Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Ustaz Gay

Salam…

Blog Ustaz Love banyak menerima carian berkenaan isu gay.. Ustaz Love pun tak pasti pernah menyentuh ataupun tak berkaitan isu gay atau homoseksual ni.. cuma yang agak memelikkan, kata carian gay itu digandingkan dengan ustaz.. ustaz gay..

Adakah gejala songsang ini telah mula merebak dalam dunia mereka2 yang berprofession agama (ustaz)? Ustaz Love sendiri kurang pasti.. sbb Ustaz Love tak pernah buat kajian.. Mungkin jika ada sesiapa yang terjumpa hasil kajian tu, bleh bantu Ustaz Love..

Agak2 ada ke ustaz yg gay ni? Ustaz Love boleh jawab.. tapi biarlah Ustaz Love tak jawab.. bimbang mengundang polemik.. sebab isu ini melibatkan golongan agamawan yang disanjung tinggi dalam masyarakat.. Cuma apa yang mampu Ustaz Love jelaskan, para ustaz juga adalah manusia biasa.. mereka bukan malaikat.. kadang2, ujian para ustaz ni sangat tinggi hingga tak terjangkau dek akal kita memikirkannya..

Ada satu kes yang Ustaz Love paling ingat (sebab ianya berlaku jaman2 Ustaz Love jadi student dulu).. ada seorang ustaz yang alim dan sangat dihormati telah dituduh meliwat pelajarnya.. Ustaz Love pun tak pasti apa kesudahan kes itu.. yang pastinya, sama ada ianya benar2 berlaku, ataupunn fitnah semata2.. ia tetap merupakan ujian yang sangat berat untuk ustaz tersebut.. Mungkin kalau ditimpakan ujian itu di atas batu jembala patik kita, kita takkan mampu untuk menghadapinya..

Sesungguhnya Allah s.w.t. menguji hamba2Nya mengikut kemampuan hamba tersebut.. kalau kita terasa beratnya ujian itu, percayalah, kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya..

Ustaz Love teringat member sekarkun (geng2 buat dakwah tabligh masa jaman student) selalu dok ulang2 masa bayan (ceramah lepas maghrib)..

“Kalau manusia cintakan seseorang, maka dia akan buat apa saja untuk memberikan kegembiraan kepada kekasihnya itu.. sebaliknya, jika Allah s.w.t. mencintai seseorang hamba, maka hamba itu akan disusahkan dengan pelbagai ujian untuk menguji keyakinan hamba itu terhadap Allah s.w.t”..

Ada benarnya kata2 beliau.. orang yang paling dikasihi Allah s.w.t. adalah para Nabi dan Rasul.. mereka itu dikasihi Allah, tetapi diberikan ujian yang sangat berat.. Nabi Ibrahim diuji dengan meninggalkan anak isteri di padang pasir, perintah menyembelih anak (Nabi Ismail a.s.), dicampakkan ke dalam api oleh Namrud dan pelbagai ujian lagi.. ada Nabi yang digergaji hingga terbelah dua badannya.. ramai para Nabi dibunuh, diseksa dsb.. semuanya merupakan ujian Allah kepada kekasihNya..

Dan di antara kekasih2 Allah itu, Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi yang paling dikasihi.. dan ujian yang diberikan kepada Nabi s.a.w. itu yang paling berat untuk dihadapi.. kerana ujian itu lebih berbentuk emosi dan mental.. Bapa saudara Baginda sendiri yang menentang dakwahnya.. Abu Talib yang selalu melindungi Nabi s.a.w., mati dalam keadaan tidak beriman.. dipulaukan oleh kaum Quraisy.. dan pelbagai lagi bentuk ujian..

Jadi, jangan sekali2 berputus asa dengan rahmat Allah.. kerana setiap kesusahan yang Allah berikan, pasti disertai dengan kemudahan.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. “Kalau manusia cintakan seseorang, maka dia akan buat apa saja untuk memberikan kegembiraan kepada kekasihnya itu.. sebaliknya, jika Allah s.w.t. mencintai seseorang hamba, maka hamba itu akan disusahkan dengan pelbagai ujian untuk menguji keyakinan hamba itu terhadap Allah s.w.t”

    :)

  2. betul..cuma tipikal manusia punya sifat cepat menghukum sesuatu tanpa diselidik dulu..xpatut..xpatut..sbb kita xtahu rahmah Allah di mana..dan sesiapa akn diberi olehNya kalau Dia kehendaki..dan rahmah itu kdg2 dpt dirasa bila kita berada dlm kesusahan,kepayahan dan kebebanan. nikmatnya hanya Allah saja yg Tahu..

  3. senyum bila baca yg kesusahan tu…
    jazakallah..
    idup aku selalu susah.
    dari kecik hingga besar..
    tapi itulah..
    btw ustaz,itu hadis ke ke ape?
    boleh bgi sumber.
    aku nka letak sesuka kang ade yg mintak rujukan camner?!!

    1. “Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.” (Ali Imran : 146)

      “Ujian yang paling berat adalah bagi para nabi, kemudian berikutnya dan berikutnya, seseorang diuji (oleh Allah) sesuai dengan kadar agamanya. Maka tidaklah musibah menimpa seseorang sehingga ia berjalan di atas bumi dan tidak ada dosa padanya.” (HR. al-Bukhari)

      “Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.” (HR. ad-Dailami)

    1. entah la.. mungkin jugak sbb dlm blog ni, paling banyak keyword ustaz kot (ye la, Ustaz Love membahasakan diri sebagai Ustaz Love) :D

  4. sy salu igatkan diri sy…manusia mmg xlari dari mbuat dosa…tp kite xboleh wat dosa besar…zina etc…sebab dosa besar tuh akibat dia pon besar…=)

    1. betul tu.. sama juga dengan hadas.. kalau hadas kecil, boleh dihapuskan dengan wuduk.. tapi hadas besar, nak tak nak memang kena mandi :D

Leave a Reply

Your email address will not be published.


6 − one =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site