I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Bazar Ramadhan Tempat Menambah Pahala

Salam…

Sejak dua menjak ni, blog Ustaz Love telah menerima pelawat melalui carian di enjin carian.. jadi, banyak la keyword yang masuk.. begitu juga dengan pengunjung.. banyaknya keyword pasal perkara2 yang membatalkan puasa terutama bab mengeluarkan air mani tu.. Gelak sorang2 Ustaz Love membacanya.. ada satu keyword “hukum mengeluarkan air mani selepas berbuka puasa”.. Yg ni serius Ustaz Love terus menangis.. kenapa la sibuk2 pasal air mani tatkala orang dok sibuk pasal air tebu, air bandung, air cendol dsb untuk berbuka puasa.. Mungkin juga maksudnya lain, tapi itu la yang Ustaz Love terfikir.. hehe..

Alhamdulillah, bab tu pun dah habis.. insyaAllah, kalau ada isu2 baru, Ustaz Love akan masukkan dalam entry.. Cuma kali ni, Ustaz Love dah cerita sket pasal bazar Ramadhan..

Budaya bazar Ramadhan ni, Ustaz Love tak pasti bila bermula.. mungkin juga ianya bermula bila wujudnya pasar malam.. tapi tak tau nak kata jugak.. sbb jaman Ustaz Love kecik2 dulu, memang takde bazar Ramadhan ni.. memang makan makanan yang dimasak kat rumah je.. lepas tu bertukar2 hidangan dengan jiran.. jadi, asalnya masak satu jenis kuih je, bila berbuka, ada berbelas jenis kuih atas meja.

Zaman sekarang budaya tu dah agak terhakis sikit demi sikit.. kecuali kat kampung2.. kat bandar ni, biasanya kalau jiran2 yg duduk kat rumah flat, rasanya ada lagi.. kalau kat kondominium, rasanya jarang sangat ada yg nak bertukar2 hidangan ni.

Kewujudan bazar Ramadhan sebenarnya banyak memberi kemudahan kepada kita.. terutama yang suami isteri bekerja.. mana berkejar nak balik lagi.. nak masak lagi.. lagi senang gi jalan2 kat bazar, tunjuk itu, tunjuk ini.. bungkus dan bawak balik.. tunggu je waktu berbuka.

Tapi, jika kita membeli makanan semata2 untuk mengisi perut sendiri, memang manfaatnya cuma untuk kita sendiri.. pahala pun sendiri2.. nak berkongsi dengan jiran, jiran pun beli kat bazar yg sama.. biasanya orang yg bertukar hidangan ni, yg jenis masak sendiri.. selain daripada nak berkongsi masakan, bleh dapatkan komen jiran sedap ke tak.. kalau sedap, bleh buat bisnes.. hehe..

Tak salah membeli banyak2 sampai penuh jari dengan beg plastik.. asalkan bukan untuk diri sendiri.. macam dalam iklan AG dengan Leya.. tapi, jangan plak semua nak hantar ke surau.. sbb bukan ramai pun yg berbuka kat surau ni.. surau sendiri ada sediakan makanan sendiri.. bila banyak, maka jadi la bersepah2.. kucing lalu pun dah tak nak jeling, sbb dah kenyang terlajak..

Beli banyak2 makanan dengan syarat memang ada bajet lebih.. kemudian pusing2 sket sekitar.. tengok2 kalau ada fakir miskin (memang banyak kat KL yg hidup melarat).. maka, bagi la kat diorang.. ataupun kat mat2 bangla ke, Indonesia ke, yang Muslim.. mereka ni biasanya berbuka ala kadar, jadi tak salah kita tambah sket makanan tu.

Ataupun kita ambil bahagian untuk sponsor berbuka puasa kat masjid2.. kemudian kita jumpa makcik yg berniaga kat bazar tu, dan order sejumlah bahagian yang kita nak sponsor (mungkin makanan untuk 50 orang ke).. Boleh bantu peniaga bazar untung lebih sket.

Bila kita memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberi pahala orang yg berpuasa itu kepada kita tanpa berkurang sikit pun pahala puasanya.. kalau kita bagi makan untuk 50 orang? Kalau Pak Imam dan Ustaz2 pun makan sekali makanan yg kita sponsor tu.. bayangkan berapa banyak pahala yg kita dapat.. ini salah satu kaedah smart ibadah (buat sikit dapat banyak).. πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
  1. bazar jugak boleh menjadi tempat mengurang pahala.. ramainya aweks aweks yang dengan tanpa segan menunjukkan segala aset mereka dibulan ramadan nih.. kadang kadang, rasa malas nak g bazar..

    =.=”

  2. betui tu ustad, dok kampung lagi meriah bulan poser masak 1 jenis jer tp time buka meja penuh mcm2 menu ada. rindu la nk dok kampung balik dok taman ni tak bes, tak mesra alam langsung :'(

    1. orang taman ke, orang kampung ke, sama je.. asalnya dulu dok kampung, lepas tu pindah bandar.. tapi budaya yg baik2 itu ditinggalkan, budaya yg buruk2 plak yg dibawak (sibuk mengumpat, bersangka buruk dsb)

      kat bandar pun boleh wujudkan suasana kampung.. namun, ianya tidaklah semudah nak buat kampung dalam shopping complex (siap dengan sawah padi lagi).. kerana budaya itu perlukan istiqamah.. istiqamah memerlukan masa.. insyaAllah, suatu hari nanti, bandar juga mampu mewujudkan budaya kampung πŸ˜‰

    1. sekali sekala boleh la.. kalau tiap2 hari beli makanan berbuka kat bazar, boleh botak kepala.. πŸ˜€

    1. kalau tak mampu mulakan banyak2 (mcm sponsor kat masjid / surau), cuba mulakan dengan belikan makanan berbuka untuk pak guard ke, budak2 student yg selalu berbuka kat masjid ke.. insyaAllah, mula dengan yg sikit dulu, lama2 nanti bleh sponsor makan ribu2 orang plak (mcm kat Mekah dan Madinah) πŸ˜‰

  3. alhamdulillah disbbkan kakjem duk dekat2 ngan adik beradik amalan bertukar2 juadah tu masih dikekalkan ,kenkadang dh smpai penuh satu meja .adik beradiklah jiran tetangga kakjem.klau ckp x sdap pun ok juga..

    1. untungnya kakjem ada jiran yg juga adik beradik.. kadang2, hati adik beradik ni lagi nak kena jaga πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme