I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Harus Berbuka : Orang Yang Bermusafir

Salam…

Orang yang bermusafir harus baginya berbuka puasa.. dengan syarat ianya menepati kaedah musafir yang membolehkan untuk melakukan solat jamak dan qasar.

Dalam mazhab Syafie, antara syarat yang membolehkan jamak adalah :

1.    Apabila telah keluar daripada kawasan kampungnya.

Ini memberi maksud, jika beliau nak bermusafir, tetapi masih berada dalam kawasan kariahnya, maka tidak boleh membatalkan puasa.. beliau kena keluar dulu daripada kawasan kariahnya, baru la harus berbuka.. Jangan plak siap2 makan dulu kat rumah.

2.    Jarak perjalanan lebih dari 2 marhalah iaitu kira-kira 91KM

Terdapat banyak pendapat dalam penentuan 2 marhalah ni.. setakat yg Ustaz Love tahu, paling kurang KM yang dimaksudkan dengan 2 marhalah itu adalah 84km.. Ada juga yg mengatakan 85km.. begitu juga 91km.. ini cuma anggaran saja.. sebaiknya, ambil yg jarak yang lebih tinggi (91km).. keluar daripada khilaf itu lebih baik.

3.    Tujuan perjalanan bukan untuk maksiat

Kalau tujuan untuk bertemu kekasih, takut jalan jauh2 letih, nanti nampak tak hensem.. maka beliau pun berbuka.. maka ini haram hukumnya berbuka.. sbb tujuan perjalanan adalah jelas untuk melakukan maksiat (berkhalwat dengan kekasih). Tapi, kalau nak gi tengok bola ke, maka harus berbuka. Tapi, tergamak ke kita batalkan puasa demi nak tengok bola? Melupakan kelebihan2 orang berpuasa yg disediakan Allah s.w.t?

Walaupun harus untuk berbuka, tetapi adalah lebih baik kalau dapat mengekalkan puasa. Cuma dalam keadaan2 tertentu, ada kalanya lebih baik berbuka daripada berpuasa.. Contohnya, pemandu bas yg bermusafir membawa penumpang dalam basnya.. Jika beliau berpuasa, mungkin akan mengurangkan tumpuan terhadap perjalanan yg mungkin membahayakan para penumpang. Maka, ketika ini adalah lebih baik beliau berbuka. Cuma jangan la zahirkan perbukaan itu di tempat terbuka kerana ianya boleh menimbulkan fitnah kepada orang yang tak mengetahui (spt menggantung plastik air kat stereng bas dsb).

Namun, jika beliau dapat bertahan dan tiada masalah nak bawa bas (bukan pikul bas pun), maka mengekalkan berpuasa itu adalah lebih baik.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
    1. sebabnya ada, iaitu musafir.. tak kira dalam negeri mahupun luar negeri.. mungkin bagi kita, nampak mcm takde keperluan nak berbuka, tapi bagi orang lain, mungkin perlu 😉

    1. kadang2, lagi mudah mengganti berbanding berpuasa pada bulan Ramadhan.. kita dok Malaysia ni tak rasa sangat.. mcm member Ustaz Love kat Sweden, dia start puasa (Subuh) pukul 2.51 am dan berbuka pada Maghrib 9.17 pm.. bayangkan dekat 18 jam berpuasa.. sbb waktu siang panjang.. kalau ganti puasa waktu dah balik Malaysia, puasa dalam 12 jam je.. 😀

  1. sy konfius la ustaz…kalau mcm buruh yg keje kuat tu kan salu bg alasan xyah puasa…tp mslhye mcmne dorg nk ganti puasa…sebab bulan2 laen pon dorg keje as buruh…nti bulan laen pon ckp penat keje…last2 xganti trus…mcmne tuh?

    1. diorang tak selama2nya jadi buruh.. duduk Malaysia 2 3 tahun, dah bleh buat banglo dan beli tanah.. lepas tu diorang jadi bos la.. masa tu bleh la ganti puasa (kecuali la tiba2 masa tu kena penyakit gastrik plak.. hehe) 😀

        1. betul tu.. tapi kalau tak mampu / sempat, maka ganti la puasa tahun selepas tu.. berapa sangat la fidyah yg nak kena bayar 😉

  2. aslkmkum ustad..sy berpuasa sekarang di korea dan akan pulang ke mlysia 2 hari lg (dlm bulan puasa). adakah sy dwajibkn berpuasa atau boleh berbuka apabila mula naik kapal terbang

  3. Salam Ustaz, kalau bermusafir dengan kapal laut contohnya Menaiki feri dari Wilayah Persekutuan Labuan – Menumbuk, Sabah adakah memenuhi syarat untuk dibolehkan berbuka ? Jika mengikut jarak lebih kurang perjalanan baru 20km kalau ikut feri lama ( 2 jam ) . kalau ikut feri yang baru dalam sejam dah sampai. Terima kasih atas penerangan.

Leave a Reply to Ustaz Love Cancel reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme