I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Bersih 2.0

Salam…

Ustaz Love dah lama simpan pertanyaan daripada abangmi ni.. bukan saja2 nak simpan, sebaliknya Ustaz Love kena jawab soalan yang lebih dulu ditanya. Dan kebetulan pula, dah tiba turn soalan ni ketika negara semakin hangat dan berdebar2 menantikan bagaimana rupanya perhimpunan Bersih 2.0 esok. Soalan beliau :

mohon pandangan ustaz mengenai isu demontrasi yang akan diadakan pada 9 julai..

dari pandangan Islam, adakah demontrasi dibenarkan?

apakah hukumnya mengadakan demontrasi secara aman untuk menyatakan bantahan terhadap sesuatu perkara?

jika secara liar dan menyebabkan rusuhan, huru hara ada ustaz menyatakan ianya adalah jelas haram.

Sebenarnya, agak sukar untuk menentukan hukum secara pasti tentang perkara ini. Oleh kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi, maka kebebasan bersuara adalah merupakan antara ciri2 demokrasi. Kalau tak boleh bersuara, dah jadi autokrasi dan kuku besi.

Namun, sejauh mana kebebasan itu boleh dipraktikkan dengan cara2 tertentu, maka itu yang menjadi pokok perbahasan. Kebebasan bersuara tidaklah sehingga menyebabkan kita boleh memfitnah dan memalukan orang sesuka hati.. Juga tidaklah sampai boleh menimbulkan suasana huru-hara dan menggugat ketenteraman awam.

Jika diperhatikan dari sudut asas, berhimpun itu hukumnya harus. Manusia bebas nak berhimpun di mana2 pun yang disukai.. Nak berhimpun dalam masjid, luar masjid, tanah lapang, tanah sekangkang kera.. takde masalah.. yang menjadi masalahnya jika ianya menimbulkan masalah kepada orang lain..

Contohnya berhimpun tengah jalan, sehingga menghalang laluan orang.. berhimpun depan pintu, sehingga menghalang orang nak keluar masuk.. berhimpun depan kedai sehingga menghalang orang nak membeli dan penjual nak menjual..

Itu jika diteliti dari sudut tempat perhimpunan.. jika menghalang laluan orang, maka hukumnya berubah daripada harus kepada haram.

Dilihat dari sudut tujuan pula, ianya perlulah tujuan yang dibenarkan syarak.. Apakah bezanya perhimpunan membantah serangan Israel ke atas Lubnan dengan perhimpunan Bersih 2.0 ini? Tujuannya sama2 murni, satu bertujuan membantah serangan.. satu lagi bertujuan membantah penipuan dalam proses pengundian. Apa pun tujuannya, jangan sampai melakukan halangan seperti di atas.

Ustaz Love tak nafikan, ulamak sendiri berbeza pendapat dalam hal demonstrasi ini.. pertamanya kerana ianya bukan daripada ajaran Islam.. ianya merupakan kaedah Barat yang mempopularkan kebebasan bersuara. Selebihnya, ia memang boleh menimbulkan huru-hara dan mengganggu ketenteraman awam.

Fatwa Arab Saudi mengharamkan demonstrasi ini.. Ulamak2 haraki (yg bergiat dalam pergerakan politik) mengharuskannya.. Itu tak menghairankan, kerana Arab Saudi sendiri bukanlah sebuah negara yang terbina daripada proses demokrasi (pilihanraya).. ianya sudah tentu berbeza.

Setakat itu saja yang Ustaz Love mampu ulaskan berkenaan hukum demonstrasi ini. Tetapi, Ustaz Love lebih suka jika kita memilih untuk keluar daripada khilaf.. maka, adalah lebih baik tidak melakukan demonstrasi.

Ustaz Love punya pengalaman demonstrasi ni.. bukanlah sebagai peserta, sebaliknya sebagai seorang yang tersepit di tengah2.. kiranya macam pelanduk la ni..

Ustaz Love terpaksa bertugas hari Ahad sebab masa tu ada satu demonstrasi membantah ISA. Ustaz Love kena deal dengan pihak SB, kena deal dengan pihak peserta demo.. asalnya diarahkan supaya masjid ditutup pada hari Ahad, tapi mujurlah hasil perbincangan pihak masjid dan pihak SB, maka kata sepakat dicapai.. iaitu pintu pagar masjid hanya akan dibuka pada waktu solat saja.

Tak perlu la Ustaz Love nak detailkan cerita ni.. Cuma Ustaz Love nak bagitau, sepanjang sehari tu, macam2 Ustaz Love hadapi.. kena kutuk, kena hina, kena panggil kafir, barua dsb oleh peserta demo yg berang kerana tak dapat masuk ke kawasan masjid.. Katanya nak solat Dhuha.. Ustaz Love tak terniat pun nak perlekehkan mereka, tapi kenapa time tu tiba2 rajin nak solat Dhuha?

Mujurlah bila time pintu dibuka untuk solat, tiada kejadian buruk berlaku.. cuma ada sikit je perselisihan pengawal dengan seorang peserta yang agak agresif memanjat pagar masjid. Waktu tu Ustaz Love bertugas solat Zohor.. lepas solat, kena kosongkan kawasan masjid.. satu kerja lagi nak buat pengumuman dan permintaan agar peserta meninggalkan masjid..

Ustaz Love bukanlah peserta demo.. tapi Ustaz Love terkena juga tempiasnya spt bom asap yang memedihkan mata dan menyesakkan nafas.. Tapi nak buat macam mana, Ustaz Love bertugas dan berada di tengah2 medan pertempuran (cewahh)..

Ada yang mengeluarkan kata2 sinis kat Ustaz Love.. masjid zaman Nabi dulu jadi tempat perlindungan, masjid sekarang jangan kata nak berlindung, siap kena halau lagi.. Ustaz Love faham perasaan beliau.. tapi Ustaz Love kena menjalankan tugas juga.. jika Ustaz Love biarkan, mungkin kejadian2 sebelum ni akan berlaku (peserta demo lelaki perempuan dengan tak buka kasut terus masuk ke dewan solat.. alasannya, sebab nak lari dari dikejar.. tapi agak kurang ajar gak la kan.. masuk rumah sendiri walau urgent mcm mana pun bleh buka kasut, tapi masuk rumah Allah dengan berkasut). Jadi, lebih baik dilakukan langkah2 pencegahan.

Percayalah cakap Ustaz Love.. jika perhimpunan dilakukan setempat, ada kemungkinan ianya menjadi aman.. tapi bila mula bergerak, biasanya akan jadi huru-hara.. mungkin disebabkan provokasi, semburan air dsb. Juga keadaan orang ramai bisa saja menyebabkan musuh dalam selimut menyelinap masuk melakukan huru-hara.. Elok2 nak aman, jadi huru-hara sbb ada pencetusnya.

Ustaz Love tak berapa mengikuti sangat berita kat TV.. rasanya ada dengar2 yang perhimpunan dipindahkan ke Stadium Shah Alam.. Bagi Ustaz Love, itulah yang terbaik.

Dalam keadaan masyarakat kita yang semakin memandang sepi akan kekuatan amal ibadah, maka kaedah2 sebegini biasanya menjadi pilihan.. Eloklah rasanya Ustaz Love meninggalkan entry terpanjang dalam sejarah penulisan kat blog ni (agaknya la) dengan satu kisah.

Aurangzeb Alamghir merupakan seorang ulamak yang terkenal di India.. sehinggakan fatwa2 beliau dikumpulkan dalam satu kitab iaitu Fatwa Alamghir. Beliau juga merupakan anak kepada Maharaja India, Shah Jahan.

Suatu ketika, guru kepada Aurangzeb menegur Shah Jahan yang memakai sutera (ataupun emas.. Ustaz Love pun lupa). Lalu, sang kancil raja pun berasa kecik hati dan nak melancarkan perang terhadap guru tersebut. Aurangzeb dengan pantas mengkhabarkan kepada gurunya itu bahawa bapanya sedang menyiapkan bala tentera untuk membunuh gurunya yang seorang itu. Lalu gurunya pun berkata (Ustaz Love alih bahasa ke bahasa yg mudah sket):

“Takpe.. takpe.. tunggu jap.. aku nak amik wuduk dulu” (dengan tujuan lepas tu nak solat hajat)

Lalu Aurangzeb pun berlari mendapatkan bapanya dan menyuruh bapanya menghentikan niat nak menyerang gurunya.. kerana gurunya itu sedang mengambil wuduk dan nak bersolat sunat. Mendengar itu, bapanya pun rasa gementar lalu mematikan niatnya nak menyerang.. sebab beliau tahu, yang doa guru itu mustajab.. silap2, beliau plak yang akan terkena bahana doa guru tersebut.

Allah menyuruh kita meminta pertolongan dengan jalan sabar dan menunaikan solat.. Adakah kita dah semakin hilang keyakinan dengan solat hajat (yg biasa dibuat secara perdana) sehingga terdesak mencuba cara ini? Sama2 la kita fikirkan dan renung2kan..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz..
    lame xmenegur..memang panjang entry nie..tp najah sanggup habiskan..sebab nak tahu..:)
    sebolehnya..harapan najah..mereka diluar sana..berfikir dengan ilmu dan iman..sayangilah keamanan negara ini…
    (sedih jap….)

    1. Salam najah..

      Terima kasih kerana masih sudi menegur Ustaz Love. Ustaz Love pun mengharapkan yg sama agar kita tidak mendahulukan perasaan berbanding akal 😉

  2. niat diorg mmg nk gerak scara aman.. tapi dlm ramai2 tu pasti akan ada individu yg mungkin btindak sbagai pencetus huru hara nti…

    1. btul tu caliph… kdg2 dlm ramai2 tu ada ‘musuh’ yang menyamar… kemudian buat huru-hara.. lepas tu yg kena balik adalah mereka yang nak berdemonstrasi secara aman… huhuhu

      1. Sebab itu, kadang2 kita perlu juga menilai kesesuaian kaedah usul “mencegah itu lebih baik daripada mengubati” 😉

    2. sebab itu pepatah Melayu ada mengatakan : Rambut sama hitam, hati lain2.. Sedangkan dalam ramai2 orang yg pergi masjid nak solat Jumaat tu pun kita tak dapat nak tentukan yg mana memang datang nak solat, nak tido, nak curi kasut dsb.. Inikan pula perhimpunan sebegini.. memang mudah untuk dimanipulasikan 😉

  3. me sgt setuju dgn apa yg ustaz tulis dlm entry ni..

    bila dh buat street rally.demo, senang setan masuk dlm diri–memang konpem akan ada vandalisme even seorg dua ajer yg buat pun, like rosakkan keta org, bakar harta benda org etc

    me tgk sendiri kwn2 me join reformasi dulu2,, time tu me kat univ, me memang bukan jenis yg suka join benda2 gitu..memang me tak sokong apa jua bentuk kezaliman &penyelewengan dlm pentadbiran negara (if ever), tp berdemo tak mengubah apa2….

    1. Bila dah ramai ni, yg penakut pun kadang2 jadi terlebih berani.. tumpang berani orang yg ramai. Tapi Ustaz Love lebih risaukan watak pengacau.. yg selalu melakukan provokasi sehinggakan ianya nampak seperti sangat ganas 😉

      1. terima kasih atas ulasan ustaz..saya tak pernah terlibat dgn demo ni..takat tengok di tv je..taktau suasana sebenar di sana..ramai kawan2 ajak turun,,tapi saya tak mahu ambik risiko,,

        1. suasana memang la kecoh.. alangkan pasar malam yg penuh dengan orang pun kita bleh bayangkan suasananya.. apatah lagi perhimpunan untuk demonstrasi 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme