Kenapa Kebanyakan Penggemar Nasi Lemak Berbadan Besar??

Anda Memang Layak Untuk Mendapatkan Kereta Percuma!!

Kisah Cinta 20 Sen Yang Sangat Mengujakan!!

Falsafah Nuzul Al-Quran

Salam…

Ustaz Love rehat dulu la daripada entry soal jawab… insyaAllah, malam ni sambung balik.. Ustaz Love nak cerita pasal Ramadhan plak.. sekejap je dah 15 hari berpuasa.. tak lama lagi nak raya.. TV dan radio pun dah makin galak dok main lagu raya.. tersentuh sungguh hati ini T – T ..

Punya la seronok nak raya, sampai terlupa ada beberapa perkara penting lagi yang berkaitan dengan Ramadhan..

Malam esok, banyak masjid2 dan surau akan mengadakan ceramah nuzul al-Quran.. mungkin banyak juga Imam yang akan memendekkan bacaan solat, baca ayat2 lazim je.. untuk memberi laluan kepada ceramah.. ada juga yang buat ceramah antara solat tarawih (4 rakaat 4 rakaat).. Tapi pengalaman Ustaz Love, ada satu masjid yg menjemput penceramah luar negara.. penceramah tu juga menjadi imam solat tarawih..

Punya la laju dia punya speed.. baca al-Fatihah pun satu nafas je.. Kesian Ustaz Love tengok pakcik2 yg dah uzur terkejar2 nak ikut imam.. alangkan Ustaz Love yang muda remaja ni pun dah beberapa kali meletup kepala lutut.. Beliau buat solat tarawih 20 rakaat dan witir 3 rakaat dalam masa lebih kurang 30 minit je!!.. terpanjat boboy..

Nuzul al-Quran merupakan antara peristiwa penting yang diceritakan dalam al-Quran, yang mana berlaku dalam bulan Ramadhan.. Ustaz Love tak berhajat nak menceritakan secara detail kaedah penurunan al-Quran.. insyaAlla, masa2 akan datang pun boleh cerita..

Cuma, Ustaz Love mengajak kita sama2 menghayati falsafah penurunan al-Quran itu sendiri.. dalam ilmu ulum al-Quran, ada satu bab yang dipanggil Asbabun Nuzul.. yg bermaksud, sebab2 turunnya ayat al-Quran.. Ayat al-Quran diturunkan kepada Nabi s.a.w. secara beransur2 selama kira2 23 tahun.. maksudnya secara berperingkat2.. ianya berdasarkan peristiwa2 semasa yg berlaku..

Sbb itu dalam al-Quran, kita masih lagi menemui ayat berkaitan arak, yang mana mula2 diceritakan yg arak itu ada kebaikan dan keburukan, tetapi keburukannya lebih banyak.. kemudian larangan meminum arak ketika nak melakukan solat (kalau lepas solat, masih bleh minum arak).. kemudian barulah arak itu diharamkan secara total..

Pada zaman awal Islam di Madinah, arak ni memang menjadi minuman ruji (amalan yg dibawa semasa jahiliyyah).. kalau kat rumah mat saleh ke, kita biasa jumpa botol2 berisi arak je (yg diletakkan kat mini bar), tapi zaman tu, bukan setakat botol, tapi tong2 arak yang kalau masuk dalam tu pun bleh mati lemas.. maknanya, besar betul tong arak tu.. dan banyaknya arak dalam tong tu..

Sebab tu mula2 al-Quran menyatakan tentang keburukan minuman arak, walaupun di dalam ada kebaikan.. masa tu, kalau terus diturunkan ayat pengharaman secara total, maka terpanjat boboy la mereka2 yang dah terbiasa dengan minuman tu..

Bila ada sahabat Nabi yang solat lepas minum arak dan mabuk, maka terbalik2 la ayat yang dibacanya.. baru turun ayat mengharamkan minum arak ketika nak solat..

Kemudian barulah ayat yang mengharamkan meminum arak secara total diturunkan.. masa tu, Madinah menjadi banjir dengan arak.. sbb semua tong2 mengandungi arak dipecahkan.. bayangkan, betapa banyaknya.. Namun, bila iman dah mantap, perintah Allah akan diterima tanpa banyak soal.

Dan orang-orang yang kafir berkata: Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)? Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.” (al-Furqan : 32)

Amal agama juga perlu dibuat secara beransur2.. sbb tu Nabi s.a.w. memerintahkan para ibu bapa menyuruh anaknya bersolat ketika berumur 7 tahun dan memukulnya bila umur 10 tahun.. ini juga merupakan peringkat2 dalam melakukan amal.. kalau dah tua bangka baru nak suruh solat, bagi flying kick pun belum tentu dia nak solat..

WA

p/s: Ustaz Love tengah mengkaji satu rancangan kat NTV7 bertajuk “The Miracle of Koran” yg baru Ustaz Love tengok semalam.. rasa mcm ada yang tak kena dengan rancangan tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
    1. wahh.. kena bagi komisen ni.. kihkih..

      insyaAllah, lepas sahur esok Ustaz Love cuba panjangkan lagi artikel :D

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site


Active Search Resultswidgets,  tips, tutorials and SEO[Valid RSS]