I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Batal Puasa : Makan Minum Dengan Sengaja

Salam…

Maksud puasa itu adalah menahan diri daripada makan dan minum.. bermakna, jika seseorang itu tidak dapat menahan diri daripada makan dan minum, maka orang itu adalah seorang yang tidak berpuasa.

Makan dan minum dengan sengaja ni termasuklah seseorang yang sengaja makan sahur selepas waktu Subuh, ataupun berbuka puasa sebelum masuk waktu Maghrib dengan sengaja.. Jika tak sengaja (silap tengok jam ke.. maklum la, taik mata penuh kat kelopak mata.. jadi pandangan pun jadi kabur.. hehe) ataupun tersilap faham ke (bukak Radio Sarawak.fm sedangkan beliau berpuasa di Kuala Lumpur contohnya).. senang cerita, bukan sengaja la, maka tak batal puasa.. itu adalah rejeki.. hehe

Kadang2 awal2 puasa ni biasa sangat terbabas.. Maklum la, bulan Rejab dan Syaaban tak nak berlatih puasa.. bila masuk Ramadhan, maka agak terkejut sket la.. Bangun pagi je, terus tuju peti ais nak minum air.. sbb dah terbiasa.. kalau tengah2 nak telan tu, tiba2 teringat hari puasa, maka jangan la diteruskan penelanan itu.. batal puasa.. sebaliknya hendaklah dibuang air yg sedang berada dalam mulut tu.. kalau sayang nak buang, masukkan balik ke dalam bekas.. bleh buat minum untuk berbuka.. hehe

Termasuk dalam bab makanan ini adalah sesuatu yg melalui jalan mulut dan memberikan kenikmatan (secara normal, orang makan dan minum melalui mulut.. orang sakit je yg minum melalui hidung atau tiub dsb).. Sekalipun benda tu bukanlah sejenis makanan.. contohnya rokok.. Sekalipun ianya bukan kategori makanan, tetapi menghisapnya saja boleh membatalkan puasa.. sekalipun takde perokok yg menelan puntungnya.. ini kerana ia memberikan kenikmatan dan melalui jalan mulut (kira masuk sket bab memasukkan sesuatu ke dalam rongga).

Termasuk juga adalah ubat2an yang ditelan.. contohnya panadol ke.. bagi pengguna inhaler (spray untuk pesakit athma), adalah dibenarkan dengan syarat semburan tu bukan melampau2.. habis sebotol dikerjakan, siap dengan sendawa sekali.. haa.. yg ni memang batal la puasa.. hehe

Jadi, bagi sesiapa yang termakan atau terminum dengan tak sengaja, tak perlu la dikorek2 balik makanan tu.. teruskan berpuasa.. jangan plak berpegang pada prinsip alang2 makan biar kenyang.. dah termakan, lepas tu teringat tengah berpuasa.. ahh.. persetankan, terus je makan.. maka, batallah puasanya.. sebab kali pertama tu mungkin tak sengaja, tapi bila dah teringat, lepas diteruskan juga aktiviti makan itu, maka ianya bukan lagi dalam kategori tak sengaja..

Kategori jenis ni, sangat perlu berhati2.. Silap langkah, anda akan dibawak ronda2 naik van jenazah.. silap2, siap ada jenazah lagi dalam tu.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. ok la dapat pakej naik van jenazah..bukan semua orang dapat peluang…bonus kalau ada jenazah sekali..kalau dah kena camtu pon tak insaf juga, taktau nak kata la..

    saya sokong sangat hukuman ni dikenakan pada orang yang tak puasa..

    1. kalau tak insaf gak, mungkin bleh buat kerja kemasyarakatan menggali lubang kubur.. kalau tak insaf2 gak, kita kuburkan je terus.. hehe 😀

    2. apa kata buat hukuman suh depa sama2 memandikan mayat yg x dituntut kat hospital tu,lebih2 lg bg lah mayat2 yg ngeri2 sket…agak2 lps tu depa berani x buat lagi…..hihi

      1. mandikan mayat tu tak berapa sadis sangat.. lagi best kalau bagi diorg jadi pembantu kat bilik post mortem mayat.. kihkih 😀

  2. salam syeikh..nk tanye nie..klu suami isteri melakukan hubungan kelamin siang hari bulan ramadhan,si suami akan kene kifarah kan? (puasa 2 bulan berturut-turut atau bg mkn 60 org fakir miskin..tp klu sblm melakukan hubungan kelamin tue, mereka membatalkan puasa dengan minum air dahulu. then baru buat,adakah si suami kene kifarah jugak atau hanya qada’ puasa?

  3. “Ketika aku tidur, aku didatangi oleh dua orang laki-laki, lalu keduanya menarik lenganku dan membawaku ke gunung yang terjal seraya berkata : “Naiklah”. Hingga sampailah aku di puncak gunung. Tiba-tiba aku mendengar suara yang keras sekali. Maka aku tanyakan,”Suara apakah itu?”. Salah satu dari mereka menjawab,”Itu adalah suara jeritan para penghuni neraka”. Kemudian dibawalah aku berjalan-jalan dan ternyata aku sudah bersama orang-orang yang bergantungan pada urat besar di atas tumit mereka. Mulut mereka robek, dan dari robekan itu mengalir darah. Kemudian aku bertanya,”Siapakah mereka itu?”. Maka dikatakan, ”Mereka adalah orang-orang yang berbuka (dengan sengaja) sebelum tiba waktunya” (HR. An-Nasa’i dalam Al-Kubra no. 3286, Ibnu Hibban no. 7491, Ibnu Khuzaimah no. 1986, dan lain-lain. Lihat Ta’liqatul-Hisaan ‘alaa Shahih Ibni Hibban 10/456 no. 7448).

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme