Salam…
Murtad adalah keluar daripada Islam. Apabila seseorang Islam itu murtad, maka segala amalnya sudah tidak dikira lagi.. begitu juga amalan sebelum beliau murtad (kiranya beliau seorang Muslim yang baik sebelum itu), hancur lebur amalan itu disebabkan murtad.
Murtad ini boleh berlaku melalui i’tiqad (keyakinan), percakapan mahupun perbuatan. Jadi, kena selalu berhati2 dalam keyakinan kita supaya tak meyakini sesuatu perkara yg boleh menyebabkan kita murtad. Bab keyakinan ini memang susah kita nak tahu sbb ianya persoalan hati. Apabila seseorang yg murtad itu sudah tidak meyakini agama Islam dan berniat keluar dari Islam, maka kita boleh nampak natijahnya melalui percakapannya ataupun perbuatannya.
Banyak video2 rakaman yg disiarkan dalam youtube berkenaan mereka2 yg murtad ini.. Bukan setakat keluar daripada Islam dan masuk ke agama lain, bahkan mereka ini akan mengutuk kembali agama Islam yg pernah mereka anuti dulu. Nak sebut pasal murtad ni pun sebenarnya agak gerun.. kerana terlalu banyak kes2 permohonan menukar agama (permohonan tukar jantina orang jadi kecoh sbb jarang2 berlaku).. Orang pun dah mcm anggap biasa je kes2 murtad ni..
Termasuk juga golongan2 yg nak mengelakkan diri daripada penguatkuasa agama yg menangkap mereka makan waktu siang.. dengan mengatakan mereka bukan Muslim (mungkin muka ala2 kaum India atau Cina.. sbb umum menerima kalau muka Melayu tu adalah Islam).. maka percakapannya itu boleh menyebabkan beliau menjadi murtad.
Apa la sangat pasal kena tangkap penguatkuasa dan dibawa berjalan2 naik van jenazah / didakwa di mahkamah syariah.. habis2 pun setakat kena denda.. Inilah yg dikatakan, nak mengelakkan masalah kecik, terlibat plak dengan masalah besar. Kalau tak nak puasa pun, tanggung la dosanya.. kenapa sampai nak mengaku bukan Islam?
Sangatlah rugi seseorang yang murtad ini.. kerana segala amalannya yg terdahulu telah lebur.. umpama seorang yang belajar seumur hidupnya, tapi sijil2 semua hilang dan tak bleh nak dapatkan balik.. masa dah habis, duit dah keluar.. tapi hasilnya yillek..

.semoga dijauhkan kita dan anak cucu kita drpd kemurtadan….(Ya Allah,Ya Rahman Ya Rahim setelah Kau berikan kami rahmat dan hidayah jgn Kau tarik kembali ia drpd kami,kuatkan iman kami dan Kau tetapkan agama kami …aminn..)
insyaAllah, aminn
mmg bodoh la sape yg buat mcm tuh…org2 mcm tuh xtercekik pulak mase makan tuh…haishhh
mungkin sblm makan tu, beliau dah baca doa berbuka puasa dan doa makan.. sbb tu tak tercekik 😀
Salam ustaz,
Adakah jatuh kepada murtad sekiranya bergurau dengan kawan2, pada satu hari ada 3 orang kawan ni bersembang,
Kawan 1 : “kamu tau tak dosa fitnah tu besar mana”?
Kawan 2 : Sambil seloroh,menjawab “besar dia?”
sambil tangan menunjukkan badan kawan ke 3 yg memang saiz
besar…
Adakah perkataan tu menyebabkan menjadi murtad @ dosa hina islam? dan bagaimanakah cara untuk bertaubat?
Mohon jasa baik ustaz jelaskan…
tak jatuh murtad. Sebaiknya dielakkan gurauan yg berkaitan perkara agama. banyakkan istighfar