I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ramadhan Al-Murtabak

Salam…

Ustaz Love tengah melayan program Tanyalah Ustaz di TV9.. Kebetulan ada senior Ustaz Love masa belajar dulu, iaitu Ustaz Mohd Nidzam Abdul Kadir.. seorang yang lemah lembut dan sangat berakhlak mulia daripada zaman belajar lagi.. Jadi, Ustaz Love pun pakukan biji mata yang sangat mengantuk ini ke tv.. sebab suka dengar ceramah beliau.

Beliau ada sebut pasal Ramadhan al-Murtabak.. Terus Ustaz Love teringat kat pelakon Mubarak Majid.. kecik2 dulu, Ustaz Love tak pandai nak sebut kompius dengan Mubarak serta murtabak ni.. Jadi, Ustaz Love panggil beliau Murtabak Majid.. semoga beliau dapat maafkan Ustaz Love..

Bulan Ramadhan ini disandarkan dengan al-Mubarak bukan semata2 ianya Ramadhan, bahkan kerana banyaknya keberkatan yang Allah sediakan dalam bulan itu.. ditambah lagi dengan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu Lailatul Qadr.. setiap amalan sunat diberikan pahala amalan fardhu.. dan setiap amalan fardhu diberikan pahala berkali ganda..

Amat rugi jika bulan Ramadhan ini kita jadikan bulan memenuhi nafsu makan.. berbuka dah makan.. lepas solat Maghrib, makan lagi.. lepas tarawih, makan lagi.. sebelum balik, lepak kat mamak, makan lagi.. sahur makan lagi.. seolah2 waktu makan hari biasa tu kita pindahkan je waktunya.. silap2, patutnya bulan Ramadhan bleh kurus, jadi bertambah plak berat badan..

Murtabak dan bulan puasa amat sinonim.. Malas2 nak memikir benda nak berbuka, beli je murtabak.. Ustaz Love teringat ada satu pakcik tu jual murtabak.. beratur panjang orang macam nak beli tiket bola.. jadi, Ustaz Love pun tergerak la nak rasa, mana la tau kot2 sedap sangat ke.. sampai ramai orang beratur.. Jadi, Ustaz Love letak member tolong beratur sementara Ustaz Love gi belikan makanan beliau.. pusing 2 3 kali bazar Ramadhan pun, tak sampai lagi turn.. Akhirnya berjaya gak beli..

Berbuka je makan la murtabak tu.. takde la sedap mana pun.. mungkin mulut Ustaz Love je yg rasa tak sedap.. tapi gigih betul mereka2 yg beratur nak beli tu.. Ustaz Love lagi suka beli kat makcik yang tak ramai orang beli.. lebih cepat dan pantas πŸ˜€

Hikmah puasa ni adalah untuk merasai bagaimana orang2 yang kelaparan.. namun, jika berbuka penuh satu meja, tak dapat la nak merasai hikmah ini.. sebab orang yg kelaparan mcm kat Ethopia, Sudan dsb kalau dapat makan pun, setakat makanan basic je.. sekadar mengalas perut.. dan bukannya memenuhkan perut..

Bila lapar, badan menjadi ringan dan memudahkan untuk ibadah (tahiyyat akhir pun bleh buat dengan sempurna.. tak tersangkut kat perut.. hehe).. tapi, bila dah berbuka sampai penuh perut, nak beribadah pun jadi malas.. itu yg marah bebenor kat imam yang solat tarawih 20 rakaat tu.. πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. kat tempat kakjem x de plak org beli murtabak sampai beratur panjang,tapi kalau roti canai mmg ya.(untuk tahun ni x tau lah pulak sbb kakjem belum masuk lg bazar ramadhan)hihi

    1. ntah2, tau ni kedai tosai plak org beratur panjang.. tapi, ada ke bazar Ramadhan jual tosai? hehe πŸ˜€

  2. salam ustaz, sy nak bertanya 1 soalan, apa pendapat ustaz tentang laman web bercerita tentang ‘kaabah itu berhala’? saya dapati ada sesetengah golongan percaya dengan kenyataan ini. kerana dalam al-Quran tidak menyebut mengenai solat, puasa, haji, menyembah kaabah. betul ke ustaz? mohon ustaz beri penjelasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme