I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Harus Berbuka : Orang Yang Sakit

Salam…

Orang yang sakit adalah orang yang tak sihat.. tetapi, tak semua kesakitan itu membolehkan / mengharuskan untuk berbuka puasa. Hanya kesakitan yang timbul akibat daripada menahan lapar dan dahaga saja yang membolehkan sang pesakit itu berbuka puasa. Dan bukanlah semua sakit.. asal namanya penyakit je, disangkakan harus untuk berbuka puasa.

Bila disebut berbuka ni, mesti la ada puasanya dulu, ye tak? Kalau dah daripada pagi dok makan je, niat puasa pun tak.. maka tak la dinamakan berpuasa.. itu namanya tak puasa..

Antara penyakit yang mengharuskan berbuka adalah penyakit yang mana boleh memberi mudarat kepadanya jika tak makan / tak makan ubat. Mudarat ini mungkin bermaksud kehilangan nyawa, ataupun boleh juga bermaksud penyakit itu akan bertambah lagi..

Contohnya jika seseorang yang mempunyai penyakit yang memerlukannya makan ubat pada siang hari.. kalau tak makan ubat, sakitnya akan semakin bertambah, ataupun boleh membahayakan dirinya.. maka harus la beliau berbuka puasa ketika nak makan ubat tu..

Ataupun jika seseorang itu dihinggapi gastrik (tak kira la penyakit tu muncul sebelum Ramadhan ataupun sebaik saja pengumuman puasa kat TV.. dengan syarat memang betul2 sakit.. bukan buat2 sakit) dan tak mampu untuk menahan kelaparan, maka haruslah beliau berbuka puasa.

Ataupun jika seseorang itu dihinggapi penyakit kurap ke.. doktor kata, kalau tak makan ubat waktu siang, kurap tu akan lambat sembuh, maka harus la berbuka.. kalau doktor kata, sapu ubat pun boleh sembuhkan kurap tu, maka tak harus (haram saja2 nk berbuka puasa)

Tapi, kalau jari terkena selumbar ke, kaki cagu ke, kaki kematu ke (yg takde kaitan dengan ancaman kesihatan.. sbb selumbar tu tak perlu nak kena makan ubat, begitu juga kaki cagu.. pendek kata, penyakit luaran yang takde kaitan dengan nak makan ubat ikut time), maka ianya tak berkaitan dengan maksud penyakit yang mengharuskan berbuka itu.. sekalipun ia tetap berasa sakit..

Sekalipun diharuskan berbuka, jangan la makan depan2 orang yang sedang berpuasa.. sebab ini boleh menimbulkan fitnah.. kalau nak makan, makan sorok2.. bukan gi makan kat mamak.. silap haribulan, sama2 kena angkut masuk van jenazah.. sapa yg malu? mereka dan keluarga mereka juga πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
  1. klau migrain mcmana pulak ustaz?sbb klau x mkn ubat sakitnya akan bertambah2…tapi klau nak buka alangkah sayangnya…..huhuhu

    1. kalau migrain disebabkan rukyah, memang tak hilang kalau makan ubat.. hehe

      kalau tak tahan kesakitan, takde masalah nak berbuka puasa supaya dapat makan ubat… kalau mampu bertahan dan sayang nak berbuka, teruskan puasa pun takde masalah.. sbb hukumnya harus berbuka.. kecuali la kalau tak berbuka, maka kepala bleh meletop, maka ketika itu wajiblah berbuka πŸ˜€

    1. puasa memang tak susah bagi kita, tapi mungkin sangat susah bagi orang lain.. Ustaz Love pernah jumpa orang yg sampai nak pingsan2 berpuasa.. setiap masa ada tuala basah nak lap badan dan muka.. sambil mengeluh2 mcm dah nazak sangat.. iaitulah Ustaz Love masa kecik2.. hehe πŸ˜€

  2. As’salam, sy mempunyai gastrik & angin yg tak pernah2 baik..dah keluar hospital banyak kali ttp doktor tak dpt jumpa apa2 melainkan doktor jumpa sy ada masalah gastrik..gastrik sy sampai boleh menyebabkan sesak dada & agak sukar sedikit utk bernafas..pernah sampai menggigil & organ dalaman perut berdenyut sbb tahan puasa sayang nak bukak..boleh ustaz komen tentang kes sy?

    1. Kalau tak tahan berpuasa, saudari boleh berpuasa setakat termampu. Nanti cuma bayar fidyah saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme