Khas Untuk Wanita Bertudung!!

Jom Tengok Kereta Proton Iriz Yang Awesome!!

Pasukan Yang Paling Teruk Kena Troll Abad Ini!!

Adab Iktikaf

Salam..

Ustaz Love menghentikan dulu rancangan soal-jawab untuk memberikan laluan kepada entry ni.. kihkih.. dah macam berita terkini plak..

Selalu kita dok dengar pasal iktikaf, tapi kadang2 kita tak faham dengan tepat apa yang dikatakan iktikaf itu.. maka, jadilah iktikaf itu siri tido dan makan di dalam masjid dengan gembira ria.. kadang2 gayanya lebih teruk daripada tido kat rumah.. sebabnya, sebelum iktikaf itu, tidak mempelajari dulu adab2 iktikaf.. perkara2 yg boleh dan tak boleh dilakukan..

Jika tidak menjaga adab, maka tiadalah maknanya iktikaf yg kita lakukan.. setakat dapat pahala iktikaf, tetapi dosa akibat tak menjaga adab menyebabkan pahala iktikaf itu tenggelam timbul.

Dalam Islam, setiap sesuatu itu bermula dengan niat.. jika diniatkan perkara itu kerana Allah, maka jadilah ianya suatu ibadah.. maksudnya dapat pahala niat kerana Allah.. bukanlah dapat pahala ibadah khusus (mcm puasa, solat, zakat dsb).. sbb ibadah khusus ini adalah melalui dalil.. bukan reka2 sendiri.. asal niat kerana Allah je, terus kira ibadah.. kalau sembelih babi niat kerana Allah, dapat ke pahala tu agak2nya?

Begitulah juga dengan iktikaf ni.. tanpa niat iktikaf, maka tido kita dalam masjid tu tak dikira sebagai sebahagian ibadah.. tanpa niat iktikaf, maka setiap saat kita berlalu sia2 kecuali bila kita melakukan ibadah.. sebaliknya, dengan niat iktikaf, even kita duduk je menyandar kat dinding sambil termenung ke, sambil pejam mata (tido la tu) ke, maka setiap saat itu dikira sebagai ibadah..

Namun, niat saja belum cukup untuk menyempurnakan ibadah iktikaf ini.. sama juga mcm ibadah lain spt solat dan puasa.. niat saja belum cukup.. kena jaga banyak lagi perkara2 yg melibatkan perkara yg membatalkan, yg menambahkan pahala dsb.. agar ibadah yg dilakukan itu lebih gaya, mutu dan keunggulan.

Dalam mengejar Lailatul Qadr ini, tak dapat tidak, Nabi s.a.w. telah mengajarkan kaedah yang paling baik untuk mencapainya.. iaitu dengan melakukan iktikaf. Kiranya 10 malam terakhir ni memang Nabi s.a.w. takkan bersama isteri2 Baginda.. dan ibadah yg Baginda lakukan, lebih banyak berbanding sebelum2 ni. Maka, lebih mudah la kalau iktikaf kat masjid.. berbanding nak ulang alik..

Kenapa tak buat kat rumah je? Sebab rumah kita kebanyakannya takde suasana masjid.. Apatah lagi nak solat dalam bilik.. silap2 solat pun buat atas tilam.. senang, lepas salam je terus terbaring.. Sedangkan kat masjid, suasana ibadah tu ada.. bila kita ramai2 berpakat iktikaf di masjid, bila tengok sorang bangun qiamullail, automatik kita akan ada rasa cemburu tengok member buat ibadah.. takkan kita tido je.. jadi, kita pun akan berlumba2 melakukan ibadah.

Jadi, dalam kita merancang nak iktikaf di masjid, kena la buat persediaan sikit.. bukannya datang berlenggang je.. lepas tu time nak tido, amik sejadah jadi alas kepala.. elok je air liur basi tertumpah kat sejadah.. bila esok jemaah sujud, memang bau longkang la sejadah tu..

Jadi, kena bawak peralatan tido sendiri.. jangan kongsi2.. nanti berlaku perbuatan sumbang plak kat dalam masjid.. bantal tu bawak sendiri (dulu Ustaz Love pakai bantal kulit.. bleh tiup2 angin bagi kembung).. bawak sleeping bag untuk alas tido.. jangan guna kain pelikat je.. sbb kalau terkencing ke time tido, memang hancus.. kalu sleeping bag tu, sempat lagi nak menakung air.. kihkih

Juga tidurlah dalam keadaan tersusun.. jangan sorang sana, sorang kat sini.. sorang lagi kat sinun.. silap2 kena pijak dengan jemaah yg datang masjid nak qiamullail.. terkejut sbb kena pijak..

Janganlah tidur di saf hadapan.. sbb saf hadapan tu biasanya untuk orang solat.. tidur je belah2 belakang.. jangan plak tido kat tempat muslimat.. buatnya terlajak tido sampai Subuh, elok je muslimat solat mengadap kita tido.. dah gaya macam solat jenazah plak..

Juga jagalah adab2 masjid.. walaupun kita tido, janganlah buat mcm tido kat rumah.. buat hal tido pakai boxer ke, berkemban tak pakai baju ke.. memang gaya nak kena halau dengan tok siak la..

Walaupun kita nak buat ibadah (iktikaf), jangan pula kita menimbulkan fitnah atas ibadah tu.. elok2 tahun ni pengerusi masjid benarkan iktikaf, sekali banyak hal jadi.. tabung kena pecah la, selipar hilang la, air liur bersepah la.. memang tahun depan, pakai iktikaf kat beranda masjid je la jawabnya..

InsyaAllah, bila kita dapat menjaga adab masjid dan menjaga adab iktikaf, kita akan lebih berhati2 dalam masjid.. nak kentut pun, akan lebih bersopan santun (kentut kat luar masjid).. dan fokus kita akan lebih tertumpu pada ibadah. Maka mudahlah kita nak bangun beribadah, tak kira la malam tu Lailatul Qadr ataupun tak..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
  1. Banyak adat nak kena jaga rupenya..huhu.bagus betol beri laluan kat entry ni..baru dgr iktikaf kat tv al-Hijrah aritu..baru paham baca entry ni..syukran ustaz

    1. lintaskan di dalam hati keinginan untuk iktikaf di dalam masjid kerana Allah (dan ketika melintaskan keinginan itu, kita sedang berada di dalam masjid).

  2. Ini sekadar kongsi cerita. Orang kata, kalau kita jumpa malam Lailatulqadar tu, pasti adanya benda pelik yang berlaku. Maka saya pada satu malam dalam bulan puasa 2014, turunlah ke tingkat bawah apartment saya untuk membeli air minum dari mesin air sekitar pukul 2.00 Pagi. Keadaaan memang sunyi sepi masa tu. Semasa saya mengisi air dari mesin air tu, tiba-tiba saya terdengar suara perempuan bercakap-cakap. Saya melihat sekeliling saya tiada sesiapa pun kecuali tiang-tiang apartment disekeliling saya. Saya pun berfikir, apakah ini keganjilan Malam Lailaturqadar? Saya pun mengira-gira malam itu, hari puasa ke berapa. Pada congaan saya malam tu baru dalam malam ke-17 hari berpuasa. Selepas mengisi botol air dari mesin air, saya pun cuba mencari dan cuba mengamati dari mana datangnya bunyi “Suara Perempuan ” yang berkata-kata itu. Akhirnya saya menemuinya. Alangkah terperanjatnya saya, rupanya suara perempuan itu datangnya dari Mesin warna pink Kiosk untuk reload Handphone, dengan kata-kataya “Sila tekan kod pilihan anda”….”Sila Masukkan No.Hp anda” dan bermacam-macam lagi suara arahan. Saya kemudianya balik ke apartment dan tersenyum sendiri bila memikirkan akan “suara perempuan ghaib” tadi. Itulah secebis kisah pengalaman saya, yang saya sangkakan saya dah bertemu dengan Malam Lailaulqadar. Tapi rupanya hanyalah suara mesin Kiosk reaload Handphone je!!!!!……

Leave a Reply

Your email address will not be published.


four × 5 =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site