I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kegembiraan Orang Berpuasa

Salam…

Hari ni dah tak berapa ghairah nak menulis dah.. semuanya gara2 broadband.. sekejap2 putus… nak sambung balik, punya la lama baru ok.. lepas tu putus balik.. Lalu Ustaz Love mencuba pelbagai cara manual yang difikirkan berguna..

Lalu, jalan terakhir Ustaz Love cuba buka youtube.. pasang lagu yang ada playlist (bleh main secara terus menerus).. dan nampaknya ia berkesan.. Ustaz Love pasang lagu raya.

Syahdu sungguh bila teringatkan raya ni.. bukan la sebab tak sabar nak beraya.. tapi terlalu banyak kenangan dalam lagu raya tu.. semua ada.. pasal anak dah lama tak jenguk mak ayah.. pasal teringatkan mak ayah yang dah meninggal.. pasal kekasih dsb.. Tapi takde la syahdu mana kalau nak dibandingkan mereka2 yg berada di perantauan.. Itu belum dengar takbir raya yg mendayu2 lagi..

Ustaz Love bukan nak cerita pasal raya.. cuma nak cerita pasal lagu raya je.. ianya dah mula berkumandang di shopping complex dan juga di pc2 kebanyakan kita. Suasana beraya tu dah diwujudkan lebih awal daripada sepatutnya. Tapi takde masalah.. masing2 punya hak nak rasa semangat nak beraya tu..

Apatah lagi setelah berjuang melawan nafsu di bulan puasa. Tapi, sebenarnya sebelum kegembiraan menyambut raya itu, ada satu kegembiraan yg kadang2 kita terlepas pandang. Iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa.

Ada ke orang berbuka puasa dengan linangan air mata? Sambil mengesat2 hingus di hidung sebab terlalu sedih kerana berlapar? Sudah tentu jarang sangat berlaku.. kecuali la kalau orang tu dah beberapa hari berbuka puasa meneguk air paip, sekali tu dapat berbuka nasik beriani, maka mungkin juga berlinang setitis dua air mata.. tapi, tak mustahil juga berlinang2 air liur melihatkan makanan itu sebelum berbuka..

Kebanyakan orang akan terasa kepuasan di wajahnya bila berbuka.. sebaik azan berkumandang, maka kita mula makan. Kalau kat rumah, mungkin kita bleh tengok wajah ahli keluarga.. kalau berbuka kat luar, mungkin bleh tengok keadaan wajah orang sekeliling yg sedang berbuka.. Walaupun mungkin sekadar minum air teh O, tapi gayanya macam nikmat sangat..

Itulah kegembiraan bagi orang yg berpuasa di dunia ini.. di akhirat nanti, orang2 yang berpuasa ini akan lebih gembira lagi apabila dapat bertemu dengan Allah s.w.t… apabila dapat melihat ganjaran puasa.. dapat masuk syurga melalui pintu yg khas untuk orang2 yg berpuasa (ar-Rayyan) dan banyak lagi..

Cuma, dalam kegembiraan menikmati juadah berbuka, jangan lupa untuk berdoa.. kerana doa sebelum berbuka puasa adalah mustajab dan pasti dikabulkan oleh Allah.. Doa la apa2 je.. ampunkan dosa ke, minta sihat ke, nak jadi kaya ke, nak jadi kayu ke.. insyaAllah makbul.

Begitu juga waktu sahur.. kerana ianya termasuk 1/3 akhir malam.. maka, kalau terbangun awal tu, solat la tahajjud barang 2 rakaat dan berdoalah sebelum makan sahur. InsyaAllah, jika diamalkan setiap hari, ia akan menjadi kebiasaan bagi kita untuk bangun solat malam.. dan sudah tentu peluang untuk bertemu dengan Lailatul Qadr akan lebih luas.

Jadi, sementara menunggu azan berbuka, tadah tangan dan berdoalah.. Jangan lupa doakan Ustaz Love sekali.. πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. -InsyaAllah kakjem paling kurang dlm 1 hari sekali akan doakan ustaz..
    -bila sahur dan berbuka ni kakjem amat2 merindu arwah emak kakjem.alangkah beruntungnya mereka2 yg masih mempunyai emak.

    1. alhamdulillah.. terima kasih banyak2 kakjem.. semoga Allah membalas jasa baik kakjem kerana mendoakan kebaikan buat Ustaz Love πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme