I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Bakal Isteri Menghancurkan Hati

Salam…

Ustaz Love nak kembalikan momentum entry soal jawab.. lama dah tak buat.. sebab Ustaz Love masih lagi dalam proses mengkaji fakta2 berkaitan persoalan hukum jual beli emas sebelum menjawab persoalan yg sepatutnya dijawab dulu. Tapi masih belum habis lagi. Jadi, Ustaz Love dengan berat hati terpaksa melangkau kepada soalan yang kemudian.. Ianya melibatkan hati dan perasaan..

salam ustaz..
sy ade satu masalah..
sy da 3taun brknlan ngn sorang pmpun ni n sy ingin menjadikn die sbagai isteri sy..dlam blan 2 ari tue die da melahirkn anak..hasil soal siasat die trlanjur ngn ex boypran die dan die xmau kawin ngn ex die..die merayu2 kat sy surh sy terima die..jujur sy katakn sy pernah trlanjur ngn die tp sy da stop wat keja2 tue 2taun lepas..lagi satu ustaz pmpuan ni banyk brrahsia dngan saya..ada skali tue die sms ngn adik angkat die bersayang2..hati sy hancur ustaz..cm mane sy nk wat ustaz…

Pertamanya, Ustaz Love menasihatkan agar mana2 lelaki mahupun perempuan di luar sana.. jangan mudah2 nak mengambil keputusan berkahwin.. jangan melihat bahawa perkahwinan itu sebagai satu2nya penyelesai masalah.. sebab bila berfikiran begitu, maka kita bakal terjebak dengan keputusan yang terburu2, emosional dan tidak dapat berfikiran dengan waras. Perkahwinan ini merupakan suatu perkara yang besar.. maka, ianya perlu melalui pelbagai persediaan sebelum menempuhnya.

Jika dilihat senario yang dipaparkan, katanya dah pernah terlanjur 2 tahun lalu.. kemudian, bulan 2 hari tu, wanita itu melahirkan anak hasil keterlanjuran dengan ex boyafren beliau.. bermakna, dah 2xΒ  wanita ini terlanjur..

Kemudian, wanita ini banyak berahsia.. dan kemudian, didapati bersayang2 pula dengan adik angkat..

Ustaz Love harap, agar jawapan yang Ustaz Love bakal berikan ini tidak menyinggung perasaan mana2 pihak. Dan pandanglah nasihat ini sebagai nasihat daripada seorang yg lebih tua (bukan pangkat atuk.. anggap je pangkat abang) dalam masalah2 rumahtangga ni.. hehe..

Asas sebuah perkahwinan adalah kepercayaan.. Tanpa kepercayaan, sesebuah rumahtangga itu seumpama retak menunggu belah.. Suami kena percaya dengan isteri.. Isteri juga kena percaya dengan suami.. Namun, kepercayaan ini juga bersyarat.. bukan percaya membuta tuli atau bertaqlid buta.

Bagaimana agaknya rumahtangga nak bahagia kalau pasangan saling mencurigai? Isteri curiga suami curang.. suami plak curiga isteri main kayu balak.. Rumahtangga akan panas sentiasa dengan pergaduhan, pertengkaran, smackdown, kungfu dan ong bak..

Ustaz Love tekankan isu kepercayaan di sini (bukan pada isu terlanjur) kerana sikap wanita itu (seperti yang diceritakan) terlalu berahsia.. Seorang yang terlalu berahsia ini, sangat besar kemungkinannya sedang cuba menyembunyikan kesalahan beliau.. Jadi, segenap sudut dia akan cuba nak cover.. dalam percubaan nak cover itu la, mewujudkan satu lagi situasi.. iaitu penipuan..

Sekali tertipu, boleh tahan lagi.. kalau sampai beratus2 kali kena tipu? Memang sakit kepala nak memikirkannya.. apatah lagi bila ianya dilakukan oleh orang yang sangat kita sayangi.. itu belum masuk dah ada anak lagi.. pun nak kena fikir jugak kesan dan akibatnya..

Maka, Ustaz Love nasihatkan (ini nasihat peribadi), jauhilah wanita2 perahsia sebegitu.. kerana, dengan kerahsiaannya itu, kita pun tak dapat nak pastikan sama ada beliau betul2 dah berubah dan bertaubat ataupun tak.. dikhuatiri bila dah kahwin, perangai yg sama diulangi..

Kalau kita ini sebuah kapal besar yang tidak gentar dipukul ombak, insyaAllah tiada masalah nak melalui apa jua rintangan.. tapi, kalau kita cuma sekadar sebuah sampan yang berlubang kat sana sini, jangan kata ombak besar, nak lalu di air yg tenang pun belum tentu sempat sampai ke destinasi.

Carilah wanita yang sekurang2nya boleh menjadi penyumbat lobang2 sampan kita (sebagai pelengkap kekurangan kita) dan bukannya yang bakal membesarkan lagi lobang2 tersebut.

Jangan layan sangat soal hati yg hancur itu.. insyaAllah, masih ramai lagi gadis yang sudi untuk mengubatnya.. πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

Add a Comment
  1. setuju dengan ustad, takut nanti timbul isu ungkit mengungkit lagi parah kan ustad. saya juga penah terpikir kawen utk selesaikan masalah. Disebab kan saya nak lari dari masalah kerja saya terus cakap saya nak kawen. nak jadi suri rumah sepenuh masa huhuhu..tp masih tak terkawen2 gak sbb masih was was dengan kata2 saya tu heee.

    1. nak selesaikan sesuatu masalah adalah dengan menyelesaikan punca masalah tu.. masalah jugak bila tak kawen2 lagi ni.. Ustaz Love doakan agar Jiejah Gorjes akan bertemu jodoh dan terkawen juga suatu hari nanti πŸ˜‰

  2. Carilah wanita yang sekurang2nya boleh menjadi penyumbat lobang2 sampan kita (sebagai pelengkap kekurangan kita) dan bukannya yang bakal membesarkan lagi lobang2 tersebut.

    good quote dear ustaz..
    ahahaha..
    frankly speaking la,most of us is smpan yg lubeng2 itu…
    ate nak jdi nakhoda kapal?!
    abislah karam..nak2 klu kapal itu nakhodanya jack separow peret of kerebien..
    huhuhu
    hanco!

    1. sebab itu pepatah Melayu ada mengatakan, ukur baju di badan sendiri (walaupun kita jenis yg selalu beli baju yg dah siap) πŸ˜€

  3. bukan terlanjur tapi melanjurkan diri…..

    ter tu tak sengaja..

    apa komen ustaz, lelaki baik untuk perempuan yang baik, dan begitu lah sebaliknya..takleh boleh kaitkan dengan isu di atas?

    1. orang Melayu memang penuh dengan budi bahasa.. ayat selalu bertapis2.. sbb tu la zina itu disebut terlanjur, supaya nampak lebih sopan πŸ˜€

      isu lelaki baik untuk perempuan baik tu, insyaAllah nanti Ustaz Love cuba mengomen dalam entry lain πŸ˜‰

  4. dua2 pun pernah terlanjur tu–bezanya, lelaki terlanjur berkali2 pun tak de nya jadi hamil/preggy–perempuan terlanjur sekali pun terus preggy..
    moga2 yg bertanya itu akan taubat nasuha dan dipertemukan dgn calon isteri yg baik2..

    1. pehh.. pakej tu.. bagus2.. kita kena sentiasa mendoakan yg terbaik.. dan bersabar serta redha sekiranya dapat yg kurang baik.. semua tu ada hikmahnya πŸ˜€

    1. memang tak salah.. cuma, kalau nak bantu pun, tak semestinya kena jadi suami.. mungkin boleh gunakan saluran lain (spt bawak jumpa kaunselor agama ke, ustazah ke) untuk membantu.. sebab tu mcm Ustaz Love bagitau kat atas, kena pastikan kedudukan kita sama ada sampan ataupun kapal.. jangan sebab kesian dan nak bantu, dengan kita2 sendiri sama2 tenggelam πŸ˜‰

  5. salam…. saya mchip31@gmail.com ingin bertanya soalan kepada ustd.
    saya ada satu masalah tentang isteri saya di mana ceritanya begini:
    saya ada syak yang isteri saya ada hubungan dengan lelaki ( saudara/sepupu nya yang boleh dikahwini ). di mana saya syak pertama kali iaitu semasa ke rumah sepupunya di mana isteri saya semasa di rumah nya tidak duduk dengan saya malah duduk di antara saudaranya di depan saya. mereka sentiasa bercakap dan ketawa bersama saudara2 lain di sana. suatu masa mereka berdua telah masuk ke dalam bilik berdua-duaan di depan mata saya dan saudara2 mereka yang lain. saya tidak dapat menahan isteri saya untuk masuk ke dalam bilik tersebut, kerana saya berada di depan mereka dah saudara2 yang lain juga ada di sana semasa isteri dan saudaranya masuk ke dalam bilik tersebut. adalah dalam kira-kira 5 – 8minit berada di dalam bilik tersebut membuat kan hati saya tidak tenang. selepas itu isteri saya keluar dari bilik tersebut.
    setiap kali ke rumah mereka saya sentiasa melihat kemesraan mereka berdua di depan saya dan orang lain iaitu sentiasa bersembang-sembang bersebelahan dan saya di tinggalkan di hadapan mereka.. semasa memberi susu badan kepada anak kami juga, isteri saya tidak menghadap ke arah saya malah ia menghadap ke hadapan saudara lelakinya.. malah semasa kami balik, isteri saya amat rapat dengan sepupunya saling bermasra ( cakap ) dan jarak antara muka mereka tidak kurang dari 5 incipun. dan saya hanya mampu melihat kerana saudara mereka semua ada di situ. mereka sentiasa mencari peluang berdua-duan di dalam dapur walaupun banyak saudara dan saya berada di ruang tamu yang memisahkan dinding antara dapur dan ruang tamu tsb.
    persoalan-nya:
    1. Apakah Perasaan Cemburu dan syak wasangka tersebut betul..?.
    2. Apa patut saya buat..?..

    Terima kasih atas nasihat Ust. dan sekiranya tak keberatan boleh kah ustd. kirim jawapan dan pendapat ustd. ke mchip31@gmail.com

    1. insyaAllah, Ustaz Love akan cuba ulaskan.. cuma mohon izin untuk menngulasnya juga di entry.. supaya sama2 dapat berkongsi manfaat πŸ˜‰

  6. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya telah berumahtangga sejak hampir 5 tahun yg lalu, dan kini mempunyai seorang anak yang berusia hampir 2 tahun. Baru-baru ini saya mendapat tahu bahawa isteri telah berlaku curang, dan buat pengetahuan ustaz, ini adalah kali yg kedua.

    Pertama kali ia berlaku (dalam 3 tahun yg lepas), saya maafkan isteri dan cuba sedaya upaya utk melupakan apa yg telah berlaku kerana saya masih amat sayangkan padanya. Perkara itu memang terlalu mengecewakan bagi saya, tapi saya tetap tabah dan bersabar menghadapinya walaupun begitu pahit skali menanggung kesakitan. Lagipun, pada waktu itu, isteri saya telah pun berjanji utk tidak mengulangi perkara tersebut dan terus bekerjasama dgn saya utk memperbaiki rumahtangga kami. Kepercayaan kepada isteri pada mulanya telah lenyap, tetapi hari demi hari ia kembali berputik, dan tidak lama kemudian kami dikurniakan dgn seorang cahaya mata.

    Tidak lama kemudian, saya dapat rasakan ada yg tidak kena sejak pertengahan tahun lepas. Saya kembali mula syak wasangka pada isteri apabila terdapat beberapa kejanggalan dlm tingkah lakunya. Terdapat tanda-tanda kuat yg isteri saya berlaku curang pada saya lagi skali. Utk dipendekkan cerita, baru2 ini saya medapat tahu bahawa segala apa yg saya syak memang benar2 berlaku. Saya tidak sangka ia benar2 berlaku walaupun sudah beribu kali saya nasihatkan isteri saya, supaya jangan mengulangi perkara lepas, jaga batasan, dan berfikir masak2 dahulu sebelum melakukan suatu perkara yg boleh meruntuhkan rumahtangga. Paling selalu saya nasihatkan padanya, jika dia tidak hiraukan perasaan saya sekalipun, tolonglah fikir tentang anak yang seorang tu, kerana apabila dia mengkhianati kepercayaan saya, dia juga secara terusan mengkhianati anak sendiri. Sudah berkali saya ingatkan dia, jika dia tidak jujur, lama-kelamaan kebenaran tu akan muncul juga. Namun sedih skali, nasihat hanya tinggal nasihat…begitu cetek skali pemikiran isteri saya.

    Saya begitu kenal isteri saya, apabila ada sesuatu yg janggal, saya dapat kesan. Sepanjang perkahwinan kami, apabila saja saya ada syak sesuatu, saya pasti betul – adakala saya rasa ini bagai suatu sumpahan pula. Memang benar firasat saya bahawa dia telah curang buat kali kedua, tanpa syak wasangka lagi. Malangnya, kali kedua ini terlalu menyedihkan dan mengecewakan saya hingga tertutup sudah hati saya utk meneruskan hidup dgn dia. Isteri masih belum tahu lagi yg saya sudah dapat tahu perkara sebenar, ini kerana saya fikirkan tentang anak kerana saya amat terlalu sayangkan anak saya. Saya telah pun menghubungi bahagian perundangan keluarga Islam di JAIS dan meminta nasihat tentang tindakan selanjutnya jika saya ingin melepaskan isteri saya. Saya telah disarankan utk melalui program kaunseling – di mana saya telah pun jangka kerana ini prosedur yg normal. Namun terus-terang saya katakan hati ini dah langsung tertutup buat isteri saya, mengenangkan sudah beribu peluang saya beri padanya utk jujur dgn saya. Matlamat kaunseling pula adalah utk menyelesaikan konflik rumahtangga sebaik mungkin. Bagi saya, jalan penyelesaian hanyalah dgn melepaskan isteri saya. Saya sudah tidak mahu lagi menderita dalam perkahwinan yg tiada unsur kejujuran langsung. Kali pertama, mungkin boleh dimaafkan walaupun amat perit, tapi kali kedua, maaf saya katakan bahawa saya hanya manusia biasa dan setiap manusia mempunyai had kesabaran masing2.

    Dilemma saya dalam situasi ini adalah anak. Saya terlampau sayang pada anak saya dan tidak mahu hilang hak penjagaan ke atasnya apabila saya melepaskan isteri saya nanti. Secara terang2 sebenarnya isteri saya ni memang telah berlaku curang, dan saya rasa dia tidak layak sama skali mendapat hak penjagaan kerana dia telah mengkhianati kami walaupun telah berkali diberi peringatan. Namun, apa yg difahami, utk saya membuat dakwaan demikian, saya harus mempunyai bukti yg kukuh dan bukan hanya cakap mulut saja.

    Secara jujurnya, bahan bukti yg saya ada hanyalah beberapa “screenshots” perbualan isteri saya dgn “kekasih”nya melalui Yahoo Messenger. Dalam “screenshots” tersebut memang terpapar perbualan “intim” isteri saya dgn kekasihnya itu, di mana terdapat beberapa “keywords” yg memperkuatkan tuduhan saya bahawa isteri telah curang seperti “i love you so much”, ” kissing you was the best”, “i miss you”, “lets meet up tonight”, etc. Terdapat 27 screenshots yg saya dapat. Kalau mengikut sistem perundangan, saya sedar bahawa bahan bukti seperti ini tidak benar2 kukuh, dan amat terbuka utk pertikaian. Saya amat buntu, kerana tidak tahu bahan bukti seperti mana lagi yg boleh digunakan…Saya ada terfikir, mungkin bahan bukti seperti rakaman video, atau audio, ataupun gambar foto adalah lebih kuat, tetapi, kebarangkalian utk saya mendapatkan bahan2 seperti itu amatlah rendah. Utk mengupah penyiasat persendirian pun terlalu mahal dan berisiko.

    Saya amat buntu Ustaz. Saya terlalu sayangkan anak saya, tak mungkin saya dapat teruskan hidup secara normal tanpa dia. Lagipun dari segi penjagaan anak, secara jujurnya saya lebih banyak menjaga anak dgn baik, tidak cepat marah2 seperti isteri saya, saya banyak luangkan masa dgn anak walaupun kerja bertimbun, perihal memandikan anak, mencuci najis anak, memberi susu dgn sukatan yg ideal, memastikan keselamatan anak ketika bermain, menidurkan anak dgn perasaan sabar yg tinggi etc. Semua ini boleh diperiksa kesahihannya dgn ahli keluarga yg lain termasuk keluarga sebelah isteri sendiri. Pendek kata, saya seorang yg amat penyabar manakala isteri pula mempunyai kualiti yg bertentangan, cepat marah walaupun anak masih tidak mengerti. Saya sentiasa meletak anak sebagai prioriti utama, manakala isteri lebih mementingkan telefon bimbitnya, kawan2nya, kebebasannya…

    Saya ingin mendapatkan nasihat Ustaz mengenai situasi ini. Bahan bukti seperti mana lagi yg boleh diguna-pakai di mahkamah jika saya benar2 ingin meneruskan dakwaan curang terhadap isteri saya? Bagaimana caranya utk saya memperkukuhkan peluang utk mendapat hak jagaan sepenuhnya? Bagi pengetahuan ustaz, saya memang berkemampuan utk menjaga dan mendidiknya, saya memiliki sebuah rumah selesa yg baru dibeli, menanggung insurans anak sejak dia lahir, memang saya sentiasa memberikan hanya yg terbaik utk anak saya mengikut kemampuan saya termasuklah kualiti makan minumnya, pemakaiannya, bahan interaksinya, tempat tinggal etc.

    Minta maaf jika email ini terlalu panjang. Tapi terima kasih jika Ustaz telah pun baca sejauh ini. Saya amat sedih skali, menggigil sambil menaip, cuma saya rasa amat buntu, perlukan nasihat daripada seseorang yg bertauliah seperti Ustaz.

    Terima kasih lagi skali. Saya amat menantikan respon drpd Ustaz.

    1. Salam saudara Ali…

      Ustaz Love berasa simpati dengan nasib saudara.. banyakkan bersabar.. insyaAllah, Ustaz Love akan cuba jawab dalam entry secepat mungkin πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme