I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Happy Merdeka Raya

Salam…

Alhamdulillah, Ustaz Love selamat sampai ke tempat yg dituju.. ke mana tujuan Ustaz Love? Biarlah rahsia.. hehe.. Tak sangka plak raya pertama ni, kete penuh kat atas jalan.. ingatkan orang gi beraya jalan kaki je.. rupa2nya jauh2 gak diorang gi raya.. Sambil diiringi bunga api kat kaki langit, terasa meriahnya raya..

Tiba2 muncul sekumpulan mat motor dengan ghairahnya membawa bendera sambil menjerit perkataan keramat “Merdeka!!”.. Terpanjat boboy!! Bangganya mereka menjadi anak merdeka.. Ustaz Love juga anak merdeka.. Tapi Ustaz Love sempat merasai zaman komunis.. bukan la zaman darurat.. tapi zaman Ustaz Love tu, komunis belum letak senjata lagi..

Abang2 Ustaz Love 3 orang jadi tentera (tapi semua dah pencen).. Ustaz Love selalu dengar cerita2 diorang masa operasi kat dalam hutan. Kalau sekarang, operasi ketenteraan lebih kepada rondaan di sempadan untuk mencegah penyeludupan dsb, zaman Ustaz Love kecik2 dulu, operasi lebih kepada nak banteras saki baki komunis sehingga ke peringkat akar umbi. Masa tu komunis dah lepak kat sempadan, tapi tak bleh gak nak pandang mudah.. Bila2 masa je dia boleh muncul.. sbb masa tu Malaysia masih lagi kaya dengan hutan (sekarang ni je dah banyak hutan yg botak).

Abang Ustaz Love pernah berhadapan one by one dengan komunis.. masa tu beliau buat rondaan, tiba2 terserempak.. dua2 tergamam.. mujur la abang Ustaz Love itu sempat bertindak merebahkan badan dan menembak ketiak komunis itu (tang ketiak tu Ustaz Love saja tambah.. hehe). Kalau tak, mungkin dah arwah dah abang Ustaz Love.. itu yg Ustaz Love curi2 dengar masa dia berborak dengan member dia.. kalau dia kentorak (kelentong), maka kelentong gak la Ustaz Love.. Ustaz Love masa tu kecik lagi untuk menyiasat kebenaran cerita tu..

Beliau juga pernah terpijak jerangkap samar.. tembus kaki beliau tercucuk kayu tajam jerangkap samar tu.. yg ni memang betul.. sbb Ustaz Love sendiri tengok kaki beliau berbalut..

Jadi, bila ada pihak yg mengatakan sang komunis itu sebagai hero, Ustaz Love sangat terguris hati (walaupun Ustaz Love bukanlah seorang tentera.. cuma suka tengok cerita perang je). Ustaz Love dapat menyelami perasaan para tentera yg terpaksa meninggalkan anak isteri untuk gi operasi (bukan operasi sekejap2, kadang2 sampai 4 5 bulan duduk dalam hutan).. semata2 nak menjaga keamanan negara.. senang2 je ‘beliau’ kata komunis tu hero.

Komunis ni adalah satu pergerakan yg memperjuangkan ajaran komunisme.. yang tak percayakan Tuhan.. free thinker.. mengganggap agama itu candu masyarakat.. jadi, bagaimana seorang ‘pejuang Islam’ boleh membela pergerakan sesat ini dan mengangkat mereka sebagai hero? Sungguh dahsyat permainan politik ni..

Maka itu. sempena Aidilfitri dan sambutan Hari Kemerdekaan negara ke 54 ini, sama2 la kita kembali kepada fitrah.. Aid / Eid itu adalah kembali.. Fitr itu adalah fitrah.. setelah sebulan kita bermujahadah, insyaAllah, kita kembali kepada fitrah iaitu hati dan perbuatan kita telah dibersihkan. Mcm baby2 gitu.. tapi kalau masa bulan puasa pun sibuk nak jimak siang hari, tgk cerita lucah, onani dsb, maka bertaubatlah dulu.. sebelum kita menyambut kembalinya kita kepada fitrah.

Juga kita kembali kepada fitrah asal kemerdekaan.. iaitu merdeka daripada perhambaan kepada makhluk, kepada perhambaan hanya semata2 kepada Allah.. Bukanlah maksud merdeka itu bila kita dah bebas daripada penjajahan Barat, Yahudi, Illuminati, Freemason, Bart Simpson dsb, sebaliknya kita kena bebaskan diri kita daripada pergantungan kepada makhluk, kepada pergantungan dengan Allah.. daripada kesungguhan kepada dunia yg sempit, kepada kesungguhan mengejar akhirat yang luas..

Kemerdekaan itu ada dalam diri kita.. Jika kita hidup dalam negara merdeka (tidak dijajah oleh mana2 pihak), tapi diri kita masih lagi dipengaruhi oleh ideologi sesat, budaya karut dsb, maka kita masih belum lagi merdeka.. Sebaliknya, sekalipun kita duduk dalam negara penjajah, tapi kita telah memerdekakan diri kita daripada pergantungan dengan makhluk, kepada pergantungan dengan Allah, merdeka daripada pemikiran dunia yang sempit, kepada pemikiran akhirat yg luas.. insyaAllah, itulah kemerdekaan yg sebenar.

Dalam negara yang bebas untuk kita melakukan ibadah, kita malas beramal ibadah.. malas mencari ilmu.. malas melakukan dakwah.. maka itu tandanya kita masih lagi dijajah.. Dan kita masih belum betul2 lagi kembali kepada fitrah..

p/s: emo betul entry ni.. kihkih 😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
    1. Ustaz Love gi beraya.. tapi bukan beraya kat kampung.. hehe

      Selamat Hari Raya, Merdeka Zahir Batin 😀

  1. mmg x patut ckp spesis jaat tu hero.. dia akrab sgt dgn spesis tu kot smpai nk bela diorg..

    ustaz, selamat hari raya.. maaf zahir batin.. salam merdeka 🙂

    1. kenapa beliau tak cakap Jepun lagi hero sbb berjaya usir British? Kalau la komunis berjaya dlm perjuangan mereka, maka kita akan menambah satu lagi koleksi penjajah.. iaitu komunis (yg ada hubungan rapat dgn komunis China). hero kat mana la agaknya tu..

      Selamat Hari Raya, caliph.. mohon maaf zahir batin atas segala salah silap 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme