kerana ada gambar ketiaknya basah.. walaupun sekarang ketiaknya dah kering (pehh.. gossip artis la plak..) ๐Ÿ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. Fuh, ingatkan dah berdosa. Runsing sgt sebab zaman sekarang ni semua nak gambar. IC, lesen passport, dan kalau buat aktiviti apa-apa pun semua mesti kena ada gambar buat bukti. TQ for the info.

    1. gambar yg menjadi keperluan (spt utk tujuan IC, passport, taaruf untuk berkahwin dsb) adalah harus..

      1. Sekadar tambahan. kalau kita rasa maca lekeh je fatwa haram bergambar dan tidak relevan, kita silap. Masih ada ulama’ yg berpandangan haramnya bergambar, masih ada ulama’ kontemporari yg berpegang bahawa gambar itu haram, mcm Syeikh Abdullah as-Sa’d. Beliau tinggal di KSA dan tak pernah keluar mana-mana pun walaupun ada org invite kasi ceramah. Sebab nk keluar negara, one must have passport, then must took a picture of self. That’s why he rejects the invitation. Teguhnya ulama’ kita MashaAllah.

        Saya cadangkan sesiapa yang nak tahu lebih lanjut bab perbahasan tentang gambar ni, boleh buka kitab al-Halal wal Haram fil Islam oleh al-Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi hafizohullah. Sangat-sangat bermanfaat untuk dibaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme