I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Berdakwah Kepada Orang Lain, Keluarga Dilupakan

Salam..

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Ms. Gabanz :

Ustaz LOVE….

Mintak ustaz bg pendapat pasal kes ni….
Apa hukumnya kalau kita asyik berdakwah pd org tp pd masa yg cma salah seorang ahli keluarga yg telah tersasar jauh tidak pernah dipedulikan malah disisihkan lagi… Bukan nk membantu tp membiaqkan lg org tu jauh terbabas…. Mcm mana pula ibadah kita pd Allah???

Sebelum Ustaz Love pergi lebih jauh, ada baiknya kalau kita sama2 meneliti maksud satu ayat al-Quran :

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (at-Tahrim : 6)

Daripada ayat ini, jelas menyatakan akan kewajipan menjaga diri dan keluarga daripada api neraka.. iaitu menjaga diri dan keluarga daripada melakukan larangan2 Allah yang boleh menjebakkan diri seseorang itu masuk ke dalam neraka. Namun, ayat itu bukanlah difahami secara terus (zahir) bahawa ketua keluarga itu akan menanggung dosa ahli keluarganya.. Ia sangat bersalahan dengan konsep setiap orang itu menanggung dosa / kesalahan masing2..

Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya;

Ayat ini dinyatakan dalam 5 tempat berbeza (al-An’am : 164; al-Isra’ : 15; Faathir : 18; az-Zumar : 7; an-Najm : 38)

Ini membawa maksud, dosa yg dilakukan oleh seseorang itu adalah akan ditanggung oleh sang pelaku dosa itu sendiri.. Bukan mak ayah beliau, bukan suami / isteri beliau, bukan anak2 beliau dan bukan juga para majikan.

Melainkan dalam beberapa perkara, ketua keluarga / ahli keluarga dsb akan terlibat juga dengan dosa yang dilakukan oleh seseorang sekiranya :

1. Melihat dosa tersebut dan tidak menegur kesalahannya..

Ini termasuk dalam bab amar makruf nahi munkar.. Jika melihat sesuatu kejahatan, maka ubahlah dengan tangan, lisan atau membenci dalam hati.. Jika tak melakukan amar makruf nahi munkar ni (contohnya melihat anak sedang berkhalwat dengan boyafriend dalam rumah, buat2 tak nampak.. kononnya ada semangat kesukanan (sporting)), maka ibu bapa itu mendapat dosa (bukan dosa berkhalwat), sebaliknya dosa tidak melaksanakan amr makruf nahi mungkar..

2. Membuka jalan ke arah maksiat..

Ini seperti yg dimaksudkan dalam hadis Nabi s.a.w. berkenaan sunnah hasanah dan sunnah sayyi’ah.. iaitu membuka jalan kebaikan atau jalan kejahatan.. Contohnya seorang bapa mengajarkan kepada anaknya cara melakukan onani (melancap).. perbuatan onani itu hukumnya adalah haram dan berdosa. Jadi, bila anak melakukan onani, maka bapanya turut akan menerima dosa perbuatan anaknya itu tanpa berkurang sedikit pun dosa.. kerana beliau telah membuka jalan (menunjukkan jalan) bagi anaknya melakukan perbuatan dosa.. begitu juga jika diwariskan perbuatan tersebut, sang anak mengajar kepada cucu, cucu mengajar kepada cicit, cicit mengajar kepada cirit, cirit mengajar birit dan seterusnya.. kesemua hasil dosa perbuatan itu akan ditanggung oleh sang bapa yg pertama sekali mengajar anaknya tadi.. Ala2 konsep MLM gak.. bezanya, kalau dlm MLM, upline amik percent drp keuntungan jualan downline.. tapi, dalam konsep menunjuk jalan kejahatan / kebaikan ini, upline akan dapat 100% pahala / 100% dosa tanpa berkurang sedikit pun.. tetapi sang pelaku dosa juga menanggung dosa perlakuannya..

Sehinggalah sang bapa itu bertaubat dan memberitahu kepada anaknya bahawa perbuatan yg diajarkan itu adalah berdosa dan menyuruh beliau menghentikannya.. jika taubatnya diterima, maka selamatlah beliau drp menanggung dosa (membuka jalan keburukan) tersebut.

Jadi, jika seorang bapa itu telah menegur ahli keluarganya, namun mereka masih berdegil melakukan maksiat yang sama, maka sang bapa sebenarnya telah terlepas daripada tanggungjawab amar makruf nahi munkar itu..

Namun begitu, sebagai seorang yg bertanggungjawab dalam keluarga, perlu ada perasaan sedih dan kesian pada diri sendiri dan ahli keluarga dan takut dicampak dalam api neraka sekiranya tidak mendidik mereka sebaiknya.. Takkan setakat tegur sekali dua je dah rasa berpuas hati? Alangkan seekor kucing buta yg sedang menuju ke arah api pun, kita akan rasa cemas dan kesian serta berusaha nak menyelamatkannya.. apatah lagi ahli keluarga kita…

Berdakwah itu adalah suatu tugas yang mulia.. ia merupakan kerja para Nabi alaihimussalam.. bukan kerja orang2 biasa.. dan tugas itu telah diserahkan kepada umat Nabi s.a.w.. Namun begitu, dalam sibuk2 kita berdakwah kepada orang lain, jangan lupa matlamat asal iaitu untuk membetulkan diri dan ahli keluarga supaya kita dan mereka terselamat daripada azab Allah.

Ingatlah teguran yg Allah telah berikan kepada orang2 beriman :

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya” (as-Saff : 2 – 3)

Lakukanlah dakwah ke seluruh alam.. tetapi jangan lupakan ahli keluarga yg kita sangat kasihi itu.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
  1. byk jer org2 yg me kenal..bapanya sgt alim, tapi tak tegur anak2 yg tak solat, tak tutup aurat etc…..pelik kan…kira mcm bapa tu nak masuk syurga sorang2 ker…kononnya sygkan anak, tak sanggup nak marah anak2 and anak2 akan sedar sendiri bila sampai seru…ni terjadi pd one family yg sgt me kenal….sbb me selalu berkunjung ke sana..

    1. kadang2 susah juga nak cakap.. sbb iman ni tak dapat diwarisi.. tak macam saka, senang je nak diwariskan.. hehe..

      kadang2, ayah dah tegur berkali2, dah mcm2 cara, tapi anak tak nak juga berubah.. kita mungkin tak tahu tiap2 malam bapa itu menangis2 mendoakan hidayah buat anaknya.. jadi, dalam hal ini, bukanlah lagi menjadi kesalahan sang bapa.. sama juga mcm kes Nabi Nuh dan isteri serta anaknya, dan juga Nabi Luth dengan isterinya.. bukanlah bermakna Nabi2 itu gagal dalam dakwahnya (terhadap keluarganya), bahkan nak menunjukkan kepada kita bahawa Nabi itu sendiri tak mampu nak memberikan hidayah kepada sesiapa yg dikehendakinya.. hanya Allah saja yg berhak memberikan hidayah tersebut kepada sesiapa yg dikehendakiNya 😉

      1. btul tu ustaz…bese lau ank2 mcm tuh degil…mak sedare salu nanges sbb ank dia xnk pakai tdg xnk sbhyg…yela kecik2 mewah jek…bila da besar mane leh tegur da…

        1. insyaAllah, doa ibu pasti akan dikabulkan suatu hari nanti.. jangan putus asa dengan rahmat Allah.. sbb belum tentu manusia yg awal hidupnya dengan ibadah, maka akhir hidupnya juga dalam amal ibadah.. ramai je ahli ibadah yg disesatkan oleh syaitan waktu matinya.. mungkin juga sepanjang mudanya penuh dengan maksiat, tapi sempat bertaubat sebelum meninggal dunia.. jadi, para ibu bapa kena selalu bersangka baik dan mengucapkan kata2 yg baik kepada anak2.. yg paling penting, doakan yg baik2 untuk mereka..

  2. “Sehelai rambut wanita yang di lihat oleh LELAKI BUKAN MAHRAM dengan sengaja = balasannya 70,000 tahun dalam neraka,
    sehari akhirat = 1000 tahun di dunia,
    seorang wanita yang masuk neraka akan menarik 2 orang lelaki,
    1 – ayah kandung
    2 – adik beradik lelaki
    3 – suami
    4 – anak lelaki kandung
    SANGAT DAHSYAT HUKUMAN ALLAH MENGENAI TUNTUTAN MENUTUP AURAT.”

    Ayat kat atas sy dapat kat fb.. Soalannya:

    Benarkah ayah kandung. adik beradik lelaki, suami dan anak lelaki kandung akn diheret ke neraka sekiranya wanita tak menutup aurat? Bagaimana kalau mereka dah nasihat tetapi wanita tersebut tak ikut? Dan bukankah dosa itu ditanggung oleh si pelaku itu sendiri?

  3. bapa kakjem amat tegas dalam bab2 hukum hakam agama ni,beliau langsung x boleh berkompromi jika anak2 atau saudara mara ambil sambil lewa je..alhamdulillah berkat ketegasan beliau kami anak2 tidak melakukan apa2 yg mungkar…WallahuA’lam…

    1. alhamdulillah.. semoga Allah kekalkan kita semua dalam hidayah.. sebab kita tak bleh nak jangka masa akan datang mcm mana kehidupan kita 😉

  4. ya Allah ustaz..terima kasih sgt dgn nasihat ni.
    sungguh saya dh lama sgt marah dgn diri sndiri pasal ni.

    dua masalah saya:

    1) beliau baik! sangat2! then pakaian dia yg x tertutup tu dh jadi macam bukan masalah kat mata saya walaupun mula2 hati mmg menolak.hanya sebab kebaikan die!

    2) kalau org dalam rumah kita mengumpat.kita xsuka dan kita pernah tegur org tu.tapi cam biasa bila dh lama org tu akan lupa teguran kita.dan kita akan kembali dengar dengar dan dengar.masih berdosa??

    1. 1) kita melihat kebaikan yg dilakukannya, supaya kita akan sentiasa bersangka baik dengannya. Tapi jika kita nampak kesalahannya di depan mata, kita kena menegurnya.. itu tanggungjawab kita dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar.

      2) cara mudah untuk mengelakkan diri dari perkara ini adalah dengan meninggalkan sebarang aktiviti mengumpat.. agak2 beliau dah mula nak mengumpat, maka kita pun angkat kaki.. lama2 nanti insyaAllah, beliau pun malas nak mengumpat dah (sbb mana ada org mengumpat sorang diri.. kihkih).. jika kita terdengar umpatannya, maka masa itu kita kena tegur 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme