I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Amal Agama Ikut Suka

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan melalui email daripada seseorang.. Ustaz Love dah minta izin untuk menjawabnya di blog kerana Ustaz Love berpendapat ianya soalan yang agak bagus dan wajar dikongsikan..

“Assalamualaikum ustaz love..

saya nak tanya apa beza islam sunni, shia, sufi, salafi, muslim?
lecturer saya berpegang pada semua.. katanya

saya berpegang pada semua.. yg mana senang bagi saya saya ikut.. misalnya, kalau puasa ada yg berpendapat korek hidung tu membatalkan, ada yg berpendapat korek hidung itu tak membatalkan puasa.. jadi saya pilih yang mengorek hidung tu tak membatalkan.. contoh lain, ada yg berpendapat semasa solat, nampak tapak kaki itu boleh, dan ada berpendapat sebaliknya.. jadi saya pilih yg boleh.. senang bagi saya.. contoh lain, ada yg berpegang bila mereka beristighfar, mereka akan memukul diri sendiri sambil menangis.. ada yg tidak begitu.. jadi saya pilih yang tak memudaratkan diri saya seperti tidak memukul diri sendiri tu.. ada yg menangis sungguh2 bila ada kematian, ada yg tidak.. jadi saya pilih yg tidak itu.. yg mana baik bg saya saya ikut..”
yang mana satu yg terbaik ustaz? boleh ke berpegang pada semua? dan apa pula bezanya dengan mazhab?
maaf ustaz andai menganggu kerja ustaz utk soalan saya ini.. saya ingin ‘mencari’.. harap ustaz dapat bantu saya..
terima kasih..

Agak panjang soalannya.. tapi memang dah lama Ustaz Love dok terpikir2 akan pandangan sebegini. Tapi sebelum tu, biarlah Ustaz Love cuba untuk jelaskan setakat pemahaman Ustaz Love berkenaan perbezaan2 islam, sunni, syiah dan muslim.

Islam adalah agama yang dibawa oleh semua Nabi alaihimussalam daripada Nabi Adam a.s. sampailah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. akidahnya sama iaitu mengEsakan Allah, cuma syariatnya berbeza.. hukum2 yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. melalui kitab Taurat adalah tidak sama dengan hukum2 yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Contohnya, para penyembah anak lembu dari kalangan pengikut Musa a.s. diperintah membunuh diri untuk bertaubat.. sedangkan syariat Nabi Muhammad s.a.w. hanya diminta supaya bertaubat dan kembali kepada Islam (sekiranya syirik / murtad).

Maknanya, Nabi Musa a.s. juga menyampaikan syariat Islam, dan bukan membawa agama Yahudi.. begitu juga Nabi Isa a.s. juga menyampaikan ajaran Islam, dan bukanlah ajaran Kristian.

Muslim itu adalah penganut agama Islam..

Sunni adalah penganut agama Islam yang berpegang kepada mazhab ahlus sunnah wal jamaah dari sudut akidah dan berpegang pada mazhab yang 4 dari sudut ibadah (hukum fiqh).

Syiah adalah penganut agama Islam yang telah menyeleweng dari sudut akidah dan juga banyak melakukan penyelewengan dari sudut ibadah.

Sufi adalah penganut Islam yang membentuk kumpulan tertentu yang mengamalkan zikir tertentu atau lebih dikenali dengan nama kumpulan tarekat.

Salafi adalah penganut Islam yg berakidah ahlus sunnah wal jamaah dan beramal dengan amalan salafus soleh serta tak terikat dengan pandangan mazhab.. mereka memilih pendapat yg paling tepat dari kalangan pendapat imam mazhab..

Agak panjang kalau nak huraikan, jadi Ustaz Love ringkaskan saja la.. Ustaz Love lebih nak fokuskan pada pandangan lecturer tersebut.

Ustaz Love pun pelik juga.. kenapa korek hidung itu juga yg dihighlight? Adakah orang Melayu ni memang tak dapat dipisahkan dengan amalan mengorek hidung? Sampaikan keyword kat blog Ustaz Love ni penuh dengan carian korek hidung.. Sekadar selingan saja.. hehe

Pada pandangan Ustaz Love, lecturer itu masih lagi keliru dalam memahami konsep amalan agama.. Amalan agama ini tidak diasaskan pada akal mahupun hawa nafsu.. sebaliknya ia diasaskan melalui dalil.. Jadi, pemikiran beliau yg memilih yg mudah2 saja menunjukkan beliau beramal berdasarkan akal semata2.. kalau dirasakan elok, maka dibuat.. kalau dirasakan tak elok maka ditinggalkan.. kalau dirasakan mudah, beliau amik.. kalau dirasakan susah, beliau tinggalkan..

Sebab itu dalam memahami agama ini, tak dapat tidak melalui proses pembelajaran.. bukan angan2.. hanya dengan belajar, maka seseorang itu akan mendapat ilmu yang tepat.. sebaliknya, angan2 hanya melahirkan lebih banyak amalan bid’ah dalam agama.

Baik atau tak baik sesuatu amalan itu ditentukan melalui dalil.. Jika dalil mengatakan baik, maka akal juga perlu ditundukkan untuk mengatakan ianya baik.. Seperti yang dinyatakan oleh Saidina Ali : “Kalaulah agama itu mengikut akal, nescaya aku disuruh untuk menyapu khuf (stoking kulit) di bahagian bawah (ketika mengambil wuduk) dan bukannya pada bahagian atas”.. sedangkan yg kotor itu bahagian bawah (tapak selalunya kotor, sbb tapak kaki yg menyentuh tanah).. tapi dalam bab mashul khuffain (menyapu 2 khuf) ketika berwuduk, syariat menyuruh menyapu pada bahagian atas khuf.

Nak berpegang pada semua mazhab tiada masalah.. dengan syarat, kita memahami dan mahir dengan kaedah2 semua mazhab tersebut.. atau lebih tepat, kita jadi pakar 4 mazhab.. jika tak mampu (kerana bukan semua orang mempunyai otak yg cerdas serta berkemampuan untuk menyelidik – ahlu an-nadzor), maka adalah lebih baik menjadi pentaqlid mazhab (orang yg berpegang pada satu2 mazhab).. orang yg bertaqlid mazhab juga perlu memahami kaedah2 istinbat (pengeluaran) hukum sesuatu mazhab yg dipegang itu.. bukan main ikut2 tok imam ke, pak ustaz ke.. abang bilal ke.. nak faham, kena ada ilmu.. nak ilmu, perlu belajar..

Itu adalah lebih baik daripada mengikut mazhab sendiri (mazhab akal).. Jadi, nasihat Ustaz Love, kita pelajari dan mahirkan dulu asas2 agama dalam mazhab (di Malaysia dan nusantara, yg masyhur adalah mazhab Syafie).. kemudian, baru kita menceburi diri dalam perbandingan fiqh mazhab (fiqh muqarran).. supaya kita tak terjebak dalam kekeliruan pemikiran kita sendiri.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. ustaz..nk taye…myb soalan sy nih agak bodoh skit…tp sy nk tau…boleh kite org msia suka hati jek nk ikut mazhab mane…setahu sy mazhab nih ikut tempat kan…hoho

    1. biasa je soalan tu.. tiada masalah untuk beramal dengan mana2 mazhab pun.. syaratnya, kena memahami betul2 kaedah mazhab tersebut.. dan bukannya ikut2 orang.. orang solat nak gerak jari, dia pun nak gerak jari.. lepas tu dok hentam orang yg tak gerak jari.. sedangkan masing2 punya hujah dan dalil tersendiri.

      Mazhab ni tak ikut tempat.. kat Malaysia pun ramai je India Muslim yg bermazhab Hanafi beramal dengan mazhab tersebut.. Imam Syafie tak pernah pun sampai ke Malaysia πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme