I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Bercinta Dengan Suami Orang

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada nina :

assalamualaikum ustaz..
umur saya menghampiri angka 30an..jodoh masih belom menjengah walaupon ramai pelik kerana diorg kate sy memiliki pakej yg baik..bukan sy ckp,diorg ckp..ade yg kata sy ni cerewet sgt..tp terus trang sy ckp,sbnrnye blum jumpa manusia yg btol pada masa dan tempat yg betol..jodoh pertemuan di tangan Allah..

sbnrnye sy telah bercinta dgn suami orang..pelbagai usaha sy lakukan utk menghindarinya termasuklah mencari jodoh ngan lelaki bujang..tetapi usaha sia2,malah makin kuat cinta sy kepada suami org tersebut..makin hari makin kritikal..

ust,sy pernah terbace luahan emosi seorg isteri yg di madu oleh suaminya..beliau kate,wanita perampas ini takde maruah.lebih baik jd andartu drpd rampas suami..tetapi bagi saya,sukar sbnrnye menjadi single all the time smpi tua..sekurang-kurangnya bila dah ade suami,ade juga zuriat yg boleh mendoakan kita,btol tak..adakah saya mementingkan diri sendiri jika bertindak mengahwini suami org?mak sy ibu tunggal,makcik sy pon ade yg single walaupon dah memasuki warga emas..sy nmpk kesunyian mereka tatkala usia sebegini..anak2 ade jd peneman,tp tak same..(nasib baik la sy lmbt kawen,bole la jd geng ngan mak)

utk pengetahuan ust,tiada siapa mengetahui hubungan kami..sy buntu ust..sy dah byk kali nak tinggalkan,tp makin kuat lak perasaan terhadap dia.mcm klise,kan..kami bukan romantik2 pon..slalu gado ade la..tp gado tu la yg makin jd pengerat perasaan kami..

sekiranya sy pilih utk teruskan hbgn ni,sy tau byk benda sy kene korbankan..sy takkan dpt kehidupan sama mcm psngan suami isteri lain..

tu psl la dlm pada masa yg same sy terima je kalo mak sy kenenkan sy ngan sape2 yg die berkenan…..tp last2 tak menjadi..mgkin gak la sbb sy terima ngan tak ikhlas kot..padan kat muke sendiri..

tp hbgn sy ngan si dia tu mmg β€˜sesuatu’ dlm kehidupan sy..

Masalah seperti ini memang sangat biasa berlaku di zaman kekurangan lelaki ni.. bukan kurang sebab peperangan, tapi kurang sbb ramai yg masuk penjara, pusat serenti dsb. Sebab tu ramai wanita tempatan dah tak kisah walaupun terpaksa bernikah dengan lelaki luar negara (sebut luar negara tu lebih supan daripada sebut lelaki asing.. mcm alien plak bunyinya).. Kena yang bertanggungjawab, syukur alhamdulillah.. kena dengan yg tak bertanggungjawab, memang bertimpa2 masalah.. apatah lagi kalau dah sampai berhijrah ke luar negara (ke seberang)..

Asasnya, para wanita perlu menyedari bahawa segala yg ada pada tubuh badannya bukanlah hak milik kekal beliau.. bila2 masa je Allah boleh amik.. kecantikan yg ada pada wajahnya suatu ketika dulu, Allah akan gantikan dengan kekedutan suatu masa nanti.. hatta nyawanya sendiri suatu hari nanti akan diambil kembali oleh Allah.. kerana semua itu hanya pinjaman, bukan sewa beli mahupun pajak gadai.

Kalaulah mereka menyedari bahawa yg ada pada tubuh badan mereka sendiri bukanlah hak milik mutlak mereka, maka bagaimana mereka boleh menyangka yang suami2 mereka itu adalah hak milik mutlak mereka? Hanya mereka yang menganggap sesuatu itu hak milik mereka saja yg akan mengecop sesiapa yg mengambilnya sebagai perampas, pencuri, perampok dsb.. Kalau mereka sedar, nescaya takkan wujud istilah perampas ini.

Allah s.w.t. telah mengharuskan seorang lelaki itu berpoligami sampai 4 orang.. tapi kena ada sifat adil.. iaitu adil dari sudut zahir.. bermaksud, kemampuan berlaku adil untuk memberikan hak sama rata kepada semua isteri (penggiliran, nafkah, tempat tinggal, pakaian dsb). Jika seorang isteri itu melihat suaminya sebagai seorang yg mampu berlaku adil, maka Ustaz Love rasa takde masalah beliau nak merelakan hatinya supaya suaminya yg gediks itu berkahwin lain.

Masalah yg selalu berlaku biasanya, sang suami itu sendiri tak mampu nak memenuhi tanggungjawab zahir terhadap seorang isteri.. gaji pun cukup2 makan je.. isteri plak yg nak kena tambah lagi.. lepas tu gatal plak nak nikah lain.. maka, dah tentu isteri itu akan kerisauan memikirkan situasi suami.. alangkan isteri sorang ni pun tak mampu nak bagi makan, nak nikah lain plak.. takkan nak suh 2 orang isteri tanggung sang suami kot? kalau suami tu nak kahwin dengan mak janda kaya ke, bleh la difikir2kan.. kihkih

Jadi, bila cik nina bagitau hubungan itu dilakukan secara sembunyi2, memang sah ianya tidak mendapat restu daripada isteri pertama.. Juga cik nina meyakini bahawa ianya takkan mendapat restu sang ibu :

kalo refer ngan mak kompem kene sekeh sbb duk ade skandal ngan somi org..huwaaaaaa….

Ustaz Love bagi analogi la.. supaya senang kita bleh sama2 fikir..

Kalau kita tahu, kat depan tu ada longkang besar.. kat bawah tu ada buaya, biawak, babi, ayam, cicak dsb.. dan kita meyakini kita dapat melintasinya dengan sekali lompat, maka apa salahnya kita mencubanya.. mana la tau, lepas..

Kalau kita tak yakin nak melompat, kenapa kita nak cuba juga melompat yg mana kita memang dah tau dah akan jatuh ke dalam longkang tu.. ada baiknya kita amik masa sket, buat titi ke.. insyaAllah, kita akan dapat melintas longkang itu dengan jayanya sambil menjelir2kan lidah kepada makhluk2 kat dalam longkang itu..

Dalam kes cik nina ini, cik nina sendiri telah yakin bahawa pastinya kehidupan berkeluarga cik nina nanti tak seperti pasangan biasa.. jadi, kenapa diteruskan juga? Bab “sesuatu” itu, Ustaz Love tak nak fokus sangat.. sbb bagi Ustaz Love, perkahwinan ini bermatlamat jangka panjang.. bukan setakat 20 – 30 minit bersetubuh je, tapi bermatlamat nak dibawa sampai ke syurga.. bagaimana halnya kalau dengan perkahwinan itu, kita bakal melukakan hati ramai orang (terutama hati ibu, hati isteri pertama, hati anak2 tiri dsb)?

Sebab itu, kalau sebelum berkahwin lagi, sang lelaki tak sanggup untuk berterus-terang dengan isteri.. sang perempuan (cik nina) tak sanggup nak berterus-terang dengan ibu, bagaimana agaknya situasi masa kahwin? Nak kahwin berlari, berjalan atau mcm mana? Bagaimana plak situasi selepas kahwin?

Akhirnya, bila dah tak sanggup nak menanggung susah, kembali ke rumah mak sambil menangis2 kesedihan.. kesian kat mak.. sepatutnya dalam usia tuanya itu, dia dah bleh menumpang kesenangan anak menantu.. ini, dia plak yg terpaksa nak menjaga anak cucu..

Nasihat Ustaz Love, berterus terang dengan ibu.. bagitau hal yang sebenarnya.. jika ibu bersetuju, maka tanggungjawab lelaki tu plak nak kena bagitau isteri pertama dia.. percayalah, kalau beliau tak sanggup nak bagitau (alasan nak jaga hati, tak sanggup dsb), maka sebenarnya beliau memang seorang lelaki yang tak sanggup nak tanggung risiko.. Ada kemungkinan bila rahsia dah terbongkar, cik nina akan dibiarkan terkontang kanting sendirian.. kalau rahsia tak terbongkar pun, mungkin cik nina akan terpaksa makan hati berulamkan jantung (pehh.. meleleh plak air liur.. bleh buat juadah berbuka ni.. kihkih) sbb sang suami melebihkan isteri pertama semata2 nak jaga rahsia.

Kalau ibu tak setuju, maka dengan pantasnya, mintalah ibu carikan jodoh untuk cik nina.. jangan malu2.. insyaAllah, ibu pasti akan cuba membantu mana termampu.. dan mencarikan jodoh terbaik buat anak kesayangannya..

Persoalan umur tak perlu difikirkan sangat.. Didie Alias pun bleh dapat suami muda.. jangan terburu2 dalam mencari jodoh.. sekiranya memilih baju (yg kita akan pakai mungkin setahun dua je) di shopping complex pun kita akan memilih dengan teliti (saiznya, warnanya, ada koyak ke tak, berkenan ke tak kat hati), apatah lagi memilih jodoh yg akan bersama kita seumur hidup..

Akhir kata, Ustaz Love doakan semoga cik nina dapat melakukan pilihan yang tepat.. Jangan lupakan istikharah dan meminta nasihat orang2 tua.. insyaAllah, selamat dunia akhirat πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

72 Comments

Add a Comment
  1. aduhhhh batang hidung saya sakit…terantuk kat sini..hehehehe..

    sy paham perasaan cik nina tu..sbb errr situasi kite sama. tp sy ni ada degil sket. maka hubungan sy ngn org tu mcm atas angin jer tade deting bagai . sbb sy rasa mcm buat kesalahan plak deting ngan laki org nih. w.pun just gi mkn je.

    lagi satu sy penah gak ditegor oleh isteri org lain dgn cara yg sungguh berhemah. menyebabkan lagi berganda rasa bersalah sy.

    tapi kan ustad…sy ada kemoskilan la…nt la sy buat entri khas utk ustad bleh sy taip berjela2 kt entri sy tu. skang tak leh taip nak kene off lappy ni hujan kilat nih…

    1. wahh.. tembakan rambang pun terkena gak.. hehe..

      takpe2.. buat entry tu dulu.. nnt Ustaz Love tengok2 apa yg patut πŸ˜€

  2. jwpn yg sgt bagus…tapi kan ustaz..bila seseorang itu sudah buta kerana cinta, sanggup jer jadi 2nd wife wpun lelaki yg dikahwini itu sgtlah tidak bertanggungjwb slps kawin…sedihh….sebab kes ini terjadi kat ahli keluarga me sendiri…

    1. dari satu sudut, mungkin nampak kebutaannya.. dari sudut yg lain, ia memang telah ditentukan oleh Allah untuk bertemu jodoh dengan laki orang.. mungkin Allah nak uji beliau dengan cara sebegitu πŸ˜‰

      1. btol tu ust..bukan la sy nak tegakkan benang yg basah.tp sy sendiri dah buat mcm2 usaha dan hindarkan benda2 mcm ni..sy dah cube cr pasangan lain yg bujang.tp mmg ditakdirkan dpt yg ssh nak persefahaman,ade yg nak kapel je tp mls pk pasal kawen,dpt yg kuat cemburu smpikan nak g keje pon kene pertikai mcm2(tu baru kapel tu)..kalo bole sy laaaaaaaagi tamau menyusahkan jiwa..

        1. susah nak capai persefahaman sebelum kahwin ni.. sbb takde ikatan yg kukuh (mcm ikatan perkahwinan).. bila2 je bleh clash, bila2 je bleh sambung balik.. clash balik.. sambung balik.. clash lagi dan lagi dan lagi sampai tiada lagi..

          capailah persefahaman melalui ikatan pernikahan.. ramai member Ustaz Love sebelum kahwin, panas baran.. bila dah kawen, nampak tenang je.. tapi, tak kurang juga yg masih kekal dengan kepanasan itu..

          baru kapel dah nak cemburu2.. kentutkan je muka beliau tu πŸ˜€

  3. Persoalan umur tak perlu difikirkan sangat.. Didie Alias pun bleh dapat suami muda.. jangan terburu2 dalam mencari jodoh.. sekiranya memilih baju (yg kita akan pakai mungkin setahun dua je) di shopping complex pun kita akan memilih dengan teliti (saiznya, warnanya, ada koyak ke tak, berkenan ke tak kat hati), apatah lagi memilih jodoh yg akan bersama kita seumur hidup..

    like ayat ustaz!
    tolonglah pk 100x…sy ramai mbe parent bcerai kawen lain…kesian…hari2 nanges…jiwa tertekan…jgnla simply nk amik laki org..bg sy…laki yg gatal nk kawen lain tu sbnrye dia sendiri xbtggjawab xleh caye…xde makne ye adil..laki mcm tuh ke nk jadi ayah pd anak2 kite?jauhkanlah dpd sy laki2 jenis mcm nih…aminn…=)

    1. seperti yg Ustaz Love jelaskan di awal entry, suami bukanlah hak milik mutlak isteri.. juga isteri bukanlah hak milik mutlak suami.. mereka cuma diikat dengan ikatan pernikahan.. soal bertemu jodoh itu, ianya ketentuan Allah.. kelangsungan jodoh (sama ada kekal sampai mati ataupun putus di tengah jalan) juga ketentuan Allah.. maka, kena terima dengan hati yg redha.. barulah tak tertekan jiwa dan perasaan.

      Jika takdirnya bertemu dgn jejaka solo, maka itulah jodohnya.. jika ditakdirkan bertemu jejaka yg dah berkeluarga, itulah juga jodohnya.. kalau dah jodoh, terima je.. kalau dah ditakdirkan bermadu juga, terima je.. sbb yg penting adalah matlamat akhirat kita.. suami itu cuma alat / wasilah untuk masuk syurga, bukanlah suami itu sebagai matlamat hidup.. hilang suami, hilang plak harapan nak hidup.. πŸ˜‰

      1. Assalamualaikum ustaz,
        Namanya faizal duda anak 5 dari isteri yg prtama. Brcerai dn brnikah yg no 2, dh 3 tahun blom dikurniakan anak. Dia menikah pun dlm keadaan trpaksa kerna dersakan wanita itu.
        Seblom dia menikah, saya dn dia memang brkwn biasa. Biasa la kan satu pejbat. Bila 2015, kami smakin rapat, dan akhirnya kami bercinta. Segala apa yg dia nak, tak dpt pd isterinya. Sbb isternya seorg yg pemls hnya suka brmain hp je….
        Dia sayang pd saya, sbb hnya saya yg memiliki apa yg dia nak sebnrnya. Kami brcdng juge nk brnikah, dia tk takut nk brterus trng pd isterinya tu cuma kesian pd anak2 nya sbb mereka hnya menumpng kt umah isterinya itu. Jika dia seorg Saje, dia memng akn gtahu, tp anak2nya takut dihalau oleh isterinya.
        Apa pandangan ustaz ttng prkara INI. Apa yg perlu dilakukan?

  4. biar je dia kalo nak kawin berlari atau berjalan ustaz..baru dia tahu apa rasanya.kehkeh..

    saya bukan nak mengata..tapi..selain semuanya ketentuan Tuhan, semua juga hanya akan berlaku atas kawalan hati dan akal individu..kalo lah dia boleh berfikir panjang mcm ustaz..pasti semua yang berisiko dapat di elak. kecuali dia memang nak hadapi risiko tu..

    fikir sendiri la.. kalau bahagia pon hati sendiri, kalo merana pon badan sendiri.. ustaz ni cuma boleh pandu arah mana yang boleh dibantu..kan ustaz.. πŸ™‚

    1. kadang2 dah fikir panjang pun, belum tentu natijahnya yang terbaik.. Sebab manusia ini cuma merancang, Allah juga yang menentukan..

      Ustaz Love yang tolong bantu memberi nasihat ni pun bukannya betul mana sangat pun.. masih banyak lagi lubang di sana sini.. semoga dengan tulisan Ustaz Love ni, dapat sedikit sebanyak membantu.. terutamanya sang penulis ini sendiri.. sbb mata Ustaz Love sendiri yg lebih dekat dengan tulisan yg Ustaz Love taip ni πŸ˜‰

        1. kadang2 susah gak orang Melayu ni.. sbb terlalu emosi.. dengar lagu raya pun bleh berlinang air mata.. hehe..

          betul tu.. semuanya bermula dari hati.. sebab itu kena selalu doa semoga Allah s.w.t. menetapkan hati kita atas agama πŸ˜‰

          1. Mcm mana pulak dengan orang perempuan yang mmg niat nak pisahkan pasangan suami isteri sampai guna sihir? Apa hukumnya? Boleh bagi hadis sahih atau mana mana dalil dalam al quran tentang orang ketiga yang menyebabkan keruntuhan rumah tangga orang ni tak utzad thank you..

      1. terima kasih atas penjelasan ust…
        mmg sy byk berpk pasal hal ni..dan niat di hati mmg nak berterus terang ngan mak sebelum melaksanakan..tp sebelum berterus terang,sy kene pk pro and conts dlu adakah tindakan ini terbaik utk masa dpn semua,btol tak..takkan la nak disusahkan lg hati mak yg mmg sejak lahir lg bersusah payah utk kite..
        sumenye sy pk ust..tp pemikiran sy lebih cenderung kpd bagaimana nak bg mak lembut hati menerima situasi anak die berhajat nak jd isteri no2..
        sy nak ucapkan terima kasih skali lg pd ust di atas penjelasan..insyallah sy akan cube lakukan yg terbaik utk kebaikan sume pihak termasuk keluarga si dia..
        mgkin cara terbaik adalah mengundur diri dr sume ni…tp sy kene pk cara terbaik spy tidak terlampau memudaratkan jiwa sy sendiri..walluhualam..

        1. nasihat Ustaz Love, jangan fikir sorang2.. lama2 nanti boleh putus urat kepala.. tak salah nak ajak mak berbincang, dengan syarat kita kena pandai la berkata2.. jangan la bagitau keputusan kita nak jadi isteri no 2, lepas tu mintak pendapat beliau.. Cerita la masalah.. insyaAllah, mak2 ni memang suka anak2 cerita masalah.. sekurang2nya beliau tahu apa yg ada dalam hati sang anak itu..

          Kalau beliau tak setuju, mungkin beliau akan cepat2 carikan calon suami yg lain supaya sang anak tu tak menikah dgn suami orang.. kan dah serampang 2 mata tu? Kalau dah takdirnya, insyaAllah, beliau akan dapat menerimanya juga.. cuma, jangan la bagi berita terkejut.. bila dah berdenyut2 sangat nak kahwin, baru bagitau mak.. memang mengamuk la orang tua tu.. amik masa.. mungkin minggu ni intro je dulu.. minggu depan, cerita sikit.. bulan depan cerita sikit.. lama2 nanti, mungkin hati beliau akan redha dan bersedia menerima pilihan anaknya..

          apa pun pilihan nina, Ustaz Love doakan semoga ianya yg terbaik buat nina dan keluarga πŸ˜‰

  5. ustaz…boleh ulas tentang malam lailatulqadar..
    kalau seseorang tu jumpa dengan malam lailatuqadar..apa yg akan terjadi…

  6. salam ustaz…..
    sy mpyai msalah brcinta dgan suami org…
    pd awal prknalan sy x tau yg K sdah brkwin.hinga lah hbgan kami stgah thn bru sy dpt tau yg K sdah brkwin 2 pun dri pd kwn K… x lama lpas 2 isterinya dpt tau hbgan kami brmcn dgaan yg sy alami maki hmum sgala bgai….hingga la sy blik kg tggal di kg…slpas 2 bln isteri K dpt trima.sy brjmpa gan isterinya sgalanya ok mrstui hbgan kami.adik bradik K bleh trima sy cuma mak n ayah K jer blom sy jpa…..isteri n ank K sdah jpa family sy cerita hal yg sbnarnya n trima sy.
    tpi msalah lain plak yg tbul K ada prpuan lain mkin ni lah blsannya abil hak org…..siap prpuan 2 bg duit kat K.sbb K nk buka bisnes.isteri k n sy prnah jpa prpuan 2 bincang hal ni tpi jwap dia x der ape2 sdangkan prpuan 2 call K 24jam sms syg sgala bgai.prnah prpuan 2 sruh K ceraikan isteri K……….skrg ni sy btul2 x tau per lg sy nk buat nk di lpaskan syg dah brbgai sy lakukan nk lupakan K tpi ttap x bleh.dah byak kali sy cuba cari laki lain tpi ttap x bleh jgk……….

    1. salam suzie..

      agak complicated masalah saudari ni.. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba buatkan entry jawapan πŸ˜‰

    1. insyaAllah.. Ustaz Love sekadar cuba membantu memberikan panduan.. sedangkan hanya pada Allah saja yg layak untuk diminta pertolongan. Jadi, jangan lupa bangun solat malam bertahajjud dan minta bantuan daripada Allah πŸ˜‰

      1. ustaz…saya nak tnya pendapat ustaz dan apa yang harus saya lakukan..saya bru berumur 19 tahun..saya berkawan dgan suami org dah hampir 4 tahun…saya menyesal apa yang telah terjadi..saya tergadai maruah saya untk dia..skrg dia nak kan saya jadi istri no 2…mak dan ayah saya x merestui hbungan kmi….istrinya apatah lagi…apa yang harus saya lakukan…saya x sanggup nak lukakan hati keluarga saya dgan bgtao yg saya dah terlanjur dgan dia…saya buntu ustaz..saya xnak btambah dosa lg..apa yang harus saya lakukan..lupakan dya atau truskan bhubungan dgan dia…skrg dia x nak lpaskan saya sbb dya cakap dya dia dah wat saya mcm 2 dan dya nak jadikan saya istri no 2 dya…tp saya x nmpak jalan pnyesaiyan itu…bantu saya…

          1. terima kasih ustaz…bantu saya untk mncari penyesalan…saya x tahu di mana harus nak adukan pekara ini…

          2. jangan putus asa.. doa pada Allah.. insyaAllah, Allah akan tunjukkan jalan keluarnya.. banyakkan bersabar.. insyaAllah, Ustaz Love akan cuba membantu memberi pandangan sekadar termampu πŸ˜‰

  7. Assalamualaikum ustaz. Saya juga mempunyai masalah yang sama-bercinta dengan suami orang. Bezanya, saya dah kenal lelaki ini selama enam tahun. Sejak 2006. Waktu tu, dia masih belum berkahwin tapi dah bercinta dengan gf (isteri sekarang) sejak 2000. Dalam tempoh enam tahun ini, saya ada cuba bercinta dengan lelaki lain tapi tak menjadi, last-last balik kepada lelaki ini jugak. Sepanjang enam tahun, lelaki ini sangat-sangat menjaga saya dari segi kesihatan, makan minum, tempat tinggal dan kasih sayang. Dia memang berkemampuan.

    Sekarang dah lebih setahun saya tidak mempunyai teman lain. Dia pula baru saja menimang anak kedua. Isterinya tidak tahu tentang saya. Saya sangat selalu meluangkan masa dengan lelaki ini sebab saya bekerja dengannya. Saya pernah bertanya.. Sampai bila kita nak macam ni, sampai mana hubungan kita ni.. Dia jawab, dia mampu untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak (seperti apa yang dia lakukan selama enam tahun). Tapi dia tak mampu untuk memberitahu dan melukakan hati orang di sekeliling kami; isterinya, keluarganya dan keluarga saya. Lelaki ini mendapat kepercayaan penuh dari ibu bapa saya untuk menjaga saya di KL ini, tapi lebih sebagai “abang” bukannya teman hidup sebab mereka tahu dia dah berkeluarga.

    Percayalah ustaz, saya dah cuba sedaya upaya menjauhkan diri dari dia. Tapi “chemistry” kami terlalu kuat untuk berjauhan, kami tetap bersama. Enam tahun ustaz.. Macam mana saya nak selesaikan isu ini? Saya benar-benar sayangkan dia dan saya harap sangat kami boleh mempunyai hubungan yang direstui Allah.

        1. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawab.. amik masa sket sbb kena ikut queue dan kelapangan Ustaz Love πŸ˜‰

  8. ustaz love, masih lagi active untuk menjawab hal-hal berkaitan dengan ‘Bercinta Dengan Suami Orang’? rasa-rasanya saya ingin meluahkan perasaan mengenai topic ini. terima kasih. πŸ™‚

    1. Nk kata aktif tu, rasanya mcm dah jarang. Nak buat entry seminggu sekali pun dah tak larat. Tp kalau nak luah, takde masalah..

  9. Salam ustaz love..

    saya pernah mengalami pengalaman mcam cik nina ni..kepada cik nina mmg saya tau agak sukar melupakan seseorang yang kita dah suka dan syang..tapi cik nina kena byak berdoa dan berserah pada Allah..mcam cik nina ustaz saya juga pernah bercinta dengan suami orang.mmg pada mulanya saya tak tau dia suami orang..tapi saya ada prinsip sendiri ustaz..saya takkan ambil hak orang lain..bila hidup kita ada prinsip senang untuk kita lawan nafsu..kalau pilih nak kawin ngn suami orang ni bukan senang..bayak hati yang kita akan lukakan..keluarga kita dan juga keluarga dia..tapi klau kita pilih tidak kawin ngn suami orang dengan niat tak nak orang terluka sbb kita itu adalah lebih baik sbb sekurang-kurangnya hati dia dan kita sahaja yang terluka..mmg sukar dan payar..kuatkan hati kembali ke jalan Allah..hubungan ngn suami orang ni tak kan kemana..kita yang akan makan hati seumur hidup..harap cik nina fikirkan…saya pernah bercinta dan merasai sakit hati ketika bersama ngn suami orang ni..Alhamdullilah saya bertekad untuk tidak teruskan hubungan tu..sy sekarang dah berkahwin dgn lelaki bujang dan mempunyai seorang anak perempuan dah.saya amat bahagia dengan suami saya skg..berkat saya sabar dan tak nak runtuhkan rumah tangga orang..Cik nina kena kuat..bukan senang nak harungi hari2 tanpa pikir segala kenangan ngn suami orang tu.tapi percayalah apa sebenarnya niat kita..klu dari awal lagi kita dah ditipu yang dia kata dia belum kawin..mungkin satu hari nanti kita plak akan merasa mcm mana isteri dia rasa plak bila dia ada perempuan lain selepas kita..
    ustaz mmg susah sgt nak lupakan suami orang ni..saya sendiri akui semua ni..tapi kita kna kuat kan ustaz.apapun kembali ke jalan Allah..selalu ingat Allah akan bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu…berazam mulakan hidup baru…kuatkan semangat..kepada cik nina saya harap berkawin dengan suami orang bukan pilihan cik nina..cik nina cuba bagi ruang pada orang bujang mengisi hati cik nina.sebenarnya itu yang terbaik.agar sukar membuat pilihan sbb sayang..tapi kita kena ingat sayang takkan bawa apa2 makna apa yang kita akan dapat nanti klau terus bersama dengan suami orang ni adalah kecewa.pecayalah..saya pernah mengalami dan telah membuat keputusan dengan betul dengan memilih kembali ke jalan Allah.Alhamdullilah Allah telah permudahkan jodoh saya..kini saya bahagia bersama suami saya..
    saya harap sgt cik nina dpt tinggal kan suami orang tu.
    semuanya bermula dari hati kita..saya tak nak cik nina terus kecewa..hubungan yang bermula sebulan akan jadi bertahun-tahun..kita tak ubah mcm perempuan simpanan..nak jumpa sorok2..klu dia bersungguh2 nak kawin ngn kita dari awal lagi dia ajak kawin.tak tanggu smpai bertahun2 nak ajak kita kawin..
    dan tak tipu kita yang dia belum kawin masa kali pertama jumpa kita..ramai lagi lelaki bujang..kembali ke jalan Allah pecayalah Allah akan bagi kita jalan..

    saya just nak share apa saya alami selami ni ustaz…alhamdullih saya bahagia skg..

      1. Salam ustaz..sy skrg sdg bcinta dgn suami org,.mmg sy tahu dia sudah berkahwin krn dia adalah pensyarah sy..isteri dia n family sy sudah tahu hbgn kami dan merestuinya..namun sy tahu hati perempuan, tiada siapa snggup dimadukan..sy masih belajar di semester dua, dan dia akan mengajar sy lg semester dpn..mmg bila kita berkongsi kasih,pedih rasanya..namun tu yg hati sy nak..dia memang selalu ajak sy kahwin tp kekangan krn sy masih belajar..jujur hati sy gembira bersamanya tp adakah betul apa yg sy lakukan??memang dia seorang yg baik,memahami dan kuat agama..dia cukup ciri2 utk dijadikan suami tp syg dia suami org!sy sendiri tak sanggup nk bermadu tp hati sy mahukan dia..Bantu sy..~~:(

  10. Sebenarnya tiada istilah perampas suami orang jika bermadu. Istilah perampas suami orang adalah dikatakan apabila seseorang perempuan itu ingin dinikahi suami orang dan menyuruh suami tersebut menceraikan isteri sebelumnya dan inilah baru dikatakan istilah perampas suami orang. Adapun seorang perempuan itu mahu si suami orang lain agar dinikahinya dipanggil istilah mahu bermadu. Kebodohan masyarakat telah menular dikalangan masyarakat melayu dan jahilnya mereka dalam beragama.

    1. suami tu ceraikan isteri pertama atau tak, tetap tak kena dikatakan wanita itu sebagai perampas.. sbb suami itu bukan hak milik mutlak isteri.. adakah jika Allah mengambil nyawa si suami, maka para balu mengatakan yg Allah itu merampas suami daripada mereka? suami sama juga isteri, adalah hak milik mutlak Allah s.w.t.

  11. terkena juga ni dgn tajuk cik nina ni ustaz kat saya.
    dah lima tahun kitorg berkasih. lima tahun saya memendam rasa. kadang2 rasa tak tertanggung. nak story kat mak, takut dia heart attack plak nanti. semua saya tanggung sorang2. berjumpa dgn dia cuma di pejabat. berkali2 cuba untuk lupa, tapi makin kuat azam nak lupa, makin kuat ingatan saya kat dia dan makin kuat si dia ni ambil peduli pasal saya. solat istiqarah dah buat tp mgkin blum dpt petunjuk lagi. hasrat hati mmg nak tinggalkan dia memandangkan perasaan dan hati saya sering terluka. tapi itulah tak terdaya

    1. kena tetapkan tujuan perhubungan tersebut.. kalau sekadar nak bercintan cintun, memang takkan sampai ke mana.. kalau nak kawen, buat la cara nak kawen.. si lelaki kena berani jumpa wali si perempuan.. kalau tak berani nak bertindak, lebih baik putuskan saja daripada berlama2 dalam dosa.. hati pun makin lama makin berserabut..

      1. Slm ustaz,

        Benar…bercinta dgn suami org sbnrnya lbih byk derita dr bahagia…hubungan tak diketahui di mana akhirnya….cume skrg sy masih blum punyai kekuatan utk melupakan dia. insyaAllah sy sering memohon petunjuk jika dia yg terbaik maka sy mohon Allah tetapkan dan mudahkan jodoh sy dgnnya dan jika sebaliknya sy mohon Allah hapuskan dia dr hati sy…

  12. salam.. wah cerita cik nina ni.. just like my story..hehe.. sapela yg x nk kawen dengan lelaki bujang.. spe la jugak yg nak di gelar sebagai perampas.
    Kalau dah selama 7 tahun sy mngelak kawan sy ni (suami org) tapi akhirnya kami ditakdirkan dalam situasi dimana hati dan perasaan tak dapat mengelak lagi. selama 7 tahun kami bkawan mcm2 yg sy tempuh, dia lah kawan yg sentiasa memberi semangat dan dorongan pd sy.
    Hati sy sgt tersentuh pada suatu ketika kami menjalankan tugasan dilapangan selama 2 mggu, dan setiap kali waktu solat mghrib dan isyak dia lah yg akn menjadi imam kepada kumpulan kami. Setelah pulang dan istiharah, sy merasakan dengan kuat bahawa dialah jodoh sy. tapi sekarang kami berpisah kerana sy melanjutkan pengajian di luar negara. Mgkin bagus juga kami berpisah. tapi kami berjanji untuk berkahwin setelah tamat pengajian sy nnt. dia x pernah pula berhenti menghubungi saya sepanjang sy di luar negara ni. Dan setiap kali dia akn mengingatkan sy untuk tdak tggal solat dan berdoa.
    Demi Allah, sy tak terniat nak melukakan hati sesiapa, tambahan lagi isteri dia merupakan seseorg yg sgt sy kenali…
    sy cuma berdoa dan berharap, kalau mmg jodoh kami nanti, Allah memudahkan urusan kami untuk menjalinkan hubungan yang halal…

    1. fikir la mana yg terbaik.. buat istikharah.. kalau rasa nak teruskan, berusahalah untuk mencapainya. kalau rasa tak nak teruskan, berusahalah untuk memutuskannya.

  13. Situasi nya lebih kurang sama…bcinta dgn suami org..mula2 my fmily xbleh trima,lpas dia terangkan sumenya..alhamdulillah my fmily trima n kami telahpun btunang..insyaallah bakal bnikah hujung thun ni..cuma wife die x sggup nk trima hdup bmadu..skrg sy dlm dilema..berdoa smoga kami dijodohkn tp dlm ms yg sama pkirkan wife dia..

    1. keluarga memang takde masalah.. sbb bagi mereka yg penting adalah kebahagiaan anak mereka.. yg menjadi masalah adalah isteri pertama, kerana beliau adalah orang yg berkorban perasaannya demi kebahagiaan suaminya. Ada wanita yg sanggup bermadu, tetapi kebanyakannya memang tak sanggup.. jangan biarkan permusuhan berlarutan dalam tempoh yg lama.. cari jalan untuk berbaik dengan bakal madu..

  14. Pingback: Hak | ladydvie
  15. salam…sy N..sy pn ade masalah yg same..di mane bcinta dgn suami org.ustaz..sy xsgup kehilangan dye..dye ni polis begitu jgk dgn bini dye…mreka mpunyai sepsg ank..sblm ni bni dye dok perlis..mne kale dye btugas di kl.spnjg bni dye di sana..sy lah yg brade di sisi dye…kdg2 ble dye nk blk perlis nk jpe ank bni dye..dye.xbg sy msg dye..xleh whatapps dye.hnye bole wechat..sy jd sdey,marah, sakit ati tp sy xleh nk wt ape2 sbb sy syg dye..

    1. siapa kata tak boleh buat apa2? Sama ada kita nak teruskan dengan maksiat sedia ada dan mati dalam keadaan tersebut, atau kita putuskan terus maksiat itu dengan cara bernikah (sama ada dgn beliau atau orang lain). Hidup ni kena fikir akhirat banyak2.. jangan nak ikut hawa nafsu saja.. pilihan di tangan kita..

  16. salam.masa saya berkawan dengan suami orang,masa tu mereka ada masalah.sekarang.hubungan diorang dah elok..saya cuba jauhkan diri dan macam2 usaha saya buat untuk lupakan dia.tapi dia masih cari saya untuk jadikan isteri no 2.dia iklas katanya.saya cakap kat dia,saya tak nak sebab dia suami orang..tapi dia cakap kalu ini dikatakan jodoh dari all..trima dengan iklas..ustat apa patut saya lakukan,,..saya buntu..

  17. ustaz,

    saya nak minta pendapat sebab skrg ni saya telah tersuka dengan suami org yang tujuh tahun lebih muda dari saya. saya telah berkahwin dan punya anak dua. saya juga telah terlanjur dengannya dan saya tidak pasti samada perkara tersebut berlaku atas dasar rasa suka atau pun nafsu..nak kata saya berperasaan sewaktu melakukannya pun tidak juga..dan beliau juga kelihatan seperti hanya melepaskan nafsunya…saya rasa amat berdosa dan ingin bertaubat..masalahnya sekarang saya rasa saya berdendam kerana beliau memperlakukan saya seperti itu dan saya juga gagal melupakannya…

    1. Puan bertaubatlah dengan sesungguhnya (taubat nasuha). Perbuatan zina ini adalah dosa besar, tambah besar lagi bila puan sendiri telah berkahwin. Mintalah ampun pada Allah dan sibukkan diri dengan amal ibadah. Umur kita pun bukan panjang mana atas dunia ni. Tak guna nak habiskan masa dengan berdendam dan mengingati perkara silam.

  18. bila di lihat zaman sekarang, perempuancje selalu mengeluh, mencarut, menghina sesama perempuan.lelaki cool aja..padahal kdg2 ada juga lelaki yg teraniaya zahir dan batin..tp durang diam.x tulis dlm fb,x mengamuk,x tulis bloq..just follow the flow kehidupan..bila durang dah tak tahan durang cari kebahagiaan sendiri dari asyik facing perangai bini yg bukan2 ni..bini pun kdg2 byk silap..masak x pandai,suka merunggut ,workholic,x menjaga agama,pengotor,badan x jaga , beranak ok tp malas jaga anak asyik laki aja urus anak dan org gaji,cemburu buta,suka tinggi suara dan meroyan kalau laki buat silap sikit…kdg2 kita perlu juga bersikap adil.. i wanita tp lelaki pun manusia..bukan 100% durang salah dan tak semeatinya durang ni betul juga..bukan menyebelahi lelaki atau memburukkan kaum sejenis tp kena berfikir secara adil dan buat refleksi diri.. Tp ahir2 ni org malaysia ni dah tranding macam2..byk yg jadi hakim dan yg lagi sedih suka mencarut sesama perempuan2..menakutkan…sekian.jatuh cinta dengan suami orang tak der sapa yang hendak, kadang dah cuba mengelak dengan pelbagai cara tapi takdir dah menemukan cita itu di sana. macamana?..isteri memang tak pernah akan menerima, tp isteri juga kena sedar bak kata ustaz suami bukan hak mutlak, kalau suami mampu zahir dan batin berdosa si siteri menghalang untuk suami berpoligami.kdg2 poligami dapat menghalalkan hubungan si suami kan itu lebih baik dari suami terus berzina dengan scandal di belakang isteri. so janganlah anggap semua perempuan yang jatuh cinta dengan suami itu “perampas” atau perempuan jalan dan sebagainya. tengok keadaan. kalau baik jalannya kenapa mesti berdegiL TAK MEMBENARKAN SUAMI BERKAHWIN LAGI. redha isteri adalah syurga suami. betul tak ustaz?

  19. as’salam ustaz.. sy mohon pendapat ustaz. sy juga mengalami situasi sebegini . sy brcinta dgn lelaki tu sblum dia berumahtangga lg ,tp skrg dia dh berkahwin dgn perempuan yg dia tdk mempunyai prsaan lngsung. perempuan tu perangkap dia. tp sampai skrg lelaki tu masih anggap sy sebagai kekasihnya dan tdk akn melupakan sy. dia bg keyakinan bahawa kami akn bersama juga. sy keliru ,sy tdk tahu nk buat mcm mna,sy taw dosa brhubug dgn lelaki yg dah ada isteri.

  20. just sharing my experience…

    sy suami org dah telah berkahwin selama 8 tahun.. alhamdulillah sekarang dah dikurniakan 3 org anak… ceritanya bermula pd 5 thn lepas apabila sy outstation ke pantai timur utk urusan kerja… sy telah diperkenalkn seorang kwn utk bantu sy menjalankn sesuatu kerja… orgnya biasa je dan awal pertemuan hanyalah soal2 kerja.. tp selepas pd tu tiba2 timbul satu perasaan ingin mengenali si dia.. sy mula minta no tel, sms, email… lama kelamaan kami makin rapat dn dia mula syak sy suami org… sy mengaku dn ingin menganggap nya sbg kawan… tp disudut hati ni mmg sy sukakan si dia dn ingin memperisterikan si dia suatu hari nanti… hari berganti hari dn sy semakin syg dn menyintai si dia.. isteri akhirnya tahu juga… sy redha dn cuba utk lepaskan si dia.. kami telah beberapa kali berpisah tp selang beberapa tahun ingt balik dn berhubung semula… sy terlalu sygkan si dia dan sy yakin ada hikmahnya pertemuan ini setelah sekian lama.. sy harap jodoh kami ada insyaAllah. Amiin…

  21. Assalamualaikum Ustaz love.
    Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang. Saya sedang dalam dilema kerana bercinta dengan suami orang. Saya mengenali lelaki ni selama dua tahun. Dia adalah bos di tempat kerja saya. Pada mulanya, saya mmg x pernah terfikir pon akan jatuh hati terhadap bos saya. Saya akui dia seorang bis yg sangat baik. Saya juga tahu bahawa dia sudah berkeluarga dan memiliki dua orang anak. Saya juga pernah berjumpa isteri dan anak anak dia. Cuma ustaz, dalam saya x sedar, bos saya menyimpan perasaan terhadap saya. Dan dia meluahkan perasaan dia untuk jadikan saya sbg isteri ke dua nya. Saya pernah bernikah sebelum ni. Cuma jodoh saya x panjang dengan bekas suami saya. Dan saya pernah rasa betapa peritnya bila suami sya memilih tuk ceraikan saya dan bernikah dengan pilihan hatinya yg baru. Hakikatnya, masa tu, saya xnak bermadu, n bekas suami pilih untuk lepaskan saya. Mmg perit tp saya redha dengan takdir Allah. Berbalik kpd dilema sya sekarang, bos saya memang serius menyayangi saya. Dan dia sudah pun berterus terang dgn isterinya. Isterinya sudah menghubungi saya dan memujuk saya tinggalkan suami dia. Saya pun dah bnyak kali buat keputusan untuk berpisah dgn dia. Cuma, bos saya mmg nekad untuk memperisterikan saya. Secara jujurnya, dia mmg seorang yg bertanggung jawab, dan saya akui walaupun pada mulaya saya mmg keberatan untuk teima cinta dia, tp disebabkan kejujuran dia saya mula jatuh hati terhadap dia. Beza umur kami 15 tahun. Beza umur isterinya dgn saya sahan 6 tahun. Isteri dia mmg baik n masih sangat sygkan dia. Saya akui bahawa isteri dia lebih cantik dari saya berjawatan tinggi, bijak dan menawan. Tp, saya hairan kenapa bos saya masih tertarik pada saya. Saya sedar diri bahawa saya x layak untuk bersama dia, tapi dia tetap memujuk rayu saya untuk menjadi isteri dia yang sah. Mak ayah saya masih belum mengetahui tentang hubungan saya dengan bos saya. Saya dah buat solat istikharah tuk minta petunjuk, n begitu juga dgn bos saya. Kami sama2 cuba cari jaln penyelesaian sbb kmi dah saling sayang antara satu sama lain. Dan dia xnak kami terus begini dia mmg nak menikahi saya. Cuma saya masih belum sedia untuk bawa dia bjumpa ibu bapa saya. Berbalik pada kisah isteri dia, dia sudah bnyak kali memujuk isteri dia untuk berpoligami, tp sya faham isteri dia mmg sekeras2nya menolak. Saya dah bnyak kali putuskan hubungan dgn dia, tp perasaan sayang masih menebal. Astaghfirullah. Saya buntu sangat. Dan yg paling buat saya sedih, isteri dia mintaa cerai dari dia. Saya rasa amat bersalah kerna saya adalah punca penceraian mereka. Sekarang mereka masih dalam tempoh iddah. Cuma, bos saya mmg xnak rujuk kembali dgn isteri dia atas sebab2 tertentu. Dan bis saya memilih untuk menikahi saya. Sampai sekarang saya masih buntu. Saya masih dalam proses untuk buat keputusan. Hanya kpd Allah saya memohon ampun, berserah n minta petunjuk. Jika dia adalah bakal imam saya yg terbaik untuk saya di dunia n akhirat, mka mudahkanlah urusan kami.. jika sebaliknya, say berdoa agar allh kuatkan hati kami dan terima semua ni dengan redha. Hakikatnya, saya rasa amat berdosa n rasa bersalah atas penceraian mereka. Ya Allah ampunilah saya. Sya xda niat nak runtuhkan maajid mereka. Tapi perkara dah terjadi. Harap ustaz live boleh bg sedikit sbnyak nasihat untuk saya. Terima kasih.

    1. phm sgt perasaan sis… kita sendiri pun tk terdaya kn..kadang tu pikir juga mana nak ikut…adakah rasa di hati itu satu petunjuk allah? atau rasa di hati tu satu godaan syaitan yg bermain dgn nafsu kita… setiap kali solat hanya mampu berdoa mintak petunjuk yg terbaim tuk hidup kita…pedih nk lawan keinginan hati..pada masa sama hati kita bukan hati batu yg tk kesian wife org yg jita cintaii…. kdg tu rasa sgt bersyukur pada atas kerana kurniakan rasa cinta itu… cinta yg wat hati rasa bahagia..yg buatkan kita sntiasa bersujud pada allah kerana ingin mencari keredhaannya..ingin mencintai manusia tu di jalan allah… hati mmg tk knal sesiapa..status ataupun darjat..cinta tu hadir dlm situasi yg tk diduga juga..adakah ini takdir…sya sndri masih mencari jawapan..

  22. Assalamualaikum ustaz love..
    Sy ibu tunggal dan telah merancang untuk menikah secara senyap dengan seorang lelaki yang merupakan suami orang. Tujuan sy hendak menikah dengan lelaki tersebut adalah bg memelihara tuntutan nafkah batin agar sy tidak melakukan dosa.

    Untuk pengetahuan ustaz.. Kami tidak pernah berjumpa dan kami kenal disebabkan masalah yg bekas suami cetuskan. Kami kerap whatssap dan dia adalah salah satu sebab sy boleh teruskan hidup selepas dtinggal suami.
    Disebabkan tuntutan batin, kami bersetuju untuk bnikah secara senyap dan sy xnak isteri dia dan keluarga sy tahu perkara ini. Lagipun, sy xkan tuntut hak sepatutnya seorang isteri dapat kerana bg sy, dia perlu utamakan isteri pertamanya dahulu dan sy dpt berjumpa sebulan sekali sahaja pun dah alhamdulillah.
    Sebab sy nak dirahsiakan adalah sebab sy xnk lukakan hati isteri dia dan juga family n anak2 sy.
    Apa pendapat ustaz? Sy xlah cintakan lelaki tu cuma sy nk jaga tuntutan batin agar tak terjerumus dlm kemaksiatan. Itu saja… Salah ke cara saya ustaz?

  23. sama mcm kes saya jugakk … saya try mcm2 caraa nak hindar tapi makin dekat bile dekat rasa syg … tapi selalu trbayang muka anak bini diaaa so memang terasa diri sangat tapi berbagai cara dah cubaa …tempag kerja ngan rumah dia dekat so setiap kali dia keluar msti akan peratikan saya lepasguuu sedihnyaa dia busy ngan fmily tapi msa yg sama dia call/chat sayaaa tapi bile trjmpe “Instagram” caption dia so sawig ngan keluarga dia … so sedihnyaaaa saya jadi org yg kejammm saya rasaaa

    1. Sama mcm kes sy tp dlm byk2 kes yg ada rasa nya kes sy paling berat sbb sy bercinta dgn suami org beristeri 3..klu sy nikah gn dia, officially sy akn jd isteri ke 4..mula2 biasa la dia x mengaku dh ada bini maklum la umo pn baru 36..dia jenis pandai jaga diri so mmg nmpk diri tu bujang..last2 kantoi gak dh ada bini..bkn 1, bkn 2 tapi 3..jamil..jamil..mcm dlm citer p.ramli daa..rase cemburu geram tu sentiasa ada..maklum la sejak dh tau dia berbini dia dh jarang sorok ape2..klu bercerita yg jahat semua bini..yg baik dia saje..mula2 sy try adopt situasi ‘isteri ke 4 to be’ tp kecewa yg sy dpt..maklum la sejak dh kantoi berbini botol susu anak, pin tudung kasut bini selamba tenang je tgl kt dlm kete..dia ckp bkn org lain madu sy jgk..makin hari makin mkn hati memanjang..sy buat keputusan utk undur diri..berhijrah ke tmpt lain..sy x sanggup sbb dia x bertanggungjawap..isteri 1 dh setahun dia x jenguk..isteri ke 2 pula tgh mohon cerai..isteri ke 3 dpt perhatian lebih sbb alasan ank masih kecil..bila sy tny knp nk nikah dgn sy..jawapan dia xde org jaga dia dgn baik..alasan x masuk akal..baru2 ni dia g bercuti kt langkawi gn bini ke 3..mkn dlm beb..dia suruh sy terima kenyataan..masalah nye klu drpd awal dia berterus terang xde la sy stick gn dia..now sy move on..x tau la sapa mangsa dia seterusnya..jauh kn la suami org..jujur mmg sakit nk lupa kn tp kita kena kuat..doa kn utk sy ya

  24. Assalam..kes sy lebih berat rasa nya..sy baru setahun bercinta dgn suami org yg beristeri 3..mmg dia nk nikah dgn sy tp sy x nk..klu sy nikah dgn dia sy officially akan jd isteri yg ke 4..dia mmg pandai memujuk..skrg ni sy tgh urus kn perpindahan sy ke satu tmpt utk jauh kn diri sy dgn dia..mmg bahagia dgn layanan dia tp bila dpt tau dh setahun dia x jenguk isteri pertama..isteri kedua pula mohon cerai..isteri ketiga yg di beri byk perhatian sb alasan anak masih kecil..klu sy tau dr awal mmg sy tolak mentah2..tp syg punya pasal sy cuba adopt situasi ‘isteri ke 4 to be’ tp sakit hati cemburu yg sy dpt..sbb nya bila kita dh tau dia ada anak isteri selamba tenang je botol susu anak, pin tudung isteri tertinggal kt dlm krta..masa belum tau dia suami org xde pulak brg bini tertinggal dlm krta..perempuan xde perasaan je yg blh terima situasi mcm tu..sy kuat kn hati utk tgl kn semua ni dan mula kn hidup baru..doa kn sy ya

  25. Ustaz, sy berumur 23 tahun dan terjebak bercinta dengan suami orang. Saya berkenalan dengan beliau sbb beliau seorg anggota polis yg handle kes sy. Sejak dari tu, kami selalu mesej tp sorok2 sbb takut kantoi dgn isteri dia. Saya akui aura suami orang sgt kuat berbanding lelaki bujang. Mereka sgt pandai memujuk dan lebih berpengalaman dalam handle emosi perempuan. Saya berjanji apabila kes saya selesai, sy akan lupakan dia. Saya amat berasa kesal dan bersalah pada isteri dan anak2 dia. Setiap hari saya berdoa semoga Allah bahagiakan dia dan keluarga dia. Doakan sy utk kuat dripd godaan beliau. Amin.

  26. Assalamulaikum,
    Rasa terpanggil untuk melontarkan sedikit nasihat dan pedoman untuk wanita yang senasib dengan saya, bercinta dengan suami orang. jangan teruskan. kalau hanya sekadar bercinta. awal2 perkenalan sila tanya lelaki tersebut soal kahwin. kalau dia mengelak dan banyak alasan. saat itu juga anda harus berhenti contact dgn dia. lelaki ni suka bila kita attached dgn dia. boleh manipulasi diri kita. sbb dia tahu kita syg dia and tak mungkin pergi. sbb tu dia guna alasan sayang dan cinta untuk dapatkan perhatian kita.

    ungkapan ini sesuai. jangan main dengan api kalau takut membakar diri. yer. kita sendiri jangan letak diri kita dalam situasi itu. kesilapan sy. walaupun banyak kali sy tanya lelaki tersebut nak ke kawin dgn sy. mcm2 alasan dia bagi. tengah kumpul duit la itu ini. mcm2. tapi tup2 tgk beli kereta baru. tapi sy masih bertahan sbb sayang. dua tahun perkenalan. akhirnya sy bawa diri. sbb sy dah yakin hubungan tak kemana. last2 dia bahagia dgn wife dia, yang kita sengsara cuba bangkit balik bina hidup kembali.

    hidup ni memang tak adil saya rasa untuk seketika. kenapa beri harapan kalau sekadar untk hubungan yang tanpa ikatan. hanya untk pelepas sepi. hanya untuk waktu bosan saja. sedangkan kita dah sanggup berkorban perasaan untk dia. sanggup untuk bermadu makan hati sendiri sebab cemburu. sanggup telan semua benda hanya kerana kita cinta dia. last2 ditinggalkan macam tu saja dengan ayat, semoga awak jumpa yang lebih baik dr saya.

    dunia sy seolah2 berhenti seketika. fikir mcm mana nak bina balik hidup sedang dia berbahagia dgn keluarga dia. sy doa banyak kt tuhan. beri aku kekuatan, dan sampai sekarang masih dalam proses penyembuhan sedangkan dia tak ada apa dia rasa dgn kehilangan sy.

    kawan2, lupakan saja suami org. cinta yg sebenar bila lelaki tersebut sanggup kahwin dgn kita. poligami. kalau sekadar bercinta jangan teruskan. kita yang merana diakhirnya. sedangkan dia. bila dh sampai masa nak fokus hidup dgn wife rancang untuk hari tua bersama. waktu sunyi memang la cri kita.

    tapi saya tak nafikan kalau lelaki tersebut ikhlas untk buat isteri nombor 2 dan berterus tranng dgn semua pihak, itu okay. tapi buat istikharah kalau dengan poligami akan melukakan hati isteri pertama dan hidup tak tenang lupakan saja. sendiri itu lebih baik dari menambah musuh.

    kalau dh terlanjur syg cepat2 muhasabah diri. move on. ingat tuhan dan ingat tanpa dia pn kita boleh bahagia. u deserves someone better than him. pengecut.

    sekian. maaf jika tulisan sy mengguris hati sesiapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme