I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Dilema Berkasih Dengan Suami Orang

Salam…

Ustaz Love menerima persoalan daripada yann :

assalamualaikum ustaz….

masalah saya sama dgn nina, dilema berkawan dgn ‘suami org’….utk pengetahuan ustaz,kami sudah pun merancang utk bernikah tp secara sembunyi, sbb tidak mendapat keizinan isteri pertama…sebenarnya ikhlas saya katakan, hati saya takut dan risau keberangkalian masalah akn timbul sekiranya isteri pertama mengetahui ttg perkahwinan kami nnti…sbb saya juga ada baca kisah yg mana salah seorang akn ditinggalkan bila didesak oleh isteri pertama….saya memilih utk bersama dia sbb dia seorang suami dan ayah yg penyayang pd keluarganya…..jd saya berpendapat saya tidak akan dianiayanya nnti….

Kami sudah berbincang ttg segalanya selepas bernikah nnti, termasuklah soal kewangan….dia sudah terang-terang memberitahu yg dia hanya mampu bg nafkah ‘ala carte’(dlm lingkungan RM300/sebulan) shj utk permulaan dan akan ikut pd keadaan semasa selepas kami mempunyai anak nnti….jd sepanjang tempoh saya bergelar isterinya saya akan membiayai 90% perbelanjaan saya sendiri sbg kerjasama bg membuktikan pd isteri pertama yg dia tidak akn mengabaikan tanggungjawab walaupun sudah beristeri dua….hal ini dia minta saya berfikir adakah saya boleh terima atau tidak keadaan ini demi kabahagiaan dan kebajikan saya…..dia tidak mahu menganiaya saya…..walaupun perasaan sayang antara kami tetap utuh….

Persoalan saya, adakah saya dikategorikan berdosa meneruskan niat memilih dia sebagai suami sbb saya seolah-olah menyusahkan diri sendiri dan sudah jelas bahawa dia kurang mampu dr segi nafkah zahir? Yela, bila seseorg wanita itu berkahwin segala kebajikan makan,minum,pakai, dan tempat tinggal adalah tanggungjawab suami….ini berkemungkinan juga akn jd rumit bila saya sudah mempunyai anak…..saya hanya manusia biasa….saya ingin jadi seorang isteri yg solehah dan tidak mahu timbul masalah soal kewangan dan membebankan suami di hari kelak yg boleh menjejaskan hubungan kami…

Mohon ustaz dpt menguraikan kekeliruan saya ini, antara kasih dan tanggungjawab yg sebenar di sisi Islam dalam poligami…

Waalaikumussalam..

Ada baiknya Ustaz Love jawab perenggan by perenggan.. mudah sket nak fokus.. sebab penjelasannya agak panjang, takut terlepas pandang..

utk pengetahuan ustaz,kami sudah pun merancang utk bernikah tp secara sembunyi, sbb tidak mendapat keizinan isteri pertama…sebenarnya ikhlas saya katakan, hati saya takut dan risau keberangkalian masalah akn timbul sekiranya isteri pertama mengetahui ttg perkahwinan kami nnti…sbb saya juga ada baca kisah yg mana salah seorang akn ditinggalkan bila didesak oleh isteri pertama….saya memilih utk bersama dia sbb dia seorang suami dan ayah yg penyayang pd keluarganya…..jd saya berpendapat saya tidak akan dianiayanya nnti….

Pada pandangan Ustaz Love, perancangan awal pun dah agak tersilap langkah.. Perkahwinan sepatutnya dirancangkan untuk diadakan secara terang2an.. tujuannya supaya masyarakat tahu yg kita dah berkahwin.. bukan soal ikhlas tak ikhlas, tapi ini merupakan syariat agama, iaitu mewar2kan perkahwinan. Nabi s.a.w. menyuruh sahabat berkahwin dan membuat kenduri kahwin walaupun dengan menyembelih seekor kambing untuk dijamu kepada tetamu yang hadir. Ini dapat mengelakkan banyak fitnah di kalangan masyarakat (spt dituduh berkhalwat, mengandung luar nikah, berzina, kena ngurat dengan orang lain dsb).

Kalau pernikahan diadakan secara senyap2, siapa yg tahu kita bernikah? tok kadi? tok kadi mana yg sudi nikahkan pasangan secara senyap2 ni? dah tentu la tok kadi luar negara (Siam).. takpun tok kadi sindiket.. kalau tok kadi di Malaysia (yg mempunyai tauliah jurunikah) pasti takkan mengambil risiko menikahkan pasangan secara senyap2.. sbb ianya menyalahi undang2 syariah negara.

Dalam hidup berkeluarga, kasih sayang bukan segala2nya.. sbb kasih sayang itu adalah persoalan hati.. jika hati dah suka, maka akan kasihlah ia.. dan kasih itu akan tertumpah melalui perlakuannya (pehh.. ayat jiwang plak). Tapi, bila selalu dilanda masalah (terutama masalah kewangan, yg menjadi antara punca utama perceraian di Malaysia), hati selalu sakit, maka kasih sayang pun akan melayang.. Kadang2 kita tak nampak hakikat sebenar kecuali la bila dah duduk sekali.. sbb sebelum berkahwin ni, semuanya plastik.. kekasih kentut pun dikatakan berbau kari (bau kentut yg sungguh menyelerakan).. bila dah kawin sok, isteri tak kentut pun dikatakan kentut..

Sebab itu, kalau berani nak bermadu, maka kena berani mengadap madu.. takkan awal2 lagi dah rancang nak jadikan madu tu musuh? Jadi, kalau dah bulat tekad nak kawin, bakal suami tu kena melakukan proses pernikahan dengan cara yang betul. Kena buat permohonan di mahkamah dan dibicarakan. Masa tu nanti baru bleh tau betul ke bakal suami tu bertanggungjawab terhadap isterinya.. sbb isterinya nanti turut akan dipanggil menjadi saksi.. ahli keluarga lain juga akan dipanggil menjadi saksi untuk memberikan keterangan tentang kemampuan bakal suami itu untuk berpoligami.

Mungkin inilah yg bakal suami tu tak sanggup nak hadapi.. sbb nak berpoligami ni, bukan setakat dapatkan tandatangan isteri je.. apatah lagi jika bakal suami itu tak mencukupi syarat, memang akan kena soal selidik.

Kami sudah berbincang ttg segalanya selepas bernikah nnti, termasuklah soal kewangan….dia sudah terang-terang memberitahu yg dia hanya mampu bg nafkah ‘ala carte’(dlm lingkungan RM300/sebulan) shj utk permulaan dan akan ikut pd keadaan semasa selepas kami mempunyai anak nnti….jd sepanjang tempoh saya bergelar isterinya saya akan membiayai 90% perbelanjaan saya sendiri sbg kerjasama bg membuktikan pd isteri pertama yg dia tidak akn mengabaikan tanggungjawab walaupun sudah beristeri dua….hal ini dia minta saya berfikir adakah saya boleh terima atau tidak keadaan ini demi kabahagiaan dan kebajikan saya…..dia tidak mahu menganiaya saya…..walaupun perasaan sayang antara kami tetap utuh….

Tahukah saudari, kalau nak berpoligami, paling kurang pendapatan bulanan kena lebih RM4k sebulan (kalau tak silap dengar cerita member jurunikah)? RM300 nak beli megi pun tak cukup (megi RM1 sebungkus.. kali 3 (sehari).. sebulan dah RM90.. suami balik nak makan, takkan nak hidang megi kosong je.. telur lagi, sayur lagi.. kalau mak mertua datang nak makan megi, nak kena tambah lagi).. Itu bab makan je.. larat ke nak makan megi tiap2 hari.. Ustaz Love teringat masa jaman belajar dulu (seminggu makan megi sbb duit dah takde) sampai berak pun keluar megi.. tengok megi pun dah nak muntah..

Maaf sbb cerita panjang pasal megi plak.. hehe.. walaupun nampak mcm jujur je lelaki tu (nampak suci je bila beliau bagitau tak mampu nak bagi lebih).. tapi hakikatnya, itulah kelebihan orang lelaki bermain kata2 untuk mencairkan hati wanita.. Ustaz Love bukan nak bersangka buruk, tapi Ustaz Love nak saudari melihat dari sudut pandangan mata lelaki.. Kalau betul beliau jujur, beliau takkan berniat nak mencuba bermain dengan poligami ni.. sbb ianya melibatkan banyak jiwa dan perasaan.. Kalau betul beliau jujur, maka ianya dapat dinilai dengan tindakan beliau.. merancang untuk bernikah senyap2 bukan tanda kejujuran.. apatah lagi jelas secara zahirnya beliau tak mampu untuk berpoligami (sekalipun mempunyai nafsu jin super power).

Nak bagitau isteri nak bernikah lagi pun dah fail, apatah lagi nak naik mahkamah untuk memohon poligami.. sepatutnya, beliau yg kena yakinkan isteri pertama sampai la isteri tu faham, dan bukannya kahwin lari, lepas tu nak buat ‘trick’ nak tunjuk yg beliau mampu (suruh isteri kedua tanggung diri sendiri)..

Persoalan saya, adakah saya dikategorikan berdosa meneruskan niat memilih dia sebagai suami sbb saya seolah-olah menyusahkan diri sendiri dan sudah jelas bahawa dia kurang mampu dr segi nafkah zahir? Yela, bila seseorg wanita itu berkahwin segala kebajikan makan,minum,pakai, dan tempat tinggal adalah tanggungjawab suami….ini berkemungkinan juga akn jd rumit bila saya sudah mempunyai anak…..saya hanya manusia biasa….saya ingin jadi seorang isteri yg solehah dan tidak mahu timbul masalah soal kewangan dan membebankan suami di hari kelak yg boleh menjejaskan hubungan kami…

Mohon ustaz dpt menguraikan kekeliruan saya ini, antara kasih dan tanggungjawab yg sebenar di sisi Islam dalam poligami…

Nikah adalah sunat yg dituntut (muakkad).. maka takde la nikah tu berdosa kecuali kalau bernikah dgn orang kafir ke, bernikah dengan mahram ke (orang2 yg diharamkan bernikah) dsb.. Sebenarnya, ia bergantung atas keputusan saudari sendiri untuk menentukan masa depan.. kalau takutkan panas, kenapa nak berkahwin dengan tukang besi? Kalau nak wangi, kenapa tak kawin dengan tokey minyak wangi je?

Untuk menjadi isteri yg solehah, sebenarnya sangat bergantung kepada seorang suami yg soleh juga.. bukannya takde, suami penjahat isteri solehah dan sebaliknya, tetapi jarang2 berlaku. Suami yg soleh juga yang akan membimbing seorang wanita menjadi isteri solehah.. tapi tak semestinya juga.. ada juga suami2 yg soleh yg tak mampu nak mendidik isteri2 menjadi solehah disebabkan kedegilan isteri itu sendiri yg tak nak berubah.

Jadi, nasihat Ustaz Love, jangan lupakan istikharah.. minta petunjuk daripada Allah.. minta nasihat daripada ibu bapa / wali.. kerana kita cuma boleh menilai yg zahir (masa sekarang).. akan datang, kita pun tak tahu lagi.. mungkin juga sebaik je berkahwin, suami tu dinaikkan pangkat ke, naik gaji ke, jadi jutawan mi segera ke.. jadi, masalah kewangan pun dah takde..

Cuma, dalam kita mengambil tindakan (yg sekarang ini), jangan belakangkan hukum-hakam dan undang2 negara.. perkahwinan yg bermula dengan pelbagai masalah, biasanya akan berakhir dengan masalah juga. Jadi, selesaikan dulu halangan2 dan masalah2 itu sebelum berkahwin.. insyaAllah, barulah kita punya masa yg cukup untuk membentuk keluarga bahagia dan ceria, suami boleh tumpukan masa menjadi suami yg soleh, isteri bersedia untuk dididik menjadi solehah.. 😉

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Comments

Add a Comment
  1. cinta itu buta…eh cinta tu tak buta cinta itu suci tp yg dok bercinta tu buta..ok2 jgn salah paham sy tak ngata sesapa pun ni tuju kat diri sendiri. dulu sy pun mcm tu. sampai laki tu kata nk suh bini dia minang sy (konon payung mas) padahal bini tatau apa2 pun..gimik jer nk yakin kan kite nk sedapkan perasaan kite jer.

    ok2 poligami tu betul tak salah. tapi org yg nak mengamal kan poligami tu selalu salah! tak betul. tak paham istilah poligami tu dgn betul.

    Dulu sy anti poligami…pastu terpaksa gak terima istilah poligami. tapi la ni sy dah paham maksud poligami.

    eh bile sy nk buat entri tuk ustad ni ek kihkihkihkih…bleh ke sy buat entri berkaitan poligami dibulan pose ni nt ada yg anti saya plak. padahal ada mesej sy nk sampai kan tu. sharing is caring kan. lagipun entri yg sy nak buat tu akan di pantau oleh ustad love *kihkihkih suke2 lantik ustad kan*

    camne ni ustad..sy buat lepas raya je la ye…nt hilang lak mood org hurmm…dah salah kan sy lak.

    1. boleh je kalau nak buat sebelum raya pun.. bab pemantauan tu, insyaAllah nnt kita bincang soal pembayarannya.. kihkih 😀

  2. mmmm….penerangan yg padat,jelas dan terang..kakjem suka bangett….hihihii
    -kpd yg bertanya jgn lupa buat solat istikharah ya….

      1. sib baik lerr ust ni x do dopan mato den,klau x …den sekeh2kan..(den x kiro ustad ko…apo ko….)bikin panass je…klau cam tu kakjem nak pakai payung lerr…hehehhe

  3. Di wawarkan supaya kerajaan bersikap agresive dalam perlaksanaan perintah mahkamah syariah yang lebih 10 tahun agak longgar dan tidak tegas. kebanyakkan lelaki bebas walaupun mereka banyak membuat kesalahan dalam segi tidak memberi nafkah kepada anak2. sepatutnya salah satu perlaksanaan adalah mempaparkan wajah mereka di suratkhabar supaya mereka tidak lagi dpt menipu wanita yanglain dan menjadi bapa yang tidak bertanggungjwab kepada keluarga nya yang baru.

    1. kena aggresif dari sudut penguatkuasaan undang2.. bab perbicaraan di mahkamah, memang tak boleh nak aggresif sangat.. sbb ia melibatkan hukum dan hukuman.. tersalah hukum, atau tersalah memberi hukuman, akan menyebabkan berlakunya ketidakadilan..

      tak perlu sampai mengaibkan letak gambar dalam suratkhabar.. ikut saja saluran undang2 yg ada.. sbb belum tentu orang yg baik itu akan baik selama2nya, dan belum tentu yg jahat itu akan jahat selama2nya.. setiap org berhak diberikan peluang selagi masih bernyawa 😉

      1. Salam Ustaz. I like your statement.
        Ustaz, just nk minta pendapat sikit. sy ni pun sekarang berkawan dengan suami org. tp setelah 3 bulan berkasih baru sy tahu yg dia suami org. sy sudah kenal lama dgn dia tp tk berapa rapat n baru 4 bulan lepas kami menjadi rapat. pada awal perkenalan yg rapat itu sy pernah bertanya yg dia sudah berkawin or belum. dan dia seperti tidak percaya yg sy ni tk tau dia dh berkahwin so pada waktu itu dia menyatakan yg dia belum berkahwin. sy percaya kata2nya waktu itu sebab sy lihat penampilannya mmg seperti org belum kahwin n dia juga tinggal sendiri di KL. dan setiap kali sy call pasti dia jawab walaupun dia pulang ke kampung every weekend. walaupun waktu tengah malam or sebelum subuh. then, after sy yakin yg dia bukan suami org sy buat keputusan utk berkasih dgn dia. dan pasti lah utk bernikah. kemudian after 3 bln berkasih, sy minta utk dia masuk meminang. waktu ini lar dia berterus terang dgn sy yg dia sudah beristeri. dia menerangkan kepada sy kenapa dia tk berterus terang pada awal berkenalan. dia bagitau yg dia tk menyangka sejauh ini hubungan kami. n dia akui yg dia leka n takut kehilangan sy if dia berterus terang pada waktu itu. pada waktu dia berterus terang itu dia juga ada bagitau yg dia redho dgn keputusan sy. sama ada mau tinggalkan dia or marah dia or maki dia. dia juga bagitau saya mmg dia nk isterikan sy dan tujuan dia utk bernikah satu lagi kerana dia tk punya anak dgn isterinya. dan isterinya juga tahu niatnya utk bernikah satu lagi. dan menurutnya isterinya setuju. setelah mengetahui yg dia sudah beristeri, yg peliknye saya tak marah or mau putus. tp sy tetap mahukan hubungan ni di teruskan. tp sy bagitau dia yg sy mau bertemu dgn isterinye dulu dan sy bagitau dia yg sy tak mau berjumpa dia dulu selagi sy belum bertemu dgn isterinye.
        Ustaz, sy kasihkan dia tp pada masa yg sama sy tidak mahu melukakan hati wanita lain. coz bagi sy “u will get what u give”. Sy tau semua org di luar sana semua pasti cakap cuba lar mengelak. Actually, sy bukan lar tk cuba mengelak sebelum2 ni. mmg ramai je suami org yg mahu kan sy sebelum2 ni. alhamdulillah sy barjaya mengelak dgn cara baik. but sy tk menyangka akhirnye sy still tersangkuk jugak dgn suami org. honestly, sy letih n sy seperti redho dgn semua ni. cuma satu je pinta sy supaya semua org merestui pilihan sy terutama isterinye, parentnye, parent sy, dan adik beradik kami. sy tk akan meneruskan hubungan ini if isterinnye serta famili tk setuju.
        so sy berharap kepada semua yg membaca comment sy ni, jgn lar memandang hina kepada wanita2 yg bermadu terutama isteri ke dua, ke tiga or ke empat. coz bukannye semua dr mereka tidak cuba utk mengelak dan menepis. tapi still juga hadapi masalah yg sama sehingga diri tk berdaya. lelaki pun manusia juga. tk kan lepas dr buat salah. so sebagai wanita n sesama manusia kita seharusnye saling menyokong n membantu. bukan menjatuhkan semangat org lain dgn hinaan dan makian. dan kpd isteri pertama, jgn cepat melatah dan byk2 lar bersabar. sesungguhnye Allah itu maha adil. percaya lah.
        wassalam

  4. assalammualaikum ustaz. saya farah . saya juga mempunyai masalah bercinta dengan suami org. saya x tahu ape perasaan sy skrg. sy konfus.

    pada mula perkenalan kami, sy tidak tahu dia suami org dia berumur 29 tahun dan saya hanya 23tahun. sy ade bertanya mula2 berjumpa dengannya sama ada dia berkawin atau belum. die mengaku masih bujang.. so sy pun berkawan dengan nye sehingga sy betul2 cintakannya. sy ada sedar tindak tanduknya kadang bila die balik rumah die tidak akan kol sy hnya msg shj. beliau akan kol sy bile pergi ke kedai atau kemana2.. tp sy tidak syak ape2.. myb sy fikir die segan ckp dirumah dsbbkan ibubapanye ada.

    setelah 8 bulan perkenalan kami, tiba2 sy mendapat penggilan telefon drpd wife dan parents dia. mereka mmberitahu yg bahawanya die suda 1 tahun brkawin. byangkan perasaan sy luluh ketika mendgr berita itu .sy menyayanginye dan mencintainya. kenapalah setelah hubungan kite da agak lama baru sy mengetahuinya.

    selepas itu sy berjumpa dan minx penjelasannya. die mengaku die sudah berkahwin. bygkan mereka berkahwin bulan 7 2010 dan kami berkenalan pada bulan 2 2011 (bukankah baru berkahwin? dan masih diketegorikan masih baru) sy tanya kenapa? dan dia berjwp die sbnarnya x bersedia nak berkahwin n wife beliau yg paksa utk berkawin kerana hbungan mereka dah terlalu lama. kemudian knp sgup buat wife u mcm tu? die menjwp kerana smasa hbungan mereka sblm berkahwin die dah kurg menyayangi wife die, dan kawin hanya dasar mencuba dan die anggap die boleh teruskan .. ttp setelah brjumpa sy die realize yg dia tidak mnyayangi isterinya..

    skrg dr love. sy dlm dilemma .. beliau merayu dkt sy jgn tgalkannya.. kerana die akan menceraikan wife die. sy nasihatkan die suruh cuba baiki hubungan dengan isterinye tp dia ckp die sudah tidak boleh dgn isterinya lagi..dan akan menceraikan isteri dia

    tolong lah sy dr love sy rasa bersalah sgt berada disituasi ini..sy faham perasaan isteri dia. tp sy x tahu nak buat keputusan yg terbaik. dlm ms yg sama sy amat mencintai nya.. dan x sgup kehilangannya. sy meneruskan hubungan ini tanpa diketahui sapa. family sy pun tidak tahu beliau suami org.

    sy pernah cuba utk meninggalkannya ttp sy x kuat apabila berdpn dengannya. kerana sya sgt sygkan dia.

    beliau suruh sy bg masa utk dia settlekn untuk menceraikan isteri die. beliau pernah memberitahu saya, walaupun sy tgalkannya die ttp menceraikan isterinya kerana die rasa hbungan mereka tidak boleh diteruskan lagi. dia sudah tidak ada perasaan kpd isterinye. mereka pun sudah pergi ke pejabat agama dan dlm proses penceraian. adakah ini semua salah saya? bantulah sy.. sy xtahu apa yg terbaik utk diri saya.

  5. Assalamualaikum Ustaz Love.
    sy ingin meminta pendapat dan pandangan dari ustaz…sy telah berkahwin pada disember 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada bulan 11 2011.kisahnya mcm ni..baru2 ni sy telah menjalinkan hubungan dgn rakan sekerja sy.pd permulaan sy memg xada hati dgn rakan sekerja sy tu.sehingga la dia ada hntar sms bertanya khabar sy.waktu tu sy sedang sakit.sejak dr tu hati sy mula tertarik dan terpikat dgn dia.sy telah meluahkn perasaan pd dia dan dia terima sy.dia tahu sy telah berkahwin dan mempunyai anak.sy terpikat dgn ciri2,perwatakan dan ilmu agama yg ada pd dia.dan sy tergerak utk berkahwin dgn dia.pd pendapat ustaz,betul ke niat sy itu utk berkahwin dgn dia..hrp ustaz boleh tlg sy..

  6. slm ust love…
    saya ade pertanyaan berkenaan perkara ini:
    1) seorang suami tidak belaku adil kepada istri ke dua tetapi sebelum khwin suami telah beritahu dia tidak dapat brlaku adil dari segi giliran atau nafkah zahir batin. istri kedua bersetuju dan tidak memaksa atau marah suami ini sekiranya tidak dapat brlaku adil. persoalannya, adakah suami tetap brdosa sedangkan istri kedua redha dan ikhlas dgn apa yang suami dia lakukan?

    1. suaminya dilepaskan daripada tanggungjawab itu dengan persetujuan isterinya. Isteri dah setuju, maka takde masalah. Jika tiada apa2 perjanjian atau persefahaman tersebut, maka suami itu tak terlepas drp tanggungjawabnya memberi nafkah zahir dan batin.

      namun begitu, perintah untuk berlaku adil ini adalah perintah Allah.. tak seharusnya seorang lelaki itu berlaku zalim kepada isterinya, sekalipun isterinya itu rela.. kerana kerelaan isteri itu tidak lain tidak bukan telah mengorbankan sebahagian perasaan isteri yang memerlukan nafkah tersebut.

      WA

  7. salam ustaz…

    masalah sy ialah sy ada berkawan dgn sorang perempuan dan sy mahu mengahwininya. tetapi sy sudah beristeri. isteri sy tahu akan hal ni dan dia menghalang. isteri sy menyuruh sy berjanji supaya tidak berhubung lg dgn perempuan tu. isteri sy suruh brjanji agar tidak berhubung lg dgn perempuan tu..kalau sy berhubung juga maka hubungan sy dgn isteri sudah tidak ad apa-apa lg. sy pom brjnji la seperti yg di suruhnya..tp sy tetap berhubung lg dgn perempuan tu. adakah itu 1 lafaz taklik?? dan apa status hubungan sy dgn isteri setelah sy brjanji spt y d suruhnya??
    zack recently posted..Soal Jawab : Main BomohMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme