I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Batal Puasa : Berjimak (Bersetubuh)

Salam…

Yang ni agak 18sx.. bagi yang dah kahwin, boleh la membaca sesungguh hati.. bagi yang belum berkahwin, bacalah sepintas lalu je.. jangan membayangkan bukan2 plak.. anggap je sebagai suatu proses pembelajaran.. salah satu bab dalam fiqh munakahat (perkahwinan).. Masa Ustaz Love belajar bab ni dulu pun Ustaz Love masih lagi anak dara..

Jimak ini adalah memasukkan zakar (kemaluan suami) ke dalam vagina (kemaluan isteri). Bermakna, sebarang aktiviti yg tak melibatkan perbuatan dukhul (kemasukan kemaluan) ini, maka bukanlah dinamakan jimak.. Contohnya bercium2, bergesel2, berpeluk2, meraba2 dsb..

Jika berlaku perbuatan jimak ini, maka batal la puasa.. kenapa tak dimasukkan ke dalam bab “memasukkan sesuatu ke dalam rongga” sedangkan vagina itu merupakan rongga juga? Sebabnya, orang yg berjimak ini batal puasa kedua2nya (lelaki dan perempuan).. sekalipun tiada apa2 yg masuk ke rongga kemaluan suami itu.. keluar lagi ada la..

Jimak ini sangat ditakuti pada bulan puasa (waktu siang.. waktu malam, takde masalah) kerana hukumannya (kifarah – denda) sangat la berat.. Kalau perkara yg membatalkan yg lain2, setakat kena ganti puasa je, tapi kalau jimak ni, kena kifarah.. InsyaAllah, nnt Ustaz Love cerita bab kifarah puasa dalam entry akan datang.

Ada orang kata, kalau batalkan puasa dulu sebelum jimak, maka tak kena la kifarah tu.. Itu satu pemahaman yg kurang tepat.. bukanlah kifarah itu dikenakan sebab sedang berpuasa (kalau batal, tak kena kifarah), sebaliknya dikenakan kerana berjimak di siang hari dalam bulan Ramadhan.. tak kira la beliau puasa ke, tak puasa ke ketika berjimak itu.

Tambahan – Menurut mazhab Syafie, tidak dikenakan kifarah jika telah membatalkan dulu puasa.. tetapi, menurut jumhur ulamak, kifarah dikenakan sekalipun telah membatalkan puasa (dan inilah pendapat yg rajih – lebih kuat)

Jadi, sekalipun bercumbuan dengan isteri itu tidak membatalkan puasa, adalah lebih baik dijauhkan (kalau yg jenis tak bleh nak tahan nafsu).. takut tergelincir ke pintu jimak.. hehe..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

42 Comments

Add a Comment
    1. assalamualaikom ustaz jika mlakukan zina pada bulan romadan pade siang hari atau malam pe denda y kne pade y mlakukan zina itu

      1. waalaikumussalam..

        penzina, kena hudud..

        lelaki juga kena kifarah kalau bersetubuh siang hari.. kalau berzina di malam hari, tak dikenakan kifarah..

      2. Ustaz Love nak tanya, jika berjimak sebelum pukul 7 pagi, terbit matahari, batalkah puasanya? (Selepas azan subuh, sebelum pukul 7 pagi)

  1. Assalammualaikum Ustaz LOVE….

    Alwiz LOVE ur type writing…. hehehe…

    Ustaz ceq da ckit cOnfius kt ayt ustaz had ni….. “Jimak ini sangat ditakuti pada bulan puasa (waktu siang.. waktu malam, takde masalah) kerana hukumannya (kifarah – denda) sangat la berat.. ” Maksudnya xble langsung ka???

    Maafla ceq ni agak LAMPI…

    1. waalaikumussalam..

      zina, tak kira dalam bulan Ramadhan atau tak, maka tak dikenakan denda.. sebaliknya dikenakan hudud.. iaitu sebat 100x bagi yg belum berkahwin, atau rejam sampai mati bagi yg dah berkahwin.

      lelaki itu juga dikenakan kifarah kerana bersetubuh di siang hari dalam bulan Ramadhan.

      WA

  2. Ustaz

    Saya ingin bertanya sedikit tentang yang ustaz katakan bahawa berjimak di siang hari di waktu bulan
    Ramadhan, bagi sesiapa yg tidak berpuasa pun di kenakan kifarah.

    Se pengetahuan saya yang cetek ni, sekiranya kite membatalkan puasa dahulu dan seterusnya berjimak kifarah tidak akana dikenakan kerana kifarah hanya termaktub kepada sesiapa yang berpuasa. Jadi cuma sehari sahaja [puasa yang perlu di ganti.

    APa komen Ustaz kepada sesiapa yang tak berpuasa dan bukan membatalkan puasa sebab ingin berjimak di bulan Ramadahhan adakah kifarah dikenakan? bagi saya tidak. Sila ulas.

    Satu lagi soalan saya apakah basis untuk Ustaz Love mengatakan bahawa kalau sesiapa membatalkan puasa untuk bersetubuh akan dikenakan kifarah.

    1. Pendapat yg mengatakan jika membatalkan puasa sebelum berjimak tidak dikenakan kifarah adalah pendapat Imam Syafie.. ini kerana Imam Syafie berpendapat, kifarah itu dikenakan jika seseorang itu membatalkan puasa dengan cara melakukan jimak.. tetapi yang lebih rajih adalah pendapat jumhur ulamak iaitu dikenakan kifarah sekalipun puasa telah terbatal.

      Jika saudara memilih untuk berpegang kepada mazhab Syafie dalam soal kifarah ini, tiada masalah.. cuma perlu diingatkan bahawa membatalkan puasa / tidak berpuasa dengan sengaja, apatah lagi dengan tujuan berjimak, hukumnya adalah haram dan berdosa besar..

      WA

  3. slm ustaz,..jika bulan puasa kita berjimak pada waktu malam dgn isteri dan keluar mani dan tidur tidak sempat nak mandi wajib,bila bangun dari tidur dah azan subuh,adakah puasa itu sah dan adakah di kenakan kifarah,mcm mn di kenakan kifarah itu,.

    1. salam ismel..

      puasa itu sah dan takde apa2 kifarah.. sbb mandi wajib takde kaitan dengan syarat sah puasa. nak buat bila2 pun takpe.. tapi selagi tak mandi wajib, tak boleh nak solat.

      kalau sebelum tido tu, terlupa nak niat, maka puasa tak sah, tapi masih kena teruskan berpuasa dan kena ganti puasa hari itu. tak sah sbb terlupa niat, bukan sebab terlupa mandi wajib.

      1. salam uztaz…adakah batal puasa jika air mani sengaja dikeluarkan waktu sahur, lagi 5 minit waktu azan subuh

        1. salam fee..

          tak batal puasa.. kerana waktu itu belum dikira permulaan puasa.. jika dilakukan selepas masuk waktu Subuh, baru batal puasa 😉

  4. “Masa Ustaz Love belajar bab ni dulu pun Ustaz Love masih lagi anak dara..”

    aik ? ‘anak dara’ ?? jadi ustaz nie pmpuan ekk ??? mm, konfius pula.. 😀

  5. assalamualaikum ustaz..kalau berjima’ di bulan puasa di siang hari,si isteri dipaksa oleh si suami untuk berjima’, adakah si isteri wajib mengqada’ puasanya dan bayar kifarah?

    1. waalaikumussalam…

      isteri wajib qadha, tapi tak kena kifarah.. kifarah hanya kena pada suami saja..

    1. hisap tetek isteri tak batal puasa tetapi makruh.. dan ia bukanlah dalam kategori jimak sbb jimak itu adalah memasukkan zakar ke dalam faraj isteri.. dan bukannya memasukkan buah dada isteri ke dalam mulut 😉

      1. heheh..kelas jawapan ustaz…mcm2 ragam manusia ni,,,puasa2 pon mulut dok sibuk juga nak mengunyah..heheh

      2. heheh..kelas jawapan ustaz…mcm2 ragam manusia ni,,,puasa2 pon mulut dok sibuk juga nak mengunyah..heheh

  6. salam..
    slps berjima’..sblm mandi wajib..bolekah kita bersahur dan berpuasa.? dan mandi wajib itu dilakukan..slps subuh.?

  7. Aslmkm ustaz.,
    Benar ke jika bersetubuh d siang hari d blan puasa,wajib m’gantikn ny,atau m’byar denda.dndany adlh;
    -} m’gantikn puasa sbnyk (40@60 hari (*klu x silap* ) @,
    -} m’merdeka kn s’orng hamba @,
    -} m’beri makan pda 60 orng fakir miskin,makanan yg
    biasa d mkan oleh m’reka..

    Benarkah begitu ustaz zza….??

  8. salam ustaz…batalkah puasa isteri sekiranya suami menggesel gesel kemaluan isteri di siang hari sehingga keluar air mazi?

  9. Assalamualaikum..apakah hukun puasa seseorang isteri itu mencium suaminya hingga suaminya itu terkeluar air maninya?

  10. tlng tnye bg pihak kawan saya…sbb dia tidak tahu hendak bertanya kpd siapa….d bulan puasa sekiranye psangan suami isteri bersetubuh ttp slpas sahur dan telah solat subuh…..stlah bersetubuh psangan suami isteri itu terus mandi wajib….lbih kurang pukul 6.30 pagi…..adakah sah puasa atau batal….jkalau batal bgaimana cara menggantiknnye smula….

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme