I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Tanam Uri Nak Letak Apa?

Salam…

Rentetan daripada entry Pengurusan Janin Yang Gugur, Ustaz Love menerima komen dan pertanyaan daripada Amirul :

Hari itu saya tanam uri anak pertama saya…. Almaklum lah baru dapat zuriat pertama. Atas pesanan orang tua saya maka saya buatlah tanam uri itu dengan meletak paku dan garam beserta asam keping.

Saya terfikirkan sesuatu… oleh kerana ini adalah petua orang tua mungkin ada hikmah disebaliknya itu. Ia itu garam dan sam keping adalah untuk hindari bau dari haiwan liar. Paku adalah untuk mempercepatkan proses pereputan (Karat mempercepatkan daging mereput).

Boleh macam itu ke ustaz?

Kita seboleh2nya mahu bersangka baik dengan petua dan pandangan orang tua2 (orang dulu2). Dalam keadaan kita menolak pendapat mereka, kita menerimanya dengan sangkaan baik melalui beberapa alasan yang agak logik.

Contohnya, larangan orang tua2 untuk duduk atas bantal.. kita beri alasan kemungkinan takut bantal tu pecah (sbb zaman dulu guna bantal kekabu jahit tangan).. walaupun dah jelas orang tua2 kata takut tumbuh bisul. Begitu juga larangan memotong kuku waktu malam, larangan menyanyi masa memasak, larangan duduk depan pintu rumah dsb..

Dari satu sudut, mungkin kita akan nampak positifnya.. iaitu kita nampak berhikmah dan melayani pendapat2 orang tua.. Sebaliknya, ia juga bakal menjerumuskan kita dalam perkara negatif jika kita tak menyekat kekarutan2 itu daripada terus mewarnai dan mewarisi kehidupan kita, mahupun kehidupan anak cucu kita nanti.

Soal petua orang tua2 kebanyakannya melibatkan soal akidah.. spt bab jodoh (jodoh lambat, jodoh berat), hidup mati (mati kempunan), perkara2 akan datang (soal tilikan masa depan) dsb.. Walaupun ianya nampak remeh, tapi bila melibatkan soal akidah, maka ianya sesuatu yg besar. Sebab itu isu poco2 dan yoga bukanlah suatu isu yang remeh (seperti yg ditanggapi oleh sesetengah pihak.. kononnya isu rasuah, isu harga minyak naik dsb itu lebih besar), kerana ia melibatkan soal akidah.. Kalau seseorang itu melakukan dosa sepanjang hayatnya sekalipun, jika matinya dengan mati seorang yang beriman dan berakidah yang betul (sahih), maka tempatnya adalah di syurga (walaupun mungkin akan masuk neraka dulu).. Sebaliknya, seorang yang sangat baik lagi mulia serta melakukan pekerjaan yg mulia sepanjang hidupnya, tetapi mati dengan kekafiran dan akidah yg rosak, maka sudah tentu dia akan kekal selamanya dalam neraka.

Panjang plak Ustaz Love mengulas sebelum masuk ke isu yang sebenarnya.. Ustaz Love cuma nak mengajak kita memahami akan pentingnya soal akidah ni.. bukan bleh buat main2.. gurau2.. buat2 lawak dsb.. tersilap lawak, boleh jadi suatu penghinaan terhadap agama.. ianya boleh menyebabkan akidah menjadi rosak.

Berbalik pada persoalan yang sebenarnya, nak letak apa masa tanam uri? Letak paku? Letak kayu? Letak jarum? Garam? Kunyit? Sup Bunjut? Sekali dah macam nak memasak la plak..

Sebenarnya, nak tanam uri ini tak perlu letak apa2 pun.. hanya bersihkan dan bungkus dalam kain.. kemudian tanam.. jangan bungkus guna plastik plak.. letak garam seguni pun susah nak reput..

Tak perlu letak paku, tak perlu letak garam.. apatah lagi letak kunyit..

Sekalipun kita rasionalkan dengan paku dan garam itu bagi memudahkan pereputan, cuba kita tanya balik.. ada tak kita letak paku dan garam kat mayat yang dikebumikan.. ataupun kat bangkai kucing kita yang mati.. dengan alasan supaya cepat mereput? Sedangkan bangkai kucing itu lagi baik cepat reput.. sbb ianya sejenis bangkai yang dah tentu akan berbau busuk dan mengganggu ketenteraman hidung kita.. serta menarik perhatian binatang untuk mengoreknya..

Uri adalah protein semata2.. takde tulang, takde tahi.. jadi, uri sudah semestinya akan lebih cepat mereput berbanding bangkai kucing.. maka tak perlu la kita nak letak bahan2 untuk mempercepatkan proses tersebut.. Cukuplah kita menanam dalam lubang yang agak dalam.. supaya sesiapa pun tak mampu nak korek.. hatta hantu penanggal mahupun saka bidan sekalipun.. hehe

Jadi, alasan meletakkan paku dan garam untuk tujuan pereputan agak meragukan..

Ustaz Love pernah bertanya pada seorang bidan, kenapa nak letak paku ke, duri ke, jarum ke, garam ke, semasa menanam uri.. beliau memberitahu bahawa diletak garam supaya uri itu tidak dimakan oleh makhluk2 halus (garam biasa digunakan dalam upacara merawat kerasukan, saka, pagar rumah dsb oleh pengamal perubatan tradisional).. paku juga bertujuan begitu..

Tetapi, ada juga yang mempercayai, jika diletakkan paku, maka anaknya nanti akan mahir bertukang.. maka, konsep ini telah dimodenkan oleh orang2 tua lain dengan menanam pensel (supaya pandai belajar), tanam jarum (supaya pandai menjahit) dsb. Mungkin ada kes ibu2 yg menanam kalkulator (supaya anak jadi akauntan), tanam komputer (supaya anak jadi programmer) dsb yang tidak dilaporkan.. kes2 terpencil.. hehe

Maka itu, untuk menyelamatkan diri kita daripada terjebak dalam perkara2 yg merosakkan akidah ini, adalah lebih baik kita tanam uri tanpa apa2 bahan sampingan.. Lepas isteri bersalin, terus amik uri tu.. bersihkan dan tanam.. lepas tu baru bagitau mak ke, mak mertua ke.. yg uri tu telah selamat ditanam..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Comments

Add a Comment
  1. adat selalu buat akidah kita tersasar, masa sy melahirkan atau apa saja, bila disuruh buat sesuatu sy akan tanya ini adat ke hukum? kalau adat abaikan. Tapi kdg kita terperangkat juga demi jaga hati org lain.

    1. tak semua adat itu sesat.. ada juga adat yg diterima sebagai salah satu sumber hukum (dipanggil uruf).. cuma, yg bertentangan dengan akidah dan syariat sahaja yg ditolak πŸ˜‰

    1. terima kasih wansiti.. apa pun, perkara agama ini tak boleh diukur dengan logik akal.. sbb akal manusia itu terhad, sedangkan ilmu Allah itu luas πŸ˜‰

  2. Ustaz love mmg lucu ah!!.huhu..saya pn pnah tgok mak saya tanam uri kak ipar saya. Mak saya buh garam n paku.. huhu.. rasa mcm lucu la plak.. Supaya tak nak ade gangguan makhluk halus katanya.. ki3

    1. sebenarnya, uri tu memang menjadi makanan makhluk halus.. iaitu semut dan ulat2 dalam tanah.. πŸ˜€

          1. tau la.. ana ckp betul tu pakai logik lawak kan ipad tu kecik snng je nak tnm.mhalpun mhl..keye family dya.. hermm

  3. waktu nak tanam tu x de apa2 ayat yg nak dibaca ke? org tua kakjem dulu siap baca fatihah dan 3 kul….

    1. tak perlu baca ayat apa2 pun.. alangkan nak tanam orang meninggal pun takde nak baca apa2 ayat, apatah lagi nak tanam uri πŸ˜‰

  4. saya nak minta pandangan, saya dan pasangan saya ingin berkahwin. tapi kami masih belajar, yea kami ingin nikh khitbah. kenapa? saya menuntut di KL, mak ayah di Pahang seoanjang di sini, saya selalu bergantung harap pada pasangan saya. saya perempuan nak kua sorang takut, so dia temankan mmg lg bahaya, tapi saya percayakan dia. baik org nye, menegur andai saya tidak menutup aurat dgn sempurna, dan sebagainya. dia pun bersetuju untuk bernikah awal, ingin elakkan zina hati, mata dan telinga. kenapa? dia selalu rindukan saya, zina hati nama nye, selalu tak dapat alih mata tgk saya, zina mata nama nye dan kami selalu kol, zina telinga. kami belajar, bila ilmu nak berkat kalau kami sentiasa menghampiri zina? kami berdua setuju tapi, masing2 tak tahu bagaimana nak mulakan topik untuk dibawa ke ibu bapa kami. minta nasihat..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme