I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Batal Puasa : Pitam / Pengsan Sepanjang Hari

Salam…

Seorang yang pitam daripada sebelum Subuh sehingga masuk waktu berbuka puasa adalah dikira tak sah puasanya.. Ini ada kaitan dengan pingsan sehingga tidak memungkinkannya untuk bangun dan melakukan rukun puasa iaitu menahan diri.

Sekiranya beliau pingsan sekejap je, maka beliau boleh meneruskan lagi puasa tersebut.

Kalau beliau terjaga kat mana2 bahagian hari (pagi ke, tengahari ke, petang ke), maka puasanya adalah sah.

Jika beliau pingsan pada waktu malam dan tak sempat berniat untuk puasa keesokannya, kemudian beliau terjaga dari pengsan selepas waktu Subuh, maka puasanya tak sah.. sbb tak sempat berniat.

Namun begitu, beliau wajib menahan diri daripada makan dan minum.. cuma nanti beliau kena qadha puasa itu.

Kalau seseorang itu tido daripada lepas solat Subuh sampai nak berbuka, maka masih sah lagi puasanya.. kecuali la kalau tido lepas sahur.. orang kejut pun tak bergerak2.. sampai lepas Maghrib baru bangun, maka kena pastikan adakah beliau tido ataupun pingsan.. Sbb langsung takde terjaga.. Cara nak bagi terjaga mudah je.. baca talqin kat telinga beliau.. kihkih..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

Add a Comment
    1. kalau beliau pingsan, mcm mana nak makan gula2? hehe.. kalau melalui mulut, memang batal puasa.. kalau melalui suntikan, maka ulamak berselisih pendapat.. ada yg kata batal, ada yg kata tak batal 😉

  1. Ustaz, jika seseorang itu tertidur slepas subuh dan sebelum maghrib (contohnya 10am-6pm) dengan tidak sengaja (kerana niat nye sebelum untuk tidur sekejap). Adakah puasanya sah atau batal?

    1. Sengaja ataupun tidak, memperbanyakkan / memanjangkan tidur itu adalah makruh.. hukumnya haram jika sampai terlepas waktu solat.. tapi, jika tido lena tak terjaga2, maka ianya (tertinggal solat) itu dimaafkan.. cuma solat kena qadha jika dah terluput waktu..

      Adapun puasa itu hukumnya sah.. sbb tidur bukanlah termasuk perkara2 yg membatalkan puasa 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme