I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Lailatul Qadr, Nak Buat Apa?

Salam…

Sementara menunggu waktu berbuka ni, Ustaz Love nak menulis sket berkaitan Lailatul Qadr.. iaitu berkaitan amalan yang dituntut untuk diperbanyakkan sekiranya bertemu dengan Lailatul Qadr.. Kebetulan persoalan itu ditanyakan oleh saifull, jadi sangat kena la dengan waktu 10 malam terakhir ni..

Lailatul Qadr adalah satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan (kira2 83 tahun).. lebih baik itu bukanlah maksudnya 1000x lebih baik daripada 1000 bulan di langit.. nak buat apa bulan banyak2 ye tak? Kang malam jadi macam siang plak sbb terang benderang.. hehe

Maksudnya adalah satu malam itu saja adalah lebih baik daripada 1000 bulan (kiraan kalendar).. kisahnya lebih kurang.. bila Nabi s.a.w. memberitahu ada kalangan ahli ibadah (abid) Bani Israel yang beribadah sampai 80 tahun tanpa melakukan perkara2 yang melanggar perintah Allah (kalau kita baca kisah2 Israiliyyat ni, memang nampak hebat umat2 zaman dulu.. sujud sampai berlekuk tempat sujud, rukuk sampai burung2 bleh buang sarang kat belakang.. duduk berzikir sampai melilit akar kayu kat badan), maka sahabat2 Nabi pun menjadi takjub dan terkaget serta terkagum.. sedangkan umur umat Nabi Muhammad s.a.w. ni tak panjang mana pun.. setakat 60 – 70 tahun je.. kalau lebih2 sket pun, jarang yg melepasi umur 100 tahun.. sedangkan umur umat Nabi Nuh lebih seribu tahun (Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya saja selama 950 tahun).. jadi, mcm mana nak tandingi kehebatan ibadah umat terdahulu, sedangkan umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah umat yang utama.

Maka, diberikan Lailatul Qadr yang satu malam itu saja adalah lebih baik daripada 83 tahun.. satu ibadah pada malam itu saja, seumpama beribadah 83 tahun.. zikir pada malam itu saja seumpama zikir 83 tahun.. mana nak dapat? Sebab itu Allah menyatakan bahawa perniagaan agama ini adalah perniagaan yang takkan merugikan di dunia dan dapat menyelamatkan manusia daripada azab di akhirat..

Satu amalan kebaikan pada hari2 biasa saja dibalas dengan 10 ganjaran.. bayangkan jika dilakukan di dalam bulan Ramadhan, pada malam Lailatul Qadr..

Sebab itu, kita disuruh mencari malam Lailatul Qadr, dan bukannya diberikan tarikh tertentu supaya kita buat ibadah sungguh2 pada malam itu, tetapi melupakan malam2 lain yg juga sangat besar manfaatnya.. Umpama kita memancing dan menjala.. kalau memancing, ada kemungkinan dapat ikan, tapi belum tentu dapat ikan yg kita hajatkan.. kalau nasib baik, dapat la ikan (itu pun bergantung pada umpan yg kita pakai.. kalau pakai umpan cacing, boleh ke kita nak harapkan dapat ikan kerapu?).. Berbanding kalau kita guna jala, insyaAllah, jangan kata ikan kerapu, ikan merapu pun bleh sangkut dalam jaring tersebut..

Maka, 10 malam terakhir ini la kita kena tebarkan jala.. kena cek tengok kot2 ada terkoyak ke kat mana2.. iaitu dengan cara melakukan iktikaf.. Iktikaf ini bukan bermaksud tido dalam masjid.. sampai berkeruh meleleh air liur.. siap ada pakej mimpi basah lagi.. itu bukan iktikaf, itu iktido (istilah ni Ustaz Love baru je reka). InsyaAllah, jap lagi Ustaz Love buatkan entry bab iktikaf plak..

Ada yang sanggup mengambil cuti semata2 untuk iktikaf.. iaitu menghabiskan seluruh masa sepanjang 10 hari terakhir itu di masjid untuk melakukan ibadah demi memburu Lailatul Qadr dan kelebihan2 lain di bulan Ramadhan. Kalau keluar daripada masjid pun sekadar untuk menunaikan hajat di toilet ataupun makan. Selebihnya digunakan untuk beribadah..

Jika berjumpa dengan Lailatul Qadr ini, maka kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah (solat sunat, baca al-Quran, zikir dan doa).. sebab ibadah pada malam itu seumpama beribadah 83 tahun.. tapi bukanlah bila dah beribadah pada malam tu, kita dah tak payah beribadah selama 83 tahun lepas tu.. dengan anggapan dah cukup dah ibadah tu ditampung dengan ibadah malam Lailatul Qadr.. jangan silap faham.. yg dinyatakan cuma kelebihan beribadah pada Lailatul Qadr, bukannya bila dah beribadah pada malam tu, takyah dah buat ibadah selepas tu.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w sabdanya: ” .. Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang (dan pelbagai jenis ibadat yang lain) , sedang ia beriman  dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” (HR. al-Bukhari)

Antara doa yg Nabi s.a.w. ajarkan kepada Aisyah r.anha jika berjumpa dengan Lailatul Qadr ini adalah memperbanyakkan doa yg selalu dibaca ketika rakaat ke-4 tarawih iaitu :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

“Wahai Allah, sesungguhnya Engkau sentiasa mengampunkan (salah silap hamba-hamba-Mu), lagi suka mengampunkan, oleh itu ampunkanlah salah silapku.”

Ada ulamak yg berpendapat, sekiranya kita melakukan solat tarawih pada Lailatul Qadr, ianya dah dikira sebagai menghidupkan malam tersebut.

Semoga Allah mempertemukan kita dengan malam yg berkat (لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ) ini dan tidak dilalaikan pada malam tersebut..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Comments

Add a Comment
  1. Terima kasih ustaz..

    Ada yang mengatakan, malam Lailatul Qadar itu jatuh pada malam2 ganjil…dan jika seseorg itu iktikaf tiap2 malam (10 malam terakhir) adakah dia boleh dapat Lailatul Qadar?…

    selain itu ustaz..adakah malam Lailatul Qadar ini jatuh pada tarikh yg sama setiap kalinya bulan Ramadhan.?

    ada juga pendapat mengatakan, tanda2 malam yg lebih baik daripada 1000 bulan itu ialah, suasana yg tenang, melihat pokok2 sujud ke bumi…

    1. insyaAllah, jika diizinkan Allah, dapatlah kita menemui Lailatul Qadr.. Ustaz Love sendiri tak dapat nak memberi jaminan.. sbb itu semuanya pilihan Allah 😉

      Lailatul Qadr tidak jatuh pada tarikh yg sama pada setiap tahun.. berdasarkan kepada riwayat2 lain yg menyatakan ianya jatuh pada 21, ada riwayat lain kata 23, ada yg kata 27.. tapi di Mekah (kalau tak silap), menetapkan malam ke-27 itu untuk iktikaf mencari Lailatul Qadr.

      Tanda2 Lailatul Qadr itu berbeza antara seorang dengan yg lain.. insyaAllah, nnt Ustaz Love buatkan entry lain 😉

      1. kenapa malam Lailatul Qadar dirahsiakan.. menurut bacaan dan pemahaman saya, malam Lailatul Qadar dirahsiakan adalah untuk melihat hamba2nya bersujud kepada Allah dan menghamba kan diri kepadanya..dan membuatkan manusia sentiasa berlumba2 untuk mendapatkan ganjaran yang dikurniakan..Maha suci Allah yang menciptakan bumi dan langit..

        1. hikmah dirahsiakan agar umat Islam berlumba2 melakukan ibadah untuk mengejar Lailatul Qadr dan tidak berpuas hati setakat ibadah yg ada.. jika diberikan tarikh yg tetap, sudah tentu umat Islam hanya akan bersungguh2 pada malam tersebut, tetapi melupakan ibadah pada malam2 yg lain.

          WA

    1. pempuan yg uzur, memang terbatas amalannya.. bukan setakat yg sunat, yg wajib (mcm puasa) pun tak bleh nak dilakukan.. maka, jangan la jeles dengan kaum lelaki ni.. hehe..

      tapi, para wanita masih lagi boleh melakukan ibadah yg tak dilarang semasa uzur.. spt berzikir dan berdoa.. maka perbanyakkanlah zikir dan doa spt di atas.. insyaAllah, ada manfaatnya 😉

  2. Zaman dahulu, umat cuma akan bertanya “Apa lagi amalan yang boleh aku buat untuk dekatkan diri kepada Allah?”

    Zaman sekarang pak ustaz pun tak boleh menjadi sumber nurani insani kalau tak bawa hujah dan kisah baru.

    Sedangkan manusia itu mudah lupa. Sebab tu perlukan teguran berulang-ulang kali.

    Aih. Macam dah lari topik je.

    Nak cakap pasal Ustaz2 yang hadir dengan teori2 “kalau mula puasa hari isnin, malam al-qadr jatuh 21hb bla bla bla.”

    Terus orang yang dengar serbu mesjid 21hb. Lepas tu p shopping raya sampai pepagi buta. Allah. Allah. Allah.

    1. teori2 tu semuanya bukan satu dalil utk jadi hujjah.. mungkin juga sekadar pengalaman, tapi tak semestinya betul..

      shopping pepagi buta tu kira ok dah.. daripada shopping time kerja atau shopping time tarawih 😀

  3. Assalam,ustaz.Macam biasa entri ustaz buat saya senyum sendiri.Hehe lucu pulak ada istilah baru yang ustaz buat-iktido.

    Terasa sangat nak lalui Lailatul Qadr,moga kita semua termasuk dalam Hamba2NYa yang terpilih.

      1. salam ustaz…bleh ustaz terangkan x waktu plng mustajab utk kte beribadah dlm 10 mlm2 terakhir tu?? dan adakah solat terawih sudah memadai?

        1. salam imran..

          waktu paling mustajab doa adalah ketika 1/3 akhir malam.. sesetengah ulamak menyatakan bahawa dengan solat isyak dan subuh berjemaah, maka dikira telah mendapat Lailatul Qadr sekiranya berlaku pada malam tu. Yg terbaik adalah melakukan iktikaf dan beribadah pada 1/3 malam.. banyakkan doa ketika sujud.. insyaAllah, doa kita akan dimakbulkan.. cuma tak tahu bila dan bagaimana.. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme