I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Nostalgia : Pengumuman Raya

Salam…

Tak berapa hari lagi, akan tamatlah bulan Ramadhan.. dan akan menjelanglah Hari Raya.. tahun ni, mungkin malam raya itu akan ada sedikit kekurangan berbanding sebelum2 ni.. sbb Penyimpan Mohor Besar Raja2 yg dulu, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah telah bersara dan digantikan oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad. Akan terasa kehilangannya sekalipun sekarang ni, awal2 tahun lagi kita dah tau bila nak raya..

Masa kecik2 dulu, maklumat sangat terhad.. semua bergantung kepada TV dan akhbar.. jadi, apa yg keluar kat TV, itulah yang akan dipegang.. berbanding sekarang, dengan adanya media alternatif (facebook, twitter, blog, e-mail, forum dsb), maka maklumat daripada TV dan akhbar masih boleh ditapis dengan jayanya..

Apabila diberitahu tarikh melihat anak bulan Syawal, maka waktu tu memang semua mata akan tertumpu kepada seorang.. iaitu penyimpan mohor besar raja2..

Kalau yang takde TV tu, maka suara radio la yang akan menjadi tumpuan.. aktiviti bermain mercun ke, membuat kuih raya ke.. semua akan dihentikan sementara.. seolah2 masa telah terhenti.. Lalu debaran pun menjelma..

“Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t. Maka dengan ini, saya Penyimpan Mohor Besar Raja2 Melayu, setelah diperkenankan oleh Duli2 Yang Maha Mulia Raja2, adalah dengan ini, mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri __ Hijrah jatuh pada hari…”

Itulah antara dialog keramat.. Biasanya dulu masa kecik2, kalau malam ni pengumuman raya, esok tu belum raya lagi.. lusa baru raya.. maka akan kedengaran la keluhan anak2 kecik, termasuk la Ustaz Love.. sbb tak boleh nak beraya lagi.. Tapi, bagi para ibu, biasanya mereka lebih suka kalau raya tu lewat sehari.. sbb memberi peluang kepada mereka untuk membuat persediaan terakhir sebelum menyambut lebaran.. kira sempat lagi la nak buat 18 jenis kuih malam tu..

Kalau diumumkan hari raya tu jatuh pada hari esok, maka akan kedengaran la jeritan budak2, termasuk bapak budak.. kerana seronoknya dah habis puasa.. yang budak2 tu seronok dapat makan siang.. bapak budak plak seronok dapat ______ siang. Takyah risau nak kena kifarah..

Serentak itu, akan kedengaran la dentuman meriam buluh dan meriam tanah yang menunggu masa je untuk diletupkan.. Kanak2 akan berlari2 riang sambil bermain bunga api.. suasana luar rumah jadi meriah, sebab ramai orang keluar rumah.. Masa tu, masjid dan surau kebiasaannya tinggal imam dan bilal je.. lepas Isyak, Imam dan Bilal akan bertakbir.. masa tu baru ramai orang datang nak bertakbir.. semangat betul..

Tapi, sekarang ni suasana tu dah tak terasa sangat.. Sebab awal2 lagi dah tau bila nak raya.. sbb maklumat dah di hujung jari.. penetapan hari raya ditentukan menerusi rukyah (melihat anak bulan) dan falak (ilmu kaji bintang / astro ceria).. dan kiraan falak itu adalah dikira lebih tepat. Maka, jika terdapat perbezaan antara rukyah dan falak, maka didahulukan falak.. Maksudnya, kalau masa melihat anak bulan itu, ada yg nampak, ada yg tak nampak, maka penentuan penampakan anak bulan dikira mengikut falak.. Sbb tu, awal2 lagi dalam kalendar kita dah tau bila nak raya.

Jadi, bagi sesiapa yg bercadang nak balik sehari sebelum raya, jangan la amik risiko kemungkinan raya tahun ni jatuh pada hari Rabu.. sebab dalam kalendar dah tulis hari Selasa.. takut menangis di pagi raya je sbb tak sempat sampai kat kampung.. terpaksa la beraya dengan warga asing yang tak balik kampung.. πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. intonasi suara Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah masa umum puasa dan raya memang saya suka sangat dengar dari dulu2..walaupon dah tau/bole agak bila puasa/raya tapi masih nak tunggu Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah sebut sampai abis..sekarang mula tahun ni suara tu dah tak dapat dengar…

    1. Selamat hari raya juga buat mama sekeluarga.. insyaAllah, terima kasih keran sudi menjemput Ustaz Love.. semoga selamat pergi dan balik πŸ˜‰

  2. salam ustaz love:)
    najah pown masih teringat tntng pemberitahuan hari raya kt tv 2..tp dh bertahun xtngk..:)

    1. salam najah..

      patah tumbuh hilang berganti.. tapi kadang2 yg mengganti itu berbeza dengan yg dah patah tu πŸ˜‰

    1. sejak arwah mak ayah dah takde, jarang dah Ustaz Love balik kampung masa raya.. masa tak raya je balik.. sayu hati tengok muka pakcik makcik yg seiras wajah ayah bonda.. huuu.. huuu (T – T)

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme