I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Isu Puasa : Penggunaan Inhaler Untuk Pesakit Athma

Salam..

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada cik Jiejah Gorjes (kenapa la tiap kali nak taip Gorjes, tertaip Gores.. hehe) :

ustad batal tak puasa jika sy la kan pengidap asma, tgh berpuasa tetiber semput (asma saya dtg) saya guna inhaler tu (alat sedut gas).”

Ini antara isu2 perubatan yg berkaitan dengan puasa.. tapi yg paling femes (isu perubatan ni) adalah gastrik.. asal datang puasa je, datang la gastriknya.. hehe.

Dalam hal ini, ada 2 pandangan.. pandangan ni berasaskan kepada illah (sebab) pembatalan puasa yang disebabkan kemasukan sesuatu ke dalam rongga.. iaitu saluran makanan (mulut mahupun hidung)..

Pandangan pertama menyatakan bahawa ianya membatalkan puasa. Kerana gas inhaler itu masuk melalui saluran makanan yg menuju ke perut. Maka, menggunakan inhaler ini tidak berdosa (kerana ada tujuan perubatan), tetapi membatalkan puasa dan wajib qadha. Namun, jika penyakit athma tu jenis kronik (memang kena selalu sedut) dan tak memungkinkan sembuh, maka tak perlu ganti puasa.. cukup sekadar membayar fidyah kepada fakir miskin.

Pandangan kedua adalah lebih terpilih.. iaitu ianya tidak membatalkan puasa.. Ini kerana, yg masuk ke dalam rongga itu bukanlah makanan, sebaliknya gas yg hanya masuk setakat paru2 je (berbeza situasi dengan rokok.. sbb rokok ada kenikmatan mcm makanan gak.. sedangkan gas inhaler adalah untuk tujuan perubatan.. nampak mcm seksa je orang terpaksa sedut gas tu.. takde plak nampak seksa org merokok yg menyedut asap) dan tidak sampai ke perut. Maka pandangan ini mengharuskan penggunaan inhaler dan tidak membatalkan puasa.

Cuba try masa bersahur, makan habbatus sawda’ (skrg ni dah ada dalam bentuk kaplet – pehh, guna bahasa Indonesia plak.. hehe).. InsyaAllah, boleh menghindari serangan athma.. Tapi, kena dapatkan nasihat doktor dulu la.. sbb pengalaman setiap orang tu tak sama πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
    1. Jiejah Gorjes apa kata awak pesan je hati unta tu kat ustazlove sbb beliau nak p umrah tu…hihiii

  1. maksudnya kita boleh pilih untuk ikut salah satu pandangan tu ke camna ustaz? cam mama nih mmg sejak kecik asma tak baik baik walaupun dah try mcm mcm ubat. So selama ni Mama ingat tak batal sbb ianya ubat & bukan makan pun, cam pandangan ke-2 tu. Kalau nak ikut puasa batal sbb ambik inhaler, mau setengah bulan posa tercancel tiap tiap tahun huhuhu…

    1. kita boleh bertaqlid kepada mana2 pandangan.. tetapi, pandangan kedua itu lebih terpilih kerana ianya merupakan pandangan jumhur ulamak mutaakhirin yg mengkaji secara mendalam berkaitan isu2 fiqh perubatan ni πŸ˜‰

    1. afwan ya mama.. ilmu fiqh itu sentiasa berkembang.. tapi masih lagi terikat dengan kaedah dan usul yg asal πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme