Salam…
Ustaz Love dapat makluman daripada member, suatu program amal yang dinamakan “Kuala Lumpur Bersahur” anjuran Masjid Al-Ghufran, Pinggiran TTDI akan diadakan untuk membantu golongan2 yang bergelandangan sekitar Kuala Lumpur (area Bandar). Sebab agak susah nak cari warga bergelandangan (tak berumah, merempat dsb) kat area TTDI, sbb kat situ semua warga2 kaya belaka.. hehe.. Berikut adalah tentatif program :
Tarikh : 27 Ogos 2011
Waktu : Sekitar pukul 4 pagi sehingga Subuh
Checkpoint : Dewan Solat Masjid Al-Ghufran (berkumpul lebih kurang jam 2 pagi untuk taklimat dan qiamullail sebelum bergerak ke lokasi)
Kumpulan Sasaran : Warga bergelandangan di sekitar KL.. diberikan makanan untuk bersahur (untuk 100 orang)
Katanya ada masuk TV9.. program singgah sahur ke, apa ke Ustaz Love pun tak pasti..
Untuk maklumat lanjut, boleh klik kat sini..
Renung2kan dan Selimut Beramal π

ustad ada ye??
insyaAllah, Ustaz Love takde.. hehe π
aikkk..tang renung2kan lah tu dh cantik dah..tetiba ada plak “selimut beramal”…(tu x sempat beramal dh golll dh tu…)hihihihi
kalau takut sejuk, bawak la selimut.. itulah tafsirannya.. hehe π
ingatkan Ustaz Love join gak sbg committee ehhehe
Hajatnya nak join gak.. tapi waktu tu Ustaz Love berada di luar kawasan liputan.. π
Kredit to Ustaz Love for promotion..
Sedutan berita liputan dari TV9 berkenaan program KL Bersahur..
http://www.facebook.com/video/video.php?v=254817011216071&comments¬if_t=like
hehe.. terima kasih tuan kadet.. nampak berjaya program tu, alhamdulillah.. semoga ianya menjadi pencetus kepada ramai lagi orang untuk beramal.. aminn