I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Mengejutkan!!

Salam…

Sebenarnya takde la terkejut mana pun.. mcm biasa la, lepas satu isu keluar, maka isu lain pun akan keluar gak.. lepas satu, satu.. kalau kes bunuh tu, hari ni bunuh.. esok bunuh.. lusa bunuh.. kes ragut pun sama.. buang bayi dsb..

Baru2 ni kita dikejutkan dengan pengumuman Jabatan Agama Islam Sarawak berkenaan satu jenis mentega yg mengandungi unsur babi.. itu takde la apa sangat.. tapi yg lagi sadis, ianya digunakan untuk buat kek lapis Sarawak yg sangat terkenal itu..

Kini, kontroversi datang lagi…

Ustaz Love terbaca kat blog ni pasal isu beberapa syarikat makanan dan kosmetik ditolak permohonan halal kerana produknya mengandungi unsur babi dsb..

Ustaz Love pun tak dapat nak pastikan ia betul ataupun tak.. sbb surat tu bukan ditujukan pada Ustaz Love.. cuma, ia agak meyakinkan kerana menggunakan kepala surat (letterhead) Jabatan Agama Islam Pahang..

Apa pun, sebenarnya Ustaz Love sendiri berpendirian tak nak bias kepada mana2 pihak dalam isu halal ni.. sbb belum tentu orang Melayu itu mengutamakan yg halal (sekalipun beliau goreng mee, belum tentu beliau akan pastikan mee yg dibeli itu adalah mee keluaran syarikat yg tak diragui status halalnya)..

Cuma, isu berkaitan halal ini memang diambil berat dalam Islam.. dan kalau dibandingkan isu keyakinan dan kepercayaan antara Muslim dan non-Muslim, sudah tentu Muslim itu lebih diyakini. Sbb isu halal itu adalah sebahagian daripada kehidupannya.. berbanding peniaga2 non-Muslim yg lebih mengutamakan keuntungan.. sebab itu tak heran tahun ni dapat sijil halal, tahun depan ditarik balik.. tahun lusa dapat balik.. seolah2 isu halal ni suatu permainan.

Takde masalah nak makan produk non-Muslim yg ada sijil halal JAKIM, tapi kena sentiasa alert la.. belum tentu tahun lepas kita makan produk tu, tahun ni ianya boleh dimakan lagi (masih halal).. Mungkin dah tiba masanya JAKIM dan KPDNHEP memikirkan usul penggunaan logo HARAM / SYUBHAH terutama bagi produk yg ditarik balik sijil halal.. sbb diorang ni biasa buat senyap je (takde nak buang balik logo halal) kalau sijil halal ditarik..

Time dapat sijil halal, promo besar2an kat media, bila dah ditarik, buat senyap mcm tak bersalah je.. dan still menggunakan logo halal.. untung2 JAKIM tak amik apa2 tindakan.. πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Comments

Add a Comment
  1. sakarang ni kalau nak beli mesti kena hati2 almaklumlah itu semua akan menjadi darah daging.Kakjem klau beli mmg cari produk muslim tapi mahal sikit lah..nak mencari yg halal bukan setakat halal saje tapi halalan toyyiba…WallahuA’lam…

  2. berus simply siti pun x halal. kadang org fokus pada pemakanan jer..barang2 kosmetik dorg tak amik port sgt.

    ustad sy ada soklan ni, bleh ke tanya kat komen ni?? heee lari tempo plak kang huhuhu

  3. JAKIM/jabatan agama islam negeri pon satu hal ustaz..kalau ada berita dorang buat serbuan pada kompeni yang ada sijil halal tapi produknya tidak halal, bukannya nak bgtau kat masyarakat apa nama kompeni/produk tu…nak tunggu ujian makmal la ape k la..smtara nak tunggu, brp byk dah produk yg disaspek tidak halal tu org islam makan..

    1. isu tu bukan dalam bidang JAKIM / Jabatan Agama Negeri.. itu bidang kuasa KPDNHEP.. Jakim cuma boleh mendakwa mereka2 yg menggunakan logo halal Jakim yg palsu saja.. even yg guna logo halal lain pun, Jakim takde peruntukan kuasa untuk mengambil tindakan. Khabarnya Akta Halal nak dibentangkan di Parlimen, tapi tak pasti dah bentang ke blom..

      dalam hal ini, kita sebagai pengguna kena lebih alert.. Jakim telah sediakan platform portal untuk kita semak status halal sesuatu barangan πŸ˜‰

      1. tula…JAkIM kenela bgtau kt masyarakat…kite bknye tau pape…ape yg tulis halal kt laman web jakim tu kite ikut jela…JAKIM yg da buat siasatan kan…xkan kite nak cek sendiri pulak…

    1. orang Melayu ni sensitif kalau ada babi je.. kalau daging yg tak sembelih pun dia bleh belasah lagi.. tapi kalau sebut je nama babi, serta merta rasa mual (sbb tu perkataan babi ni pernah diharamkan penggunaannya.. sayangnya mereka terlupa yg perkataan ‘babi’ itu adalah antara beberapa perkataan asal bahasa melayu.. hehe).

      ada gak yg keliru nak membezakan antara mamak (India Muslim) dan restoran India Hindu.. apa yg penting, nak sedap je πŸ˜€

        1. setakat yg Ustaz Love ingat, Pak Hailam Kopitiam ada sijil halal JAKIM.. yg kopitiam lain kebanyakannya pakai sijil halal swasta πŸ˜‰

  4. tapi skng ni mmg byk yg syubhah.. Contoh kalo kedai makan halal.. mgkin org tgk daging/ayam disembelih. Tapi bahan2 cam serbuk perasa, tepung, mee, dsb tu blom tentu halal kan..

    1. Sbb tu lebih afdhal pempuan dok kat rumah.. banyak sket masa nak menumbuk dan menyediakan bahan masakan yg asli.. kalau kerja, masa tu terhad.. terpaksa guna yg segera2 tu je.. hehe..

      Apapun, taqlid kepada logo halal JAKIM itu adalah lebih baik πŸ˜‰

  5. [“Time dapat sijil halal, promo besar2an kat media, bila dah ditarik, buat senyap mcm tak bersalah je.. dan still menggunakan logo halal.. untung2 JAKIM tak amik apa2 tindakan.. “]

    haila..manusia….manusia…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme