I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Adab Membaca Al-Quran Mobile

Salam…

Ustaz Love dah lama menerima soalan ni.. tapi Ustaz Love tangguhkan dulu menjawabnya sbb memberi laluan kepada entry sempena Ramadhan.. insyaAllah, selepas ni Ustaz Love akan cuba menjawab mana2 soalan yg belum dijawab..

Persoalannya berkaitan adab membaca al-Quran menggunakan gadget (henfon, mp3 player, iPod, iPrott dsb) yang ditanyakan oleh cik mars :

assalamualaikum..
alang2 dh citer pasal teknologi ni kann, nk tanya ustaz la..
adab baca al-quran mobile…pakai phone.
cari gali kt internet, tak jumpa…

Waalaikumussalam..

Alhamdulillah, dengan kemajuan teknologi sekarang ni, kita semakin mudah untuk melakukan ibadah.. jika dulu kalau nak baca al-Quran, kena bawa al-Quran yang besar, kena semak satu2, kena ingat hukum tajwid, kena ada wuduk untuk memegangnya.. ini merupakan suatu mujahadah orang dulu2 untuk berurusan dengan al-Quran.. maka hasil mujahadah ini juga biasanya sangat menakjubkan..

Namun, teknologi itu sebenarnya bersifat memudahkan.. kaedah asal masih lagi sama.. nak belajar al-Quran, kena berguru.. kena belajar secara musyafahah (berdepan) dan bertalaqqi.. tetapi, jika nak semak bacaan, gaya berlagu dsb, tiada masalah nak guna youtube ke, mp3 ke, mp4 ke.. jangan guna C4 sudahh..

Persoalannya sekarang, adakah jika kita menggunakan teknologi, kita masih tertakluk dengan hukum2 dan adab2 sesuatu amalan itu?

Bulan Ramadhan merupakan bulan ibadah.. ramai orang telah lembut hatinya untuk kembali menyapu habuk di songkok untuk dibawa solat di masjid.. juga membuka kunci almari yg menempatkan al-Quran untuk dibuka dan dibaca.. juga semakin tinggi rating channel2 agama di TV yang menyiarkan rancangan Islamik dan bacaan al-Quran (tapi kalau drama Islamik, tak masuk book sbb bukan bulan puasa pun orang suka nak tengok.. terutama kalau ada Harun Aziz)..

Keinginan kita untuk beramal dan mendekati amalan agama juga semakin meningkat.. jika dulu, henset dipenuhi dengan lagu2 artis, kini kita dah gantikan dengan al-Quran mp3 serta nasyid2.. begitu juga la medium2 lain seperti iPod, al-Quran digital dsb.

Ustaz Love saje je buat muqaadimah panjang2.. sbb jawapan kepada persoalan di atas adalah pendek je..

Adab membaca al-Quran digital, adalah sama dengan membaca al-Quran Mushaf (Kitab).. jadi, jangan pandang remeh disebabkan ada istilah digital di situ. digital ke, manual ke, ianya tetap merupakan al-Quran yg masih perlu kita jaga adab2nya..

Antara adab membaca al-Quran adalah berwuduk, bersugi, mengadap qiblat, membaca di tempat yg suci dan bersih dsb.. adab membaca al-Quran digital pun  sama juga.. sbb ianya juga al-Quran (walaupun tak ditulis dalam mashaf – helaian).. yang berbeza hanyalah dari sudut menyentuh al-Quran.. adakah sama juga dengan al-Quran digital?

Jumhur ulamak menyatakan bahawa haram bagi mereka2 yg berhadas besar (bukan buang air besar, tapi berhadas besar ie haid, nifas, berjunub) dan berhadas kecil (tiada wuduk) menyentuh al-Quran. Cuma ada khilaf pada memegang al-Quran tanpa wuduk (hadas kecil), ada yg mengatakan harus pegang.. ada yg mengatakan haram pegang.. Tetapi lebih selamat berpegang pada pendapat jumhur iaitu haram memegang al-Quran tanpa wuduk.

Tetapi, memegang al-Quran digital atau henfon yg ada al-Quran digital / mp3 di dalamnya, maka tidak termasuk dalam hukum di atas.. kerana al-Quran digital bukanlah mushaf (helaian yg tertulis padanya) al-Quran.. sebaliknya adalah file2 tertentu yang hanya boleh dimainkan melalui program tertentu dan alat tertentu. Ia termasuk juga al-Quran dalam CD, kaset dsb.. tiada masalah nak pegang tanpa wuduk..

Begitu juga kalau nak bawak masuk dalam toilet.. tiada masalah dengan syarat skrin ayat al-Quran itu tidak dipaparkan atau suara bacaan al-Quran itu dipasang (ditutup).. bacaan al-Quran di dalam toilet hukumnya haram kerana dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap al-Quran.

Apa pun, tak kira la al-Quran digital ke, al-Quran mushaf ke, yang lebih penting kita membacanya.. tak guna juga ada al-Quran yg cantik, tapi dibuat perhiasan dalam almari.. juga takde makna juga beli al-Quran digital, tapi dok simpan dalam laci.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

42 Comments

Add a Comment
    1. adabnya begitulah.. tetapi bukanlah wajib.. tiada masalah nak baca tanpa wuduk atau memegangnya.. ia berbeza dengan mushaf al-Quran (kitab) yang perlu ada wuduk (dalam mazhab Syafie) jika memegangnya, tetapi tidak wajib ada wuduk sekiranya membaca tanpa memegang mushaf 😉

    1. khatam al-Quran tak semestinya dengan guru.. boleh khatam sendiri2.. yg penting adalah belajar membaca itu dengan berguru, sebab ia adalah sunnah (Nabi s.a.w. membaca al-Quran berguru dengan Jibril).

        1. belajar al-Quran menggunakan al-Quran digital hukumnya makruh sbb menyalahi sunnah belajar al-Quran secara bertalaqqi.

    1. Masalahnya kalau langsung tak baca..ada al-Quran dakwat emas pun kalu tak baca, takde maknanya

  1. Salam Ustaz…. bagaimana pula dgn membaca Quran digital semasa haid? atau buku Iqra? dan ayat2 hafalan secara disuarakan?

  2. Assalamualaikum Ustaz,

    Terima kasih utk entry yg best. Saya nak tanya (dah puas google tp xde jawapan)… sekiranya kita membaca al-Quran tp terlupa kat mana kita stop utk sambung hr ni (lupa nak tanda time berhenti tu..) adakah perlu mula balik dr ayat 1 Surah al-Baqarah??

    Jazakallah

    1. tak perlu.. kita mulakan saja daripada mana2 surah yg kita suka.. atau kalau nak ikut turutan bacaan, mulakan daripada awal surah yg kita terlupa ayat last berhenti tu..

  3. berguru belajar asas al-quran tetapi memperbaiki lagi bacaan al-quran dengan video dari ustaz2 di youtube, boleh ker?

  4. Assalamualaikum w.b.t.

    Bagaimana jika membaca niat mengkhatam melalui mobile atau computer dan tanpa wuduk adakah dikira sah? . situasi nya begini, Saya dgn 29 kawan skrg praktikkan bacaan 1 juz sehari sepanjang bulan ramadhan ini. jadi setiap hari kami akan membaca 1 juz alquran. Jadi waktu sedang kerja, ade rung sikit akan basa sedikit..hingga lengkap 1 juz pada hari itu. Esoknya baca juzuk seterusnya..

  5. apa pandangan ustaz:- sekiranya tadarus al-quran di buat beberapa kumpulan kemudian dibahagi juzuk-juzuk kemudian setiap kumpulan membaca di tempat yang berlainan dan tidak berkesinambungan (maksudnya contoh di satu tempat A kumpulan 1 & satu tempat B kumpulan 2 mereka bertadarus dlm masa yang sama, kumpulan 1 & 2 tidak mendengar tadarus masing-masing). Kemudian pada penghujung Bulan mereka membuat keraian Majlis khatam Al-Quran. Apa pandangan Ustaz? Adakah boleh mereka khatam dengan cara ini?

    1. InsyaAllah sama. Al-Quran dulu sebelum dikumpulkan dalam sebuah mushaf, ditulis pada kepingan kulit kayu, kulit binatang, batu dsb. Maka, membaca al-Quran sama ada yang ditulis pada pelepah tamar, mahupun yang dicetak dalam mushaf, sama saja.

  6. Salam ustaz.saya nak tanya..kalau kt bilik sy xpakai tudung..tp boleh ke sambil2 sy duduk tu saya baca al-quran yg sy download di hanphone? Atau sy perlu menutup aurat dulu sbelum membaca? Maaf saya benar2 taktahu..saya perlukan penjelasan..

    1. Adab membaca al-Quran adalah menutup aurat dan dalam keadaan berwuduk. Tiada masalah nak baca dalam keadaan aurat terbuka, tetapi lebih afdhal membaca al-Quran dalam keadaan menutup aurat.

  7. Bagaimana pula dgn quran berbentuk buku, tp yg jenis dtg dgn pen digital. klw kita letak pen digital tu di helaiannya, akn kluar bunyian ayat yg ditunjuk. Adakah wajib sy ambil air sembahyang utk sentuh?

    1. Yang dimaksudkan dengan sentuh adalah sentuhan menggunakan anggota tubuh dan sentuhan pada mushaf. Maka, sentuhan pada skrin atau sentuhan menggunakan lidi atau pen tidak termasuk dalam bab ni.. WA

  8. Pertama, wajibkah membaca dgn bertajwid dlm hati jika seorang wanita dlm haid membaca al quran tetapi melalui handphone?
    Kedua, jika membaca al quran melalui handphone, perlukah wanita menutup aurat? Sebab saya selalu membaca al quran melalui handphone sambil menyusu badan anak.

    1. 1. tak wajib sebab membaca dengan tajwid itu adalah perbuatan lisan, bukan hati.

      2. menutup aurat adalah antara adab nak baca al-quran. tutuplah sekadar termampu

  9. Assalamualakm pak ustaz aku mau tanya.kalu dengar bacaan al quran ters baca tulisan fan artinya sambil baring bolehkah pak ustaz.mohon penjelasannya.

  10. assalamualaukum… ustaz, sy masih tertanya2 ttg hukum baca tafsir sahaja, pd apps hfon ketika period…. sbb target nk abih quran bln puasa ni, tp perempuan mmg xkn dpt habis pny.. jd klu dgantikan dgn baca tafsir shj, pegang pd hfon, ok ker?

  11. Assalamualaikum,ustaz saya ingin bertaya adakah berdosa jika kita tidak nembaca al quran mushaf sedngkan al quran tersebut berada tersusun di almari,disebabkn menggunakn al quran digital?

  12. Ustaz kalau bagi perempuan baca al quran digital dekat hp tutup aurat macam mana tu ? keliru sikit 😅

  13. Assalamualaikum Ustaz..Bagaimana pula jika masa Bacaan Tahlil kedengaran suara wanita yg lebih kuat Dan ada ketikanya mendahului bacaan Imam?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme