I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Belajar Agama Mengadap Guru

Salam..

Entry ni bukanlah berbentuk soal jawab.. tapi Ustaz Love cuma nak mengulas sikit berkaitan komen yg dikemukakan oleh pingu ijo sebelum ni..

ust,
sy terpanggil utk memberi komen…
serius best dan lebey memberi kefahaman cara ust bg ulasan..sy manusia yg kurang dr serba serbi..baru terbukak sedikit pintu hati nak buat rujukan dalam isu agama..tp nak ngadap tok guru,sy masih tatau cemane..nasib baik jumpe blog ni yg lg mudah penggunaan bhsnya..tq ye ust..cume nak tau,kat sini mmg disediakan medium nak bersoal jwb ek…kang terlebey tnye takpe,kan..insyallah selebihnye sy akan cube detail kan melalui pembelajaran secara bersemuka pulak..moga Allah permudahkan segala urusan..

Ustaz Love pernah berbahas tentang persoalan ni masa muda2 dulu.. Tentang perlukah belajar agama secara berguru, ataupun boleh ke belajar agama melalui buku, kitab, internet, blog dsb? Tapi sebab dah lama, Ustaz Love pun dah terlupa apa point2nya.. jadi Ustaz Love cuba mengulas ikut kemampuan ingatan yg ada sekarang.

Belajar ini bukan semestinya berguru.. kena tengok apa jenis pelajaran tu.. kalau belajar mengaji, itu memang tak bleh disangkalkan lagi.. kena berguru.. sbb belajar mengaji ini memerlukan latih tubi dan teguran2 daripada guru.. ianya pelajaran yg melibatkan visual dan pendengaran.. kalau baca buku atau baca blog untuk belajar bab tajwid, memang hancus la jadinya.. dan kalau tersilap bacaan, siapa yg nak tolong tegur? apatah lagi berkaitan bab makhraj huruf, dengung dsb.. itu memang memerlukan seorang pembimbing / guru untuk mengajarkan dan membetulkan bacaan.

Kalau nak belajar ilmu tafsir ke, boleh je baca kitab2 tafsir.. tambahan sekarang ni memang banyak kitab2 tafsir yg diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu yg mudah (bukan bahasa kitab kuning yg agak susah nak difahami). Itu sebagai galakan awal.. bukanlah bermakna dengan mengepit kitab tafsir terjemahan kat celah ketiak itu, maka kita dah bleh jadi tok guru bahagian tafsir.. bahan bacaan terutama kitab terjemahan adalah untuk bacaan sendiri.. banyak lagi yg perlu disemak sbb kadang2 bahasa terjemahan tak sama dengan maksud bahasa Arab dalam kitab asal.

Juga jika nak mencari hadis2 sahih ke, nak tau sesuatu hadis itu dhaif ke, palsu (maudhuk) ke, maka boleh je guna perisian2 hadis yg banyak di pasaran.. juga boleh menggunakan kitab2 yg telah ditahqiq (disemak) dan diterjemah ke dalam bahasa Melayu untuk mengetahuinya.. tapi, dengan adanya perisian2 ini dalam komputer kita tidaklah menjadikan kita seorang ahli hadis (muhaddith) sehingga kita bleh mudah2 nak melemparkan tuduhan2 liar terhadap ulamak hadis yg tak sependapat dengan kita.

Untuk belajar bab2 fiqh, memang terlalu banyak kitab2 yg diterjemahkan dalam bahasa Melayu.. tapi, mampukah kita memahami kitab2 asal seperti al-Umm (himpunan pendapat Imam Syafie) tanpa merujuk kepada perbahasan2 lain di kalangan ulamak mazhab Syafie spt Imam ibn Hajar, Imam Nawawi, Imam Ramli, Allamah Aini dsb? Maka, kitab mana yg boleh menjadi rujukan kita?

Maka dalam hal ini, tak dapat tidak, memang perlu berguru.. bukan berguru dengan blog / facebook/ twitter dsb.. sbb itu cuma alat je.. mungkin juga soalan yg sama, tapi jawapannya berlainan antara blogger itu dengan blogger yg ini. Jadi, maklumat awal kita bleh dapatkan daripada sumber2 alat ini (youtube, cd ceramah, blog dsb).. tapi seterusnya, kita sendiri kena mempelajarinya dengan lebih mendalam..

Sekarang ni dah banyak kelas2 pengajian yg dibuka untuk orang awam.. FOC (Free Of Charge).. cuma tinggal kita rajin ke tak rajin je nak pergi kuliah2 tersebut.. Bila belajar berguru, insyaAllah kita akan belajar asas sesuatu ilmu.. bila asas ilmu tu dah mantap, datang la pelbagai persoalan pun yg menerjah ke batu jembala patik kita, insyaAllah kita mampu menyelesaikannya.

Juga, belajar dengan berguru ini sebenarnya menyambung sanad.. iaitu ilmu itu kita tahu asalnya.. daripada guru kita, kepada tok guru kepada guru kita, kepada tok guru-tok guru di atas.. ke atas.. sampailah kepada sahabat dan sampai kepada Nabi s.a.w.. itulah beza ilmu Islam yg didalami oleh ulamak Islam, dan ilmu Islam yg dipelajari oleh para orientalis.. mereka juga belajar agama Islam, tapi pelajaran yg mereka itu menjadikan mereka semakin jauh daripada hidayah.. sbb mereka belajar bukan untuk mencari kebenaran, sebaliknya belajar untuk menyebarkan kekeliruan dan keraguan.

Juga dengan belajar berguru ini, kita bukan setakat belajar ilmu (teori) sebaliknya kita akan turut belajar akhlak (praktikal).. ulamak2 dulu, sangat berkat ilmu mereka, kerana mereka belajar ilmu dan mengamalkan berdasarkan ajaran dan akhlak para guru.. berbanding dengan kita sekarang, baca kitab pun bleh pakai tuala je.. Adab ilmu tu langsung tak dijaga..

Juga jangan malu untuk belajar.. sebab semua orang bermula dengan tak tahu.. Ustaz2 yg mengajar kat masjid tu pun dulunya adalah seorang yg tak tahu.. bila dah belajar, maka ada la ilmu pengetahuan tu..

Jadi, pandangan Ustaz Love.. tiadalah salahnya kita mengutip maklumat2 agama dalam internet ini, namun kita masih lagi perlu mendalami ilmu agama dengan berguru.. jangan biarkan kita dibelenggu ilmu agama yg kita belajar masa sekolah dulu saja.. langsung takde peningkatan.. Tak salah untuk luangkan sedikit masa dan harta untuk mengambil kursus2 persijilan agama.. kemudian sambung diploma.. kemudian sambung degree, master, Phd dsb.. maka, barulah kita boleh melahirkan professional Islam (bukan setakat doktor yg menyimpan janggut, tapi bab solat pun tak pass lagi).. iaitu mahir dalam bidang professional, dalam masa yg sama mahir dalam ilmu2 Islam.

Jangan peduli tentang umur.. sbb ilmu Islam ini tak tertakluk kepada umur.. kita belajar untuk beramal dengan betul.. dan kegunaan ilmu Islam ini akan membawa sampai ke akhirat (bukan setakat sampai pencen je.. lepas tu duduk kat kerusi malas menunggu ajal).

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
    1. kenyataan tu agak kasar bunyinya.. memang dah biasa disebutkan oleh Ustaz2.. namun, ianya bukanlah hadis.. ianya kata2 ulamak (kalau tak silap Imam al-Ghazali).. Ustaz Love lebih suka mengambil jalan tengah untuk meraikan pendapat2 ini.. iaitu banyakkan bacaan (tak kira la bersumberkan internet ke, buku ke, majalah ke), kemudian tashihkan (sahkan) dengan bertanya kepada guru.. ilmu akan berkembang dengan perbahasan.. tapi mcm mana murid nak kemukakan perbahasan kalau tak tau apa nak tanya? tak tau nak tanya, sbb tak pernah didedahkan dengan bab itu sebelum ni.. kalau dah pernah baca, insyaAllah banyak persoalan akan timbul.. dan melalui persoalan2 inilah yg mengembangkan ilmu fiqh itu sendiri.

      bab syaitan jadi guru ni, secara kasarnya Ustaz Love sendiri pun tak pernah nampak syaitan ni.. kalau berguru dengan jin tu, mungkin la.. hehe 😀

      1. -ada ke orang yg leh nampak syaitan????sdgkan jin pun susah nak nampak….
        -oooo ada gak ya org berguru dgn jin ekk…ingatkan dirasuk jin je…(ni kakjem rasa sbb blaja ilmu persilatan kott)ush3x..bahaya tu….:):)kesiannnn…hihi

          1. biasa aje….tabur2 peluru di bulan puasa ni mg amalan mulia….apa org kata “membuat kebajikan…”kihkihkih

          2. jangan ada yg terkorban sudaa.. setakat putus2 tu, bleh sambung balik.. kihkih

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme