I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Bekas Kekasih Ugut Buka Aib

Salam..

Ustaz Love menerima pertanyaan berkaitan isu ini :

Salam ustaz,sy sebelum ni ada hubungan dgn seorang perempuan sehinggakan kami pernah terlanjur..kami sangat menyesal atas perbuatan dan ingin bertaubat dari melakukannya,tetapi sekarang hubungan kami dilanda masalah yg tidak boleh diselamatkan lagi..sy memilih jalan untuk berpisah dgnnya,masalahnya di sini dia berkeras mahu membuka aib sy dan menceritakan peristiwa itu kepada keluarga,rakan saya dan semua yg mengenali sy..sy sangat bingung dan tahap kesihatan sy semakin teruk kerana memikirkan masalah ni..

sy harap sangat ustaz dapat memberikan jawapan kepada masalah sy ni,buat masa sekarang sy tak mampu melakukan apa-apa pun untuk menghalangnya berbuat begitu..sy sangat2 menyesal dan ingin bertaubat tidak melakukan perkara terkutuk itu lagi..

Masih lagi dengan isu terlanjur.. Dalam entry ini, Ustaz Love tak nak fokuskan pada isu terlanjur ni.. sbb dah banyak entry Ustaz Love cerita pasal isu terlanjur.. Ustaz Love harap, sesiapa jua yang pernah atau masih terlibat dalam perzinaan, maka bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar2 taubat.. Hanya itu saja yang mampu untuk menebus kesalahan akibat dosa zina ni..

Kembali kepada masalah saudara ini.. Kalau ikutkan emosi, memang tak patut si lelaki itu meninggalkan wanita itu selepas dirosakkannya.. Tapi, jika kita memikirkan dari sudut agama, kenapa lelaki dan wanita yg berzina ini, kedua2nya dihukum dengan hukuman yg sama (100 sebatan bagi yg belum berkahwin atau rejam bagi yang dah berkahwin)? Sedangkan secara fizikalnya, wanita itu lebih lemah daripada lelaki.. dan wanita juga yg menerima kesan kerosakan yg lebih besar daripada lelaki (sbb wanita akan kehilangan dara, hilang maruah.. lebih teruk lagi, wanita akan mengandungkan anak luar nikah.. berbanding lelaki, cuma hilang teruna je.. mungkin juga teruna tu dah lama hilang akibat aktiviti berkahwin dengan tangan)..

Dalam hal ini, Islam melihat kedua2nya melakukan kesalahan.. maka dihukum atas kesalahan itu, dan bukannya dihukum atas akibat yg bakal berlaku.. lelaki kalau berzina, maka dapatlah nikmat kesedapan itu ketika berzina.. adakah wanita tak dapat nikmat tu? Adakah wanita sangat tersiksa ketika berzina? Hakikatnya, wanita juga mendapat nikmat daripada perzinaan ini.

Jadi, tak perlu nak kata lelaki itu merosakkannya.. kecuali la kalau kes rogol.. ini bermaksud tanpa kerelaan / dipaksa.. Jika ini berlaku, maka yg akan dihukum adalah lelaki itu saja.

Emosi wanita tak dapat nak menerima hakikat bahawa dirinya sendiri bertanggungjawab atas tindakannya.. tidak wajar kesalahan perzinaan yg mana lelaki dan perempuan itu mendapat nikmat yg sama.. dan bersama2.. kemudian menyalahkan lelaki seorang. Lagi la tak logik kalau lelaki plak yg salahkan wanita (tuduh wanita merosakkan keterunaannya selepas berzina) kerana wanita itu menggodanya untuk berzina.

Pada pandangan Ustaz Love, bekas kekasih itu sebenarnya berada dalam tekanan perasaan. Dah la tekanan pernah terlanjur, tekanan bergaduh lagi.. lepas tu senang2 je lelaki nak tinggalkan beliau. Lagi la tensai (tension)..

Tapi, pada pandangan Ustaz Love, tindakan wanita itu melakukan ugutan untuk menyebarkan keaiban, adalah merupakan suatu jenayah.. Mungkin boleh rujuk peguam pasal hak2 berkaitan fitnah (defamation kalu tak silap).. mungkin bleh dapatkan perintah sekatan daripada menyebarkan aib tu ke.. Kalau Mama Zharfan bleh tolong ulaskan bab ni pun cantek gak πŸ˜‰

Tapi, kalau wanita tu buat laporan polis bahawa dirinya dirogol, memang sakit gak yg lelaki.. paling kurang merasa la melepak kat lokap sampai la pendakwaraya tentukan ada kes ke takde kes. Kalau alibi menunjukkan ada kes, tak pasal2 kena pertuduhan rogol.. sebab tu la, fikir dulu sebelum buat.. bila dah terlibat memang agak susah nak keluar.

Cuma, nasihat Ustaz Love.. berbincang la elok2 dengan bekas kekasih itu.. jangan buat senyap je.. tanpa membuat apa2 tindakan, masalah takkan selesai. Jika kekasih memang tak makan saman (tak bleh bincang elok), maka tak perlu nak rayu apa2 dengan beliau. Sekurang2nya saudara dah cuba menyelesaikannya dengan cara yg baik.

Selepas itu, saudara kena banyakkan berdoa.. banyakkan solat hajat.. doakan semoga Allah melembutkan hati beliau dan dapat menerima hakikat perpisahan ini.. Jangan putus asa dalam berdoa.. kerana setiap permintaan kita itu, pasti Allah mendengarnya.. dan pasti akan dikabulkan.. cuma tak tahu bila je.

Sementara itu juga, saudara kena kuatkan semangat.. Jangan mudah putus harap.. Juga kena berani berhadapan dengan segala yg bakal berlaku.. Kena terima apa juga baik buruk akibat perbuatan saudara sendiri. Kalau kita takut, kita akan menjadi mangsa ketakutan kita sendiri.. Lihat sendiri pada diri saudara, belum lagi berlaku apa2, saudara dah jatuh sakit dsb.

Beranikan diri.. jika wanita itu menceritakan aib kepada keluarga dsb, saudara kena tabah.. Ingatkan diri saudara, yg saudara telah bertaubat.. Kalau mak ayah tanya, maka tiada masalah berterus-terang.. nyatakan bahawa saudara telah menyesal dan bertaubat atas segala yg berlaku.

Jangan takut sangat dengan ugutan wanita itu.. kebanyakan kata2 yg keluar daripada mulutnya, adalah disebabkan mengikut perasaan marah dan sedih beliau.. bila beliau dah agak waras sket, mungkin beliau akan dapat memikir, yang aib itu lebih teruk menimpa wanita yg berzina berbanding lelaki.. Sbb maruah itu lebih dikaitkan dengan dara, berbanding teruna.. walaupun dalam Islam, maruah itu takde berkaitan dgn teruna dara.. tetapi berkaitan dapat dengan akhlak.

Terlalu takut itu dinamakan mati sebelum mati.. belum berlaku lagi, tapi gayanya mcm dah berlaku.

Kebiasaannya, apa yg wanita selalu ugut (nak bunuh diri la.. nak buka aib la.. nak kentut kat muka la.. dsb) itu tak berlaku.. Sbb kalau bab bercakap ni, wanita memang laju.. bab tindakan, insyaAllah mereka akan lebih memikir dan berhati2.

Tapi kalau berlaku juga situasi tu (bekas kekasih menyebarkan aib), maka saudara kena banyak bersabar dan mengadu pada Allah.. dekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ibadah.. insyaAllah, hati akan tenang.. sebagaimana tenangnya Nabi Ibrahim a.s. di dalam api.. sebagaimana senangnya Nabi Yunus dalam perut ikan..

p/s: Ustaz Love minta maaf kepada pembaca wanita kat entry ni kalau ada yang terasa hati.. Ustaz Love cuma memberi contoh wanita2 yg bermasalah saja.. pembaca2 blog Ustaz Love ni, insyaAllah semuanya baik2 je πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

37 Comments

Add a Comment
    1. kadang2 kita pun tak tau apa masalah pasangan ni.. mungkin juga pada pandangan kita remeh-temeh, tapi bagi mereka masalah tu sangat berat nak ditanggung.. sbb tu Allah akan uji seseorang itu ikut kemampuan dia.. mungkin si A mampu tapi si B tak mampu, maka Allah pilih si A untuk menerima ujian tu..

      kadang2, memutuskan perhubungan yg bermasalah bisa menghasilkan satu perhubungan baru yg lebih sihat.. mcm pokok.. memotong dahannya tak akan menyebabkan kematiannya, tetapi mungkin akan menghasilkan tunas2 baru yg lebih baik.

      mungkin juga lepas berzina tu, baru perasan wanita tu ada kurap ke.. hehe

      semuanya bergantung atas kemampuan masing2 πŸ˜‰

    2. ummmm ap yang ustaz love bgitau tuu memang terjadi at sya..tp cume yg mengugut tu kekasih sy..sy x tinggal pun dya..dya yg over lebih

  1. ust,
    sy terpanggil utk memberi komen…
    serius best dan lebey memberi kefahaman cara ust bg ulasan..sy manusia yg kurang dr serba serbi..baru terbukak sedikit pintu hati nak buat rujukan dalam isu agama..tp nak ngadap tok guru,sy masih tatau cemane..nasib baik jumpe blog ni yg lg mudah penggunaan bhsnya..tq ye ust..cume nak tau,kat sini mmg disediakan medium nak bersoal jwb ek…kang terlebey tnye takpe,kan..insyallah selebihnye sy akan cube detail kan melalui pembelajaran secara bersemuka pulak..moga Allah permudahkan segala urusan..

    1. kat sini tak disediakan medium tu.. cuma kalau ada yg bertanya, insyaAllah Ustaz Love akan cuba menjawab setakat pengetahuan Ustaz Love.. takde masalah nak tanya banyak mana pun.. sekurang2nya, masa nak jawab tu Ustaz Love bleh refresh balik ilmu yg dah berkarat.. dan boleh menambah ilmu2 yg baru.. πŸ˜‰

  2. ni yg kakjem nak angin satu badan baca entry ust ni….(ustaz pakat dok bela kaum sejenis nampakk)huhuhuhhu

    1. bukan nak membela.. cuma sebab yg bertanya itu lelaki, maka Ustaz Love kena jawab ikut situasi lelaki.. kalau pempuan yg tanya, Ustaz Love kena jawab ikut situasi pempuan tersebut.. cuba kakjem yg tanya, mesti Ustaz Love akan bagi nasihat supaya kakjem membuka hati untuk bermadu.. kihkih

  3. Kalau bertaubat tu kan..taubat nasuha, mcmana nak tau Tuhan dah terima taubat kita? x kira la sbb kes maksiat ke, terlanjur ke, mencuri, menyamun ke..?ada rasa pape ke kalau taubat dah di terima?

    1. Ustaz Love sendiri tak tahu adakah Tuhan menerima taubat kita.. seorang Sahabat Nabi s.a.w. berkata, kalaulah dia tahu sujud (solat) yg manakah telah diterima oleh Allah, maka beliau dah redha dicabut nyawanya ketika itu.. soal penerimaan ibadah dan taubat ini, bukan persoalan hamba.. ianya hanya dalam pengetahuan Allah.. tanggungjawab kita adalah untuk terus beribadah dan terus memperbaharui taubat..

      dari situlah lahirnya taqwa (iaitu antara takut dan harap).. takut Allah tak terima taubat kita, dan berharap Allah menerima taubat kita.. barulah kita akan rajin ibadah πŸ˜‰

  4. ustaz…apa patut saya lakukan…..saya dah putus dengan seorg lelaki ni..tapi..sebab dia curang……dia tak nak lepaskan saya dan ugut nak letak gambar saya dalam fb…..saya xtaw….apa patut sya lakukan…. patut ke saya buat report polis

    1. memang patut eyha buat report polis.. insyaAllah, nanti Ustaz Love buatkan entry pasal ni πŸ˜‰

  5. Ustaz , sy ada byk soalan nk tnya ustz ni. mcmana eh nk tnya ustz , i mean secara peribadi ? emel ada?

  6. Salam..ustaz..saya terpanggil ketika membaca bekas kekasih ugut buka aib..saya melalui saat2 tersebut..hati sy benar2 tertekan..bekas kekasih sy telah menipu sy yang beliau sebenarnya telah pun bertunang dan masih baik hubungan dengan tunangnya..dia melepaskan diri enggan mengahwini sy..hati saya sangat sakit..hanya dekatkan diri kpd Allah untuk mendapatkan ketenangan..sy pun telah mengandung tetapi terpaksa menggugurkan kandungan atas permintaan ayah dan ibunya..apakah yang harus saya lakukan kerana risau sekiranya mempunyai jodoh dengan orang lain risau suami sy akan tahu tentang isu tiada dara sy..sy buntu ustaz..:(

  7. apakah hukum perkahwinan jika atas ugutan org tua wanita sedangkan wanita itu hamil bukan atas anak saya.?

  8. Maaflah klau sya mmbri cmment yg ksar sdikit,sya sbagai prmpuan mstilh akn mnynkng blah prempuan..mmg si lelki hndk brtaubat..jka llki hndak bertaubt,hndaklh brtnggungjwb trhdap prbuatan yg tlh dllakukn kpda si prmpuan ..lleki tdak akn luak,ttapi si prempuan yg khlangn mruah..brfkir mcm mne msa hdapnnya,siapa akn mnermany,llaki tdk da msalh……si prmpuan akn mrana,,mmutuskan hbungan mmg snng,,,bgi blah llaki,,smua prempuan tdk dpt mnerima prpsahn stelh dirsakkn..sya hrap blah llaki bertnggjwab dan ingn brtaubat,,brtaubatlahh brsma-sama……dngan si prmpuan itu..dmkiian tdaklh si prmpuan mnggut si llaki…untk mmbuka aib sblah llaki……..

    1. bila kita hidup berpandukan agama, maka hukum daripada al-Quran dan Hadis itu yang kita kena jadikan panduan, dan bukannya berpandukan jantina. Seperti yg Ustaz Love nyatakan di atas, untuk melakukan zina ini memerlukan kerelaan kedua belah pihak.. jadi, tak adil nak suruh lelaki bertanggungjawab atas wanita, sedangkan wanita itu juga rela dan merasai kepuasan semasa berzina itu.

      berbeza jika wanita itu dirogol (seks dengan paksaan).. maka ketika ini, yg bersalah hanyalah pihak lelaki dan beliau kena bertanggungjawab atas kesalahannya dengan cara menerima hukuman.. seorang perogol adalah lelaki yg jahat.. jadi, bagaimana mungkin seorang lelaki jahat dibiarkan oleh wali untuk menjaga seorang wanita baik seumur hidupnya?

      Soal luak tak luak, itu cuma persepsi semata2.. jika luak itu dikaitkan dengan selaput dara, mungkin saudari boleh memikirkan kembali dari mana datangnya kepercayaan bahawa maruah wanita itu atas daranya. Ia berasal daripada budaya Hindu.. sedangkan Islam mengiktiraf maruah seorang wanita yang tiada dara (sama ada dirogol atau seorang janda), dan mengutuk wanita2 yg berdara tapi tak menjaga maruahnya (membiarkan dirinya dipegang oleh bukan mahram, berpakaian tidak menutup aurat dsb).

      WA

  9. Lelaki ni nak taubat ke nak lepaskan diri?nak taubat kau nikah la dgn perempuan tu…bimbing sama2 taubat…apa daaa…aku yg lelaki ni baca sakit hati plak..

  10. Pernah bkawan dgn sorg llaki mlayu.. sng kata kami lain2 bangsa.. sbb trbiasa dgn bangsa sendri trlupa 1 bangsa tu x thn dgn fesyen biasa yg sy amalkan..berkawan n terlanjur..apa bangsa kami bukan mjadi isu…yg mjd isu ktrlanjuran itu…dia pergi sebab nk berubah ke jln yg benar..jd sy percaya… sakit dtinggalkan itu mmg iya.. tetapi bila org xnak bertanggungjawab xde ape bole dlakukan..kami lain agama..lain bangsa..dlm ape agama skalipun…zina is zina..slh ttp slh…bila dh bersalah..itu bgantung kepada keperimanusiaan seseorang tu…sekiranya lelaki tu seorang bertanggungjawab…dia spatutnya consider meninggalkan perempuan tu…sma2 kmbali ke jln yg btul…prempuan dizinainya bkn tanggungjawab dia
    .namun sebagai manusia dia spatut memahami and bertanggungjawab.. sebab perempuan keperibadian lemah..namun de juga yg kuat..kuat dpt kembali ke jln yg betul…yg lemah akan pergi jauh atas sebab kekecewaan dia..

  11. Assalam ustzlove, jika sebelom trlanjur kami sudah berjanji hendak berkawen. Bukan paksaan semuanya sudah dalam rancangan. Dia anak dara, dia minta sy jangan tinggalkan dia, sy ikhlas sayngkan dia bukan demi nafsu. Tapi selepas beberapa bulan masing2 sibuk dan jarang dpat berjumpa, dia bagi tau sudah tawar hati, dan dh tutup hati utk saya, dan buka hati untuk terima org baru itu. Dia muda ustz sy kesiankan dia, sy nk masuk 30. Dia 24. Kami dh jnji lagi 1 tahun duit simpanan cukup kemudian kita halalkan. Sedangkan ke2 belah pihak keluarga sudah kenal dan terima pilihan kami. Saya di beri keluarganya amanah utk jaga dia, sbb keluarganya jauh d kg, dia bekerja d tempat sy dan dekat dengan keluarga sy, emk sy pon sayang dekat dia… Sbb kami masing2 hilang ayah (meninggal) dari kecik. Sy betul2 sygkan dia… Dia kata laki2 baru kenal itu pilihan dari emaknya, perlukah sy tny emk dia diam2. Perlukah sy cerita tentang ketelanjuran kami kepada keluarga sy dan dia? Sy xnk dia mnyesal 1 hari nnt semua ni akan jadi alasan suami dia dan memakan diri dia. Dia ada buat loan sebelom dia kenal sy
    50k dgn bank dan ditipu org. Ejen cepat kaya. Sy saja yg tahu. Dan simpan rahsia itu jugak.

  12. Asslmlkm ustaz. Saya juga mengalami masalah yang sama..sy di ugut oleh kekasih saya..tolonglah bgtau saya bagaimana sy nak hubungi mama zharfan..saya perlukan pendapat…tolonglah saya

  13. assalamualaikum ustaz. saya pun mengalami masalah yang sama di mana saya di ugut gambar2 saya akan d sebarkan sekiranya saya tidak menghantar gambar2 yang di minta oleh orang tu. saya nak menjauh dari dia tapi bila saya tak memberi respon pada mesejnya dia akan mengugut saya. bagaimana saya nak larikan diri dari dia ?

  14. Ustaz kalau Lelaki tu berubah Dan tinggalkn perempuan tersebut sedangkn perempuan tu sayang Dan cintakan dia… Berkorban macam ii… Lpas ditinggalkn perempuan tu insaf dab brubah baik.. Adakah Dia akan bahagia??

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme