I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Taraf Ibu Kandung Dan Ibu Tiri

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada nazliah..

“salam ustaz saya nk tanye ape hukumnyer kite derhakan pada mak tiri? sama ke taraf mak tiri ngn mak sendiri?”

Hukumnya adalah haram dan berdosa menderhaka kepada ibu.. tak kira apa nama ibu itu.. sama ada ibu kandung ke, ibu tiri ke, ibu susuan ke, ibu angkat ke.. Ibu ayam je yg boleh kita menderhaka kepada beliau.. sbb ibu ayam itu menyeru kepada maksiat.. Ibu itik dan ibu kucing tak termasuk dalam kategori..

Bab taraf ni, sebenarnya memang berbeza..

Taraf ibu kandung adalah berbeza dengan ibu tiri.. sekalipun ibu tiri itu menjaga kita daripada kecil (kes ibu kandung kurang matang).. kerana pengorbanan ibu kandung itu takkan dapat ditanggung oleh sesiapa pun.. itu dah jelas.

Ibu tiri juga berhak mendapat penghormatan seorang ibu.. sekalipun beliau cuma wujud waktu kita dah besar (tak sempat nak jaga kita daripada kecil).. Apabila disuruh melakukan sesuatu perkara yg bukan bertujuan maksiat dan dosa, maka wajiblah mentaatinya..

Cuma, jika ibu kandung dan ibu tiri ada sekali (kes bapa berpoligami).. maka anak2 hendaklah pandai mengambil hati kedua2nya.. Namun, keutamaan tetap terhadap ibu kandung.. Sekiranya ibu kandung dan ibu tiri memanggil serentak, maka wajar didahulukan menjawab panggilan ibu kandung.

Bagaimana jika ibu tiri seorang yg kijam? Wajib juga mentaatinya dalam perkara2 yg bukan maksiat dan dosa.. Tetapi kalau beliau suruh letak racun dalam makanan ibu kandung (kes cemburu), maka wajarlah ketika itu untuk terus melaporkan kepada pihak berkuasa..

p/s : Maaf atas selingan2 yang tak bersesuaian.. Ustaz Love tengah geramkan broandband.. hehe πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

33 Comments

Add a Comment
  1. satu perkongsian yang baik..teruskan ustaz..

    kena banyak sabo ustaz..sebab tu la saya tak pakai brodband..pakai streamyx…

    w/p brodband bole bawa gi mana2, tapi biasanya amat menyakitkan hati…

    biarlah hanya boleh online dr rumah tapi line cantik..

    bukan promot streamyx ni..tolong kabo je..hehe

    1. terima kasih abangmi..

      Ustaz Love punya pengalaman dgn streamyx ni.. tapi agak lama dulu la.. tak tau la kot2 skrg ni mutu perkhidmatan dah ditingkatkan.. πŸ˜‰

    1. ayah tiri adalah mahram kepada anak tiri.. boleh lanjutkan bacaan kat sini : http://ustazlove.com/blog/2010/11/soal-jawab-bernikah-dengan-anak-tiri/

      maka itu, aurat anak tiri dengan bapa tiri adalah sama spt dgn bapa kandung.. yg berbeza adalah jika sesama adik beradik tiri.. cthnya ibu (ada anak perempuan) bernikah dengan duda yg ada anak lelaki.. maka adik beradik tiri itu adalah bukan mahram.. dan auratnya perlu mengikut aurat dgn bukan mahram..

      cuma, dalam memahami konteks aurat ini (kalau dengan mahram, aurat wanita adalah antara pusat dan lutut), bukanlah bermaksud seorang wanita itu boleh sesuka hati topless di dalam rumah depan bapa tiri / bapa kandung / adik beradik lelaki dsb.. menutup bahagian ituuutt lebih utama.. sbb zaman sekarang, haruan bukan setakat makan anak, dengan cucu cicit sekali dia bleh belasah..

  2. Heheh… Ni certa berukband ke… Audra guna beruk band juga… Tajuk kali ini mgena pada audra TP??? .. heheh Dua2nya audra sayang…Allah kurnikan Audra dua ibu di dunia ini.. Ibu kandung audra Allah sayangkan dia dan Allah dah jemput dia terlebih dahulu dari kami adik beradik… πŸ™‚ .. Namun Allah maha tahu pe dalam hati kita… Namun Allah Maha tahu segala2nya DIA kurnia lagi kami sorg ibu yang amat kami sayangi shgga ke hari ini Subhnallah… Sorg Ibu yg mlahirkan kami dan seorg lagi mebesarkan dan mendidik kami dgn baik keran Allah shgga ke hari ini… I Love My mum.. My mum everything for me… πŸ™‚ Sayang mereka kerana Allah .. πŸ™‚ Yang peting kita jaga hati merka dan jaga setiap ayat yg keluar dari mulut kita … πŸ™‚

    1. alhamdulillah.. patah tumbuh hilang berganti.. walaupun pengganti dah tentu tak sama dengan yg diganti, tetapi ada juga kebaikan dan kelebihan yg Allah kurniakan.. sayangilah ibu tiri seperti mana kita menyayangi ibu kandung.. insyaAllah, Allah akan memberikan keberkatan dalam hidup kita πŸ˜‰

      1. assalamualaikum ustaz,salam perkenaln pd sume..sy nk tanye ckt n nk kongsi pengalamn ngn sme kwn2..sy empune bdn yg bernm mak tiri..npe kalau mak tiri mrh o tgur ank tiri cm ank ank kandg d slh erti kn…hinggga bw pd prtelingkahn suami istri n ank2 yg laen walhal niat kte baek nk sme2 mmbimbing,tau la kn ank2 skg laen mcm nkl nye,,sbb nye itu ank bongsu kesayangan abah,kdg2 ank sendiri terase d pinggir kn..cmne..xkn nk biar je bdk 2 wt ap sj ….kn tanggungjwb kn…

      2. salam.. ustaz, dah cuba utk syg ibu tiri sndri, tp syg sya dan rasa hormat sya dbalas dgn cacian dan hinaan. siap guna lama sosial lg nak kutuk kami 4 bradik, abg saya sampai berkecil hati dan keluar dr rumah. fkir juga mahu begitu, tp kerana ayah yg terlalu saya sayang, saya x mahu kecewakan dia jd trus bersabar hgga kini.. macam mana? dia semakin galak membuka mulut dan sgala bahagian kami beradik menjadi milik dia dan anaknya ‘(dr suami dahulu).. demi Allah saya dah cuba untuk menyayanginya tp kerana sifatnya yg sombong dan bongkak. saya dah tawar hati dan sehingga ke mati x akan sya anggap dia isteri ayah saya lg.. pernah juga dia meminta maaf, tp setelah sya memaafkan.,, dia ulang semula sikapnya itu..

  3. salam….
    nk tanya, derhaka ka seorg ank bila x puas hati dgn ibu kandung sbb ibu kandung kahwin lain dan melebihkn anak2 tiri dr ank sndri?
    untk pengetahuan Ustaz Love, bapa kndung msh hidup dan kami x blh nk terima kehadiran bapa tiri tu.

  4. salam ustaz….sy setuju dgn ika. sy juga ada ibu tiri selapas ibu kandung meninggal dunia. Di awal perkawhinan sy terima dya seadanya. malah, di hari pertma perkahwinan, sy sudah memangilnya dgn gelaran ibu. Tapi, lama kelamaan dya mula pinggirkan kami, adik2 sy langsung x di ambil peduli…tanggungjawab d rumah semuanya adik lelaki sy yg masih bersekolah yg buat. sbbnya sy menyambung pelajran dan hnya dapat balik ke rumah pd cuti smester. malah sedikit kasih syg pun tidak pernah di tunjukkan. dya selalu menyindir sy bila sy ada di rumah. memperkecilkan sy d depan keluarga kami. smpai ke hari ini, sy tidak bercakap septah perkataan pun padanya. dekat 3 tahun begitu. sy masih menghormati kerana sebagai org tua.tapi bukan kerana status ibu tiri. sakit hati terhadapnya makin membuak2 bila difikirkan keadaan adik2 sy dan perangainya yg hanya baik di depan ayah dan keluarga lain.

    hanya kawan-kawan yg jadi tempat sy meluah perasaan. Soalan sy…apakah hukumnya, sy menceritakan kepada kawan baik sy tntg penderitaan kami dan semua keburukan yg dya lakukan kepada kami…?

    1. setakat meluahkan perasaan, tidak menjadi masalah.. jangan sampai bertukar kepada menjaja keburukan.. kelak keburukan itu akan kembali kepada saudari dan keluarga saudari kembali. Jadi, berhati2lah dalam meluahkan perasaan.. pilih kawan yang betul2 dapat menjaga amanah dan jujur agar keburukan itu tidak disebarkan.. sebanyak mana pun cerita yg saudari luahkan, takkan dapat menyelesaikan masalah.. kerana punca masalah dan jalan penyelesaiannya bukan di situ..

      jalan terbaik adalah berbincang.. berani berdepan dan berbincang dengan pihak yg terlibat dengan kehadiran ayah.. tujuannya untuk menjernihkan keadaan, dan bukannya makin menambahkan dendam.. dan banyakkan berdoa semoga Allah mengubah hati ibu tiri tersebut menjadi seorang yang adil dan penyayang..

  5. bagai mana sekiranye ibu tiri kita tu seorang yg nusyuz sbb dia tak mau ikut suami dia dan biarkan suami yg sakit itu sendiri di rumah anak2. kemudian dtg sekadar seperti org melawat pesakit di hospital… wajib jugak kah mentaati dia? berdosakan kalau tinggi suara dgn seorang ibu tiri yg selalu main bomoh dan nusyuz itu?

    1. ketaatan itu bukan bergantung pada orangnya semata2, tapi bergantung juga pada perkara yg disuruh untuk mentaatinya itu. Seorang ibu tiri masih wajib dihormati dan ditaati selayaknya sebagai ibu tiri, sekalipun beliau nusyuz atau melakukan dosa besar sekalipun. Soal dosanya itu, biarlah urusan dia dengan Allah. Yg penting, ibu tiri itu perlu ditaati selagi beliau tak menyuruh kita melakukan maksiat dan dosa kepada Allah.

      WA

  6. Assalamualaikum Pak ustaz, saya wanita single, 8 thn ini saya mengasuh dan membesarkan keponakan saya, anak dari abang saya. Skrg usianya 12 thn. Ibu kandungnya meninggalkan dia dgn laki2 lain. Saya mengasuhnya spt anak kandung saya sendiri, apapun saya lakukan utk kebahagian anak angkat saya. Saya ingin dia menjadi anak yg sholeha sbg pondasi hidupnya kelak, dia lakukan sih pak ustaz, hanya dilakukannya dgn pura2. Belakangan anak angkat saya ini berkelakuan tidak sopan dan kasar terhadap saya, sampai2 saya sakit hati pak ustaz. Bahkan saya dia sebut anjing (maaf). Padahal demi Allah pak usatz, saya tdk pernah memukul sekalipun. Yang saya mau tanyakan, apa hukumnya seorg anak angkat menyakiti tante nya, yg sdh dia panggil dgn bunda. Trm ksh pak ustaz. Assalamualaikum.

  7. Salam…terima ksh atas penerangan ustaz.
    Lucu pun ada…camno gayo ni ustaz, anak2 tiri den tak dapek menerima den ni ha. Kono sumpah seranah je dgn bebudak tu…

    1. Sebagai seorang yg lebih tua, puan kena banyakkan bersabar.. anak2 tak matang lagi memang perangai macam tu.. insyaAllah, bila mereka dah matang sket, mereka boleh fikir baik dan buruk. Sebaiknya puan teruskan saja melakukan kebaikan buat keluarga baru puan.. insyaAllah, ada hikmah di sebaliknya.

  8. assalamualaikum ustaz…. sy berkahwin dengan duda 3 anak. tp ank2 dia tak suka kan sy. mcm2 mereka buat supaya sy berpisah dengan dengan ayah mereka. sy ada 2 org ank lelaki br sek. rendah. tp anak2 dia dah dewasa msg2 umur 28, 25 dan 15. sy mmg sll berkecil hati dgn mrk.

  9. Assalamualaikum ustaz..saya juga mempunyai ibu tiri sejak umur saya 3 tahun lebih..pada awalnya dia memang rapat dgn saya..dan saya satu satunya anak daripada arwah ibu saya..beberapa tahun lps tu..saya dpt adik lg..dan perhatiannya semakin berkurang..saya sedar status saya..dan sekarang saya mempunyai 3 orang adik lagi hasil perkahwinan ayah saya dan ibu tiri..soalan saya..ibu tiri juga mesti dilayan sprti ibu kandung..tetapi..jika perasaan kasih dn syg trhdpnya tiada..sekadar perasaan hormat dia sebagai org tua..adakah saya berdosa?walhal dia tlh menjaga saya bertahun2?

  10. Salam ustaz…
    Dulu saya rapat dgn mak tiri saya…
    Walopon awkward2 jgk, tp still boleh keluar sama…
    Tapi sejak saya buat satu kesalaham yang memalukan kluarga..
    Sejak tuuu saya jarang sgt2 brcakap dgn mak tiri saya..sgt sgt jarang ustaz
    Saya x tahu knpaa…walopon saya cuba jadi mcm dulu tp x boleh..sampaikn saya rasa mcm hilang sesuatu dlm hidup sayaa..mcm mana ni ustaz?

    1. Jangan cuba menjadi macam dulu (masa dah rapat dengan mak tiri), tapi cuba kembali menjadi macam dulu (masa awkward dan cuba2 nak rapat dengan beliau). Ada kalanya, kita kena membina kembali bangunan yang telah runtuh bermula daripada asasnya.

  11. SEORANGBAPA MENINGGALKAN SEORANG ISTERI MUDA YANG TIADA ANAK, SEORANG ANAK LELAKI DAN 3 ORANG ANAK PEREMPUAN. sIAPA PATUT JAGA BALU SEMATI

  12. Assalam ustaz.. sy ada ibu tiri yg merupakan ibu susuan sy jg.. tp masalah sy, sy nk kawin thn ni.. ibu kandung sy restu tanpa syarat yg berat utk sy dn bakal suami tp ibu tiri sy mahukan hantaran yg mhl utk pernikahan sy.. mana sy patut dgr, kata2 ibu kandung @ ibu tiri..

    1. Ibu tiri nak buat apa duit hantaran tu? Syarat berat apa yg ibu kandung kenakan tu? Yang patut saudari dengar bukan cakap kedua2 ibu itu, tapi cakap ayah saudari sebab ayah saudari itu yang akan menjadi wali, dan bukan mereka berdua.

  13. salam ustaz. Macamana hukum dua keadaan berikut:

    1. seorang perempuan dengan anak tiri abangnya
    2. seorang peremuan dengan anak luar nikah abang/adiknya

  14. Assalamualaikum ustaz..saya sudah berkahwin dgn duda anak 2 selama 5thn dan dah ade 2 ank bersamanye..tp anak tiri dlm jagaan ibunye.. soalannye..apakah hukum jika saya tidak mahu menjaga anak2 tiri saya..sebab saya tak mahu tanggung risiko..bekas isteri suami tak suka dgn saya lagi..tp suami pakse utk jg ank nye tu..cume masa cuti akhir tahun die suruh jage..

    1. Jika kita berkahwin dengan seseorang, maka kita kena menerima seluruh keluarganya tak kira ibu bapanya, anak-anaknya, adik beradiknya dan sebagainya. Jika tak mahu menjaga anaknya, jangan berkahwin dengannya. Carilah anak teruna atau duda yang tidak mempunyai anak.

  15. Salam Ustaz;
    Ada satu kemuskilan:

    Seorang anak angkat perempuan ber binti kan ayah angkat. Masa akad nikah guna nama ayah angkat ( disebutkan misalnya: aku nikahkan dikau dgn Minah bt ( ayah angkat ). Sah ke tidak ustaz? Dia tidak tau yg dia anak angkat sampai dah dapat baby.

    1. Bukan persoalan binti itu, tapi persoalannya siapa yang jadi wali kepadanya semasa bernikah. Kalau dia berwalikan hakim, sekalipun kadi sebut namanya berbintikan bapa angkat, sah perkahwinan itu. Namun, jika beliau bernikah berwalikan bapa angkatnya, atau berwakil wali drp bapa angkatnya, maka tak sah perkahwinan itu. Sebaiknya dirujuk kembali kesahihan perkahwinan tersebut di mahkamah syariah. WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme