I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tarawih : 8 Rakaat Ke 20 Rakaat?

Salam…

Seperti yang Ustaz Love janjikan tadi, entry ni akan cuba menjelaskan tentang persoalan pisang panas.. err.. maksudnya persoalan hangit yang selalu akan menghantui para jemaah termasuk imam dan ajk masjid.. iaitu bilangan rakaat solat tarawih yang akan ditunaikan di masjid. Adakah 8 rakaat atau 20 rakaat?

Sebelum Ustaz Love pergi lebih jauh (baca : melalut lebih jauh), ingin Ustaz Love jelaskan bahawa arahan jabatan agama (ini maklumat tahun lepas.. tahun ni punya tak sempat nak semak.. rasanya sama je) kepada semua masjid di Wilayah Persekutuan termasuk Putrajaya dan Labuan adalah solat tarawih sebanyak 20 rakaat.

Perbahasan berkenaan solat tarawih ini sangat mendalam.. masing2 sedaya upaya mempertahankan bilangan rakaat yg mana lebih sunnah.. bagi yg beramal dengan 8 rakaat, akan menggunakan hadis Nabi s.a.w. solat tarawih sebanyak 8 rakaatΒ  3 hari berturut2.. lepas tu, Nabi solat di rumah sebab sahabat2 dah ramai yg ikut di belakang Nabi.. Nabi s.a.w. khuatir ianya diwajibkan ke atas umat Baginda..

Dipangkah pula oleh golongan yg mempertahankan bilangan 20 rakaat.. dengan mengatakan bahawa yg buat 8 rakaat tu sebenarnya sunnah orang malas.. lalu didatangkan dalil kisah Saidina Umar r.anhu mengumpulkan para sahabat solat tarawih sebanyak 20 rakaat.. dan tiada seorang sahabat pun yg membantah (di sini telah berlaku ijmak di kalangan sahabat).. malah 4 mazhab yg utama juga menyatakan bahawa 20 rakaat itu adalah sunnah.. walaupun Nabi s.a.w. tidak kelihatan melakukan sebanyak itu, namun bila dilakukan oleh Khulafa’ ar-Rasyidin (khalifah yg 4), maka ianya juga sunnah (berdasarkan hadis suruhan berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah (jalan / cara) Khulafa’ ar-Rasyidin al-Mahdiyyin)..

Maka bertengkar la kumpulan 8 dan kumpulan 20 ni.. sehingga mengakibatkan perpecahan (Ustaz Love sempat melalui zaman ni di sebuah negeri.. bila ada jemaah yg memulaukan masjid yg melakukan solat tarawih 20 rakaat).. masing2 berkeras dengan pendapat mereka..

Sebenarnya, kalau kita kembali kepada asal.. solat tarawih itu hukumnya sunat.. sedangkan perpecahan, pertengkaran dan permusuhan itu hukumnya haram.. adakah layak bertanding di antara kedua hukum itu? kalau solat tarawih tu hukumnya wajib, maka berbaloi2 la kalau nak berbahas dan berhujjah sedalamnya..

Sedangkan, takde sapa plak yg nak up kan satu lagi sunnah iaitu tarawih 36 rakaat (spt yg dilakukan oleh penduduk Madinah di zaman para sahabat).. Agaknya sebab terlalu banyak kot? Baik geng 20, mahupun geng 8 takde plak nak sangkal apa2 pasal tarawih 36 rakaat tu.. Kalau geng 20 kata mereka buat 20 rakaat sebab rajin, dan merendahkan golongan yg buat 8 rakaat sebagai pemalas, kenapa tak tambah lagi rajin sampai ke tahap 36 rakaat?

Sebab itu la, dalam hal ibadah ini (tambahan ibadah sunat), kita kena paksa dan berkeras dengan diri kita sendiri.. tetapi kita bertolak ansur dan memberikan keluasan kepada orang lain.. Nak buat 20, buat la.. itu pun sunnah.. nak buat 8 pun sunnah juga.. nak buat 36 pun sunnah juga..

Jika makmum yg nak buat 8 rakaat, tapi imam teruskan solat sampai 20 rakaat, maka makmum berhenti la setakat 8 rakaat.. buat witir.. lepas tu balik rumah.. sambung baca al-Quran ke, tadarrus dengan family ke.. jangan la disebabkan terpaksa menunggu lama sket untuk moreh (sbb moreh dihidangkan selepas habis solat tarawih 20 rakaat contohnya), maka menyebabkan kegelisahan dan rasa tak puas hati pula terhadap mereka2 yang melakukan solat 20 rakaat..

Kalau makmum yg nak buat 20 rakaat, tapi imam berhenti setakat 8 rakaat je, takde masalah.. ikut je la imam.. lepas tu sambung sendiri kat masjid ataupun kat rumah.. kenapa nak berat2kan fikiran? Ada yg menyatakan, tak sempat la khatam al-Quran.. sempat buat 8 rakaat je.. Maka Ustaz Love pun kata, perlu ke nak khatam al-Quran dalam solat tarawih? Sehingga berat2 fikiran mcm ni? Bukankah masih banyak lagi masa (tengah malam ke, siang ke) untuk bertadarrus al-Quran?

Apa pun, dalam bulan puasa ni, kena banyakkan ibadah dan tingkatkan ketaqwaan.. untuk siapa? untuk diri kita sendiri.. kita yg perlu banyakkan ibadah.. bukannya kita sibuk2 nak cek ibadah orang lain.. kita yg patut solat tarawih sampai 36 rakaat, dan bukannya nak paksa orang lain solat banyak2 rakaat..

Sebab natijah akhirnya, akan kembali kepada kita juga.. walaupun nampak solat tarawih itu dilakukan secara berjemaah, hakikatnya diri kita sendiri yg akan mendapat manfaatnya kalau kita tingkatkan ibadah kita.. Jangan jadikan orang lain sebagai alasan kita mengurangkan mutu ibadah.. kerana ibadah sunat ini tiada kaitan dengan jemaah, sebaliknya individu itu sendiri..

p/s: Kalau ada yg terasa nak solat sepanjang malam pun tiada masalah.. Tapi, jangan sampai prestasi kerja menurun disebabkan mengantuk dan lesu.. kelak, ibadah kita menjadi fitnah pula..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz,

    perkongsian yg baik… kkdg org kita lbh mengutamakan yg sunat drpd yg wajib… sampaikan ada yg pergi solat terawih ni sbb takut dikata jiran2 sbb tak pi solat terawih…

    1. salam Areef..

      ada gak yg tersandar lepas berbuka.. tak solat Maghrib.. tak solat Isyak.. gi masjid semata2 nak solat tarawih.. hehe πŸ˜€

  2. salam ustaz..
    hihi…ingatkan lepas sekolah tadak dah nak bangkitkan isu 8 20 ni..
    saya setuju bab tarawikh ni sunat..
    ikut individu la, kalau dia mampu buat 20, buatlah…tp jgn la nak pandang serong org yg buat 8..

    lagi 1 saya memang tak boleh nak belah..ada jugak org pulun buat solat tarawikh, tp solat yg wajib melayang…yg memang saya x paham…conformation namanya kalau dalam bahasa sociology..hihi

    1. salam afuan..

      gitu la manusia bila masing2 rasa diri terlebih betul.. maka payah la nak berlapang dada dan bertolak ansur bab2 khilaf ni πŸ˜‰

  3. kat masjid2 dan surau2 kat tempat kakjem buat 8 rakaat,mula2 4 dlu lps tu tazkirah 15-30minit(bergantung ust yg memberi tazkirah) lps tu baru sambung balik yg 4 lg

    1. jangan masjid buat 4 rakaat lepas tu tak sambung2 dah, dah le.. takut2 nnt tahun 2020, orang cuma solat tarawih 2 rakaat je.. tanda ibadah dah makin kurang πŸ˜€

      1. InsyaAllah masjid x kot.takut2 orgnya lah sbb ada gak kakjem nengok lps je 4 rakaat ada yg pakat balik.x tau lah klau depa sambung buat kat rumah..wallahua’lam..

        1. 4 rakaat ke, 2 rakaat ke, kita kena tgk yg positif.. sekurang2nya beliau datang jugak imarahkan masjid untuk solat Isyak dan Tarawih berjemaah. Kadang2, orang ada kecemasan.. dalam hal ini, kemahiran memahami fiqh awlawiyyat (fiqh keutamaan) kena dipraktikkan πŸ˜‰

    1. dah masing2 berkeras pada perkara khilaf.. ini la jadinya..

      tapi, Ustaz Love yakin yg momoy mampu nak buat 20 rakaat.. sikit atau banyak bukan penentu keikhlasan.. sbb bilangan rakaat itu adalah perkara zahir, sedangkan ikhlas itu adalah perkara batin πŸ˜‰

  4. ustaz…boleh ulas tentang malam lailatulqadar..
    kalau seseorang tu jumpa dengan malam lailatuqadar..apa yg akan terjadi…

  5. 8 atau 20…? πŸ™‚ cuma yang penting apabila si polan yang melakukan 8 sahaja teruslah balik dari masjid apabila sudah lakukan witir. jangan bersidai di tepi masjid, borak2 sambil hisap rokok… ianya akan menggangu jamaah yg melakukan 20 pulak.

    1. yg bersidai kat luar tu biasanya yang makan moreh awal.. itu yg bising semacam je.. sbb orang Melayu ni, time makan la banyak idea nak bercerita πŸ˜€

  6. salam ustaz,

    boleh kah kiranya solat terawih dilakukan 2raka’at sahaja bagi seseorang individu?sedangkan solat terawih ini hanya sunat saja hukumnya…boleh ustaz tolong jelas kn…

  7. bagi pendapat saya memang tiada masalah yang penting lagi banyak amalan kau buat lagi banyak pahalalah..kan dan yang penting sekali dalam beramal biarlah mendapat keredaan ALLAH s.w.t.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme