I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Bermaafan Sempena Raya

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada sutera :

ustaz nak tanya, sblm tanya, sy ceritakan situasi dulu. mak suruh tanya ustaz love hehe

seorg ayah menasihati anak2nya supaya berbaik2 dgn abg sulung, pergi beraya ke rmh, mcm org lain, beraya kunjung mengunjungi rmh adik beradik..tapi anak2nya berkeras tak nak..siap tinggikan suara & menjawab bhw tiada dlm hadis & al-quran yg mesti kena beraya berbaik2 dgn abg..utk lanjut, kalau ustaz sudi, boleh baca di
http://suterakasihyann.blogspot.com/2011/08/kisah-sedih-di-pagi-hari-raya.html

saya dh coretkan kat di situ..so apa pandangan ustaz?
betulkah tiada dlm hadis/al-quran menyatakan kenyataan mcm tu..sy yg mendengarnya hanya mampu beristighfar & sedih…

Setakat ni, Ustaz Love belum pernah berjumpa lagi dalil khusus tentang bermaafan pada hari raya.. kerana, memohon maaf sesama manusia ini tidak tertakluk pada hari2 tertentu.. mahupun waktu2 tertentu.. cuma dari segi logiknya, takkan la kita nak gi ketuk rumah orang nak mintak maaf pukul 3 pagi? Mau kena kena silambam kat situ gak..

Cuma, dalam bab memohon kemaafan ni, kena guna hikmah.. jangan la time orang tu baru je lepas bergaduh dengan isteri, kita gi jumpa nak mintak maaf sambil menceritakan tentang kesalahan2 yg kita lakukan (mengumpat beliau ke dsb). Ianya bakal menambahkan lagi kemarahan beliau dan kemungkinan besar bukan kemaafan yg diterima, sebaliknya pergaduhan yg lebih besar.

Jadi, waktu hari raya ni merupakan waktu yg paling berhikmah sekali untuk kita memohon maaf.. sbb waktu tu, hati2 umat Islam dah lembut (sbb dah berpuasa serta bermujahadah di bulan Ramadhan) dan semua umat Islam bergembira menyambut hari raya.. Bila hati dah gembira, mudah je nak memaafkan orang berbanding masa tengah marah. Maka itu, budaya bermaafan di hari raya ini adalah sesuatu yg baik untuk diamalkan.. Tetapi, jika ada peluang yg lebih baik, maka gunakanlah peluang tersebut.. kerana kita kena bersegera memohon kemaafan manusia.. Kita tak tahu adakah kita atau beliau (orang yg kita buat salah tu) sempat bertemu pada Syawal akan datang.

Juga hari raya juga wajar digunakan untuk berbaik2 dengan kaum kerabat dan kaum muslimin yg lain. Kalau hari lain, mungkin kita memerlukan sebab untuk ziarah (sbb nak ziarah orang sakit ke, ada urusan bisnes ke dsb).. tapi ziarah masa raya ni tak memerlukan sebab.. Ustaz Love masa kecik2 dulu main terjah je mana2 rumah yg ada gantung ayat al-Quran.. tak kira la diorang kenal ke tak, janji bleh beraya..

Apabila kita menggunakan alasan tiada dalil khusus untuk melakukan perkara yg baik (bermaafan dan mengeratkan perhubungan), sebenarnya ia lahir daripada keegoan kita sendiri. Cuba mencari alasan walaupun kita sendiri mengetahui yg perintah untuk berbaik2 dengan keluarga itu memang wujud dalam al-Quran dan hadis :

Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik” (Ali Imran : 133-134)

Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (An-Nur : 22)

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.” (al-Baqarah : 83)

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” (an-Nahl : 90)

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri” (an-Nisa’ : 36)

Seolah-olah aku masih melihat pada Rasulullah s.a.w. ketika kejadian seorang Nabi yang dianiaya kaumnya hingga berlumuran darah, sambil mengusap darah dari mukanya lalu berdoa: “Ya Allah, ampunkanlah kaumku kerana mereka tidak mengetahui.” (HR. al-Bukhari)

Tidak akan masuk syurga sesiapa yang memutuskan silaturrahim” (HR. al-Bukhari)

Adik beradik termasuk dalam kategori silaturrahim khas, kerana lahir daripada rahim yg sama.. maka berdosa memutuskan pertalian ini.

Jadi, perbuatan adik beradik itu berdegil tidak mahu menghubungkan silaturrahim itu sendiri sebenarnya takde dalil yg mengharuskan perbuatan itu (memutuskan silaturrahim). Jadi, tak patut beliau menjadikan tiada dalil khusus untuk bermaafan dan menghubungkan silaturrahim sebagai alasan untuk mengelak melakukannya.. Andaikata bukan masa raya nak melakukan amalan tersebut, agak2nya masa tak raya, nak ke beliau buat?

Itu satu bab.. belum lagi masuk bab meninggikan suara terhadap bapa.. itu satu lagi perbuatan dosa..

Belum lagi masuk bab ketaatan kepada perintah bapa.. itu pun berdosa (ingkar perintah ibu bapa)..

Jadi, memang alasan beliau menggunakan hujjah tiada dalil khusus untuk berbaik2 dengan adik beradik adalah semata2 kerana sifat ego yang tinggi dalam diri.. dan menggunakan alasan agama untuk membenarkan perbuatan tak betul tu. Cuba tanyakan pada mereka pula, dalil mana yg kata boleh kuang ajar dan tak taat kepada ibu bapa?

Dalam hal ini, mungkin sang ibu boleh memainkan peranan.. kerana ibu itu lebih bagus dalam bab2 memujuk ni, berbanding bapa.. Lelaki ni, sekali bleh la cakap elok2.. masuk kali kedua, dah kasar dah.. kali ketiga, malas dah nak tegur.. berbanding ibu yg lebih lembut hati, tak jemu2 memujuk dan menegur anak2..

Ustaz Love doakan semoga adik beradik itu dapat berbaik2 dan bermaafan sebelum terlambat.

p/s: Bab pertanyaan yg lagi satu tu, insyaAllah Ustaz Love akan jawab dalam entry lain.. dah panjang sangat entry ni.. harap takde sapa yg termuntah membacanya.. hehe 😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
    1. as salam..

      banyak jadi dalam masyarakat kita berpunca daripada sikap org kita sendiri.. mudah berkecil hati dan lambat sejuk.. kalau mcm orang Arab, dah bergaduh bertumbuk, lepas tu sambil berdarah tu dia sama2 mintak maaf.. kira habis kes kat situ..

      orang kita nampak lembut.. tapi dia punya dendam tu kadang2 7 keturunan pun tak habis lagi.. sampaikan dendam menjadi warisan.. anak cucu tak tahu apa punca, cuma tahu mak ayah tak suka orang tu, jadi anak2 pun tak suka gak 😉

  1. ustaddd sy dah termuntah sbb kekenyangan mkn rendang kihkihkih…mana bleh muntah bace entri ustad bes per..terbaekkkkk…kihkihkihkih…

    ok2 siyes..

    camni la dulu sy pun camtu tamoh beralah. tp makin usia meningkat pehtu kite kena pikir la kan dah Allah bagi akal tu guna la sebaik2 nye.

    jgn la terlalu sombong angkuh or ikut kan ego tu tamoh tunduk memaafkan adik bradik sendiri. bkn org lain darah daging sendiri. andai kata umur depa tak panjang sok. ada ke peluang nak mohon maaf lg? nanges tepi kubur mohon maaf? kuar air mata darah pun dah tak guna ..yg bernyawa tu dah tinggal kan jasad nye. bkn bleh bg respon pun.

    so, seblum terlambat berbaik2 la sesama adik bradik kite tu w.pun ada sakit hati tu jgn di panjang2 kan. jgn nyesal tak sudah. tak guna. sakit hati bleh dirawat. dgn bermaafan jgn dipanjang2 kan.

    teringat dulu selalu gado ngan adik. sampai mak nanges. bile tgk mak nanges terus kalo rasa nak gado jer cpt2 kuar rumah sejuk kan hati. dah cool baru balik. buat mcm tade apa2 berlaku. baru muka mak ceria balik. skang kalo nak gado jer mesti ingat mak dulu. org tua mana suke tgk anak2 nye bertelagah kan ustad kan kan kan

    opsss terpanjang plak kihkihkih ampun ustad selamat hari raya jom sambung makan kuih raya ngeeeeeee

    1. biasanya kalau orang tua masih ada, insyaAllah adik beradik masih lagi dapat bersatu dan berkumpul.. bayangkan kalau mereka dah takde, kalau takde adik beradik yg nak amik port pasal adik beradik lain (biasanya abang sulung akan jadi kepala), mungkin masing2 akan bawak haluan sendiri..

      jadi, berbaiklah dengan adik beradik kerana Allah.. 😉

  2. terima kasih ustaz atas penjelasan itu ustaz..entri saya sebelum ini mungkin ada silap faham antara keluarga tersebut dan saya dikatakan memfitnah..hmm saya dah delete entri berkaitan & dah minta maaf secara terbuka di blog..tapi yg saya sedih, dia cuba ungkit kisah silam orang2 tua saya..entah apa tujuan..dia nak saya benci orang tua saya? mustahil saya akan membenci orang tua darah daging saya sendiri, biar buruk mana sekalipun mereka..

    apa2 pun ustaz, harap entri ustaz ini akan membuka mata pihak mereka..mohon saya copy dan share dalil2 yg ustaz berikan di atas..syukran ustaz, siapa tahu kata2 ustaz mampu meleraikan masalah ini :’)

    1. insyaAllah boleh.. takde masalah.. Semoga Allah berikan petunjuk dan hidayah kepada kita dan mereka 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme