I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Guna Anak Minta Wang

Salam..

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Mama SUE :

Salam Ustaz..sy ada mengambil anak angkat secara sah dr segi undang2. Sebelum itu, ibu bapa kandung bayi tersebut meminta sy dan suami mengambil bayi tersebut sbg anak angkat atas sebab tidak berkemampuan dan kesempitan hidup. akan tetapi, dr bayi itu berumur 1 hari sehinggalah 8 bulan, ibu bapa kandung bayi tersebut sering meminta wang hampir setiap bulan drpd sy. sy bkn nyer org senang sgt, tetapi sy berasa sungguh terbeban dengan perangai ibu bapa bayi tersebut. minta pandangan ustaz.

Salam Mama SUE..

Melihatkan situasi ini, Ustaz Love rasa takde masalah sangat pasal ibu bapa kandung anak itu.. ini kerana puan telah melakukan tindakan yang sepatutnya, iaitu menguruskan proses pengambilan anak angkat secara sah mengikut undang2.. Kebanyakan orang kita, jarang nak melakukan prosedur seperti ini.. mungkin rasa tak sedap hati kalau buat on paper (nampak mcm tak ikhlas), sedangkan itulah yang sepatutnya dilakukan demi mengelakkan masalah2 lain kemudian hari.

Ustaz Love sangat memahami situasi puan.. bila dah amik anak angkat dan dijaga macam anak sendiri, maka kasih sayang pun takkan berbelah bagi.. Dan inilah antara kelemahan yg biasanya digunakan oleh ibu bapa kandung untuk meminta wang, sama ada melalui rayuan belas kasihan ataupun secara ugutan.

Dalam kes puan ini, Ustaz Love lebih melihat ianya sebagai ugutan secara tak langsung.. mungkin mereka langsung takde keluarkan apa2 kenyataan pun, tapi kita memahami, sekiranya permintaan mereka (untuk mendapatkan wang setiap bulan) tidak dipenuhi, ada kemungkinan mereka akan bertindak melarikan anak mereka yg diserahkan kepada puan sekeluarga untuk dipelihara. Sudah tentu situasi sebegini akan menyebabkan tekanan kepada pihak puan.. kalau duit banyak, mungkin takde masalah nak bayar.. Namun begitu, jika dibiarkan ianya akan menjadi semakin melarat.. umpama kutu yg melekat di kepala.. kalau dibela, lama2 habis kering darah kat kepala.. hehe..

Puan juga tak boleh nak sorokkan anak itu dan menghalangnya bertemu dengan ibu bapa kandungnya.. Kalau bertemu, ada risiko anak itu dilarikan (jika keinginan mereka tak ditunaikan).. Kalau tak bagi jumpa, tak adil untuk mereka sebagai ibu bapa kandung anak itu.

Jadi, cadangan Ustaz Love, sebelum keadaan menjadi lebih parah, adalah lebih baik puan bersemuka dengan mereka dan nyatakan pendirian puan.. yang puan takkan memberi wang lagi selepas ini.. jika mereka masih lagi meminta wang, puan takkan teragak2 untuk melaporkan kepada pihak berkuasa. Jangan jadikan sentimen kesian itu menguasai diri puan.. Kadang2, kita kesian pada orang yg tak sepatutnya.. Kita kesian kepada peminta sedekah, sebab mereka nampak mcm miskin.. padahal pendapatan mereka sehari, kadang2 lebih banyak daripada pendapatan kita sebulan.

Nampak macam kijam, tapi kadang2 kita terpaksa mengambil tindakan drastik.. demi mengelakkan masalah yg lebih berpanjangan. InsyaAllah, mereka terpaksa juga menerima kenyataan itu.. Ini kerana yg menjadi anak angkat itu adalah anak mereka, dan bukannya mereka.. Jadi, jangan la lebih sudu dari kuah. Dah la orang tolong jagakan anak dia, dia plak nak susahkan orang tu.

Namun, kalau puan masih lagi kesian pada mereka (Ustaz Love pun tak pasti situasi susah mcm mana yg mereka hadapi.. mungkin juga sampai takde rumah ke, tak makan 18 hari ke), maka puan bantulah sekadar termampu.. kalau boleh, jangan bantu dengan wang tunai.. sebaliknya bantu keperluan mereka.. kalau mereka takde makanan kat rumah, bantu belikan barang makanan.. jangan jadi mcm kes Bersamamu TV3 tu, orang bagi sumbangan duit, dia belikan henset baru sorang satu kat anak2..

Walau susah macam mana pun, puan kena buat keputusan.. Jangan biarkan hidup puan diselubungi gangguan2 sebegitu.. Makin lama, makin teruk.. puan plak makin sayang kat anak tu, mereka (ibu bapa kandung anak tu) plak makin lama makin galak minta duit daripada puan..

Setakat itu yg mampu Ustaz Love bantu untuk beri pandangan.. Ustaz Love cuma dapat bagi pandangan berdasarkan pengalaman je..

Apa pun, jangan lupa melakukan istikharah.. minta bantuan Allah untuk tunjukkan tindakan terbaik yg patut puan ambil.. Semoga Allah membantu puan menyelesaikan masalah ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
    1. alhamdulillah.. sangat mulia mereka2 yg sanggup untuk memelihara anak orang mcm anak sendiri ni.. semoga Allah memberi keberkatan dan kerahmatan dalam kehidupan mereka πŸ˜‰

    1. terima kasih kembali.. semoga Allah membantu Mama SUE menyelesaikan masalah ini dengan cara terbaik πŸ˜‰

  1. Salam..buat Mama Sue..bersabar ajer byk2. Pk kan diri sendiri dan keluarga dahulu. Di sini sy juga ingin berkongsi sedikit pengalaman.Kdg2 sy sendiri tidak faham dengan insan yg terlalu pentingkn duit demi kepentingan sendiri. Sy sendiri mengalami situasi di mana seorg ibu tergamak menggunakan anak utk duit. Yg menjd mangsa, si bekas suami dan anak. Tempiasnya terkena pd sy. Walaupn nafkah yg diberikn beribu2 tp masih tidak mencukupi. Sy pasti insan sebegitu tidak senang hidupnya kerana menganiaya insan lain. Semoga Allah memberi keinsafan buat mereka..insyallah..

  2. Ustaz Love,
    sy dh bincang dgn mereka dgn cara baik beberapa bulan lalu….alhamdulillah 2-3 bulan lepas itu, mereka x dtg minta duit mcm slalu. namun, jangkaan sy silap sebab mereka dtg lagi bulan ni minta wang malah sanggup mengutuk sy dan suami ni x berhati perut dan kurang ajar kat mereka sebab langsung x bagi mereka bantuan kewangan dan tidak membalas budi mereka sebab beri ank kpd sy..sedgkan mereka x tau yg budi sy ni dok besarkan ank mereka spt menatang minyak yg penuh..Sy syg sgt kt ank angkt sy tu spt drh dging sndiri..kdg2 sy dan suami sampai hilang sabar dan menangis mengenangkan nasib ank angkt sy tu…kehadiran ank angkt sy tu betul2 menyinari dan menambah lagi kebahgiaan rumah tangga di mana sy juga kini sudah mengandung 6 bulan jga..tp sy masih tertekan dengan karenah mereka……utk pengetahun ustaz, ank angkat sy lahir pd 27/1/2011, akan tetapi ibu kandung anak agkt sy tu juge bru melahirkan ank lagi (adik kpd anak angkat sy) pada bln 11/2011 baru-baru ni , dan sy dimaklumkan bby tu juga mereka bagi kat org lain tuk jaga… Ya Allah..Tetapkan lah kesabaran dan keimanan aku dan suamiku untuk menghadapi dugaan-Mu Ya Allah

    Mama SUE

    1. Ustaz Love cadangkan agar mama SUE dan suami membuat laporan polis atas perkara ni. Ini dah masuk dalam kes melakukan gangguan. Mungkin mama SUE boleh dapatkan bantuan Mama Zharfan berkenaan masalah ini.

      Ustaz Love doakan semoga puan dan keluarga tabah menghadapi ujian ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme