I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Harus Berbuka : Orang Yang Tidak Berkemampuan

Salam..

Orang yang tidak berkemampuan untuk berpuasa adalah mereka2 uzur disebabkan tua, penyakit, hamil, menyusukan anak, bekerja pekerjaan yang meletihkan dsb.. Bagi mereka2 ini, diharuskan untuk berbuka puasa.

Seorang yang sudah tua dan tak mampu untuk menahan lapar dan dahaga hasil daripada berpuasa, maka harus baginya untuk berbuka puasa. Ini kerana, jika beliau meneruskan berpuasa, ditakuti akan membahayakan dirinya.. Maka, jika kita ternampak orang tua tak berpuasa, bersangka baik la.. jangan plak dok kutuk2.. dah tua pun tak reti2 nak puasa lagi.. sedangkan Allah dah bagi keringanan bagi orang tua yg uzur ini daripada berpuasa.. siapalah kita untuk menafikan kemudahan yg Allah berikan itu. Cuma, mungkin kita bleh bagitau kat beliau, sekalipun beliau boleh berbuka disebabkan uzur, jangan la makan depan orang berpuasa..

Begitu juga dengan seorang yang hamil.. jika beliau bimbangkan kesihatan diri dan anak yg dikandungnya hasil daripada berpuasa, maka beliau boleh berbuka puasa.. Sebaliknya suami beliau tak boleh berbuka puasa sekalipun perut suaminya dah sama besar dengan perut isterinya yang mengandung..

Seorang wanita yang menyusukan anak, jika bimbang susunya akan berkurangan akibat berpuasa, yg mana boleh menjejaskan kesihatan anaknya yg tak dapat nak menyusu, maka harus la beliau berbuka.. Kalau sayang nak berbuka (sbb orang pempuan ni, kalau menyusukan anak, lambat dtg period.. tak pasti adakah ianya fakta atau auta.. kira itu peluang beliau nak berpuasa penuh sebulan), maka boleh meneruskan puasa. Lagipun sekarang ni teknologi penyusuan dah semakin maju.. bukan setakat susu lembu je yg bleh diperah dan disimpan, susu ibu pun bleh buat mcm tu juga.

Bagi mereka2 yg melakukan pekerjaan yg berat (spt buruh kasar yg mengangkat batu2 besar dsb.. sehingga mendatangkan kepenatan melampau), maka haruslah beliau berbuka puasa. Ini kemudahan yg Allah berikan.. nanti bila dah habis puasa, bleh ganti puasa tu masa cuti (hujung minggu ke.. err.. keje buruh ni ada cuti hujung minggu tak?)

Sekalipun golongan ini diharuskan berbuka, namun jika mereka meneruskan puasa, ia tetap dikira.. Bergantung atas tubuh badan sendiri.. kalau mampu, puasalah.. kalau tak mampu, berbukalah..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

Add a Comment
  1. As salam ustaz love,

    ira ade sesuatu yg nk ditanya,,tak pasti sama ade ustz pernah buat entry mengenai ini atau tidak..:)

    ira nak tahu,, boleh tak kita menggunakan contact lens semasa berpuasa. ?

    1. waalaikumussalam..

      tiada masalah menggunakan contact lense.. kerana ia tidak dikira memasukkan sesuatu ke dalam rongga 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme