I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Malam Tujuh Likur

Salam..

Hari ni hari ke 27 puasa.. jadi bermakna, semalam adalah malam 27 Ramadhan.. ataupun lebih dikenali dalam masyarakat kita dengan malam 7 likur.. Ustaz Love pun tak pasti apa maksud 7 likur tu.. Kalau 7 batang keropok lekor tu, tau la Ustaz Love.. hehe..

Dan biasanya bermula malam 7 likur, kita akan memasang pelita atau panjut.. bukan pancut okeh.. jangan silap sebut plak.. Dulu2 panjut dibuat pakai buluh.. gunanya untuk menerangkan kawasan sekitar yg rata2nya bergelap (masa kecik2 dulu, Ustaz Love duduk kat perkampungan setinggan.. takde elektrik).. juga sebagai tempat untuk mencucuh bunga api..

Suasana panjut waktu malam itu masih lagi diamalkan terutama di kawasan2 kampung.. Kat kawasan bandar ni, susah sket nak buat.. takut terbakar plak rumah.. dah la kawasan sempit.. alternatif terakhr, pasang je la panjut elektrik.. nampak mcm pelita menyala2, rupanya lampu mentol berbentuk pelita..

Cuma, dalam memasang panjut itu kena hati2.. jangan sampai terbakar tangan.. susah plak nak kutip duit raya kang.. dan letakkan jauh sket daripada rumah.. sebagai langkah persediaan.. maklum la, bermain dengan api ni kena hati2.. ada plak bahan api seperti minyak tanah.. buatnya bocor ke, meleleh ke rumah.. mau terbakar rumah..

Juga kena berhati2 dengan hati.. jangan sampai meyakini kepercayaan orang dulu, kononnya supaya menyuluh jalan roh2 orang mati supaya berjumpa jalan pulang ke rumah. Sanggup ke tengah2 bakar lemang ke, tiba2 pocong ada kat sebelah nak tolong bakarkan sekali? hehe.. ini merupakan kepercayaan karut dan tahyul.. jika memasang pelita / panjut dengan keyakinan seperti ini, maka hukumnya adalah haram. Baik pasang lighter je..

Kalau pasang pelita semata2 mengembalikan nostalgia hari raya dan menambah kemeriahannya, maka ianya dibenarkan.. Sbb bila pasang pelita ni, nostalgianya memang lain sket.. nampak meliuk2 apinya ditiup angin.. khayal kejap.. tak mcm lampu elektrik, statik mcm tu je..

Ustaz Love dah lama tak pasang pelita ni.. Last pasang pelita masa jaman sekolah dulu.. pasang pelita ayam nak ulangkaji pelajaran.. nampak mcm skema je kan.. last2 habis berjelaga lobang idung.. hehe πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
    1. kalau takde pelita, pasang la lilin,
      selamat hari raya, maaf zahir batin (sekali mcm pantun plak) πŸ˜€

    1. orang raya2 mana de main bunga api.. raya2 gi kutip duit.. hehe..

      apapun, hati2 main apa2 pun jenis api.. walaupun bunga api tak meletup, tapi apinya tetap bahaya.. anak buah Ustaz Love masa kecik2 dulu, habis terbakar baju.. sbb member dia masukkan bunga api dlm baju beliau.. kesian takde peluang nak tumbuh bulu dada.. hehe πŸ˜€

  1. masa sy kecik2 dulu pak lang sy rajin buat tiang tuk gantung pelita sepanjang lorong jln rumah kami. tiap2 pagi sy la kena kutip pelita tu. takut hilang bebudak wat main kan. la ni tumpang tengok pelita umah org jer la.

    ustad selamat hari raya ye…esok sy wish lg hihihihi

    1. Ustaz Love dulu lagi advance.. gantung pelita kat dinding rumah je.. habis berjelaga.. sib baik tak terbakar..

      nak wish sejam sekali pun takde masalah.. πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme