I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Contest Judi Kotex (Apa Punya Tajuk Daa)

Salam…

Sambung balik entry soal jawab.. Tapi sebelum tu Ustaz Love nak jelaskan, yg jawapan Ustaz Love dalam entry2 kat blog ni bukanlah jawapan muktamad.. kena rujuk 2nd opinion, sbb Ustaz Love pun bukan banyak ilmu sangat.. cuma dinamakan entry soal jawab adalah disebabkan adanya orang menyoal, dan Ustaz Love menjawab.. Jangan silap faham Ustaz Love nak tunjuk pandai plak.. habis segala soalan Ustaz Love jawab.. sebenarnya, Ustaz Love menjawab setakat pengetahuan Ustaz Love je.. kalau Ustaz Love tak tahu, Ustaz Love akan jawab tak tahu.. itupun adalah jawapan juga.. hehe..

Soalan ni datangnya daripada Mama Zharfan :

ustaz–nak mintak pendapat ustaz utk entry me yg ini:

http://www.suzie284.com/2011/08/some-contests-could-amount-to-perjudian.html

apakah elemen2 perjudian? sbb me rasa ada byk contest yg berunsurkan gambling ni..me suka masuk contest tapi musykil when it comes to sms contest ni….

Ustaz Love pernah jawab soalan ni masa mula2 menulis blog dulu.. siap tepek perbahasan pasal tu lagi (berbahas kat facebook.. dgn geng tunjuk duit).. juga pernah juga menerjah ke blog yg menganjurkan contest berdasarkan sumbangan duit daripada peserta.. alhamdulillah, penganjur menerima dengan lapang dada dan mengubahsuai syarat pertandingan.

Contest2 yg seakan2 judi ni sebenarnya dah lama bertapak di Malaysia ni.. cuma, ianya menggunakan topeng yg berlainan untuk mengaburi pandangan musuh. Hakikatnya sama je.. sama ada beli tiket loteri, atau menyertai pertandingan berasaskan kaedah judi, kedua2nya termasuk dalam kategori judi.

Nak kenal judi tak judi ni mudah je.. Apabila wang hadiah itu didapati daripada hasil sumbangan peserta, tanpa ada apa2 manfaat daripada sumbangan itu (spt pembelian barang ke, servis ke dsb), maka ianya adalah judi..

Untuk lebih memahami, Ustaz Love bawakan kajian kes.. Lagi baik Ustaz Love terus fokus pada soalan iaitu contest Kotex ni (Ustaz Love tak pernah guna Kotex ni.. kalau tak silap, ianya merupakan jenama tuala wanita.. tisu pun ada gak).

mechanism KOTEX sms contest ni ialah..sms ajer, then kalau nasib jd 50th sms, menang cash RM100, dgn syarat lps terplilih sbg pemenang, kena bwk polibeg utk redeem hadiah cash RM100 tu…meaning that pembelian comes after winning, and those yg sms and tak menang, memang nampak gambling kan..cuma cara moden, bukan pegi beli tiket toto/loteri kat kedai …

SMS yang dihantar tu biasanya akan kena caj lain daripada caj yg dikenakan oleh telco.. daripada caj inilah maka mengumpulkan sejumlah wang yang diberikan kepada peserta.. Ini kerana, caj yg dikenakan itu tiada kaitan pun dengan penyertaan.. yg menang ke, yg tak menang ke, akan dikenakan caj yg sama.. Walaupun Kotex itu sendiri sebuah jenama yg besar (takde masalah nak sponsor hadiah), namun kaedah yg digunakan (mengumpulkan wang peserta tanpa tujuan yg jelas) adalah lebih menghampiri kaedah perjudian.

Contoh lain, seperti pertandingan memancing.. Jika wang hadiah itu adalah melalui yuran peserta, maka ianya adalah menghampiri kaedah perjudian.. maka haram menyertai pertandingan sebegini.. Namun, jika hadiah pertandingan itu disediakan oleh pihak penaja (ada penaja lain), dan yuran penyertaan itu digunakan untuk tujuan lain spt utk servis sewa kolam, makanan, kebersihan, joran, bleh bawak balik ikan dsb, maka harus menyertainya.. kerana peserta mendapat manfaat daripada yuran yg dikeluarkan..

Jika pertandingan itu melalui pembelian barang (beli sayap ayam dapat satu peluang cabutan bertuah contohnya), maka ianya diharuskan.. kerana ianya bukanlah yuran penyertaan.. sebaliknya ganjaran bagi pembelian.. pembeli dapat ayam dan dapat peluang cabutan bertuah.. kalau tak menang pun, pembeli still ada ayam yg boleh dimakan atau disayangi..

Kalau pertandingan mcm Kotex tu, disebabkan nak dapat nombor bertuah, maka dia telah menghantar 100 sms contohnya.. katalah 1 sms dicaj RM 0.50, kalau 100 sms dah keluar duit RM50.. sedangkan belum tentu beliau menang.. Ada yg cuma hantar 1 sms dan bleh menang.. kat sini dah nampak unsur2 zalim (tak adil), gharar dan perjudian nasib.

Berbeza dengan kes contest pembelian ayam kat atas, kalau ayam tu harganya RM10 sekilo (ni ayam mengandung.. sbb tu mahal), maka peserta yg menang ke, yg kalah ke dalam contest tu, tetap mengeluarkan wang dalam jumlah yg sama.. dan mendapat manfaat yg sama daripada pembelian ayam..

Seboleh2nya, jauhilah contest2 berdasarkan sms yang berasaskan sms terbanyak, atau yg menetapkan nombor2 tertentu sebagai pemenang.. yg mana peserta perlu mengeluarkan duit untuk menyertai contest itu (bukan melalui pembelian barang).. kerana ianya lebih menghampiri kaedah2 perjudian..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. Lucu la pulak term ‘pembeli still ada ayam yg boleh dimakan atau disayangi..’

    Ayam (sayap ayam) yg boleh disayangi.

    Apa2pun, sgt setuju dgn jwpn Ustaz.

  2. RM10 sekilo ayam mengandung heeeeeeee

    ustad siyes ke melawak tu tp sy guling2 bace ayat tu kihkihkih…

    suke topik ni baru tau kontes sms tu adik bradik judi huhuhu

    1. susah nak cakap.. kadang2, Ustaz Love serius, orang kata melawak.. kadang2 Ustaz Love melawak, orang amik serius plak.. kihkih 😀

      sms contest ni hampir keseluruhannya mengamalkan konsep judi ni.. sbb biasanya peserta dengan sms terbanyak yg akan menang.. 😉

  3. owww..ya ke, sblum ni x tau lah pulak..klau mcm tu x bolehlah masuk pertandingan memancing sbb hadiahnya drpd duit peserta…
    apa kata lps ni klau ada sesape nak mancing tanya aje dkt ustaz,sbb ust tau kolam mancing mana yg terbaik punya…free jeee….ikannya pun bnyk dan besar2….hehehehe

    1. tak semua pertandingan memancing tu mirip perjudian.. kalau GP Joran, memang ada penaja yg taja hadiah tu (Bank Rakyat)..

      Kalau nak free, bleh memancing kat kolam takungan najis.. itulah antara ilmu memancing yg Ustaz Love dapat daripada kakjem.. kihkih

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme