I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Mandi Wajib vs Mandi Sunat Hari Raya

Salam..

Semakin dekat nak raya ni, rasa berdebar2 pun ada.. Tapi Ustaz Love sangat bersyukur kerana masih lagi berada dalam bulan Ramadhan.. buatnya terpingsan 2 hari, bangun2 dah masuk Syawal.. rugi 2 hari ni..

Hajatnya Ustaz Love nak buat entry pasal sunat2 Hari Raya.. maksudnya amalan sunat yg dilakukan pada hari raya, dan bukannya amalan bersunat pada hari raya.. dua perkara yg seakan2 sama, tapi sangat berbeza maksudnya.

Tapi, Ustaz Love nak fokus pasal mandi dulu la.. sebab macam tak sesuai plak nak cerita pasal mandi wajib kat entry pasal sunat tu nanti.. InsyaAllah, kalau takde arang melintal, Ustaz Love akan sambung sunat2 yg lain esok.. Itupun kalau nyawa masih dikandung badan.

Macam2 gaya orang nak menyambut raya ni.. Ada yang bertakbir sepanjang malam, ada yang buat kuih, ada yang main bunga api, ada yg menghias rumah.. Sampaikan ada yg tak nak tido, sebab takut terlepas suasana malam raya tu.. Tambah2 memang banyak movie yang best2.. Bila dah tak tido, banyak la aktiviti nak buat.. Ada yg mengambil kesempatan malam raya untuk melakukan amalan bersama dengan isteri..

Jadi, bila dah masuk Subuh, sepatutnya dah mandi wajib la dulu.. tapi excited punya pasal, tak sangka plak boleh tertido.. jadi Subuh tu tak terjaga.. sebab tu kalau kita perasan, solat Subuh pagi raya tu, memang tak ramai mana pun (walaupun warga bandar dah selamat sampai ke kampung).. Mungkin ramai yg terlajak tido. Bila nak solat sunat hari raya je, baru la datang jemaah yg sangat ramai, sampai melimpah2 ke luar masjid.

Oleh kerana dah kelam kabut nak cepat (takut tak dapat tempat nak solat Raya), maka kadang2 ada yang terlupa nak mandi wajib.. Ada jugak yg mandi, tapi niat mandi sunat hari raya.. maka tak terangkat la lagi hadas besar itu. Ada yang tak tau nak buat mana dulu.. kalau mandi wajib dulu, lepas tu mandi sunat, kang jadi lambat. Kalau tak mandi sunat raya, rugi la plak.. sbb bukan tiap2 hari boleh mandi sunat raya.. kalau mandi wajib tu, tiap2 hari bleh buat.. hehe..

Sebenarnya, dalam mandi wajib itu, boleh sekalikan dengan mandi sunat.. macam kaedah mandi wajib yg Ustaz Love buat entry sebelum ni, sebaik air sampai ke badan, waktu tu berniat la mandi wajib.. ratakan air seluruh badan. Lepas air dah diratakan ke seluruh badan, maka berniat la plak mandi sunat hari raya..

Mandi sunat hari raya ni, tak perlu ratakan air ke seluruh badan pun takpe.. jirus gitu2 je.. nak amik pahala sunat.. Lepas tu, cepat2 la bersiap.. Lepas tu? Nanti Ustaz Love buatkan entry.. jangan risau, esok belum raya lagi..

Jadi, kita ingatkan la diri kita dan ahli keluarga agar jangan lupa berniat mandi sunat hari raya nanti (sbb kalau mandi tu, semua mandi.. takkan la nak pakai baju raya dalam keadaan ketiak berbau hangit plak kan? Cuma bezanya, mandi dengan niat mandi sunat hari raya akan mendatangkan pahala sunat, berbanding mandi biasa).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Comments

Add a Comment
    1. mandi sunat tu bukanlah bertujuan untuk membolehkan pergi solat raya.. tapi ianya satu amalan sunat pagi raya.. jadi, mandi la.. kesian kat tetamu kalau tuan rumah berbau kambing.. hehe πŸ˜€

  1. Terima kasih atas penerangan ustaz tu….. Tp Ada x had masa utk mandi sunat tu, πŸ™‚ cthnya sblm kol 8 ke….

    Selamat hr raya maaf zahir batin buat ustaz sekeluarga

    1. waktu mandi adalah bermula sebelum Subuh pagi hari raya sampai la sebelum Maghrib hari tu.. pilihlah masa2 yg sesuai.. yg lebih baik adalah sebelum menunaikan solat sunat Hari Raya.. sbb masa tu kita nak pakai baju baru dan wangi2 πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme