I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Isteri – Pelacur Kelas Pertama

Salam..

Masa berlalu dengan pantasnya.. sedar tak sedar, tak sampai sebulan lagi kita akan menempuh bulan Ramadhan sekali lagi. Bulan Ramadhan tahun ni, mungkin berbeza daripada tahun2 sebelumnya.. jadi, sementara menunggu kedatangannya, adalah lebih baik bulan ini (Syaaban) dipenuhi dengan latihan2 ibadah agar kita dapat bersedia untuk menghadapi ujian Ramadhan. Semoga Ustaz Love dan kita semua sempat untuk menemui bulan Ramadhan..

Ustaz Love tiba2 je dapat lintasan dalam kepala, yang ada satu soalan yang agak tertinggal ke belakang, belum lagi Ustaz Love jawab. Jenuh gak cek balik komen2 dulu, dan akhirnya berjumpa juga dengan soalan daripada hussin :

mohon komen ustaz mengenai perkara di bawah yang sedang menjadi perdebata hangat..

http://my.news.yahoo.com/kelab-taat-suami-dipertahan-penganjur-samakan-isteri-bidadari-015503071.html

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Penganjur Kelab Taat Suami Malaysia mempertahankan langkah mereka mengadakan badan itu bagi cuba menyelesaikan masalah curang di kalangan suami sambil menegaskan, kaum isteri sebenarnya “bidadari istimewa”, bukan ‘pelacur kelas pertama’ yang disalah tafsir oleh sesetengah pihak.

Ustaz Love sebenarnya tak suka terjebak dalam mana2 perdebatan hangat.. Jadi, Ustaz Love rasa, waktu ini lebih sesuai untuk menjawab pertanyaan di atas.. dah semakin kurang hangat dah isu tu rasanya..

Kelab Isteri Taat merupakan satu lagi idea mengarut bekas pengikut al-Arqam setelah beberapa cabang pecahan daripada kumpulan itu telah diisytiharkan sesat oleh JAKIM (spt Rufaqa’, al-Mansur).. tak perlulah rasanya Ustaz Love menerangkan perkaitan Dr. Rohaya dalam perkara ini.

Idea penubuhan Kelab Isteri Taat itu sendiri sebenarnya idea yang agak mengarut dan mengelirukan.. maka, memang tak hairanlah jika idea2 yang terhasil daripada pergerakan tersebut juga boleh bertukar menjadi idea yang super mengarut.

Isteri taat itu bukanlah dinilai dengan pertubuhan. Adakah dengan menyertai kelab tersebut akan menggolongkan seorang isteri itu sebagai isteri taat? Kalau yg tak join, adakah mereka2 itu termasuk dalam kategori isteri derhaka?

Banyaknya kekeliruan dan pemikiran berkecamuk terhasil dalam pergerakan al-Arqam suatu ketika dulu disebabkan mereka tidak memahami asas agama itu sendiri. Sebab itu, segala bid’ah dan khurafat dianggap sebagai syariat agama. Bahkan kematian bekas pemimpin mereka (Abuya) sendiri masih lagi tak dapat diterima oleh para pemuja beliau.. sehingga terwujudnya konsert pemujaan terhadap Abuya, bahkan Ustaz Love sendiri pernah menerima risalah dan majalah tulisan Khatijah Aam (Ummu Jah – dipercayai berada di Mekah) yang penuh dengan perkara2 mengarut tentang kebangkitan semula Abuya.

Berkenaan isu pelacur kelas pertama, ianya bukanlah istilah yang baru diperkenalkan.. sebaliknya ia dah meluas digunakan dalam pergerakan al-Arqam suatu ketika dulu.. dari mana Ustaz Love mengetahuinya? Ustaz Love berkawan dengan bekas pengikut al-Arqam dan kerap mengikuti sesi ceramah dan tamrin anjuran pergerakan itu masa jaman sekolah dulu.

Mereka2 ini tidak dapat membezakan istilah pelacur, pekerja seks dan isteri.. sebab dalam pergerakan al-Arqam dulu, seks itu sendiri menjadi matlamat utama mereka.. menggunakan umpan poligami untuk menarik minat para pengikut dan para simpati pergerakan mereka.. malah, jika berkesempatan membaca buku2 hasil penulisan arwah Ustaz Rosdi, maka dapat difahami lebih mendalam intipati ajaran al-Arqam yang lebih sulit.. seperti perbualan lucah dalam majlis Yaqazah, bertukar2 isteri, suami menceraikan isteri sebab pemimpin berminat dengan isteri beliau dsb.

Sudah tentu berbeza istilah pelacur dan isteri.. kerana pelacur adalah pekerja seks.. yang melakukan seks untuk mendapatkan duit / pendapatan.. sedangkan isteri melakukan seks atas dasar cinta dan tanggungjawab..

Suami juga mendatangi isteri bukanlah seperti mana mendatangi pelacur.. kerana suami mendatangi isteri yang halal dengan cara bertanggungjawab.. Jika isteri tak larat atau keletihan, maka suami punya tolak ansur.. bukannya mendatangi dengan cara paksaan sebab dah bayar duit ke, apa ke..

Ini antara contoh kes matlamat tak menghalalkan cara.. Mungkin Dr Rohaya bermatlamat baik (untuk menyeru kepada para isteri agar memberikan layanan seks yang terbaik kepada para suami), tetapi caranya itu tak kena. Islam tak pernah mengajarkan label2 sebegitu.. apatah lagi mengambil contoh label yang haram (pelacur) untuk dinisbahkan kepada seorang isteri yang dikatakan taat.

Setakat ni, Ustaz Love tak jumpa lagi kenyataan permohonan maaf daripada beliau kerana mengeluarkan kenyataan kontroversi tersebut.. tapi, Ustaz Love pun tak heran jugak.. sebab memang watak2 mereka ini akan merasakan diri mereka memang betul.. jadi, apa perlunya memohon maaf? Sekalipun kenyataan mereka itu mengguris jutaan hati umat Islam (walaupun mungkin ianya disokong oleh 1000 ahli kelab tersebut).

Nasihat Ustaz Love kepada Dr. Rohaya dan bekas2 pengikut al-Arqam yang masih taksub dengan ajaran Abuya terutama bab poligami, tinggalkan la pegangan yang dulu.. berdamping dengan alim ulamak.. betulkan kembali segala salah faham dalam memahami agama.. sampai bila nak kendong ajaran lama (sekalipun bertukar2 nama)? Berhentilah mencari publisiti murahan menggunakan agama.. al-Arqam ataupun apa jua nama barunya, sudah tak relevan lagi. Biarlah sejarah hitam itu berlalu dalam lipatan kenangan.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Comments

Add a Comment
  1. As salam Ustaz Love.
    Memang tak kena langsung dengan gelaran pelacur kelas pertama.. mana boleh samakan isteri dengan pelacur. Walaupun niat tu baik tapi cara dan label tak kena. Apa salahnya guna pakai “isteri kelas pertama” kan sedap sikit dan sejuk hati para isteri mendengarnya.. apa pun saya yakin ramai para isteri di luar sana yang tetap taat walaupun tak ada pertubuhan ..

    1. As salam pensil magik..

      fokus di sini sebenarnya adalah ‘layanan seks’.. sebab itu digunakan istilah ‘pelacur kelas pertama’.. sedangkan dalam soal perkahwinan, ianya bukan semata2 soal seks.. itu antara salah faham yg paling besar bagi pemimpin kelab tersebut..

      “Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim semalam, Fauziah menempelak “jika suami tidak menggunakan isteri sendiri, mereka hendak guna isteri siapa?” “Adakah suami perlu halakan nafsu mereka ke dinding kalau bukan untuk isteri?” katanya dengan tegas.”
      – petikan drp link di atas..

      takkan kalau isteri haid atau dalam pantang, suami kena menembak ke dinding? 😀

    1. di sebalik kelab itu, sebenarnya nak mengumpulkan para isteri yang berpoligami dan menyediakan isteri2 yang sanggup berpoligami.. belladiea sesuai kot join? hehe 😀

        1. hehe.. join je kelab menembak.. sebagai persediaan kalau dah bersuami sok, suami buat hal nak tambah lagi 😀

  2. salam ustaz,
    inilah masaalahnya bila dah terlebih pandai.taktahu nak salurkan ilmu kat mana. menjatuhkan martabat kaum sendiri.

    1. salam kakyon..

      ni bukan kes terlebih pandai, tapi kes buat2 pandai dan memandai2.. agama ni mudah je.. ikut apa yang dah diajarkan oleh Allah dan RasulNya.. 😉

      1. Assalammualaikum Ustaz LOVE,

        LOVE ustaz …. punya penulisan & pemikiran…. ceq & suami bila bukak topic 18sx ni, selalu ada pencanggahan pendapat….selalunya diakhir pedebatan msti ceq akn diam sb mls nk mengeruhkan keadaan. Ceq mmg setuju bila ustaz kata “sedangkan dalam soal perkahwinan, ianya bukan semata2 soal seks..”

        1. Waalaikumussalam Ms. Gabanz..

          Terima kasih.. isu seks merupakan isu yg masih taboo di kalangan masyarakat Melayu.. ianya tidak dibincangkan secara meluas.. kecuali di kalangan pakcik2 yg suka melucah dan budak2 remaja yang baru nak kenal dunia.

          Namun, bagi sesebuah perkahwinan, perkara berkaitan seks ini perlu dibincangkan secara terus terang dengan pasangan. Walaupun perkahwinan itu bukan semata2 berkaitan seks, namun seks itu merupakan salah satu tujuan perkahwinan. Jika ada halangan untuk seks itu (suami mati pucuk, isteri mati pangkal dsb), maka syarak mengharuskan perceraian..

          Cuma kat Malaysia ni, perceraian disebabkan isu seks rasanya agar kurang jika nak dibandingkan dengan isu kewangan.. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme