I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Batal Puasa : Kedatangan Haidh, Wiladah Dan Nifas

Salam…

Masuk bab darah2 ni.. Ustaz Love adalah seorang yg mabuk darah.. sebab tu tak berani nak sembelih ayam sekalipun.. hehe.. Tapi bukanlah darah itu yang akan dibincangkan.. sebaliknya darah wanita iaitu haidh dan nifas..

Darah wanita jenis ni, memang keluar banyak2 kali.. darah haidh setiap bulan keluar kecuali yg belum baligh atau yg dah menopaus (putus haidh).. Darah Wiladah adalah darah yg keluar mengiringi baby (bersalin). Darah nifas pula adalah darah yg keluar selepas bersalin.. jadi, kedua2 jenis darah ni takde kaitan dengan lelaki (bagi yg selalu bagi alasan tak puasa sebab uzur)

Lelaki cuma keluar darah sekali je.. iaitu masa berkhatan..

Apabila keluar je darah ini, maka jika ketika itu sedang berpuasa, maka batallah puasanya.. maksudnya, isteri yg batal, bukan suami plak gatal2 nak batal puasa okeh.. hehe..

Isu2 seputar masalah haidh dan nifas ini sangat banyak.. jadi, kena pastikan ketika berpuasa itu, wanita itu sudah suci ataupun masih dikira berada dalam haid mahupun nifas..

Takde idea plak nak tulis apa.. Kalau ada apa2 nak tanya, silakan la.. hehe.. kalau takde, Ustaz Love akan teruskan pada perkara2 yg membatalkan puasa yg seterusnya..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Comments

Add a Comment
  1. ustaz, maksimum darah haidh ialah 14 hari ker 15 hari? sbb ada sorang hamba Allah, sbb dia istihadhah setiap kali haidh–berpanjangan selama 3 minggu…

    1. Dalam mazhab Syafie, maksimum haidh adalah 15 hari.. selepas itu, jika darah masih keluar, maka ianya dikira sebagai darah istihadhah (penyakit)..

  2. nak tanya Ustaz Love, kalau seorang wanita tu pada awalnya berpuasa seperti biasa bahkan sebelum solat asar pun dah dipastikan bahawa dia tidak dtg haid. Tetapi setelah berbuka puasa didapati dia telah dtg haid. Jd soalannya adakah puasa pada hari itu dikira sah atau tdk memandangkan dia tdk pasti apakah benar darah haid betul2 keluar setelah masuk azan maghrib atau di antara lepas dia solat asar hingga sebelum masuk waktu maghrib.

    1. Ustaz Love tak pasti kalau keluar haidh ni ada rasa keluar ke tak.. sbb Ustaz Love takde pengalaman tu.. hehe..

      Tapi Ustaz Love dah dapatkan pandangan seseorang yg mengatakan memang ada rasa kalau keluar darah haidh tu.. kalau begitu keadaannya, bermakna beliau tak sedar bila keluar (mungkin sbb tak terasa apa2).. jadi, puasa beliau adalah sah.

      WA

  3. slm ustaz, mcamana plk kalau ragu2..contoh darah itu keluar sekejap sahaja..selepas cuci, solat balik. tapi masih puasa seperti biasa..adakah puasa itu batal? tq

    1. Salam nisa..

      kena pastikan dulu adakah ianya darah haid atau bukan.. Jika ianya bukan darah haid, maka wajib teruskan puasa.

      1. saya pon tatau. sebab ianya sekejap sahaja. cuma dalam masa sehari. sebab itu ragu2. huhu. puasa mmg diteruskan. tp macamana ibadat solat dan juga terawih? pompuan sendiri pon tak faham ustaz. huhu. anyway tq.

        1. insyaAllah, bila dah belajar nanti faham la.. sepatutnya perempuan sendiri lebih faham tentang persoalan darah ni, kerana mereka yg mengalaminya sendiri.. maknanya, belajar teori dan praktikal skali.. sedangkan Ustaz Love cuma setakat belajar teori je.. πŸ˜‰

      2. wslm. mcm tu ye. mmg puasa mcm biasa dan solat wajib dan terawih selepas bersuci dan mandi. tp mmg ragu2 sebab keluar sekejap je dlm tempoh sehari. Insya’Allah puasa akan di ganti. tq ustaz

        1. kalau dalam mazhab Syafie, minimum hari keluar haidh adalah sehari semalam.. kalau memang ianya darah haidh, maka segala jenis solat dan puasa adalah tidak sah dilakukan.. πŸ˜‰

  4. assalamualaikum ustaz ,saye nk tye sah lagi ke puase klu kluar darah haid mase nk masuk wktu brbuke?darah tu xdela pekat,tapi wrne seakan2 coklat dan x bnyak.sye keliru la sama ade puase sye sah lagi ke x.

    1. waalaikumussalam sasha..

      sebaik saja darah haid keluar, maka batallah puasa tersebut dan wajib diganti. Tak kira dah nak masuk waktu ke, waktu banyak lagi ke. janji masih lagi dalam waktu berpuasa (belum waktu berbuka) πŸ˜‰

  5. salam ustaz, saya ingin bertanya mengenai nifas kerana saya dalam tempoh berpantang dan hari ini adalah hari ke 43. Pada hari ke 39 saya dapati darah nifas saya kering dan saya berpuasa.Begitu juga pada hari ke 40.Tetapi pada pagi sahur hari yg ke 41, saya dapati darah nifas seakan coklat cair keluar. Selepas sahur saya mandi wajib, berharap darah tu akan kering.

    Soalan saya:
    1) Adakah 2 hari yang saya puasa tersebut sah atau tidak?

    2) Bolehkah saya berpuasa esoknya (dgn mandi wajib)sekiranya, malam sebelumnya saya telah pasti tiada sebarang lendiran coklat keluar?

    3) Saya keliru dgn maksud rupa dan jenis darah dan lendiran (kental) coklat yang cair seakan putih cair.

    Mohon beri pandangan dan jawapan.

  6. Salam, nak tnye.kalo mlm ni kte dah niat nk puasa tp besok hari tiba2 ad darah sikit keluar..sah lg ke puasa?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme