I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Sifat Munafiq

Salam…

Dah agak jarang Ustaz Love menulis entry soal jawab.. bukannya takde orang yg bertanya, tapi ramai yg lebih selesa bertanya kat e-mail terutama masalah2 yg melibatkan peribadi.. Dan masih banyak lagi persoalan kat komen2 entry yang Ustaz Love belum jawab.. Oleh kerana kebanyakan pertanyaan melibatkan hukum2 ilmiah yg agak rumit (Ustaz Love sendiri bukanlah Professor serba tau), jadi memerlukan kajian lebih lanjut memandangkan hukum fiqh itu sendiri sentiasa berkembang.

Kali ni Ustaz Love nak membincangkan sikit berkaitan sifat munafiq.. Ianya merupakan pertanyaan daripada abangmi yang Ustaz Love peramkan dulu supaya menjadi pekasam.. hehe..

Sebenarnya perbahasan tentang munafiq ini sangat luas.. Bahkan dalam al-Quran, banyak ayat yang menerangkan sifat2 munafiq ni.. Ini kerana ayat2 berkaitan munafiq ini ditujukan kepada kaum munafiq yang hidup semasa ayat al-Quran masih diturunkan. Dan ianya sentiasa relevan, kerana golongan2 seperti ini tak pernah pupus walaupun ketua puak mereka (Abdullah bin Ubay) telahpun mati.

Munafiq ini adalah golongan yg berpura2 Islam.. memeluk Islam dengan tujuan untuk mendapatkan bahagian daripada dunia (perhatian manusia, harta, pangkat dsb).. sebaliknya, hati mereka memusuhi Islam.. sbb tu Allah menyebutkan yang mereka ini apabila berada bersama2 orang2 Islam, maka mereka akan mengatakan yang mereka beriman. Apabila mereka kembali kepada syaitan2 mereka (kaum mereka) mereka akan menyatakan bahawa mereka setia bersama kaum munafiq mereka itu dan sekadar mempersendakan saja keimanan mereka itu. Bermakna, mereka2 ini adalah orang kafir yang berpura2 Islam (sbb Islam itu mestilah menepati i’tiqad dengan hati, menyatakan dengan lidah dan beramal dengan anggota).

Di sini perlu kita fahami bahawa bukanlah mudah2 kita nak menujukan istilah munafiq itu kepada seseorang.. walaupun seseorang itu bersifat dengan sifat munafiq, namun jika beliau masih lagi berakidah dengan akidah Islam, maka beliau bukanlah seorang munafiq.. sebaliknya seorang Muslim yang mempunyai sikit2 sifat munafiq.

Disebutkan sikap munafiq itu agar kita dapat berwaspada supaya tak terjebak dengan sifat2 sebegitu.. antaranya seperti menunaikan solat dalam keadaan malas.. maka, bila nak solat tu, cergas2kanlah badan.. jangan lemah longlai macam ayam berak kapur.. sbb itu sikap orang munafiq masa nak menunaikan solat..

Tetapi, jika dilihat seorang yg kelihatan lemah longlai nak bersolat, jangan plak cepat2 menuduh beliau munafiq.. sekalipun beliau tengah dalam keadaan malas, tetapi beliau masih lagi berakidah dengan akidah Islam..

Seorang yang tidak dapat menepati janji, bukan juga mudah2 kita nak memanggil beliau munafiq.. mungkin juga beliau ada alasan tersendiri yang dibenarkan syarak..

Semua tanda2 munafiq (yg terlalu banyak dalam al-Quran dan al-Hadis) adalah sebagai penilaian untuk diri kita sendiri, bukannya sebagai ukuran untuk kita menilai orang lain.. Sbb munafiq ini persoalan hati (berpura2 Islam.. walaupun zahirnya mengaku Islam).. dan hanya Allah saja yang menilai hati manusia.

Takut2 kita dok sibuk melabel orang itu ini sebagai munafiq, tengok2 kat akhirat kita pulak yang dibangkitkan di kalangan kaum munafiq (atas kesalahan yg mungkin kita tak nampak).

Akhir kata, marilah sama2 kita hayati terjemahan surah al-Munafiqun ini.. semoga kita sama2 dapat mengambil iktibar dan manfaat.

[1]
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
[2]
Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
[3]
(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).
[4]
Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)?
[5]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: ” Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu”, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.
[6]
(Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.
[7]
Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): “Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)”. Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).
[8]
Mereka berkata lagi: ” Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)”. Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
[9]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
[10]
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “.
[11]
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme