Khas Untuk Wanita Bertudung!!

Jom Tengok Kereta Proton Iriz Yang Awesome!!

Pasukan Yang Paling Teruk Kena Troll Abad Ini!!

Entry Panjang Tentang Nuzul Al-Quran

Salam…

Ustaz Love menerima permintaan daripada member Ustaz Love untuk buat entry lebih panjang berkaitan Nuzul Al-Quran ni.. katanya nak buat modal ceramah.. kihkih.. kalau dah pakai modal, maknanya ada bisnes la kan.. bisnes ceramah tu.. hehe.. Ustaz Love bergurau je.. Ustaz Love memang suka bergurau dengan beliau masa zaman beliau bujang dulu.. tak pasti plak sama ada beliau masih boleh diajak bergurau selepas berkahwin ni.. kalau terasa hati, Ustaz Love minta maaf banyak2.. Kalau tak terasa hati, bleh la Ustaz Love bergurau lagi..

Biasanya kalau Ustaz Love sampaikan ceramah berkaitan Nuzul Al-Quran ni, Ustaz Love akan sentuh pasal proses penurunan al-Quran.. juga proses pembukuan al-Quran menjadi satu mashaf.. Ini bab basic yang selalu kena ulang2..

Bila dikatakan Nuzul, ianya adalah daripada perkataan arab.. yg membawa maksud turun.. kalau turun, maknanya dari atas ke bawah la.. kalau dari bawah ke atas, itu dipanggil naik.. jadi, makna Nuzul al-Quran ini adalah penurunan al-Quran daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (Langit dunia) secara sekaligus.. kemudian diturunkan ke dalam dada Nabi s.a.w. melalui perantaraan Jibril a.s. secara berperingkat2 selama lebih kurang 23 tahun.

Al-Quran diajarkan oleh Jibril a.s. kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi s.a.w. menghafalnya dan mengajarkan kepada para sahabat Baginda.. dan melantik beberapa orang di kalangan Sahabat Baginda sebagai penulis wahyu.. iaitu menulis al-Quran. Ia ditulis di pelepah tamar, kulit2 haiwan, kulit kayu dsb.. bermakna, proses penulisan al-Quran telah berlaku pada zaman Nabi s.a.w. lagi. Penyusunan al-Quran adalah secara tauqifi (ditunjuk oleh Jibril.. ayat mana yg kena letak dulu, ayat mana yg kena letak kemudian) dan bukannya secara taufiqi (ijtihad Nabi s.a.w.)..

Bermulanya pengumpulan al-Quran menjadi mushaf apabila berlakunya perang Yamamah yang mengorbankan ramai para huffaz (penghafal al-Quran) di kalangan Sahabat.. maka Saidina Umar telah mencadangkan dan meyakinkan Saidina Abu Bakr yang menjadi khalifah ketika itu untuk membukukan al-Quran menjadi satu mushaf.. Saidina Abu Bakr telah melantik Zaid bin Tsabit sebagai ketua projek pengumpulan al-Quran itu.. maka, ayat al-Quran yang ditulis pada ceraian2 kulit binatang, kulit kayu dsb, dibawa kepada Zaid bersama saksi yang menyaksikan bahawa ianya memang ayat al-Quran.. kemudian bila dah siap ianya disimpan oleh Abu Bakr.. kemudian diwarisi Umar dan kemudian disimpan oleh Hafsah (isteri Nabi s.a.w.)

Bila berlaku perluasan empayar Islam pada zaman Umar r.anhu, maka dihantar para sahabat untuk mengajarkan al-Quran kepada mereka2 yang baru memeluk Islam. Ketika zaman Uthman r.anhu, berlaku perselisihan di kalangan Sahabat apabila terdapat perbezaan dari sudut bacaan al-Quran (lahjah / dialek).. ini masuk bab Qiraat plak.. jadi, Saidina Uthman memerintahkan Zaid untuk menyalin kembali al-Quran dengan penulisan yang meraikan bacaan2 Qiraat tersebut.. Sbb itu kalau kita perhatikan, contohnya, dalam ayat ketiga surah al-Fatihah, perkataan Maaliki tidak ditulis dengan mim alif lam kaf (مالك) sbb ada Qiraat yg membaca dengan Maliki (tanpa mad pada Maaliki). Selain Rasm Uthmani ini, maka mushaf2 yg lain semuanya dibakar dan telah dipersetujui oleh semua Sahabat (ijmak Sahabat).. tapi, kaedah bacaan Qiraat ini masih dikekalkan sehingga kini.

Jadi, bila Ustaz Love tengok rancangan Exploration : Secrets of Koran kat NTV7 tu, Ustaz Love rasa bengang.. mcm mana rancangan tu bleh terlepas kat stesen TV.. dia mcm sebuah dokumentari tentang al-Quran.. kononnya menceritakan tentang sejarah al-Quran, tetapi dalam pada masa yg sama mempertikaikan al-Quran secara halus.. Ustaz Love tak heran sangat sbb pakar2 yg menceritakan ttg al-Quran dalam rancangan ini kebanyakannya adalah orientalis Barat.. antaranya John L Esposito (tok guru DS Anwar Ibrahim).

Antara kenyataan yg diragukan adalah :

1. Beliau menyatakan bahawa macam mana al-Quran nak jadi sumber pegangan umat Islam, sedangkan al-Quran itu terlalu banyak misteri yang belum dirungkaikan untuk ditafsirkan.. sebab itu banyak sangat tafsiran sampai jadi bercelaru di kalangan ulamak.

2. Ada yang menyatakan bahawa al-Quran tak jelas dalam hukum berpoligami.. Maka, dibawakan ayat berpoligami.. kemudian beliau mempertikaikan tentang soal adil (kalau tak mampu nak berlaku adil), maka lebih baik kahwin seorang.. jadi, mana yg baik? Kahwin ramai ke, kahwin seorang?

3. Beliau juga mendakwa yg al-Quran itu dibukukan 20 tahun selepas kewafatan Nabi s.a.w… bagaimana nak tahu ianya al-Quran yg asli atau tak? Sedangkan al-Quran mempertikaikan kitab Taurat dan Injil yang dinyatakan banyak penyelewengan berlaku.. macam mana umat Islam boleh yakin yg al-Quran ini adalah yg asli, sedangkan ditulis selepas 20 tahun?

4. Beliau juga mempertikaikan ayat jihad..

Ustaz Love menulis ni berdasarkan ingatan.. tak sempat lagi nak cari rancangan tu.. kalau ada sesiapa yang boleh tolong dan extract dia punya kenyataan2 yang mengelirukan.. bleh ramai2 hantar bantahan kat NTV7..

Kemudian (sambung balik bab Nuzul Al-Quran tadi) bila dah habis bab proses2 penurunan dan pembukuan al-Quran secara ringkas, baru la masuk ke tajuk yang diberikan.. sbb audience ada pelbagai jenis golongan.. Ustaz2 pun ada gak yang duduk dengar ceramah kita.. pakcik makcik, remaja-remaji, kanak2 dsb.. jadi kena raikan semua ni..

Tak sesuai gak kalau ceramah tu terlalu ilmiah mcm baca kitab.. mungkin orang2 tua dan kanak2 serta remaja tak dapat nak masuk line.. sbb ayat2 biasanya tinggi.. penuh dengan istilah2 bahasa Arab yg tak difahami.. golongan2 Ustaz / pelajar agama, memang seronok la dengar ceramah yg padat dengan ilmu, hujjah dan dalil ni.. Jadi, kena pandai selang-selikan antara hujjah ilmiah, dengan perkaitan isu semasa.. masuk bab Kamen Rider sket.. tapi tak perlu la nak sebut “henshinnn” plak (siap buat gaya lagi).. nnt orang kata Ustaz buang tebiat plak..

Tak perlu nak cover banyak sangat point.. adalah lebih baik satu dua point je, tapi huraiannya sangat jelas dan padat.. ini lebih memberikan kesan kepada pemahaman masyarakat..

Begitulah kira2nya panduan dan modal yang Ustaz Love termampu nak bagi.. Sekadar perkongsian pengalaman yg masih lagi banyak kekurangan.. jangan amik bulat2 sbb Ustaz Love menulis berdasarkan ingatan je ni.. takut2 tersilap.. lebih baik kalau dapat diteliti balik, kalau ada yg silap, bleh bagitau kat Ustaz Love agar Ustaz Love dapat membetulkannya kembali.. insyaAllah, ilmu pun bleh bertambah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

Add a Comment
    1. Ustaz Love tak tengok.. cuma kadang2 dia ada datang dalam mimpi.. dari situ la kami berkenalan ;)

  1. suka nya me baca ilmu2 mcm ni :) kira mcm refresh balik :) al-kafirun memang tak kan stop cari mcm2 helah and propa….sehinnga kari kiamat kan…moga2 kita semua dilindungi…Amiin

    1. berguru tu subjektif.. sbb kata seorang ulamak, beliau belajar berkenaan anjing kencing mengangkat sebelah kaki bagi mengelakkan kakinya terkena air kencing, daripada seorang budak.. itu tak bermaksud yg budak itu adalah guru kepada ulamak tersebut..

      cuma, secara ringkas Ustaz Love boleh katakan, sesiapa yg belajar agama Islam daripada universiti di Barat spt Universiti of Temple, maka kebiasaannya dia akan belajar daripada orientalis.. tak kira la yg belajar kat sana tu ustaz ke, bukan ustaz ke.. sbb tu biasa berlaku percanggahan pemikiran antara sesiapa yg belajar Islam di Barat, dan yg belajar Islam di Timur (spt Mesir, Jordan dsb)

      persoalan DS Anwar ni.. Ustaz Love nak cakap lebih2 pun tak berapa sesuai.. cuma yg boleh Ustaz Love nyatakan (secara peribadi), banyak kenyataan beliau yg Ustaz Love tak berapa setuju ;)

  2. panjang artikel kali ni…saya tak pernah tengok rancangan exploration tu…mungkin ustaz boleh hantar surat bantahan pada pihak berkenaan supaya lebih sensitif mengenai sesuatu isu/program yang nak ditayangkan..

    1. Ustaz Love nak kena tengok balik rancangan tu.. kalau ada rakaman kat youtube ke, bleh pause2 kejap utk catat point.. insyaAllah ;)

  3. walopun sy xmengajar agama.. tp xsaba plak nk ceritakan sambutan mengingati sempena nuzul quran kt perhimpunan harini..hihi~

    singgah sini subuh2..sb tenet laju dan baru sempat..

    selamat beribadah ustaz..jom doa mendoakan

    1. alhamdulillah.. selamat beribadah juga buat cikgu faezah.. semoga Allah merahmati kehidupan cikgu sekeluarga ;)

  4. Salam.. Sedikit kekonfiusan dalam diri nih.. Nuzul Quran hari sempena turunnya Al-Quran. Lailatul Qadar adalah malam di mana turunnya Al-Quran. So persoalannya, adakah Nuzul Quran dan Lailatul Qadar tu adalah hari yang sama?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


+ 4 = five

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site