I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

3 Golongan Berpuasa

Salam…

Alhamdulillah, lepas berbuka perut pun dah rasa lega sket.. tak sempat lagi makan pochai.. tapi, sebagai langkah berjaga2, Ustaz Love dah telan pochai sebotol.. biar overdose (padahal botol pochai tu kecik je.. hehe).

Setelah beberapa hari bersiaran dengan entry berkaitan hukum hakam puasa, maka Ustaz Love nak teruskan dengan entry berkaitan akhlak pula.. sebab belum tentu lagi jika puasa kita itu sah dari sudut hukumnya, ia diterima oleh Allah s.w.t.. Takut2 kita dok sangka kita puasa dah penuh, tak pernah skip puasa.. tarawih 20 rakaat tak pernah kurang.. sahur tak pernah miss dsb, maka puasa kita dah pasti diterima.. Sbb penerimaan ini adalah milik Allah s.w.t. semata2.. Allah juga yg akan berikan ganjaran atas amalan yg kita lakukan ni..

Sabda Nabi s.a.w. : “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (HR. al-Bukhari)

Jadi, marilah sama2 kita melihat kepada 3 kategori orang berpuasa seperti yang telah dinyatakan oleh al-Imam al-Ghazali rahimahullah :

1. Puasa Orang Awam..

Orang awam ni bukanlah bermaksud penjawat awam.. tapi bermaksud orang biasa, orang kebanyakan, orang marhaen dan yang semakna dengannya. Tak kira la apa juga pekerjaannya, jawatannya, pangkatnya, gelarannya mahupun gajinya. Kalau dalam kasta manusia, orang berpangkat itu letaknya di tempat yang tinggi.. walaupun mungkin ada orang lain lagi tinggi gajinya, tapi tiada pangkat, maka orang tak pandang tinggi.. tapi kalau sengkek, ada pangkat Datuk ke, Tan Sri ke, orang akan pandang tinggi.. sebab tu ada orang yang akan gunakan apa saja untuk mendapatkan pangkat.. beli gelaran, pijak kepala orang, menyebarkan fitnah dsb.. Kalau ikut cara jujur (bekerja keras), mungkin akan ambil masa..

Tan Sri P. Ramlee, lepas meninggal baru dapat gelaran Tan Sri.. begitu juga Sudirman.. Hajjah Faezah (beras Faezah herba Ponni) yang masih lagi hidup, dan banyak melakukan sumbangan kepada masyarakat, takde pun dapat apa2 gelaran atas jasa2 beliau itu.

Panjang plak Ustaz Love cerita.. hehe.. ini bukanlah maksud yg nak disampaikan, sebaliknya nak bagitau dalam agama juga ada kelas2nya yang tersendiri.. bezanya, ia tak diukur dari sudut keduniaan, sebaliknya diukur dari sudut kualiti iman dan amalan.. yg tunjangnya adalah keikhlasan.

Puasa orang awam ni adalah puasa yg biasa semua orang lakukan.. iaitu menahan diri daripada makan dan minum serta perkara2 yg boleh membatalkan puasa.. setakat itu saja.. puasa sebegini, semua orang mampu untuk melakukannya.. kiranya mcm dalam peringkat saringan program realiti nyanyian.. orang yg berjaya masuk ke peringkat seterusnya adalah orang2 yg zahirnya telah lulus perkara asas berkaitan nyanyian.. iaitu boleh menyanyi..

Puasa orang awam adalah puasa yang telah lulus dari sudut rukun dan syaratnya. Sekalipun seorang itu berpangkat Tan Sri mahupun Tun sekalipun, jika puasanya setakat menahan diri daripada melakukan perbuatan yg membatalkan puasa, maka puasanya itu adalah puasa orang awam.

2. Puasa Orang Khawas

Maksudnya seseorang yg berpuasa dan menjaga juga anggota2 zahir daripada melakukan perkara yang haram dan berdosa.. sekalipun perbuatan itu tidak mengakibatkan puasa terbatal.. iaitu menjaga mulut daripada bercakap perkara2 yang haram dan berdosa, menjaga mata daripada melihat perkara2 maksiat, menjaga telinga, tangan, kaki dsb daripada melakukan perbuatan2 yang dilarang.

Sebab itu mafhum daripada satu hadis, jika seseorang itu diajak bergaduh, diprovokasi dsb, maka katakanlah “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”.. walaupun bertengkar dan bergaduh itu tak membatalkan puasa, orang di tahap ini akan menjaga lidahnya daripada mengeluarkan perkataan2 yang dilarang.

Peringkat ini lebih tinggi daripada puasa orang awam.

3. Puasa Orang Khassul / Khususul Khawas

Inilah peringkat tertinggi dalam berpuasa.. Bukan setakat menahan diri daripada melakukan perbuatan yg membatalkan puasa dan menahan anggota zahir daripada melakukan maksiat dan dosa.. lebih daripada itu, golongan ini menjaga anggota batin daripada memikirkan perkara2 dosa dan maksiat.. juga menjaga hati daripada sifat2 keji spt riak, takabbur dsb.

Puasa peringkat ini adalah seperti puasa para Nabi dan para wali2.. kita sebagai orang awam ni agak kurang mampu nak sampai ke tahap ni.. sekalipun ianya bukanlah sesuatu yg mustahil..

Sbb kadang2, bila difikirkan.. kita mungkin tak makan dan minum pada siang hari, tapi fikiran kita dan hati kita sibuk memikirkan benda nak makan masa berbuka.. menghabiskan sebahagian besar masa melihat2 resepi dan mengunjungi tempat2 menjual makanan.. sedangkan ketika itu kita masih berpuasa.. Ianya tidaklah membatalkan puasa, tetapi tidaklah kita mampu nak sampai ke tahap puasa golongan ini jika kita tak cuba mengekang hawa nafsu zahir dan batin semasa berpuasa.

Di mana tahap kita, hanya kita sendiri yang tahu. Sama ada puasa tahun ni sama je mcm tahun lepas, ataupun lebih baik daripada tahun lepas.. ataupun lebih buruk daripada tahun lepas, hanya kita yang mampu mengubahnya.. Jika untuk kehidupan dunia, kita sanggup berusaha keras untuk meningkatkan tahap dan kualiti kehidupan, mungkin kita kena fikirkan tentang tahap dan kualiti amal ibadah kita, yang kita akan bawak bertemu dengan Allah s.w.t. nanti. Kerana usaha keras atas kehidupan dunia pasti akan berakhir, sedangkan usaha keras atas kehidupan akhirat, insyaAllah kita akan menikmatinya buat selama2nya dalam syurga.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz,,sy mau btnya ni tp bkenaan dgn puasa.
    btl ke kalau pakai contact lens blh mmbatlkn puasa?
    sbb bila kita pkai contact lens kita akn letak ubt pnitis bg xmgeringkn mta.blh bg pnerngan dgn lbh details?
    tq =)

    1. salam mak jenah..

      pakai contact lense tak membatalkan puasa sekalipun menggunakan ubat titis.. sbb mata bukanlah rongga terbuka.. πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme